You are on page 1of 4

Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan & Pengurusan

Bangunan) 2007 (Akta 663) yang berkuatkuasa pada 12 April 2007 telah
mewajibkan semua pemaju untuk menubuhkan Badan Pengurusan
Bersama atau Joint Management Body (JMB) di semua bangunan
bertingkat yang tertakluk di bawah Akta Hakmilik Strata. PKNS sebagai
pemaju akan menubuhkan JMB di Apartmen/Pangsapuri/Rumah Pangsa
Kediaman Tuan/Puan.
Apakah Badan Pengurusan Bersama
atau Joint Management Body (JMB)?

Badan Pengurusan Bersama atau


Joint Management Body (JMB) ialah
satu jawatankuasa yang dianggotai
dan ditadbir oleh Pemilik
Petak/Penduduk dalam mengurus
dan menyenggara bangunan. JMB
diwajibkan di semua bangunan
bertingkat yang tertakluk di bawah
hakmilik strata.

Kenapa perlunya JMB?


Penubuhan JMB adalah perlu selaras
dengan Akta 663 yang mewajibkan
Pemaju untuk menubuhkannya
sehingga hakmilik strata
dikeluarkan dan Perbadanan
Pengurusan ditubuhkan.
Bilakah Penubuhan JMB
dikuatkuasakan?

Apakah Tanggungjawab dan kuasa


JMB?

Bagi pangsapuri yang telah


menerima kunci kediaman dan
belum menerima hakmilik strata,
pemaju hendaklah menubuhkan
JMB dalam tempoh 12 bulan dari 12
April 2007 atau dari tarikh
mengambil kunci rumah kediaman.
Tanggungjawab dan kuasa JMB
adalah mematuhi notis PBT,
menyenggara harta bersama,
mendaftarkan JMB, menentukan dan
mengenakan caj penyenggaraan,
memastikan Kumpulan Wang
Penyenggaraan Bangunan diaudit,
mentadbir Kumpulan Wang
Penyenggaraan Bangunan,
menguatkuasa kaedah dalaman
(House Rules), mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar

Biasa, menginsuranskan bangunan,


menyediakan dan menyenggara
daftar pembeli, lain-lain perkara
yang berkaitan penyenggaraan
bangunan dan menyenggara
Singking Fund.
Siapakah Ahli-ahli JMB dan
berapakah bilangan ahli-ahlinya?

Berapa lama tempoh jawatan


tersebut?

: Ahli-ahli JMB atau dikenali sebagai


Jawatankuasa Pengurusan Bersama
(JMC) terdiri daripada Pembeli dan
Pemaju. Bilangan Pembeli mestilah
tidak kurang dari 5 orang dan tidak
lebih daripada 12 orang. Senarai
ahli JMC ialah Pengerusi,
Setiausaha, Bendahari, Ahli
Jawatankuasa sementara 1 wakil
dari Pemaju.
Ahli JMC memegang jawatan tidak
melebihi 3 tahun atau sehingga
pembubaran JMB.

Bagaimana Ahli JMC dipilih?


Perlantikan ahli JMC diadakan pada
Mesyuarat Pertama secara undian
tangan. Urusan mengadakan
mesyuarat tersebut akan
dikendalikan oleh Pemaju dengan
memberi notis bertulis 14 hari
kepada Pemilik Petak/Penduduk dari
tarikh mesyuarat yang dijangka
akan diadakan.
Siapakah yang layak mengundi?

Bagaimana pula dengan penduduk


yang mempunyai tunggakan?

Pemilik Petak/Penduduk yang tidak


mempunyai tunggakan sahaja layak
untuk mengundi.
Penduduk yang mempunyai
tunggakan boleh hadir ke
mesyuarat tersebut tetapi mereka
tidak boleh mengundi.

Bagaimana jika Pemilik


Petak/Penduduk tidak hadir ke
mesyuarat tersebut walaupun layak
untuk mengundi?

Pemilik Petak/Penduduk tersebut


boleh mewakilkan kepada orang
lain dengan mengisi Borang Proxy
dan menghantar borang tersebut
kepada Pemaju dalam tempoh 7
hari sebelum tarikh mesyuarat
diadakan.

Bagaimana jika ada persamaan undi


Pengerusi yang baru dipilih pada
bagi sesuatu resolusi/perkara?
mesyuarat tersebut akan membuat
keputusan bagi persamaan undi
tersebut.
Apakah kuorum bagi mengadakan
Mesyuarat Agung JMB?

Bagaimana jika kuorum masih tidak


mencukupi?

Bagaimana jika tiada pemilik


petak/penduduk yang hadir atau
tiada yang ingin menganggotai
JMC?

: Kuorum bagi mengadakan


mesyuarat Agung JMB ialah
daripada pembeli yang berhak
mengundi.

Jika dalam masa jam, kuorum


masih tidak mencukupi, Pemilik
Petak/Penduduk yang hadir berhak
untuk membentuk suatu kuorum.

Jika selepas 1 jam tiada yang hadir


atau tiada yang ingin menganggotai
JMC, pemaju akan memaklumkan
kepada Pesuruhjaya Bangunan
secara bertulis dalam tempoh 7 hari
dari tarikh mesyuarat telah
diadakan. Pesuruhjaya Bangunan
akan memaklumkan sama ada
untuk menetapkan semula tarikh
mesyuarat yang baru atau melantik
ejen pengurusan bagi mentadbir
dan menyenggara bangunan
tersebut.

You might also like