You are on page 1of 25

ISI KANDUNGAN

Bil. Tajuk Muka surat

1. Indeks
2. Penghargaan
3. Pendahuluan
4. Objektif Kajian
5. Kawasan Kajian - huraian
6. Kaedah Kajian
7. Dapatan dan Rujukan Kajian
8. Rumusan
9. Lampiran
PENGHARGAAN

Saya amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana saya telah dapat
meyiapakan kerja kursus Geografi ini dalam tempoh yang
diberikan. Saya, Nazreen Amri bin Adnan mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Pengetua Puan Hjh Zainah Binti Shamsudin
yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan
kajian ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih yang


tidak terhingga kepada guru Geografi saya, Puan Ruzita Binti
Manap di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar beliau sehingga
kajian ini berjaya diselesaikan. Saya amat terhutang budi kepada
kedua ibubapa saya yang sentiasa ada di sisi saya untuk memberi
dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat.

Saya juga berterima kasih kerana mendapat bantuan daripada


kawan saya iaitu Ameer Haikal kerana beliau saling berkongsi
pengetahuan dan maklumat sepanjang kajian kami. Juga kepada
semua responden yang telah terlibat secara langsung mahupun
tidak sepanjang kajian saya ini.
PENDAHULUAN

NAZREEN AMRI BIN ADNAN itulah saya, seorang murid dari


Tingkatan 3 Dinamik SMK Taman Semarak. Saya memilih untuk
menjadikan Taman Semarak sebagai kawasan kajian dan
Singapura sebagai negara perbandingan untuk dijadikan tajuk kerja
kursus saya pada kali ini. Ia juga menjadi lokasi pilihan kerana
saya dibesarkan dan bersekolah di sini dan pastinya saya akan
dapat mengkajinya dengan lebih teliti.

Sebab saya memilih Singapura pula ialah kerana negaranya yang


kecil tetapi tetap berkembang maju seiring dengan negara-negara
lain. Selain itu faktor bentuk muka bumi, kedudukan, cuaca dan
budaya di antaran keduanya juga agak sama. Folio kerja kursus ini
telah disiapkan dalam masa 67 hari.
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah seperti berikut :

Untuk mengkaji jenis dan pola petempatan di Taman


Semarak dan Negara bandingan, Singapura
Untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi petempatan di
Taman Semarak dan Negara bandingan, Singapura
Untuk mengkaji fungsi-fungsi petempatan di Taman Semarak
dan Negara bandingan, Singapura
Untuk mengkaji masalah-masalah petempatan yang berlaku
di Taman Semarak dan Negara bandingan, Singapura
Untuk mengkaji cara untuk mengurangkan masalah
petempatan yang dihadapi di Taman Semarak dan Negara
bandingan, Singapura
Untuk mengkaji penerapan nilai dan unsur patriotism
terhadap kesan kajian
Saya amat berbangga dan bersyukur kerana dilahirkan dan
dibesarkan di Malaysia dan dapat hidup dalam kemakmuran,
keamanan dan harmoni. Kestabilan ekonomi dan politik yang kita
kecepai sekarang ini adalah bukti pembangunan yang nyata. Ikuti
kajian saya seterusnya.
KAWASAN KAJIAN – peta lokasi

Singapura

Kawasan Kajian
Taman Semarak terletak di Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Jaraknya dengan Seremban iaitu ibunegeri Negeri Sembilan adalah
kira-kira 28 kilometer, manakala jaraknya dari Kuala Lumpur pula
ialah 34 kilometer. Taman Semarak adalah terletak di bawah
pentadbiran Majlis Perbandaran Nilai (MPN). Taman Semarak juga
telah berkembang menjadi 2 fasa. Fasa keduanya lebih komersial dan
lebih luas berbanding Taman Semarak pertama.

Aktiviti ekonomi di Nilai bermula dari hasil pertanian seperti hasil


komoditi kelapa sawit dan getah namun ianya telah berkembang pesat
sehingga menjadi salah satu kawasan perindustrian yang paling maju di
Malaysia kini. Kemajuan pelbagai industria ini telah menyebabkan
berkurangnya kawasan pertanian. Namun bilangan penduduknya
semakin bertambah saban tahun dan taraf sosio ekonominya juga turut
meningkat.
Negara Bandingan – Singapura

Singapura pada asalnya didirikan sebagai koloni perdagangan Inggeris pada


1819 yang kemudiannya bergabung dengan Malaya pada 1963 namun
berpisah 2 tahun kemudian dan menjadi negara merdeka.

Ia kemudian menjadi salah satu negara makmur dunia dengan hubungan


perdagangan internsional yang kuat (pelabuhannya merupakan salah satu
yang tersibuk di dunia dilihat dari sudut perdagangan) dan dengan PDB per
kapita yang sama dengan negara maju Eropah Barat. Merupakan negara kota
pulau yang kecil yang dijadikan kota di Asia Selatan, terletak antara
Malaysia dan Indonesia yang terpisah oleh Selat Singapura dan Selat Johor.
Singapura memiliki jumlah daerah daratan 692,7 km² dan 193 km garis
pantainya.

Iklimnya hampir sama dengan Malaysia iaitu equatorial; panas, lembab, dan
kadangkala hujan sepanjang tahun.
KAEDAH KAJIAN

Bagi mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan untuk kajian, saya
telah menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, soal selildik dan analisis
bahan bacaan dan melayari internet.

a. Pemerhatian : Saya telah menjalankan pemerhatian di sekitar Taman


Semarak untuk mengkaji pola dan corak petempatan, masalah
petempatan dan pembangunan di sini dengan mengamati dan menilai
jenis pekerjaan, bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi, infrastruktur dan
aktiviti penduduk di Taman Semarak dan sekitarnya.

b. Temu bual : saya juga telah menebual beberapa penduduk tetap di Taman
Semarak yang telah tinggal lama di sini. Ini akan membantu saya bagi
mendapatkan lebih maklumat mengenai petempatan, permasalahan dan
kaedah menanganinya untuk kemajuan bersama.

c. Borang Soal Selidik : kaedah ini membantu saya mendapatkan maklumat


yang lebih di samping membantu saya memilih responden dari pelbagai
peringkat umur, kaum, agama dan pekerjaan.

d. Rujukan perpustakaan : saya dan beberapa rakan saya telah membuat


rujukan di perpustaan SMK Taman Semarak.

e. Rujukan internet : dengan menggunakan teknologi yang sedia ada, saya


telah melayari beberapa laman web untuk memperoleh maklumat
tambahan dan peta Negara Singapura. Saya juga membuat perbandingan
maklumat sebelum diedit ke dalam bentuk fakta dan data kajian saya.
DAPATAN KAJIAN - A

PERINDUSTRIAN

PERNIAGAAN
JENIS-JENIS
KEGIATAN EKONOMI PERDAGANGAN
PELANCONGAN
DI TAMAN SEMARAK
PUSAT
PENGANGKUTAN
PEMBORONG
PENDIDIKAN
PERKHIDMATAN
KEWANGAN

PERUBATAN

PENYELENGARAAN
DAPATAN KAJIAN – B

Peluang
Pekerjaan

Pengurangan
Penambahan
pergantungan
Pendapatan
barang impot

Sumbangan
Kegiatan
ekonomi
terhadap
Taman
Semarak
Pemindahan Peningkatan
Teknologi Taraf hidup

Proses Kemudahan
pembandaran infrastrusktur
JENIS DAN POLA PETEMPATAN KAWASAN KAJIAN

Jenis petempatan di Taman Semarak adalah jenis petempatan


bandar kerana ia merupakan bandar perindustrian yang dikelilingi
oleh kawasan perkilangan seperti Kawasan Perindustrian Nilai
Fasa 1 dan 2 manakala pola petempatannya ialah pola petempatan
berpusat kerana ia merupakan taman perumahan yang terancang.
Taman Semarak telah berkembang dengan pesat maka wujud pula
Taman Semarak 2 yang lebih komersial. Bertitik tolak dari situ
telah wujud beberapa taman perumahan jagi bagi menampung
permintaan petempatan yang semakin meningkat.

Jenis petempatan di Singapura juga merupakan petempatan bandar


namun di dlam skala yang lebih besar kerana Singapura
merupakan salah sebuah pusat bandar yang termaju di Asia
Tenggara. Pola petempatannya juga jenis berpusat kerana
petempatan di Singapura sememangnya tertumpu kapada pusat
bandarnya.

Di sini wujud beberapa persamaan jika dibandingkan secara amnya


di antara Taman Semarak dan Singapura rata-rata penduduknya
tinggal dan bekerja di kawasan yang sama ataupun terdekat kerana
jenis dan pola petempatan mereka adalah sama.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PETEMPATAN

DI KAWASAN KAJIAN – TAMAN SEMARAK

1. Kegiatan ekonomi – Faktor terpenting yang mempengaruhi petempatan di


Taman Semarak ialah kegiatan ekonominya yang sangat berkembang pesat.
Ini kerana kedudukan Taman Semarak yang berhampiran dengan kawasan
perindustrian perkilangan yang sangat luas dan moden. Terdapat banyak
kilang-kilang di sekitarnya seperti kilang elektronik, perabot, fabrik dan
pembuatan hasil dari besi dan aluminium. Ini juga turut meyumbang kepada
perkembangan sektor perniagaan, perkhidmatan, penyelenggaraan
automobil, pelancongan, pendidikan dan sebagainya.

2. Lokasi - Lokasinya yang sangat hampir dengan mercu tanda terkini


Negeri Sembilan iaitu Pusat Pemborong Nilai 3 juga merupakan salah satu
faktor penyumbang terhadap petempatannya. Selain itu darjah
ketersampaian yang tinggi dengan pusat bandar juga mempengaruhi pola
petempatannya kerana kedudukannya yang dikelilingi bandar-bandar lain
seperti Putrajaya, Seremban, Sepang dan Bangi. Paling penting, Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya 20 minit perjalanan
dari Taman Semarak. Ini pastinya menarik lebih nilai pelaburannya.
Beberapa buah hotel dan kolej antarabangsa dan sebuah Pusat Kanser juga
telah diwujudkan bagi memenuhi permintaan penduduk Nilai dan sekitarnya.
Sebuah stadium tertutup juga telah dibina di Bandar Baru Nilai.
3. Jaringan perhubungan – Selain itu Taman Semarak juga menawarkan
jaringan perhubungan yang terkini seperti Lebuhraya Utara Selatan dan
Lebuhraya LEKAS yang baru sahaja beroperasi tahun ini. Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Pelabuhan Kelang juga amat
berdekatan dan ianya dapat membantu pengilang dan pengguna yang lain
mempercepatkan urusan import dan eksport mereka.

4. Permintaaan terhadap hartanah – dengan bertambahnya bilangan


penduduk, maka sudah pastinya permintaan terhadap hartanah juga turut
bertambah. Banyak perumaha-perumahan baru telah dibina bagi memenuhi
keperluan ini. Ini sudah pastinya memperluaskan lagi petempatan dan
pembukaan hartanah baru di Nilai dan kawasan berhampiran seperti Bukit
Mahkota, Pajam, Labu dan Bandar Baru Nilai khususnya. Pekerja di
kawasan perkilangan Nilai juga lebih memilih untuk membeli rumah di
kawasan ini kerana ia meguntungkan bagi jangkamasa panjang dan juga bagi
memenuhi keperluan tempat tinggal mereka. Banyak rumah kedai, restoran,
klinik dan sekolah juga telah didirikan. Ini secara tidak langsung
mempertingkatkan graf petempatan di sini.
DI KAWASAN PERBANDINGAN – SINGAPURA

Faktor yang sama juga mempengaruhi jenis dan pola petempatan


di Singapura iaitu kegiatan ekonomi, pelancongan dan pusat
perdagangan antarabangsa. Umum sedia maklum bahawa kegiatan
perdagangannya adalah yang paling pesat di rantau Asia. Pastinya
Singapura menjadi tumpuan para pelabur dari serata dunia.

Kedudukan Singapura yang amat strategik dari sudut


pelabuhannya yang seolah-olah menjadi nadi utama Asia Tenggara
kerana secara geografiknya ia terletak di antara Selat Melaka dan
Laut Cina Selatan. Singapura menjadi pelabuhan paling sibuk dan
paling banyak mengendalikan urusan penghantaran di rantau Asia.

Singapura merupakan sebuah pulau maka seluruh pantainya amat


sesuai dikomersialkan secara meluas sebagai pulau pelancongan
yang pastinya menarik ramai pelancong dari seluruh dunia
terutama Eropah dan Jepun. Bentuk muka buminya mempengaruhi
petempatan secara berpusat hasil dari kegiatan ekonominya yang
lebih komersial dan berskala besar.
FUNGSI PETEMPATAN

Petempatan di Taman Semarak berfungsi sebagai pusat perkilangan


kerana terdapat banyak kilang yang telah dibina dan dimajukan
semenjak 20 tahun lalu. Kebanyakan kilang-kilang di sekitarnya
memerlukan tenaga kerja yang ramai dan kebanyakan majikan akan
menyediakan asrama pekerja berdekatan agar pekerja-pekerjanya
yang berasal dari luar daerah tidak menghadapi masalah kehadiran.
Ada juga pekerja yang menyewa atau membeli rumah di Taman
Semarak sebagai kemudahan tempat tinggal yang lebih dekat dan
menjimatkan kos pengangkutan mereka.

Taman Semarak juga berfungsi sebagai pusat pengangkutan dan


perhubungan kerana jaringan perhubungan lebuhrayanya berhubung
terus dengan Lebuhraya Utara Selatan dan terbaru ialah Lebuhraya
Lekas. Selain itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
juga menawarkan pengangkutan udara yang lebih maju dan moden.
Pastinya ini memberi kemudahan kepada para pengilang untuk
membuat penghantaran segera kepada pelanggan mereka.
Kedudukan Pelabuhan Kelang juga tidak jauh dari sini kira-kira 1
jam perjalanan sahaja.
Manakala fungsi petempatan di Singapura ialah sebagai petempatan
bandaraya yang turut berfungsi sebagai pelabuhan utama di Asia
Tenggara. Ini kerana Singapura merupakan pelabuhan yang paling
sibuk dan bertaraf antarabangsa. Tambak Johor juga merupakan
kemudahan darat yang menyambungkan Singapura dan Malaysia
dan secara tidak langsung ia merupakan penyambung jaringan
pengangkutan yang paling popular digunakan.

Selain itu Singapura juga berfungsi sebagai pusat pelancongan dan


di antara pusat-pusat pelancongan yang terkemuka ialah Jurong
Park dan Woodland Park. Singapura juga terkenal dengan Zoo
Malamnya yang luas dan moden selain Underwater Parknya yang
pastinya menawarkan pengalaman yang menakjubkan.

Singapura memang terkenal dengan pusat membeli-belahnya yang


menawarkan pelbagai barangan samada barangan tempatan dan juga
dari luar negara. Sesiapa yang pernah berkunjung ke Singapura
pastinya akan mengunjungi Orchard Road yang terkenal sebagai
syurga makanan dan pusat membeli-belah di sana.
MASALAH PETEMPATAN

Masalah petempatan di kawasan kajian :

Kesesakan lalu lintas. Ini adalah kerana petempatannya yang amat padat
dan kedudukannya yang amat hampir dengan kilang-kilang di sekitarnya.
Kesesakan lalu lintas ini menyebabkan masalah kemalangan sering berlaku
terutamanya di waktu pagi, tengahari dan petang. Ini adalah kerana orang
ramai keluar untuk ke tempat kerja dan sekolah di awal pagi manakala
tengahari merupakan waktu makan tengahari dan tamat waktu
persekolahan. Ini adalah kerana jalanraya di Taman Semarak agak sempit
dan tidak rata. Kehadiran lori-lari dan kenderaan besar juga menyumbang
ke arah kesesakan lalulintas yang melampau.

Pencemaran alam sekitar. Indeks pencemaran udara di Taman Semarak


amat tingggi. Ini adalah kerana discas asap dari kilang-kilang berhampiran
semakin meingkat. Bilangan pokok-pokok pelindung juga semakin
berkurang kerana telah ditebang untuk tujuan pembinaan kilang, perumahan
dan lebuhraya. Oleh kerana bilangan kilang di kawasan perindustrian di
Nilai adalah terlalu banyak dan pastinya asap discas akan membanjiri ruang
udara dan ini pastinya akan membahayakan kesihatan penduduk
terutamanya kanak-kanak dan wargatua

Sistem pelupusan sampah yang tidak sempurna. Oleh kerana itu, penduduk
sering menghadapi masalah pencemaran bau dan penyakit kerana sampah
yang tidak terurus pastinya mengundang binatang-binatang perosak seperti
tikus, lipas, lalat dan nyamuk. Kes denggi yang berpunca dari nyamuk
eades semakin meningkat di Taman Semarak sehingga ada yang maut
kerananya. Ini amat membimbangkan kerana ramai penyewa dan penghuni
asrama tidak menjaga kebersihan rumah dan halaman mereka kerena
beranggapan itu bukan rumah mereka.

Masalah sosial dan jenayah. Masalah ini semakin berleluasa kerana terdapat
ramai pendatang asing yang tinggal sini. Ini adalah kerana ramai pengilang
mengambil pekerja kontrak bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mereka.
Lambakan pekerja-pekerja asing ini turut mengundang gejala-gejala negatif
seperti kes dadah, pecah rumah, ragut dan sebagainya. Seringkali terjadi
pergaduhan sesama sendiri atau berlainan bangsa kerana ditempatkan
terlalu ramai di satu-satu kawasan oleh majikan mereka. Kebelakangan ini
bayak kes bunuh telah berlaku di sekitar Nilai dan tidak mustahil ia boleh
berlaku di Taman Semarak sekiranya masalah ini tidak dipandang serius
oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.
Masalah petempatan di Negara bandingan :

 Tanah. Masalah petempatan yang paling utama di Singapura ialah


kekurangan tanah untuk memenuhi permintaan terhadap perumahan,
perindustrian dan perkhidmatan. Ini adalah kerana kepadatan penduduknya
yang terlalu ramai mengatasi keluasan kepulauan Singapura itu sendiri.
Selain itu harga hartanahnya yang amat tinggi turut menghalang
perkembangan petempatan yang positif. Saban tahun pihak pemaju
perumahan hanya dibenarkan mendirikan pangsapuri atau kodominium
sahaja bagi menjimatkan dan meminimumkan penggunaan tanah di sekitar
Singapura, Pihak kerajaan juga telah mengarahkan agar lebih banyak
pangsapuri kos rendah dibina untuk rakyat yang berpendapatan rendah.

 Kesesakan lalu lintas. Masalah kesesakan lalu lintas adalah fenomena biasa
di Singapura. Boleh dikatakan hampir setiap minit ada sahaja kesesakan
berlaku terutamanya di kawasan pusat bandarayanya. Penduduknya sedia
maklum akan keadaan ini dan mereka lebih senang menggunakan
perkhidmatan pengangkutan awam. Pihak berkuasa telah membina lebih
banyak jalanraya dan jalan bertingkat untuk memastikan kelancaran lalu
lintas.

 Pencemaran alam sekitar. Masalah pencemaran udara adalah amat tinggi di


sana namum pencemaran alam sekitarnya amat terkawal. Singapura
merupakan negara contoh dari segi kebersihan dan penguatkuasaan undang-
undang terhadap mereka yang tidah menjaga kebersihan adalah amat tegas.
Tahap kesedaran rakyatnya terhadap kebersihan alam sekitar juga amatlah
tinggi hasil dari kempen-kempen yang berkesan. Namun masih ada ruang
untuk diperbaiki.

 Masalah jenayah dan sosial. Kes jenayah dan gejala sosial adalah perkara
yang amat dititik beratkan di Singapura. Oleh itu, kadar jenayah di sana
adalah boleh dikatakan agak sederhana dan terkawal. Ini adalah kerana
mereka melaksanakan undang-undang yang lebih tegas tetapi mesra rakyat.
Oleh kerana Singapura terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan agama, maka
ia menjadikan setiap rakyat Singapura menghargai di antara satu sama lain.
LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH
PETEMPATAN

Semua pihak perlu bekerjasama untuk mengurangkan masalah petempatan


bersama. Sebagai langkah untuk memajukan dan memperbaiki kelemahan
yang ada, kesedaran terhadap perlunya petempatan yang aman, harmoni dan
bersih perlu diterapkan kepada semua golongan masyarakat terutamanya para
pelajar.

Kesesakan lalulintas boleh dikurangkan dengan mematuhi undang-undang


jalanraya, lampu isyarat dan mengamalkan pemanduan berhemah. Pihak
MPN perlu memperluaskan dan memperbaiki jalanraya yang rosak bagi
memastikan keselamatan pengguna. Lampu isyarat perlu berfungsi setiap
masa terutamanya di waktu-waktu puncak. Begitu juga dengan lampu-
lampu jalan dan tanda amaran sisi jalan perlu ada demi keselamatan

Masalah pencemaran udara juga boleh dipantau dan dikurangkan ke kadar


yang lebih rendah sekiranya pihak pengilang diberi kesedaran dan
dikenakan denda sekiranya mereka tidak mematuhi kadar yang ditetapkan
oleh Jabatan Alam Sekitar. Perlaksaaan undang-undang haruslah lebih tegas
dan serius. Pencemaran udara juga juga boleh menyebabkan hujan asid,
kerosakan terhadap lapisan ozon, kesan yang teruk terhadap rumah hijau
dan boleh mewujudkan pulau haba di persekitarannya. Semua pihak harus
sedar akan kesan-kesan tersebut dan betapa pentingnya memelihara alam
sekitar namun pada masa yang sama kita masih menyumbang kepada
pembangunan negara
Pihak berwajip harus menyediakan sistem pengutipan dan pelupusan
sampah yang lebih teratur. Tugas ini boleh diberi kepada kontraktor yang
berkelayakan. Sekiranya mereka gagal, lesen mereka haruslah digantung
atau dibatalkan. Penduduk tempatan juga harus memainkan peranan yang
penting terhadap isu kebersihan persekitaran rumah mereka. Mereka harus
melaporkan sebarang kes denggi agar Jabatan Kesihatan dapat menjalankan
kerja-kerja penyemburan racun di kawasan terbabit. Sistem perparitan juga
harus dijaga dengan baik bagi megelakkan kejadian banjir. Penduduk juga
digalakkan agar mengitar semula barang-barang yang boleh dikitar semula.

Masalah sosial dan jenayah oleh warga asing juga boleh dikurangkan
dengan mengadakan rondaan dan soal siasat di kawasan yang sering berlaku
pergaduhan and jenayah. Pihak majikan juga perlu memagar kawasan
asrama pekerja asingnya supaya mereka tidak sewenang-wenangnya keluar
dan melakukan aktivit-aktiviti yang tidak sihat pada waktu malam atau
waktu rehat mereka. Penduduk setempat juga perlu bekerjasama dengan
pihak berwajib dengan melaporkan warga asing yang tinggal tanpa permit
atau sekiranya mereka terlihat sebarang kejadian jenayah berhampiran
rumah mereka. Jenayah juga berlaku di kalangan warga tempatan oleh itu
kita semua harus saling menjaga keselamatan samada di rumah mahupun di
mana-mana kita berada.
PENERAPAN NILAI DAN UNSUR PATRIOTISM TERHADAP
KAWASAN KAJIAN

Seperti mana kita semua tahu penduduk di Taman Semarak terdiri


dari pelbagai kaum, bangsa dan agama. Dengan kewujudan kolej-
kolej yang bertaraf antarabangsa, maka terdapat ramai kaum dari
serata pelusuk dunia tinggal sementara di sini. Begitu juga dengan
bilangan pekerja asing di kawasan perindustrian Nilai yang sangat
ramai sehingga mereka memonoli sesetengah kawasan perumahan
di Nilai.

Di sini, nilai dan unsur patriotism memainkan peranan yang amat


penting kepada penduduk asalnya. Kita seharusnya menghargai
keharmonian dan keamanan yang telah kita kecapi sejak zaman-
berzaman. Kita harus menjaga tatasusila, kesantunan dan adab
sopan kita sebagai rakyat Malaysia. Sekiranya masyarakat luar
yang datang ke sini melihat kita sebagai tuan rumah yang amat
ramah dan berbudi bahasa maka mereka secara tidak langsung
akan mendapat gambaran yang baik mengenai Malaysia dan
pastinya mereka tidak berani untuk berkelakuan tidak elok sebagai
tanda menghormati kita.
RUMUSAN
Berdasarkan kajian saya,

1. Jenis dan pola petempatan di antara Taman Semarak dan


Singapura adalah sama iaitu petempatam jenis bandar
dengan pola berpusat.
2. Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan ini adalah
menjurus kepada aktiviti ekonomi yang dijalankan di sekitar
petempatan
3. Fungsi petempatan di sini juga lebih menitikberatkan
keseimbangan jaringan pengangkutan, membekalkan
pelbagai jenis perkhidmatan selain memenuhi permintaan
terhadap keperluan tempat tinggal penduduk di sekitarnya.
4. Masalah yang dikenalpasti juga merupakan masalah yang
sering dialami di mana-mana petempatan terutama di
kawasan bandar. Masalah kesesakan lalulintas, pencemaran
udara, sistem pembuangan sampah, masalah sosial dan kes
jenayah di sini boleh dikatakan di tahap terkawal.
5. Langkah-langkah yang positif telah diambil bagi membantu
mengurangkan masalah petempatan dan ianya hasil dari
kerjasama pihak berwajib dan penduduk setempat.
6. Penyerapan nilai dan unsur patriotism di kalangan penduduk
dan generasi akan datang adalah di antara perkara yang perlu
diberi perhatian serius oleh semua.

Pada pendapat saya, tidak mustahil bagi kita untuk maju


setanding dengan negara bandingan iaitu Singapura kerana apa
yang mereka ada juga terdapat di sini. Mungkin mereka lebih
kapasiti dari sudut pelabuhannya namun Nilai juga tidak kurang
hebatnya kerana kawasan ini lebih luas dan dikelilingi bandar-
bandar yang semakin maju.

Sekiranya setiap lapisan masyarakat berganding bahu dan


mengambil pendirian yang sama menggembeleng tenaga ke
arah Satu Malaysia seperti mana yang dilaungkan oleh Perdana
Menteri Kita, Datuk Seri Najib Tun Razak, maka kita pasti
berjaya menaiktaraf buan sahaja Taman Semarak malah
Malaysia secara amnya. Bak kata pepatah “ Bulat air kerana
pembentong, bulat kita kerana muafakat”!

You might also like