You are on page 1of 2

MASYARAKAT INDIA

Masyarakat India meruapakan etnik ketiga terbesar di Malaysia, dan juga salah satu kaum yang telah
menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita. Separti
masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih
mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.
Adat resam yang di amalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan
kebudayaan masyarakat melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti
juga masyarakat lain,masyarakat India juga terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat
berikut memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
Sejarah
Orang India Malaysia ialah satu kaum yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India
Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.
Orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun yang lalu. Kedatangan mereka secara
berkumpulan seperti komuniti Chetty Melaka dan komuniti Mamak semasa Kesultanan Melaka dan
semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda.
Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan perniagaan atau
perdagangan. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk
di Malaysia (sekitar 1.8 juta rakyat).
Perkahwinan masyarakat India
Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami
isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat india
iaitu vaitikat thirumanam, tamil thirumanam, dan diya thirumanam yang mana perkahwinan ini
dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum. Antara adat yang dilakukan untuk menghormati
dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan di bahagian atasnya,
menuang air susu kedalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki kedua ibu bapa (membasuh kaki
ibu bapa,memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang). Biasanya pasangan
pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum' air susu
bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah
menjadi suami isteri
Kematian
Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat
tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah
perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh. Dalam
masyarakat India, mayat akan dibakar atau di kebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini pelbagai
adat ditentukan.

Upacara menanggalkan thaali


Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian
dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwunan hanya boleh ditanggalkan oleh isteri
setelah suaminya meninggal dunia.
Upacara vaikkarasi
Setelah dimandi dan dihias cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.Pada masa yang sama
lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara akan member penghormatan yang terakhir kepada si mati
dan mendoakan agar roh si mati akan tenang. Pada masa yang sama,ucapan tenna adudaiya
shinaneepottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan.
Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda
penghormatan.
Kollic catti
Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengadungi api. Periuk tersebut di angkat dengan
menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic
catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung melakukan untuk
bapa apa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang yang membawa kollic
catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini
menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh.
Perayaan bagi kaum india
Setiap bangsa dalam Negara Malaysia mempunyai perayaan yang tersendiri bagi kaum mereka
tersendiri. Bagi kaum India mereka merayakan perayaan mereka seperti deepavali, thaipusam, dan
ponggal bagi setiap tahun. Bagi perayaan Deepavali, penganut hindu akan menjalani mandi minyak
yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang
melambangkan permulaan yang baru, penganut hindu akan mengunjungi kuil,dimana patung dewa
hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Bagi thaipusam pula, merupakan perayaan
menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan di atas muka bumi. Tidak semua penganut
hindu melakukan Nazar.
Nazar yang membawa maksud memohon sesuatu hajat kepada dewa Murugan dan jika permohonan
dikabulkan,
maka
satu
acara
tertentu
diadakan
sebagai
tanda
kesyukuran.
Bagi ponggal pula,perayaan ini diraikan secara beramai-ramai, iaitu dengan memasak menggunakan
periuk yang kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat, bertujuan untuk menandakan masa
mereka menuai hasil tanaman. Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama
terpisah. Perayaan ponggal ini bolehlah dianggap sebagai hari masyarakat Hindu mengukuhkan
ikatan sesama mereka.
Freetags:
Masyarakat India

You might also like