You are on page 1of 2

NAMA : ARIKA WIRA BIN KARIM

NO. I.C. : 920801-13-6613


KURSUS / KUMPULAN : 2 PPISMP TESL 1
Refleksi Kem Rekreasi di Nur Lembah Pangsun anjuran Jabatan Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan
Pada 25 dan 26 April 2011 yang lalu,kami kumpulan PPISMP Sem 2 ambilan
Jun 2010 telah mengikuti Kem Rekreasi di Nur Lembah Pangsun, Hulu
Langat,Selangor. Memandangkan jumlah guru pelatih yang agak ramai, kem ini
dianjurkan selama 2 hari dengan guru pelatih dibahagikan kepada dua kumpulan.
Siri 1 telah dijalankan pada hari pertama kem iaitu 25 April. Saya pula terlibat
dengan kumpulan guru pelatih yang pergi pada Siri 2 yang berlangsung pada 26
April 2011. Beberapa minggu sebelum kem,para pelajar sibuk menyiapkan pelbagai
persediaan yang telah diagihkan.Ahli-ahli jawatankuasa pula sibuk merancang
pelbagai keperluan yang akan digunakan sepanjang kem berlangsung kelak.Tidak
seorang pun yang terkecuali daripada agihan tugas tersebut.Setiap pelajar diagihkan
tugasan yang sama rata.Walaupun terdapat sedikit kekalutan berlaku semasa
proses persediaan ini,namun para pelajar tetap berusaha menyelesaikannya dengan
penuh tanggungjawab dan sentiasa merujuk kepada pensyarah-pensyarah
pembimbing yang mengawasi bahagian masing-masing.Saya menyedari bahawa
setiap aktiviti luar yang ingin dilakukan memerlukan perancangan yang teliti dan
persiapannya tidak boleh dipandang enteng sahaja.
Pada 26 April 2011 tersebut, kami telah berkumpul seawal jam 6.30 pagi di
depan dewan. Semua peserta kem nampak teruja untuk mengikuti kem rekreasi ini.
Dua bas telah disediakan untuk menghantar kami yang seramai 70 orang ke kem
tersebut. Kami memulakan kem tersebut dengan bersarapan terlebih dahulu.
Selepas itu, kami pun bersenam bagi meregangkan badan terlebih dahulu. Kami
dibahagikan kepada dua kumpulan. Saya terlibat dengan kumpulan yang melakukan
aktiviti berakit dahulu. Kami telah ditunjuk ajar oleh 5 orang jurulatih yang telah
ditugaskan untuk membimbing kami. Kami telah ditugaskan untuk membina rakit
kumpulan sendiri. Kami terlebih dahulu melakukan aktiviti Water Confidence bagi
memupuk keyakinan. Aktiviti Flying Fox dan Treasure Hunt yang saya lakukan pada

sebelah petang juga sangat menyeronokkan. Walaupun hujan pada petang tersebut,
kami masih bersemangat untuk menamatkan setiap aktiviti.
Kem ini mengajar saya erti semangat berpasukan.Saya menyedari
kebanyakan perkara yang kita lakukan akan menjadi lebih berkualiti sekiranya ia
datang dari banyak pendapat yang digabungkan menjadi satu.Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan juga mencabar fizikal saya.Namun,saya tetap yakin bahawa saya juga
boleh melakukannya seperti yang lain juga.Saya berpendapat bahawa kita perlu
sentiasa bersedia untuk menghadapi apa-apa sahaja rintangan yang bakal kita
hadapi sebagai seorang pendidik generasi akan datang.Sikap putus asa sama sekali
tidak wajar wujud dalam kamus seorang guru.Setiap perkara yang kita lakukan
memerlukan kesabaran yang tinggi agar hasilnya kelak menepati aras yang
ditetapkan oleh kerajaan.Lebih-lebih lagi,kita sangat memerlukan insan-insan
cemerlang yang bakal memimpin negara di masa hadapan.
Selain itu juga, kem rekreasi ini juga memberi kesedaran bahawa proses
pengajaran dan pembelajaran sebenarnya tidak terhad hanya di dalam kelas
semata-mata. Proses pembelajaran juga boleh dilakukan di luar kelas dengan
menganjurkan kem rekreasi seperti ini dengan pengisian aktiviti yang interaktif dan
menarik. Seorang guru wajib mencari alternatif untuk menukarkan suasana kelas
yang bosan kepada kelas yang aktif.
Dengan membahagikan guru pelatih pada beberapa kumpulan kecil juga,
semangat tolong menolong dan bersatu padu juga dapat diterapkan. Kumpulankumpulan kecil ini juga akan menimbulkan persaingan sihat antara satu sama yang
lain.
Sebagai kesimpulannya, kem rekreasi ini banyak mengajar saya kemahiran
untuk menyediakan diri untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi pada masa
depan.

You might also like