You are on page 1of 11

BUSINESS PLAN - DOBI

AIYUNI BT ADNI (SX111927CJF04)

BUSINESS PLAN - DOBI

A. PENGENALAN
1. Nama Perniagaan
Nama perniagaan ini ialah Dobi Nazim. Lokasi perniagaan ini terletak
di 55-00-02, Pangsamurni Keramat Jaya 2, Persiaran Gurney, 54000 Kuala
Lumpur. Perniagaan ini telah mula beroperasi pada 3 Mac 2009 dan
didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan No. Pendaftaran
001839780-X.
2.

Jenis Perniagaan
Jenis perniagaan yang diceburi adalah perniagaan dobi. Perkhidmatan
yang di tawarkan oleh perniagaan ini ialah cucian biasa, cucian kering, cucian
tangan , pengeringan pakaian dan menggosok pakaian.

3. Lokasi
Lokasi perniagaan ini terletak di 55-00-02, Pangsamurni Keramat
Jaya2, Persiaran Gurney, 54000 Kuala Lumpur. Kami memilih kawasan ini
kerana kawasan ini terbahagi kepada 5 jenis kawasan perumahan.
1)
2)
3)
4)
5)

Perumahan Tanah Lot


Pangsapuri
Kondominium
Kawasan sederhana komersial.
Kolej Kediaman Institut Pengajian Tinggi
Perumahan Tanah Lot terbahagi kepada 3 kawasan iaitu

1) Kawasan di sekitar Jalan Kent


2) Kawasan di sekitar Jalan Maktab
3) Kawasan di sekitar Kampung Dato Keramat.

Pangsapuri juga terbahagi kepada 3 kawasan iaitu


1) Pangsamurni Keramat Jaya 2.
2) Pangsapuri Seri Perlis I
3) Pangsapuri Seri Perlis II
Sebuah Kodominium yang terdapat disini ialah kondominium Lanai
Gurney Kondominium dan Service Appartment. Manakala sebuah bangunan
sederhana komersial ialah
Bangunan MARA. Walaubagaimanapun,
bangunan ini masih belum beroperasi hingga ke hari ini.
Terdapat 2 buah IPT yang terdapat disini iaitu Universiti Teknologi
Malaysia dan TM College.

BUSINESS PLAN - DOBI

4. Misi Perniagaan
Misi Perniagaan dobi kami ini ialah untuk menjadikan kedai dobi ini
sebagai kedai dobi francais yang terkenal di Malaysia suatu ketika nanti.
Buat masa ini, kami sedang mencuba untuk mendapatkan kontrak
pembersihan fabrik dari syarikat- syarikat terkemuka seperti hotel, restoran,
ketering dan lain- lain lagi untuk kami mengukuhkan jenama kami.
Dengan adanya kontrak-kontrak dari syarikat gergasi ini, ia akan
membantu kami
mengukuhkan syarikat dan jenama kami di mata
masyarakat.
Ia juga dapat mempercepatkan lagi impian kami untuk
membuka lebih banyak cawangan selepas ini.

B. ANALISA PASARAN
1. Saiz dan Rancangan Pertumbuhan
Jumlah penduduk di Persiaran Gurney, Jalan Kent, Jalan Maktab,
Lorong Kanan dan Lorong Kiri Kg Dato Keramat pada tahun 2008
dianggarkan mencecah 30,000 orang.
Banyak faktor membantu pertumbuhan penduduk disini. Antara faktor
tersebut ialah pelbagai peluang pekerjaan. Memandangkan banyak pejabat
kerajaan atau swasta di sekitar Jalan Semarak dan Jalan Perumahan Gurney
menyebabkan ramai diantara mereka mendiami kawasan di sekitar Persiaran
Gurney dan Dato' Keramat.
Faktor lain yang membantu pertumbuhan penduduk adalah wujudnya 2
buah Institut Pengajian Tinggi iaitu Universiti Teknologi Malaysia dan TM
College di Jalan Semarak. Kewujudan IPT ini membantu pertumbuhan
penduduk di sekitar kawasan berkenaan.
Terdapat banyak kawasan
kediaman seperti apartment dan flat dengan kadar sewa yang berpatutan
menyumbang kepada faktor pertumbuhan penduduk disini.
Jaringan pengangkutan yang baik seperti LRT dan lebuhraya AKLEH
juga membantu dalam pertambahan penduduk di sini.
2. Ekonomi
Taraf Ekonomi kebanyakkan penduduk disini adalah terdiri daripada
golongan yang berpendapatan sederhana. Dalam pemerhatian saya, 40 %
penduduk disini bekerja samaada dalam sektor awam ataupun swasta. 30%
adalah pelajar dan 30% lagi adalah mereka yang tidak bekerja.
Dari segi pekerjaan 27% adalah pekerja swasta, memandangkan
terdapat banyak syarikat yang terdapat di sekitar kawasan Jalan Semarak
seperti Celcom dan TM College. Terdapat juga diantara mereka yang
mendiami kawasan ini terdiri daripada mereka yang bekerja di sekitar
Ampang Park dan KLCC. Ini kerana terdapat jaringan pengangkutan yang
baik seperti LRT . Terdapat 2 stesen LRT yang berdekatan iaitu Stesen Dato
Keramat dan Stesen Damai.
2

BUSINESS PLAN - DOBI

Peratusan bagi mereka yang bekerja kerajaan adalah 12%. Ini kerana
terdapat pejabat-pejabat kerajaan di sekitar kawasan Jalan Semarak iaitu
Jabatan Ukur dan Pemetaan, Universiti Teknologi Malaysia, MINDEF, dan
Sekolah Menengah Padang Tembak.. Pejabat kerajaan yang terdapat di
Jalan Perumahan Gurney adalah FELDA.
30% mereka yang tiada pekerjaan terdiri daripada 28% suri rumah,
1% warga tua dan 1% penganggur.
30% pelajar pula terdiri daripada 10% pelajar IPT, 8% sekolah
menengah dan 12% sekolah rendah. Manakala kanak-kanak dibawah 6
tahun mewakili 10% daripada penduduk.
Daripada jumlah ini, jumlah pendapatan isi rumah dalam sebulan
terbahagi kepada 5 kumpulan.
1)
2)
3)
4)
5)

RM10,000 keatas 5%
RM 5,000 hingga RM9,999 - 20%
RM 2,000 hingga RM4,999 - 55%
RM500 hingga RM1,999 15%
RM500 kebawah 5%

3. Sasaran Perniagaan
Sasaran perniagaan ini ialah untuk semua golongan. Kami bahagikan
sasaran kami ini kepada golongan-golongan berikut.
a) Pelajar
Kesibukan belajar dan aktiviti luar seperti bersukan menyebabkan
kebanyakkan diantara mereka tiada masa untuk membasuh dan menggosok
pakaian. Mereka lebih suka menghantar baju ke kedai dobi untuk di basuh,
digosok dan dilipat kerana ini akan memudahkan mereka. Oleh kerana itu
kami memilih mereka sebagai golongan sasaran kami.
b) Pekerja
Kebanyakkan penduduk disi mempunyai suami dan isteri yang bekerja.
Kesibukan bekerja di tambah dengan tiada pembantu rumah menyebabkan
mereka tiada masa untuk membasuh pakaian. Kebanyakkan mereka hanya
akan membasuh pada hari cuti hujung minggu sahaja. Dengan adanya
perkhidmatan dobi ini, mereka boleh memanfaatkan cuti hujung minggu
mereka dengan keluarga tanpa perlu memikirkan pakaian yang perlu dibasuh,
digosok dan dijemur.
c) Suri Rumah
Bagi golongan ini pula, mereka biasanya menghantar item-item yang
besar seperti selimut, cadar, langsir, toto dan pakaian yang memerlukan dry
cleaning. Ini kerana limitasi kepada mesin basuh yang berada dirumah
biasanya hanya untuk basuhan sehingga 6kg dan untuk cucian biasa sahaja.
Oleh kerana itu mereka menghantar item berkenaan ke kedai dobi untuk
dibasuh.

BUSINESS PLAN - DOBI

d) Restoran dan Perkidmatan Katering


Terdapat pelbagai restoran dan perkhidmatan catering yang terdapat di
Kuala Lumpur. Oleh itu kami mensasarkan agar kami beroleh kontrak untuk
membasuh alas meja, alas kerusi dan lain-lain utuk di cuci dan di gosok.
e) Asrama
Kami mensasarkan agar mendapat tender membasuh baju bagi pelajar
asrama seperti Asrama Felda.
f) Hotel
Memandangan terdapat banyak hotel di sekitar Kuala Lumpur, kami
mengharapkan agar kontrak untuk basuhan cadar, sarung bantal dan selimut
bagi hotel dapat kami perolehi.
g) Gimnasium
Bagi gymnasium mereka amat memerlukan tuala untuk kegunaan
pelanggan mereka mencukupi setiap hari.
Oleh itu mereka akan
menggunakan perkhidmatan dobi ini untuk memudahkan kerja mereka.
4. Persaingan
Disekitar kawasan Persiaran Gurney dan Dato keramat hanya
terdapat satu buah kedai dobi yang sedia ada dan berada di Jalan Dato
Keramat. Kedai Dobi Elisa ini beroperasi kira-kira setahun yang lepas.
Sebelum kewujudan kedai dobi saya ini, kebanyakkan penduduk di sini
menghantar baju mereka di kedai dobi tersebut walaupun diantara mereka
khususnya pelajar terpaksa berjalan kaki selama 10 minit hanya untuk
mendapatkan perkhidmatan dobi ini.
Oleh kerana tiada persaingan di kawasan ini, harga yang ditawarkan di
kedai dobi tersebut agak mahal berbanding dengan kedai-kedai yang ada di
sekitar lembah klang. Dengan adanya kedai dobi kami yang beroperasi di
kawasan kediaman, ini akan memudahkan pelanggan dating ke tempat kami.
Kami telahpun menjalankan kaji selidik dan mendapati harga yang kami
tawarkan berpatutan dan lokasi yang strategik iaitu kawasan yang
mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

C. JUALAN DAN PEMASARAN


1. Strategy Jualan dan Pemasaran
Strategy jualan dan pemasaran bagi kedai dobi ini ialah berdasarkan
moto perniagaan kami iaitu Mudah, Berkualiti dan Berpatutan.
Mudah bermaksud kami cuba menyesuaikan waktu operasi kami
dengan membuka kedai seawall jam 7.30 pagi sehingga 7.30 malam.
Memandangkan 80% pelanggan kami adalah mereka yang berkerja, kami
memberi mereka ruang untuk menghantar atau mengambil pakaian mereka
sebelum waktu kerja bermula atau selepas waktu kerja.

BUSINESS PLAN - DOBI

Berkualiti pula bermaksud, setiap pakaian yang dihantar akan dipantu


kualiti basuhan atau iron. Ini penting bagi kami untuk menjaga dan
bertanggung jawab keatas pakaian yang dihantar. Produk dan perkhidmata
yang kami tawarkan pula mestilah berkualiti.Kami menggunakan produk
seperti sabun ,pewangi dan pelembut fabrik yang terkenal dan bermutu tinggi.
Kakitangan kami juga telah dihantar berkursus sebelum mereka mula
bekerja di kedai ini.Ini bagi memastikan,mereka dapat memberikan
perkhidmatan yang baik dan berkualiti kepada pengguna.
Berpatutan pula bermaksud harga yang kami tawarkan kepada
pelanggan kami adalah berdasarkan pada harga pasaran semasa dan
berpandukan harga pesaing-pesaing kami yang terdekat.
Bagi menentukan harga bagi perkhidmatan ini,kami telah menjalankan
tinjawan harga pesaing-pesaing yang berdekatan.Kami akan memestikan
harga kami adalah diantara harga yang terendah ataupun harga purata
berbanding harga yang diberikan oleh pesaing-pesaing kami.

2. Program Pengiklanan Dan Promosi.


Pengiklanan dan promosi memainkan peranan penting dalam sebuah
perniagaan.Oleh sebab itu pihak kami telah mengiklankan perniagaan ini di
internet menerusi laman web popular seperti mudah.com,yahoo dan google.
Selain daripada itu kami juga telah menampal iklanmengenai
perkhidmatan ini di papan kenyataan di sekitar kawasan perumahan
berdekatan.
Pihak kami juga telah pun mengedarkan flyers di setiap peti surat di kawasan
kediaman berhampiran.
Kami juga menjalankan promosi mengikut musim.Contohnya semasa 2
bulan pertama pembukaan kedai.Kami menjalankan promosi percuma 1 kilo
bagi lebih 10 kilo dan potongan harga 2 helai toto atau comforter.Jika musim
perayaan,kami mempromosikan potongan harga Rm4 bagi basuhan
langsir,sarung kusyen dan cadar,jika pelanggan menghantar lebih dari 10 kilo.
Dengan pengiklanan dan promosi yang dijalankan pihak kami
mengharapkan agar kedai ini dapat menarik minat pelanggan untuk datang ke
kedai kami.Bagi kami promosi mulut ke mulut merupakan promosi yang lebih
berkesan berbanding promosi promosi yang lain.Oleh itu dengan
mengekalkan kualiti kami yakin para pengguna kami secara tidak langsung
akan mempromosikan kedai dobi ini kepada jiran-jiran dan sepejabat mereka.
3. Polisi Harga
Harga memainkan peranan penting dalam menentukan jatuh bangun
sesebuah syarikat.
Oleh itu, dalam menentukan harga bagi sesuatu
perkhidmatan, kami telah menjalankan kaji selidik di kedai-kedai dobi
berhampiran.
5

BUSINESS PLAN - DOBI

Kami akan memastikan harga yang kami tawarkan adalah sama atau
lebih murah daripada pesaing kami. Kami juga mengadakan diskaun bagi
mereka yang menghantar lebih dari 10 kg dan promosi bermusim. Seperti
contoh, jika musim perayaaan, kami akan mengadakan diskaun bagi setiap
cucian langsir atau sarung kusyen.

D. PRODUK DAN PERKHDMATAN


1. Kemudahan Yang Disediakan
Kemudahan yang di sediakan di syarikat kami adalah basuhan segala
jenis fabric samaada basuhan biasa atau basuhan kering., menggosok
pakaian dan pengeringan pakaian.
Terdapat 4 buah mesin yang terdapat di kedai kami. Sebuah mesin
basuh 16kg automatic sepenuhnya berjenama IPSO di perbuat dari Kanada
untuk basuhan normal. Sebuah masih basuh 6kg separa automatic jenama
Panasonic. Dua buah mesin pengering jenama Huebsch juga dari Negara
Kanada.
Seterika yang digunakan adalah seterika buatan Jepun yang mampu
melicinkan pakaian dengan pantas. Dengan adanya mesin-mesin tersebut ia
akan memudahkan dan mempercepatkan proses basuhan di kedai kami.

2. Cara jualan perkhidmatan


Pelanggan perkhidmatan kami terbahagi kepada 3 golongan.
1. Walk-in customer
2. Pick-up customer
3. Contract customer
Walk-in customer adalah pelanggan yang dating sendiri ke kedai
kami. Tiada caj perkhidmatan yang akan dikenakan pada pelanggan dari
golongan ini. Mereka menghantar dan mengambil sendiri pakaian yang
mereka ke kedai kami.
Pick up customer adalah pelanggan yang mana ejen kami akan
mengambil dan menghantar baju ke rumah atau pejabat mereka. Bayaran
RM4 akan dikenakan bagi setiap penghantaran pemulangan baju.
Contract customer selalunya terdiri daripada pelanggan syarikatsyarikat besar contohnya gymnasium, hotel, katering servis dan lain-lain.
Syarikat-syarikat ini akan membayar secara bulanan mengikut kontrak. Pihak
kami akan mengambil fabrik tersebut atau mereka akan menghantar sendiri
ke kedai kami.
6

BUSINESS PLAN - DOBI

3. Teknologi Maklumat
Dalam mengendalikan urusan kaunter dan akaun syarikat, kami telah
menggunakan perisian yang kami bina sendiri in-house supaya segala
maklumat perakaunan dapat diisi dengan mudah dan pantas.
Segala laporan mengenai kutipan, kos dan keuntungan dapat dijana
dengan mudah dan tepat. Ini penting bagi sesebuah syarikat dalam
menentukan keuntungan bersih setiap bulan.
Berikut disertakan senarai aplikasi yang terdapat dalam system
tersebut:
a.
b.
c.
d.
e.
f.

Wujud, kemaskini, papar dan cetak bil


Wujud, kemaskini, papar dan cetak resit
Tutup kaunter
Terima dan keluar barang
Costing
Laporan

4. Kawalan kualiti
Bagi menjaga kualiti perkhidmatan kami, kami akan memastikan
segala bahan pencuci dan pewangi fabrik diambil dari pembekal dan jenama
yang sama. Ini kerana kebanyakan pelanggan suka dengan bau harum yang
terdapat pada pakaian yang telah dicuci di kedai kami.
Sukatan bahan pencuci dan pewangi fabric hendaklah betul. Ia juga
memainkan peranan penting dalam kebersihan dan keharuman pakaian.
Pekerja kami juga diwajibkan mengikuti kursus asas dobi untuk
mengetahui cara yang betul untuk membasuh dan menggosok pakaian.
Seperti contoh menggosok seluar, pihak kami akan menentukan satu pattern
sahaja dalam cara menggosok seluar. Ini untuk menjaga kualiti dan mutu
perkhidmatan kami.
5. Kawalan Inventori
Dalam mengawal keluar masuk barangan, khususnya barangan untuk
perkhidmatan dobi seperti sabun pencuci dan
pewangi, kami akan
memastikan bahawa setiap barang masuk dan keluar diisi ke dalam system.
Dengan memasukkan maklumat berkenaan, kami dapat mengetahui
berapa stok yang masih tinggal dan bilakah kami perlu membuat pesanan
bagi belian barang berkenaan. Di dalam system ini terdapat indicator safety
stock yang mana kami boleh memastikan barangan manakah yang perlu
dipesan dan yang manakah yang masih berada di tahap selamat.
Daripada system ini juga, kami dapat mengetahui kos bulanan yang
diambil untuk membeli sabun dan pewangi tersebut.

BUSINESS PLAN - DOBI

E. PEMILIKAN DAN PENGURUSAN


1. Latar Belakang Perniagaan
Nama Perniagaan : Muhamad Nazim bin Abu Bakar
Jenis Perniagaan : Milikan Tunggal.
Alamat : 55-00-02 Pangsamurni Keramat Jaya 2,
Persiaran Gurney,
54000 Kuala Lumpur
No. Tel: 013-3904008
E-mail : adiqyu6130@gmail.com
Bentuk Perniagaan : Perkhidmatan Dobi
Tarikh Mula Perniagaan: 01.03.2009
No. Pendaftaran Perniagaan : 001839780-X
Modal Permulaan : RM 30,000
Nama Bank: CIMB Bank
No. Akaun Perniagaan : 14250005069058

2. Latar Belakang Pemilik


Nama Pemilik : Muhamad Nazim bin Abu Bakar
Alamat Surat Menyurat : 49-09-01, Pangsamurni Keramat Jaya 2,
Persiaran Gurney,
54000 Kuala Lumpur.
Kelulusan Akademik : Diploma Teknologi Maklumat
Cosmopoint Institute Sdn Bhd.
Pengalaman: Pernah berkhidmat selama 7 tahun di Felda Prodata Sdn. Bhd.
sebagai Juruprogram.

BUSINESS PLAN - DOBI

3. Carta Organisasi
Pengarah
Muhamad Nazim bin Abu Bakar

Pengurus
Aiyuni Binti Adni

Bahagian Basuhan

Bahagian Seterika

Siti Salina binti Abdullah

Rafidah binti Abdullah

4. Tujuan Penyediaan Kertas Kerja


Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk memohon pembiayaan
kewangan daripada pihak-pihak tertentu seperti SME Bank, MARA, Tekun
Nasional dan lain-lain badan yang boleh membantu memberi skim
pembiayaan kepada perniagaan dobi ini.
Kertas kerja ini juga ditulis untuk dijadikan Profile syarikat bagi kami
untuk mendapatkan Kontrak membasuh fabrik dari syarikat syarikat tertentu
seperti Hotel, kateirng servis dan lain lain yang di rasakan sesuai.
Ia ini juga ditulis untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan
perniagaan dobi ini agar misi perniagaan ini dapat dicapai .

BUSINESS PLAN - DOBI

5. Lokasi

6. Rujukan
1. Encik Muhamad Nazim bin Abu Bakar, Pemilik Dobi Nazim.
2. Contoh rancangan perniagaan MARA

10

You might also like