You are on page 1of 45

Upload

Login
Signup

Home

Technology

Education

More Topics

For Uploaders

Collect Leads

2 of 31

Kanak kanak berkeperluan khas di


peringkat awal kanak-kanak (1)
17,641

Share

Like

shida01
Follow
4 19 0 7
Published on Apr 06, 2012

7 Comments
45 Likes
Statistics
Notes

Post

othmanbujang2011
Kenapa tak boleh save. Provasi sangat ker?
2 years ago

Azlina Abd Wahab , Guru at SKKgB


info yg sgt membantu & berguna
2 years ago

Maria Airiena Mulok , Guru at SK SAHABAT 2


artikel ini amat membantu saya, terima kasih..
2 years ago

Noor Farila Omar , Guru at Kementerian Pelajaran Malaysia


tq atas perkongsian maklumat
2 years ago

Ruslida Tarmuji at sekolah kebangsaan tanjung keramat


artikel ini membantu saya , tq
2 years ago
Show More

Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)


1. 1. ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)Tugasan:
PembentanganTarikh : 17 Ogos 2009Tajuk: Bincangkan tentang kanak-kanak
berkeperluan khas di peringkat awal kanak- kanak.Nama: 1. Lino Leoncio 2.
Stephenie anak Mukit 3. Nurul Ain Binti Bahir 4. Salizah Bt. Lusly 5. Marie
Christerine ak MatthewJabatan Fakulti: Seni Dan MuzikTempat: Universiti
Pendidikan Sultan IdrisSemakan: En. Kamarul Azman Bin Salam
2. 2. 1.0 PENGENALAN Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada
kanak-kanak yangmemerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza
berbanding dengan kanak-kanaknormal. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak
khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental,keupayaan sensori atau deria,
keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-cirifizikal. Oleh yang
demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahandalam
aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas
bertujuanmengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang
optimum dan tidakterabai seperti kanak-kanak normal. Chua & Koh (1992)
mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak luar biasa
sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata darisegi
kecerdasan, kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati.
ManakalaGarciulo (2003) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas
seperti kenyataan dibawah; "Individuals who differ from societal or community
standards of normalcy. These differences may be due to significant physical,
sensory, kognitif, or behavioral characteristics. Many of these children may
require educational programs customized to their unique needs."Selain itu,
Garciulo juga telah mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas
sepertiberikut: i. Terencat akal.
3. 3. ii. Kurang upaya dalam pembelajaran. iii. Kecelaruan emosi atau tingkah
laku iv. Pintar cerdas dan berbakat v. Masalah bahasa dan pertuturan vi.
Masalah pendengaran vii. Masalah penglihatan viii.Kecelaruan spektrum
autism ix. Kurang upaya fizikal atau masalah kesihatan Sheila & Samsilah
(2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalahkanak-kanak yang
memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yangberbeza
daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada
muridbermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah
pembelajaran(Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah

4.

5.

6.

7.

2006). Kesimpulan yang dapat menerangkan tentang kanak-kanak


berkeperluan khasadalah golongan kanak-kanak yang menghadapi
ketidakupayaan yang serius sehinggamemberi kesan yang mendalam
terhadap kehidupan normal dan pembelajaran sertaperkembangan kognitif
mereka (Abd. Rahim 2006).2.0 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
4. Terdapat pelbagai kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan golongan
kanak-kanak istimewa ini mestilah dikenal pasti ketidakupayaan mereka bagi
memenuhikeperluan perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani
berdasarkan kepercayaandan kepatuhan kepada Tuhan (Abu Bakar & Ikhsan
2003). Berikut adalah kategori-kategori kanak-kanak berkeperluan khas: 1.1
Masalah Penglihatan Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for
the Welfare of the Blinddalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah
penglihatan adalah seperti berikut: i. Tidak dapat melihat langsung. ii.
Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian
Snellen. iii. Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus.2.1.1
Tahap KecacatanTerdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang
membezakan antara buta denganpenglihatan terhad ataupun low vision
berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasipendidikan khas. Masalah
penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut: 1. Sederhana Masalah pada
tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan
menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat
bantu khas seperti kanta.
5. 2. Teruk Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin
memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti
malam mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan
termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan khas. 3. Sangat teruk Masalah
pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran
melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu
bergantung kepada deria-deria lain.2.1.2 Tingkah laku masalah penglihatan i.
Selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja, misalnya untuk melihat papan
tulis ataupun objek. ii. Selalu mengerutkan ataupun mengecilkan mata. iii.
Kerap bercakap. iv. Kerap menggosok mata. v. Selalu menutup sebelah mata.
vi. Selalu terlanggar objek.vii. Keliru dengan huruf.viii. Menonton televisyen
ataupun membaca buku dengan jarak yang terlalu dekat.
6. ix. Memegang kepala dengan cara luar biasa. x. Kerap menangis xi.
Memegang buku ataupun bahan bacaan terlalu dekat dengan muka ataupun
paa sudut berlainan.xii. Sering mencari-cari ayat yang dibaca.xiii. Meniru kerja
kawan.xiv. Tidak menyiapkan tugasan yang diberi. xv. Selalu mengelak
membuat sebarang tugasan yang diberi. Disebabkan kekurangan yang
mereka ada, timbul perasaan kurang keyakinan diridan sering menyisihkan
diri tetapi ianya boleh diatasi dengan memberi layanan yangbaik kepada
mereka (bukan bermaksud layanan yang istimewa sehingga mereka
rasaberbeza dengan orang normal) (Jamila 2005). 1.2 Masalah Pendengaran
Mohd. Salleh (1999) mendefinisikan kecacatan pengendaran sebagai
golonganmanusia yang tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan orang
ramai kerana rosakpendengaran. Menurut Hasnah (1988) dalam Mohd. Salleh
(1999), caca pendengarandibahagikan kepada dua jenis iaitu: i. Cacat
Bahagian Penerimaan ( Conductive Deafness)
7. Kecacatan disebabkan telinga tersumbat, luka pada gegendang telinga
atau tidak ada lubang telinga. ii. Cacat Bahagian Tanggapan ( Perceptive
Deafness) Kecacatan terjadi disebabkan oleh masalah saraf pendengaran
pada bahagian organ dalam telinga. Tanda-tanda yang menunjukkan kanakkanak yang mempunyai masalahpendengaran adalah kurang memberi
perhatian di dalam kelas, kelihatan selaluberkhayal, percakapannya tidak
jelas, terkejut apabila dihampiri daripada belakang,tidak memahami arahan
yang diberikan dan pencapaian yang lemah terutamanyaberkaitan dengan

bahasa. Perkembangan kognitifnya adalah agak lambat disebabkan oleh


kelambatanperkembangan bahasa. Bagi perkembangan sosial pula, ia
bergantung kepadapengalaman mereka, cara layanan yang diterima dan
melalui kebolehan perkembanganmereka sendiri.2.2.1 Jenis Masalah
PendengaranMenurut Jamilah (2005) terdapat dua kategori masalah
pendengaran iaitu kurangpendengaran dan pekak. 1. Kurang pendengaran
8. 8. a) Ringan (mild) i. Tahap kehilangan pendengaran antara 27 hingga 40 dB
ii. Memahami perbualan iii. Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang
perlahan dan jauh iv. Memerlukan terapi pertuturanb) Sederhana (moderate)
i. Tahap kehilangan pendengaran antara 41 hingga 55 dB ii. Dapat mendengar
bunyi setakat 1 hingga 1.5 meter daripadanya iii. Memahami perbualan iv.
Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas v. Memerlukan alat
bantu dengar vi. Memerlukan terapi pertuturanc) Sederhana teruk (moderate
severe) i. Tahap kehilangan pendengaran antara 56 hingga 70 dB
9. 9. ii. Memerlukan alat bantu dengar, latihan pendengaran iii. Memerlukan
latihan pertuturan dan komunikasi iv. Orang yang ingin berhubung dengan
mereka perlu bercakap dengan kuat v. Pertuturan kanak-kanak kategori ini
mungkin tidak sempurna kerana pengalaman pendengarannya yang terhad2.
Pekak a) Teruk (severe) i. Tahap kehilangan pendengaran antara 71 hingga 90
dB ii. Dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak sifar hingga 30.5
sentimeter daripadanya iii. Mungkin dapat membezakan sesetengah bunyi
sahaja iv. Menghadapi masalah dalam pertuturan v. Memerlukan pendidikan
khas, alat bantu dengar dan latihan pertuturan dan komunikasi b) Sangat
teruk (profund)
10. 10. i. Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90 dB ii. Sukar untuk
mendengar walaupun bunyi yang kuat iii. Memerlukan alat bantu
pendengaran dan terapi pertuturan 1.3 Masalah Emosi-Hiperaktif Menurut
Jamilah (2005), hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak
yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu
tetapimempunyai tumpuan yang singkat. Sandra (2008) menjelaskan terdapat
dua jenismasalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit
Disorder (ADD) ataumasalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention
Deficit Hiperactivity Disorder(ADHD) atau masalah kurang tumuan dengan
hiperaktif. Menurut Sandra lagi masalahADD atau ADHD adalah bersifat
fisiologi dan biologi. Bagi Sheila & Samsilah (2006),ADHD adalah satu
keadaan diaman kanak-kanak yang mengalaminya mempunyaimasalah
tingkah laku yang terlampau aktif dan impulsif. Sandra (2008) menyatakan
ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan tanpahiperaktif (ADD) adalah
seperti berikut: i. Mudah terganggu oleh rangsangan luaran . ii. Sukar
mendengar dan mematuhi arahan. iii. Sukar memberi tumpuan dan perhatian.
iv. Sukar mengekalkan tumpuan dan melaksanakan tugasan. v. Keupayaan
membuat kerja sekolah yang tidak lengkap.
11. 11. vi. Tidak terurus. vii. Kemahiran belajar yang lemah. viii. Sukar untuk
berdikari. Manakala ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan dengan
hiperaktif(ADHD) menurut Sandra (2008) adalah seperti berikut: i. Tahap
aktiviti tinggi ii. Cenderung mengikut gerak hati dan kurang kawalan diri. iii.
Kesukaran melalui aktiviti peralihan atau perubahan. iv. Tingkah laku yang
agresif dan terlampau mudah terangsang. v. Tidak matang dari segi sosial. vi.
Rendah keyakinan diri dan mudah kecewa. Kanak-kanak adalah adalah normal
pada zaman kanak-kanak sehingga ke tahaptertentu pada tahap
perkembangan yang berbeza. Walau bagaimanapun, kanak-kanakbermasalah
ADD atau ADHD apabila kanak-kanak itu menunjukkan pelbagai tingkahlaku
yang bermasalah yang tidak sesuai dengan perkembangannya berbanding
kanak-kanak lain pada usia yag sama (Sandra 2008). Menurut Persatuan
Psikologi Amerika (APA) mendefinisikan ADHD sebagaikecelaruan psikologi

dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuhtahun dan


dikategorikan kepada 3 iaitu; ADHD Kurang Tumpuan
12. 12. i. Mereka mungkin kerap mengelamun di dalam kelas,kerap pelupa dan
kerja tidak teratur ADHD Hiperaktif-impulsif i. Hiperaktif menunjukkan
jumlah pergerakan yang sangat tinggi ii. Impulsif iaitu melakukan sesuatu
tanpa berfikir ADHD Gabungan i. Menunjukkan kedua-dua ciri diatas iaitu
kurang tumpuan, hiperaktif dan impulsive Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak
ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannyaADHD hiperaktif-impulsif
mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripadaADHD impulsive.
Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakansesuatu
pergaduhan, kerap membuat kesalahan akibat kecuaian, gagal
menyiapkankerja sekolah, tidak mahu mendengar apabila bercakap
dengannya, sukar mengaturtugasan,tidak suka dan enggan melakukan
tugasan. Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan
kendiri dimana penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada
keadaan
13. 13. persekitaran yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri
mengikuttuntutan sosial (Jamila 2005). 1.4 Masalah Fizikal Dan Kesihatan Palsi Selebral Terdapat 4 kategori palsi selebral iaitu Palsi Selebral spastik,
palsi selebralathetiod, palsi selebral ataxia dan palsi serebral gabungan. Ciriciri fizikal pada kanak-kanak palsi selebral spastic ialah masalah ketegangan
pada otot-otot tertentu sepertitangan dan kaki. Ketegangan otot ini akan
menyebabkan pergerakan otot tersebutmenjadi terhad atau tidak berkodinasi.
Contohnya jika ketegangan otot berlaku padakaki, pergerakan permulaan
berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satulonjakan tenaga
menyebabkan pergerakannya kurang terkawal. Bagi palsio selebral athetiod
pula, mereka mempunyai anggota yang lebih meliukdan tidak terkawal.
Manakala bagi palsi serebral ataxia pula, imbangan badan merekaadalah
tidak baik di samping pergerakan badan yang tidak berkodinasi. Palsi serebral
gabungan pula adalah mereka yang mengalami lebih daripadasatu jenis palsi
selebral pada satu-satu masa. Masalah yang dihadapi olehnya adalahototototnya kejang, tidak berkodinasi dan juga meliuk. Masalah sosial yang
dihadapi oleh golongan ini adalah dalam menyesuaikan diridi dalam
masyarakat. Disebabkan mereka tidak dapat bertutur dengan baik,
merekaberasa rendah diri dan ini akan menjejaskan hubungan mereka
dengan persekitaran.Sebab lain yang menyebabkan kanak-kanak ini rendah
diri adalah sikap ibu bapa yang
14. 14. terlalu member perhatian dan perlindungan yang melampau
menyebabkan kanak-kanak ini langsung tidak diberi peluang untuk
mempelajari kemahiran asas bagipenjagaan diri sendiri. 1.5 Masalah Mental i)
Terencat akal Masalah terencat akal menjadi satu isu yang perlu ditangani
kerana murid yangmengalami masalah ini lambat menerima pengajaran di
sekolah. Punca seseoranganak itu terencat akal boleh dikaitkan dengan faktor
biologi (baka) dan persekitaran.Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi
intelek seseorang kanak-kanak berbandingdengan faktor persekitaran. Kanakkanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama seperti kanak-kanak
normaliaitu daripada segi pertumbuhan bahagian-bahagian badan walau
bagaimanapunterdapat kekurangan dalam menggunakan motor halus. Kanakkanak ini lambatmenguasai kemahiran motor halus. Oleh itu, ibu bapa atau
guru perlulah memantauperkembangan motor halus mereka. Kanak-kanak ini
sering mempamerkan kepayahan untuk memberi tumpuan ataufokus kepada
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, sukar
menyiapkantugasan dan mudah membuat kesalahan disebabkan kecuaian.
Mereka juga seringmenunjukkan tingkah laku yang sering mengganggu rakan.
Di dalam hubungan sosial dengan rakan-rakan, mereka kurang diterima oleh

rakankerana tidak pandai menyesuaikan diri, kurang matang dan mempunyai


masalah dalam
15. 15. menguasai klu-klu sosial yang halus sehingga mereka kerap menyalah
tafsir aksi-aksimurid lain. Tingkah laku yang lain adalah menarik rambut,
menggigit kuku, tabiat sukamencederakan diri dan meminta ganjaran apabila
diminta untuk melakukan sesuatucontohnya jika enggan melakukan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, guru akanmemberikan sesuatu yang disukai
murid untuk memujuknya mengikuti aktiviti (Jamila2005). ii) Sindrom down
Ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini adalah mata condong ke bawah atau ke
atas,belahan kelopak mata pendek dan terdapat lapisan kulit di dalam mata,
bentuk mukaleper, kepala lebih kecil daripada kebiasaan dan bahagian
belakang .kepala rata,telinganya kecil dan berkedudukan rendah, mulut
kelihatan kecil dan bibir nipis, bentukleher lebih pendek, kaki dan tangan
pendek, tapak kaki lebar dan jari kaki pendek,mempunyai masalah jantung
dan lain-lain lagi. Daripada segi emosi, kanak-kanak ini dilabelkan sebagai
terencat akal sama adaringan, sederhana, teruk dan sangat teruk. Kanakkanak Sindrom Down Ringan masihboleh dididik. Menangis merupakan isyarat
utama kanak-kanak ini dan mempunyaimasalah pendengaran. Kanak-kanak
Sindron Down merupakan kanak-kanak yang manja dan memerlukanperhatian
seperti suka dipeluk. Kadangkala mereka mempunyai masalah yang lain
iaituhiperaktif dan masalah tumpuan singkat (Jamila 2005). 1.6 Autism
16. 16. Menurut Sheila & Samsilah (2006) autism merujuk kepada kecacatan
bersosialdi mana kanak-kanak yang mengalami autism tidak mempunyai
kemahiran berhubung,berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain seperti
murid normal. Emosi kanak-kanak sangat sukar diramal dan berubah-ubah. Di
antaranya adalah (Jamila 2005) :i. Sering marah, ketawa dan menangis tanpa
sebab mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya ataupun
dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya.ii. Merosakkan apa saja
yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu.iii. Menyerang sesiapa sahaja
berhampirannya jika emosinya terganggu.iv. Ada kalanya mencederakan diri
sendiri danv. Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.
2.6.1 Tingkah Lakui. Sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif.ii. Melakukan
perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti
bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-nepuk tangan,
berputar-putar, mendekatkan mata ke televisyen, berlari atau berjalan
mundar- mandir.iii. Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang
dilakukannya) daniv. Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan
tanpa sebarang reaksi.2.6.2 Interaksi sosial
17. 17. Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat
sukar danekstrem :i. Suka bersendirian.ii. Tiada kontak mata dan sentiasa
mengelak daripada memandang orang lain.iii. Tidak gemar bermain dengan
rakan dan sering menolak ajakan rakan.iv. Suka menjauhkan diri dan duduk di
suatu sudut. 1.7 Masalah Pembelajaran Menurut Mohd. Sharani (2004)
masalah kanak-kanak yang menghadapi masalahpembelajaran adalah kanakkanak yang mempunyai masalah neurologi hinggamenjejaskan pemahaman,
penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir,membaca, menulis,
mengeja dan bermatematik. 2.7.1 Lembam (Slow Learner) Kanak-kanak
lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas
pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenal pasti pada peringkat awal
setelah mendapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca menulis dan
mengira dalam pendidikan. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk
menyediakan garis pemisah yang jelas di peringkat awal perkembangan
kanak-kanak antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak lembam kerana
permasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki
alam persekolahan permasalahan mereka dapat dikesan (Jamila 2005).

18. 18. Menurut Messe (2001) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia,
keupayaanintelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada
tahap 85 atau lebih didalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka juga
mempunyai masalah dalammemberi perhatian, mengumpul atau memproses
maklumat yang diterima di dalamingatan mereka. Di samping itu, kanakkanak lembam mudah hilang tumpuan, mudahmembuat kesalahan akibat
kecuaian, sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahanmembuat tugasan
yang berturutan. Di dalam mata pelajaran matematik, merekamenunjukkan
kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang digunakan danmengingati
turutan proses dalam penyelesaian matematik (Jamila 2005). Disebabkan
masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukarmenyiapkan
tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalahsosialemosi. Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakanrakan.2.7.2 Disleksia Definisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah
kognitif ( Thomson 1984dalam Sheila & Samsilah 2006) Mohd. Sharani (2004)
menjelaskan maksud dyslexiaadalah kanak-kanak yang tidak dapat membaca
kerana tidak dapat menterjemahkandengan betul lambang-lambang bertulis
sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam sukukata ataupun dalam perkataanperkataan. Secara literalnya, disleksia bermaksud, kesukaran dalam
berbahasa (Ott 1997dalam Sheila & Samsilah 2006). Definisi operasional
disleksia yang pertama
19. 19. dikeluarkan oleh World Federation of Neurology (1968) dalam Sheila &
Samsilah(2006) adalah seperti berikut: Suatu kecelaruan pada kanak-kanak
di mana, meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional,
gagal mengusai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja
yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka. Kanak-kanak disleksia
tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf denganperkataan dan
menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi huruf
dangabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan
masalah kepadamereka ialah huruf b dan d, dan perkataan yang hampir
serupa ejaannya. Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat
perkembangannya berbanding rakanyang sebaya daripada segi umur
kronologikal seperti seorang kanak-kanak disleksiaberusia tujuh tahun sering
berkelakuan seperti kanak-kanak berusia dua ataupun tigatahun yang
mementingkan diri ( Cronin 1997: ms 111 dalam Sheila & Samsilah 2006).
Perkembangan fizikal, mereka tidak berminat dalam pelajaran dan
selaludilabelkan sebagai pemalas dan bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa
bersih tetapitidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang. Mereka juga
mempunyai dayapengamatan. pendengaran dan penglihatan yang lemah.
Kekeliruan juga timbul dimana mereka sukar untuk membezakan kiri dan
kanan.Pengamatan dan tingkah laku:
20. 20. i. Keliru dengan konsep arah ii. Keliru dalam konsep masa iii. Kerap terasa
tertekan iv. Keliru memakai kasut pada kaki yang betul v. Konsep kendiri yang
rendah2.7.2.1 Jenis-jenis disleksiaDisleksia dapat dibahagikan kepada tiga
kategori iaitu: 1. Disleksia visual Disleksia visual berkaitan dengan masalah
kanak-kanak dalam menggunakan deria penglihatan. Walaupun kanak-kanak
itu dapat melihat dengan baik tetapi ia tidak dapat membezakan apa yang
dilihat ataupun mengintepretasi serta mengingatinya. 2. Disleksia auditori
Disleksia auditori berkaitan dengan masalah kanak-kanak dalam
menggunakan deria pendengaran. Walaupun kanak-kanak itu dapat
mendengar tetapi ia mengalami kesukaran dalam mendiskriminasikan bunyi,
membezakan persamaan dan perbezaan antara bunyi, mengenalpasti bunyi
bagi perkataan ataupun membahagikan perkataan dalam suku kata.
21. 21. 3. Disleksia visual-auditori Kanak-kanak dalam kategori ini berada pada
tahap yang agak teruk kerana kedua-dua deria penglihatan dan pendengaran
tidak dapat membantunya mengintepretasi apa yang dilihat dan didengar

(Jamila 2005). 1.8 Pintar Cerdas dan Berbakat Menurut Jamila (2005), Kanakkanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yangmempunyai kemampuan yang
tinggi di dalam akademik. Mereka sering dianggapsebagai murid yang nakal
kerana tidak memberi perhatian di dalam kelas sedangkanmereka sebenarnya
memahami dan telah menguasai pengajaran guru. Chua & Koh(1992)
mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai kanak-kanak
yangmenunjukkan atau potensi kebolehan dalaman: i. Kegiatan intelek seperti
kreativiti, pemikiran abstrak, kemahiran lisan, pemikiran logik dan ingatan
baik. ii. Bakat-bakat khas dalam bidang-bidang seperti sains, matematik,
kepimpinan perhubungan manusia, seni lukis, muzik, penulisan dan drama.
Menurut Ross (1993) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, definisi kanakkanak pintar cerdas adalah kanak-kanak dikenal pasti semasa prasekolah,
sekolahrendah atau menengah menunjukkan bakat atau potensi yang
cemerlang dalam
22. 22. pencapaian akademik berbanding kanak-kanak yang sebaya dengan
mereka. Merekajuga menunjukkan prestasi yang tinggi dari segi intelek, seni
dan mempunyaikepimpinan yang luar biasa Perkembangan kanak-kanak
cerdas pintar ini menunjukkan ciri-ciri luar biasapada umur yang sangat muda
berbanding kanak-kanak biasa. Perkembangan kognitifmereka tinggi dan
dapat dikesan semenjak berumur satu tahun dan menunjukkanperkembangan
dalam domain yang luas. Mereka memperoleh maklumat denganmenyimpan
maklumat dengan cepat dan dengan cekap mengingati semula
maklumat.Kanak-kanak ini boleh merancang, memantau dan menilai
menggunakan pemikiranadvance pada umur yang muda berbanding kanakkanak lain. Dari segi emosi, mereka sangat matang berbanding kanak-kanak
lain, mudahkecewa dan menghina rasa takut pada usia yang muda serta
terlalu sensitif.3.0 INTERVENSI AWAL Kanak-kanak berkeperluan khas
memerlukan pengesanan pada peringkat awallagi bagi membolehkan mereka
mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancangbagi mengembangkan
potensi diri mereka. Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu
program yangtersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal
mendidik kanak-kanakbekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah.
Selain itu juga melibatkankolaborasi pelbagai disiplin (Zarin, Safani & Soon
2004).
23. 23. Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanakkanakberkeperluan khas antaranya ia dapat member pendekatan
penambahan komunikasi.Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui
kaedah komunikasi selain daripadabahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah
kes, individu tersebut tidak boleh bertuturdisebabkan oleh masalah fizikal
atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasiyang tidak melibatkan
pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya. Disamping itu,
komunikasi bantuan atau komunikasi alternatif yang melibatkan berbagaibagai pendekatan dan ada juga menggunakan perkembangan teknologi baru.
Diantaranya adalah seperti menggunakan bahasa isyarat, alat-alat latihan
komunikasiyang dicipta khas, penggunaan teknologi komputer dan
sebagainya. Manakala bagikanak-kanak yang autistik pula menggunakan
rawatan perubatan untuk merawatmasalah kurang tumpuan dan hiperaktif.
Selain itu, pengambilan vitamiun B6 bersamamagnesium juga dapat
membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatianbagi kanak-kanak
autistik. Selain itu, intervensi awal ini dapat memberi perhatian kepada ibu
bapa, latarbelakang dan persekitaran. Individu yang terlibat dalam intervensi
seperti ibu bapa,guru, atau ahli terapi menggunakan dorongan semula jadi
kanak-kanak untuk bercakapperkara yang mereka sedang lakukan,
merancang untuk lakukan atau permainan yangdisukai. Selain itu, intervensi
dijalankan semasa murid sedang makan, bermain, atauketika berada di
restoran makanan segera untuk menggalakkan mereka bertutur

danmenggunakan bahasa dengan betul. Manakala perkhidmatan intervensi


awal sangatpenting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu
mengurangkan masalah autistikyang mereka alami. Selain rawatan perubatan
dan pengurusan tingkah laku,
24. 24. perkhidmatan intervensi awal sememangnya dibentuk bagi memenuhi
keperluanindividu kanak-kanak autistik termasuklah pendidikan terancang. Di
Amerika syarikat,program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara
agensi seperti perkhidmatandan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat
sekolah, latihan dan kaunseling ibubapa, perkhidmatan pemakanan nutrisi,
program kebudayaan dan kesenian, terapi carakerja dan terapi bahasa dan
pertuturan. Intervensi awal juga dapat memberi peluang kanak-kanak belajar
kemahiran asas.Kanak-kanak berpeluang untuk belajar kemahiran asas dan
memenuhi keperluandalam bidang-bidang kemahiran sosial, kemahiran urus
diri, komunikasi danpengurusan tingkah laku. Di Malaysia, program intervensi
kanak-kanak autismdilaksanakan melalui program pra sekolah. Terlebih
dahulu bagi memastikan merekabersedia untuk ditempatkan dalam Tahun
satu. Di sini, kemahiran urus diri danpengurusan tingkah laku diutamakan
selain pengenalan kepada asas mata pelajaranbahasa Melayu, Agama dan
Moral, dan Matematik. Di samping itu, guru perlumempunyai pengetahuan
yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran danpembelajaran yang
berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku akan dapatmembantu
guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya.4.0 ISU DAN CABARAN
Persoalan besar yang menghantui kanak-kanak berkeperluan khas
adalahkesediaan seluruh masyarakat menerima anugerah Tuhan dengan rasa
bersyukur,tidak merasa malu, mendiskriminasikan kanak-kanak istimewa dan
yang penting adalah
25. 25. ibu bapa melaksanakan tanggungjawab seperti yang dilakukan pada
kanak-kanaknormal. Banyak kajian lepas mengenai penerimaan ibu bapa
kepada kanak-kanakistimewa mendapati tidak semua ibu bapa dapat
menerima kehadiran anak istimewa(Belgrave 1991; Heinmann & Shontz 1992;
Linkowski & Dunn 1994 dalam Mohd.Sharani 2004). Menurut Li, Moore &
Dennis (1998), stigma sosial dan diskriminasi yangdilemparkan ke atas ibu
bapa yang mempunyai anak istimewa seperti suatu sempadanyang
menghalang ibu bapa menerima anak mereka. Manakala Nancy (1999)
dalamMohd. Sharani (2004) menyatakan bahawa stigma negatif yang
dileparkan olehmasyarakat menyebabkan ibu bapa menjadi takut menerima
kenyataan bahawamereka adalah ibu ataupun bapa kepada kanak-kanak
berkeperluan khas. Olshansky(1992) dalam Mohd. Sharani (2004) menyatakan
bahawa perasaan ibu bapa yangmemiliki kanak-kanak berkeperluan khas
merasa tidak mampu melakukan apa-apademi kesejahteraan anak itu. Reaksi
negatif yang ditunjukkan oleh ibu bapa kanak-kanak berkeperluan
khasberhubung kait dengan tahap kehilangan kewibawaan identiti ( Whaley &
Wong 1991dalam Mohd. Sharani 2004). Menurut Mohd. Sharani (2004) faktorfaktor sepertiterkejut, tidak percaya, hiba, marah, kecewa dan penafian
banyak menjejaskan reaksipenerimaan ibu bapa yang mendapat kanak-kanak
berkeperluan khas. Tidak kurangdisebabkan oleh ketakutan pada penolakan
sosial dan ketakutan hidup bersendirian(Prado 1991).
26. 26. Jumlah kanak-kanak istimewa yang ada dalam sekolah negara Malaysia
padatahun 1999 adalah seramai 11, 861 orang iaitu 8557 orang di sekolah
rendah dan 3304orang di sekolah menengah. Menurut Mohd. Sharani (2004)
cabaran-cabaran yangdihadapai bagi memastikan kanak-kanak istimewa
mempunyai akses dan menikmatipeluang pendidikan yang sama dengan
kanak-kanak biasa adalah seperti berikut: i. Peraturan-peraturan pendidikan
(Pendidikan Khas 1997) perlu disemak semula bagi memastikan tiada wujud
apa-apa sekatan kepada kanak-kanak istimewa. ii. Program atau rancangan
yang komprehensif dan berterusan perlu diwujudkan supaya sampai kepada

semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa supaya mereka


mendapat maklumat dan kesedaran serta bersedia menghantar anak-anak
mereka ke sekolah. iii. Kemudahan-kemudahan tempat belajar
diperbanyakkan, diperlengkap dan diperluaskan bagi memudahkan ibu bapa
kanak-kanak istimewa menikmati kemudahan pendidikan. iv. Mekanisme yang
mantap perlu diwujudkan bagi memastikan setiap kanak-kanak istimewa
dapat didaftarkan. Pendekatan pendidikan inklusif kepada kanak-kanak
berkeperluan khasmelibatkan usah mendidik kanak-kanak istimewa di sekolah
dan kelas biasa oleh guru-guru biasa. Pendekatan ini membolehkan kanakkanak istimewa bergaul danmengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti
pembelajaran serta kehidupan sekolahdengan lebih berkesan dan bermakna.
Menurut Mohd. Sharani (2004) berdasarkanfalsafah itu, diharapkan objektifobjektif di bawah dapat dipenuhi:
27. 27. i. Supaya pelajar-pelajar khas dapat mengambil bahagian dalam aktivitiaktiviti pendidikan, sosial dan kerjaya. ii. Supaya pelajar-pelajar khas dapat
berkembang menjadi individu yang mempunyai keyakinan diri. iii. Supaya
pelajar-pelajar khas dapat pendidikan yang sama seperti pelajar-pelajar biasa
yang lain. iv. Supaya tugas mendidik dan mengajar pelajar-pelajar ini dapat
dipikul bersama oleh semua guru serta masyarakat yang lain.5.0 PENUTUP
Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan
ataskejadian yang berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan
inginkan diri dalamkeadaan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi dan
sosial. Justeru, terdapat insanyang dikategorikan sebagai insan istimewa atau
berkeperluan khas kerana cacat derialihat dan dengar, pertuturan, fizikal,
mental dan emosi. Pertumbuhan danperkembangan kanak-kanak
berkeperluan khas tidak semua mengikuti normapertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak normal. Masyarakat hendaklah memahami
kanak-kanak istimewa bahawa merekamempunyai impian dan cita-cita untuk
bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomidan politik selepas mereka
meninggalkan bangku sekolah (Mohd. Sharani 2004).
28. 28. Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang
mungkinterdapat pada anak-anak perlu diambil berat dan membawa
berjumpa pakar perubatanbagi mengetahui mengesan sebarang kekurangan
pada kanak-kanak. Keprihatinan ibubapa terhadap anak-anak mereka akan
dapat mengurangkan beban yang ditanggungdan memberi semangat kepada
kanak-kanak yang tergolong kanak-kanak berkeperluankhas untuk terus
hidup. Oleh itu, masyarakat khususnya ibu bapa perlu mendapatkannasihat,
pengetahuan dan bantuan supaya kanak-kanak khas dapat dibimbing
dengansempurna.
29. 29. BIBLIOGRAFIAbd. Rahim Talib .2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak
Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd.Abu Bakar Nordin
& Ikhsan Othman .2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Kuala Lumpur.
Quantum Books.Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan Khas Dan
Pemulihan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Garciulo R.M .2003.
Special Education in Contemporary Society: An Introduction to Exceptionality.
United State. Wadsworth Thomson Learning.Hajah Hasnah Udin. 1988.
Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.Hajah Hasnah Udin & Hajah Aishah Hj. Jaafar .1992. Bimbingan
Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: DBP/Kementerian Pelajaran
Malaysia.Jamila K.A Mohamad .2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak
Istimewa. Kuala Lumpur. PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd.Li, Moore &
Dennis. 1998. Acceptance of Disability and Its Correlates. Journal of Social
Psychology, 138(1), 13-26.
30. 30. Messe .2001.HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak
Masalah Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia.Mohamad Aman & Kasim
Abd. Majid .2003. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak- Kanak ( Tingkatan 4).

Selangor. Aras Mega (M) Sdn. Bhd.Mohd. Salleh Lebar. 1999. Masalah
Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Dalam
Pendengaran. Serdang. Universiti Putera Malaysia.Mohd. Sharani Ahmad.
2004. Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Kuala Lumpur. PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.Prado, D.F .1991. A Guide and Handbooks
for Parents of Mentally Retarded Children. Illinois. Charles C Thompson.Ross .
1993. HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah
Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia.Sandra F. Rief. 2008. Bagaimana
Mendekati dan Mendidik Kanak-Kanak ADD/ADHD (Terjemahaan PTS
Publications). Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad.Sheila Devaraj & Samsilah Roslan. 2006. Apa itu Disleksia. Kuala
Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.Wikipedia Ensiklopedia Bebas .
2009. Sekolah Pendidikan Khas Diperoleh pada 9 Oktober daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_khasZamri Mahamod .2009. Posiding
Seminar Pendidikan Khas. Bangi. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia.
31. 31. Zarin Ismail, Safani Bari & Soo Boon Seng .2004. Integrasi Sosial Murid
Berkeperluan Khas Bermasalah Pendengaran dan Program Inklusif . Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan PustakaZulkiply Yaakob. 2009. Pendidikan Khas
Pra Sekolah Diperolehi pada 9 Oktober 2009 daripada
http://zulprasekolah.blogspot.comZuly .2009. Program Untuk Pelajar
Berkeperluan Khas Diperolehi pada 9 Oktober 2009 daripada
http://www.scribd.com/doc/14853835/Bab-9-Program-Untuk- PelajarBerkeperluan-KhasRosalwani Che Soh. 2006. Jangan malu ada anak Sindrom
Down. Diperolehi pada Oktober 2009 daripada
http://www.kdsf.org.my/html/Utusan%20Malaysia% 20Online%20-%20Muka
%20Hadapan.htm
Recommended

Photoshop CC Essential Training (2015)

Competitive Strategy Fundamentals

Entrepreneurship Fundamentals

Kanak kanak keperluan khas


asarahandi Api Abdullah

Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas


Nurhaliza Hamid

Pendidikan khas kanak kanak prasekolah


Hon Shan Shan

Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas


Karen So Yongfen

Kanak kanak berkeperluan khas


shahrul

Pengenalan Pendidikan Khas


cikgusuepkhas

Intervensi awal kanak kanak


Nur Kareena

English
Espanol
Portugues
Franais
Deutsche

About

Dev & API

Blog

Terms

Privacy

Copyright

Support

LinkedIn Corporation 2016

You might also like