You are on page 1of 2

Jahit Manik Teratai

Sebenarnya setiap kali mengajar kelas jahit manik asas,


cheq-sue akan cuba curi masa utk ajarkan teknik yang
lebih advance cthnya seperti jahit manik bunga teratai
nih. Para peserta sangat suka bilamana bunga teratai
mereka menjadi. Yang tak menjadi tu tak pernah putus
asa utk terus mencuba. Di kesempatan ini sambil jahit
manik pada baju raya sendiri, cheq-sue sempat ambik
gambar langkah demi langkah utk jahit manik teratai. Saiz bunga teratai yg terbentuk
bergantung kepada saiz bulatan yg kita lukis dan jumlah kelopak yg kita jahitkan di sekeliling
bulatan tersebut.

Langkah-langkah:

1. Lukiskan bulatan. Untuk saiz bunga 9 kelopak ini cheq-sue buat bulatan saiz penutup pen.
Saiz ni lebih kecil daripada duit 5 sen. Tapi apabila sudah jadi bunga ia akan kembang dan jadi
sebesar duit 10 sen!

2. Utk setiap kelopak cheq-sue gunakan 3 labuci besar, 1 labuci kecil dan 2 manik bulat. Cucuk
jarum dari bawah kain dan keluarkan jarum di atas garisan bulatan. Masukkan labuci seperti
dlm gambar di bawah. Cheq-sue lebih suka guna istilah ni: (terlangkup + terlentang + manik +
terlentang + labuci kecil terlentang + manik). Manik yg ke-2 tu kalau tak nak letak pun tak pa.

3. Kemudian turunkan labuci spt kedudukan ini menghala ke tengah bulatan dan cucuk jarum
ke bawah. Keluarkan jarum di sebelah jahitan pertama di atas garisan bulatan.
4. Ulangi langkah 2 & 3 sehingga bulatan dipenuhi dengan kelopak labuci. Labuci yang terangkat
dan berada di tengah bunga disusun berlapis supaya bulatan terbentuk kemas.

5. Utk tengah bunga jahitkan manik pearl. Sekiranya ruang di tengah bunga terlalu besar (cth:
saiz bulatan 10 sen) maka elok dijahitkan lagi labuci spt langkah 2 & 3 sehingga semua ruang
dipenuhi. Tinggalkan sedikit ruang utk jahit manik pearl pada tengah bunga.

You might also like