You are on page 1of 1

REFLEKSI

Sepanjang tempoh yang diambil untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya
mendapat banyak ilmu yang baru. Setiap yang saya lakukan akan berlandaskan
kepada pengalaman-pengalaman yang lepas. Sepanjang tempoh ini juga, saya
mendapat tahu bagaimana untuk menghuraikan tentang qawaid bahasa arab yang
mana merupakan salah satu perkara yang agak menarik dan terbilang. Perkara ini
dapat membantu saya untuk menempuh rintangan yang bakal dilalui pada masamasa yang akan datang.
Semasa menyiapkan kerja kursus ini, saya telah diberi penerangan awal oleh
pensyarah mata pelajaran iaitu Dr Ridzuan bin Ahmad. Beliau telah memberi
pendedahan awal bagaimana untuk menyediakan kerja kursus yang bertepatan
dengan kehendak tugasan. Penerangan ini sedikit sebanyak memberi saya
gambaran awal untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
Kemudian semasa dalam proses yang diambil bagi tugasan ini disiapkan,
saya ada juga bertanya pada sahabat yang lain yang mana mempunyai tajuk
berkaitan dengan tajuk yang telah diberikan kepada saya. Sahabat juga tidak
menunjukkan respon negatif malahan membantu saya untuk mendapatkan maklumat
yang sangat-sangat berguna dalam menyiapkan tugasan ini. Maklumat ini memberi
saya

pengetahuan

yang

agak

besar

seterusnya

membantu

saya

untuk

menyelesaikan kerja kursus ini.


Selain itu, saya juga ada mengambil maklumat daripada internet dan buku
rujukan. Maklumat yang diperolehi telah mengizinkan saya untuk memberi inputinput yang cukup bermakna dalam menyempurnakan tugasan ini. Hal ini akan
memastikan bahawa kerja yang telah lakukan tidak terdapat kesalahan yang agak
ketara.
Kesimpulannya, saya mendapat banyak pengetahuan yang baru sepanjang
tempoh menyiapkan kerja kursus ini. Ilmu-ilmu yang diperolehi ini akan saya
gunakan dalam kehidupan seharian agar saya mampu manjadi hamba-Nya yang
beriman dan soleh. Sekian, wassalam.

You might also like