You are on page 1of 16

SEKOLAH MENENGAH

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

KEMAHIRAN TEKNIKAL ( 77/3 )

MODULPENTAKSIRAN
PENTAKSIRAN33
MODUL
TINGKATANTIGA
TIGA
TINGKATAN
(ELEKTIF)
(ELEKTIF)

NAMA

:.....
( HURUF BESAR SEPERTI KAD PENGENALAN )

TINGKATAN

:.

I/C

ANGKA GILIRAN :

Kandungan :

Pilihan 2 : Ekonomi Rumah Tangga

BAB1 : KAEDAH MEMBUAT BISKUT DAN KEK

1.1 Kaedah Gaul Dan Ramas

1.2 Kaedah Putar
1.3 Kaedah Enjut
BAB 2 : JAHITAN
2.1 Proses Jahitan
2.2 Penghasilan Projek Jahitan
BAB 3 : PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
3.1 Konsumerisme
LATIHAN

BAB 1 : KAEDAH MEMBUAT BISKUT DAN KEK

1.1 : Kaedah Gaul Dan Ramas
1. Kaedah gaul dan ramas ialah menggaul dan meramas lemak dan tepung dengan
menggunakan hujung jari hingga menjadi serbuk roti.
2. Bahan yang diperlukan dalam kaedah ini termasuklah tepung, lemak, telur dan gula. Perasa
yang dtambah perlu diayak bersama-sama dengan tepung.
3. Kadar lemak dan tepung untuk kaedah gaul dan ramas ialah :

Lemak

Tepung

Nisbah

@ 1/3

@1/3 : 1

4. Terdapat pelbagai jenis biskut yang disediakan dengan kaedah gaul dan ramas antaranya
termasuklah :
a. Tart nanas
b. Biskut samperit
c. Biskut kacang
d. Biskut makmur
5. Kek yang disediakan dengan menggunakan kaedah gaul dan ramas adalah seperti :
a. Kek bantal
b. Ban jem
c. Ban batu karang
6. Cara-cara membuat biskut dan kek kaedah gaul dan ramas seperti yang berikut :
Keterangan
1. Ayak ramuan-ramuan kering ke dalam mangkuk
adunan
2. Potong lemak yang sejuk beku kecil-kecil dengan
pisau pelepa. Ramas dan gaul lemak yang sejuk
beku ke dalam ramuan kering dengan menggunakan
hujung-hujung jari yang kering.
3. Gaul dan ramas campuran sehingga menjadi seperti
serbuk roti
4. Gaul dan ramas lemak secara ringan dan cepat

Gambarajah

5. Angkat tepung lebih tinggi daripada mangkuk

adunan untuk memerangkap udara.
6. Masukkan gula dan buah-buahan kering jika ada
7. Masukkan pula telur atau cecair yang dalam
keadaan sejuk
8. Kacau adunan dengan garpu bagi mendapatkan
konsistensi yang keras dan kacau dengan
menggunakan senduk kayu bagi mendapatkan
konsistensi yang lembut
9. Masukkan adunan ke dalam tin pembakar dan bakar
di dalam ketuhar
Cara membuat biskut dan kek adalah sama untuk kaedah gaul dan ramas

7. Pastri ialah adunan tepung, lemak dan cecair yang dihasilkan dalam bentuk doh. Pastri yang
disediakan dengan kaedah gaul dan ramas dikenali sebagai pastri rapuh.
8. Pastri yang disediakan dengan kaedah gaul dan ramas adalah seperti:
a. Karipap
b. Sardine gulung
c. Tart kelapa
9. Cara menghias dan menghidang pastri manis adalah sama dengan cara menghias dan
menghidang biskut dan kek, tetapi bagi pastri savouri dihias dengan daun pudina, cili
merah, cili hijau, daun bawang, daun saderi atau timun. Pastri savouri dihidang diatas
pinggan bujur yang di alas dengan kertas doili.
1.2 : Kaedah Putar
1. Kaedah putar digunakan untuk membuat kek dan biskut yang menggunakan lebih banyak
lemak. Biskut yang dibuat dengan kaedah ini lebih rangup dan kek pula lebih lembab. Lemak
yang boleh digunakan ialah marjerin, mentega dan lemak sayur.
2. Kaedah putar adalah satu kaedah membuat biskut dan kek dengan memutarkan campuran
lemak dan gula sehingga campuran menjadi kembang dan berwarna putih. Campuran
tersebut boleh diputar dengan menggunakan senduk kayu atau mesin pengadun kek.
3. Biskut yang disediakn dengan kaedah putar adalah seperti :
a. Biskut badam
b. Biskut serpihan coklat
c. Biskut cornflakes rangup
4. Kek yang disediakan dengan menggunkan kaedah putar adalah seperti :
a. Kek permaisuri
b. Kek coklat
c. Kek pelangi
5. Cara-cara membuat biskut dan kek kaedah putar
Keterangan

Gambarajah

1. Putar lemak dan gula dalam adunan menggunakan

senduk kayu atau mesin pembancuh kek.
2. Putar sehingga adunan menjadi ringan, kembang
dan berwarna putih

3. Pukul telur dalam mangkuk lain dan tambahkan dalam adunan tadi sedikit demi sedikit
kemudian putar lagi.
4. Kaup dan balikkan tepung yang telah diayak bersama-sama serbuk penaik.
5. Masukkan adunan ke dalam acuan pencerap dan tekan
6. Letak biskut atau kek di atas dulang pembakar atau di dalam Loyang pembakar.
Cara membuat biskut dan kek adalah sama untuk kaedah putar.

1.3 : Kaedah Enjut

1. Kaedah enjut ialah mengenjut gula dan telur sehingga kembang dan gebu sebelum
memasukkan tepung.
2. Kek kaedah enjut tidak mengandungi lemak atau agen penaik. Kandungan telur yang lebih
banyak berbanding dengan kandungan tepung menyebabkan kek menjadi ringan.
3. Alatan yang digunakan mestilah bersih dan tidak berminyak. Mangkuk adunan yang cukup
besar digunakan untuk memerangkap lebih banyak udara semasa mengenjut telur.
4. Antara contoh kek yang menggunakan kaedah enjut adalah seperti :
a. Kek bahulu
b. Bahulu gulung
c. Bahulu lapis
d. Apam cantik manis
5. Sukatan adunan bahulu ialah 1 biji telur digunakan bersama 60gm tepung dan 60gm gula
kastor.
6. Kek kaedah enjut yang divariasikan menjadi bahulu gulung dan bahulu lapis.
7. Cara-cara membuat kek kaedah enjut
Keterangan

Gambarajah

1. Menyediakan dulang pembakar dan ketuhar

Panaskan ketuhar pada suhu 190oC atau gas
regula 5-6
Panas dan griskan acuan bahulu dalam ketuhar
2. Menyediakan adunan
Enjut telur dengan gula hingga kembang dan
gebu
Kaup dan balikkan tepung dengan perlahan
3. Membakar bahulu
Keluarkan acuan bahulu dari ketuhar.
Bubuh adunan ke dalam acuan bahulu sehingga
penuh
Bakar bahulu selama 15 20 minit di tingkat
tengah sehingga bewarna kuning keemasan
1.4 : Menghias dan Menghidang Biskut
a. Biskut dihias supaya kelihatan lebih menarik.
b. Biskut di glis dengan menggunakan kuning telur supaya nampak lebih cantik
c. Bahan yang digunakan untuk menghias biskut adalah seperti kuning telur, ceri
merah, ceri hijau, gula manik beraneka warna, gula kastor dicampur pewarna,
coklat urai dan badam.
d. Hidangkan biskut di atas pinggan bulat yang dialaskan kertas doili.
e. Biskut juga boleh dihidang di dalam bekas kedap udara supaya tidak lemau
1.5 : Menghias dan Menghidang Kek
a. Kek dihias untuk memperbaiki rupa dan menambah rasa
b. Kek boleh dihias dengan menggunkan buah ceri, jem, kismis, gula aising atau aising
c. Kek dihidang di atas pinggan kek yang dialas dengan kertas doili.
1.6 : Pengiraan Kos Biskut dan Kek
Kos Pengeluaran ialah kos yang terlibat dalam penghasilan sesuatu produk. Kos
pengeluaran melibatkan
i. Kos bahan

Bil

Bahan Kering

Kuantiti
(gm/Kg/ml/l)

Kos Seunit
(RM)

Jumlah (RM)

Tepung gandum

Xx

xx

xx

Mentega

Xx

xx

xx

Gula kastor

Xx

xx

xx

Telur

Xx

xx

xx

Kacang tanah

Xx

xx

xx

Jumlah Besar

XXX

Jumlah kos bahan = Kos bahan kering + Kos bahan basah

= RM xx + RM xx
= RM XXX
ii. Kos upah
Kos Upah = Bil. Pekerja x Masa x Kadar Upah
Kos Upah = 1 orang x 1jam x RM xx
= RM XX
iii. Kos overhead
Kos overhead ialah kos yang terlibat secara tidak langsung semasa proses
pengeluaran. Contohnya seperti elektrik, air dan telefon.
Kos Pengeluaran
= Kos bahan + Kos upah + Kos overhead
= RM XXX + RM XX + RM XX
= RM XXX

1.7 : Membungkus Biskut

1. Biskut yang dibungkus dengan cantik dan kreatif akan kelihatan lebih menarik
2. Pilih bekas kedap udara seperti bekas plastik lutsinar dan balang kedap udara lutsinar
agar biskut tahan lama serta mudah dilihat dari segi bentuk dan susunan biskut. Plastik
lutsinar juga boleh digunakan untuk membungkus biskut.
3. Bahan lain yang digunakan untuk membuat bungkusan biskut lebih menarik ialah reben
dan pelekat yang sesuai.
4. Kaedah membungkus biskut adalah seperti berikut :-

LATIHAN : KAEDAH MEMBUAT BISKUT DAN KEK

BAHAGIAN A :
1. Berikut ialah langkah menyediakan kek kaedah putar yang tidak mengikut urutan yang betul.
Susun langkah-langkah tersebut mengikut urutan yang betul dengan menulis 1,2 dan 4 pada
petak yang disediakan. Langkah 3 diberi.
Kaup dan balikkan tepung dengan camca logam

Masukkan campuran telur dan esen vanilla sedikit demi sedikit

Putar marjerin dan gula hingga kembang dan putih

Ayak tepung bersama dengan serbuk penaik
2. Rajah 1 menunjukkan tiga kaedah menyediakan kek.

Rajah 1
Nyatakan contoh kek yang boleh disediakan dengan menggunakan kaedah tersebut
A : .
B : .
C : .
3. Rajah 2 menunjukkan salah satu cara membuat kek.

Rajah 2
(a) Nyatakan dua bahan yang digunakan untuk membuat kek di atas.
i. .
ii. .....
(b) Kaedah apakah yang digunakan untuk membuat kek tersebut?

4. Nyatakan kaedah yang digunakan untuk menyediakan biskut dan kek yang berikut.
Biskut dan Kek

Kaedah

Kek permaisuri
Bahulu Gulung
Biskut Badam
5. Isi tempat kosong berikut dengan pilihan jawapan yang betul
Doh

rapuh

bahulu

(a) Pastri adalah adunan lemak, tepung dan cecair yang dihasilkan dalam bentuk ___________
(b) Pastri yang disediakan dengan kaedah gaul dan ramas adalah pastri ___________________
(c) Jenis kek yang dihasilkan melalui kaedah enjut ialah _________________

6. Berikut adalah cara menyediakan ban batu karang yang tidak mengikut urutan yang betul.
Susun langkah menyediakan ban batu karang mengikut urutan yang betul dengan menulis 2,
3 dan 4 pada petak yang disediakan. Langkah 1 diberi.

Ayak tepung bersama dengan serbuk penaik

Gaul dan ramas lemak dalam tepung hingga menjadi serbuk roti dan
masukkan gula dan kismis

Potong lemak beku menjadi ketulan kecil

Masukkan campuran telur dan gaul sehingga sebati

7. Rajah 3 menunjukkan penyediaan biskut dan kek menggunakan kaedah putar.

Rajah 3
Senaraikan tiga jenis biskut yang dihasilkan melalui kaedah berikut.
(ii) ..
(iii)

..

(iv)..
8. Susun langkah-langkah menghias dan menhidang mengikut urutan yang betul dengan
menulis 2, 3 dan 4 pada petak yang disediakan. Langkah 1 diberi.
Hidangkan kek di atas meja yang beralaskan alas meja

Sejukkan kek di atas redai kek

Hidangkan biskut bersama air the atau kopi mengikut cita rasa sendiri

Hidangkan kek di atas pinggan yang beralaskan doili.

9. Padankan keterangan membuat biskut dan kek dengan kaedah yang sesuai.

Lemak dan gula akan menjadi

kembang dan berwarna putih.

Kaedah putar

Gula dan telur akan menjadi

kembang dan gebu

Kaedah gaul dan ramas

Lemak dan tepung akan menjadi

seperti serbuk roti dengan
menggunakan hujung jari.

Kaedah enjut

10. Rajah berikut menunjukkan salah satu kaedah yang digunakan untuk membuat biskut dan
kek. Lengkapkan label rajah berkenaan.

Pisau pelepa

Mangkuk adunan

Lemak sejuk beku

Tepung

BAHAGIAN B
1. Jadual berikut menunjukkan senarai bahan yang diperlukan untuk menyediakan sejenis
biskut.
Bahan
120 g tepung gandum (diayak)
20 g tepung jagung
60 g mentega
40g gula
1 biji telur
25 g badam kisar
camca esen vanila

Berdasarkan bahan tersebut :

(a) Namakan biskut yang boleh dihasilkan menggunakan bahan dalam jadual tersebut.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
(1 markah)
(b) Nyatakan kaedah yang sesuai untuk membuat biskut di (a).

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
(1 markah)
(c) Terangkan langkah kerja untuk menghasilkan biskut tersebut

2. Kaedah putar bermaksud memutar lemak dan gula sehingga menjadi kembang dan putih.
Rajah berikut menunjukkan kaedah putar menggunakan senduk dan mesin pembancuh kek.

Berdasarkan rajah tersebut :

(a) Berikan dua jenis contoh berikut yang menggunakan kaedah putar.

i- ____________________________________________________________________
ii- ____________________________________________________________________
(2 markah)
(b) Terangkan cara-cara membuat biskut dengan kaedah putar

(8 markah)
3. Dalam kelas amali, guru telah menyediakan bahan dan alatan yang berikut.
Bahan
Alatan
Tepung gandum
Mangkuk adunan
Marjerin
Pengayak tepung
Garam
Dulang pembakar
Air sejuk
Sudu logam
Ikan sardin
Papan canai
Cili merah
Bawang besar
Limau kasturi
Berdasarkan bahan dan alatan di atas,
(a) Nyatakan pastri yang boleh anda sediakan.
________________________________________________________________________

(1 markah)
(b) Nyatakan kaedah membuat pastri itu
________________________________________________________________________
(1 markah)
(c) Terangkan langkah untuk menghasilkan pastri itu

(7 markah)
(d) Nyatakan satu bahan yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan pastri itu
________________________________________________________________________
(1 markah)
4. Berikut ialah bahan dan alatan untuk memasak.
Bahan
Tepung gandum
Mentega
Gula kastor
Telur
Kacang tanah (digoreng dan ditumbuk)

Alatan
Mangkuk adunan
Pengayak tepung
Dulang pembakar
Pisau pelepa
Papan canai

Berdasarkan bahan dan alatan tersebut,

(a) Nyatakan biskut yang dapat dihasilkan daripada bahan-bahan tersebut.
________________________________________________________________________

(1 markah)
(b) Nyatakan kaedah membuat biskut di (a)
________________________________________________________________________
(1 markah)
(c) Terangkan langkah-langkah untuk menghasilkan biskut itu.

(d) Nyatakan bahan yang digunakan untuk menghias biskut itu.
________________________________________________________________________
(1 markah)

You might also like