You are on page 1of 7

Tutorial 4 ( 4/2/2010 )

TABURAN PENDUDUK ( 4 )

1. Taburan penduduk di Malaysia dapat di bahagikan kepada


kawasan padat, sederhana dan jarang.
2. Kepadatan penduduk jumlah penduduk yang mendiami
sesuatu kawasan tertentu.
A. Kawasan Berpenduduk Padat
- Di Malaysia, kawasan yang dianggap berpenduduk padat ialah
di kawasan yang mempunyai lebih daripada 200 orang
sekilometer persegi.
- kawasan penduduk padat bertumpu di kawasan dataran pantai
barat Semenanjung Malaysia.
- kawasan ini menganjur daripada Perlis di utara hingga ke Johor
di selatan.
- kawasan berpenduduk padat di pantai timur Sem. Malaysia
tertumpu di :a) Dataran Kelantan pertanian (padi)
b) Bandar Kota Bahru ibu negeri/perniagaan
c) Dataran Terengganu pertanian (padi)
d) Bandar Kuala Terengganu ibu negeri/perniagaan
e) Bandar Kuantan ibu negeri/perniagaan
- kawasan berpenduduk padat di Sarawak ( Malaysia Timur )
ialah :a) Bandaraya Kuching ibu negeri/perniagaan
b) Sibu perniagaan/perdagangan
c) Miri perlombongan (petroleum & gas asli)
d) Bintulu perlombongan (gas asli)

- kawasan berpenduduk padat di Sabah ( Malaysia Timur ) :a) Kota Kinabalu ibu negeri/perniagaan/perdagangan
b) Sandakan - pembalakan
c) Tawau pertanian (kelapa sawit)
- Tumpuan penduduk di Malaysia ialah kawasan dataran dan
delta kerana kawasan ini terdiri daripada tanah aluvium
yang subur untuk kegiatan pertanian.
- Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia kawasan tumpuan
penduduk ialah di Dataran Kelantan, Dataran Terengganu
dan bandar Kuantan.
- Di kawasan lain, penduduk tertumpu di kawasan pusat
bandar utama kerana berfungsi sebagai ibu negeri, pusat
perniagaan dan perdagangan serta perindustrian.
- Bandaraya Kota Kinabalu dan Bandaraya Kuching
berpenduduk padat kerana merupakan ibu negeri.
- Lembah Kinta dan Lembah Klang berpenduduk padat kesan
daripada kegiatan perlombongan bijih timah.
- Lembah Klang merupakan kawasan berpenduduk paling
padat di Malaysia.
- Pantai Barat Semenanjung Malaysia mempunyai penduduk
yang lebih padat berbanding pantai timur Semenanjung
kerana :
a) mempunyai tanah pamah yang lebih luas (pantai timur
tanah
pamahnya sempit dan terputus-putus)
b) tumpuan kegiatan ekonomi
c) terdapat jaringan pengangkutan yang padat
d) terdapat banyak kemudahan
e) terdapat banyak bandar besar
f) faktor sejarah kawasan yang mula dibangunkan oleh
penjajah

Peta: Taburan Penduduk Malaysia pada tahun 2000

Kangar
Alor Setar
Georgetown

Kota Bharu
Kuala
Terengganu

Ipoh

Kuantan
Shah Alam
Kuala
Lumpur

Sandakan
Kota Kinabalu
Seremban
Melaka
Johor Bahru

Miri
Bintulu
Sibu

Kuching

Tawau

Soalan 1 berdasarkan peta di bawah.

Semenanjung Malaysia
1. Kawasan berpenduduk padat yang dipengaruhi oleh sektor
perlombongan
ialah ...
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
Jawapan : B
Penerangan : II Lembah Kinta (Taiping) & III Seremban

2. Kawasan berpenduduk padat kerana merupakan ibu negeri ialah ...


I

Taiping

II

Kuantan

III Kota Kinabalu


IV Kuching
A. I, II dan III

B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Jawapan : D
Penerangan : Taiping bukan ibu negeri

Soalan 3 berdasarkan peta di bawah.

Semenanjung Malaysia
3. Kawasan manakah mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi
kerana
aktiviti perindustrian ?
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
Jawapan : C
Penerangan : III Shah Alam (Lembah Klang) & IV Johor Baharu

Soalan 4 berdasarkan peta di bawah.

Malaysia Timur
4. Kawasan bertanda X dalam peta di atas berpenduduk padat
kerana ...
A. Perlombongan
B. Pertanain
C. Perikanan
D. Ibu negeri
Jawapan : A
Penerangan : Perlombongan gas asli

5. Kawasan yang mempunyai penduduk paling padat di Malaysia ialah


.
A. Lembah Kinta
B. Lembah Klang
C. Johor Bahru
D. Ipoh
Jawapan : B

Penerangan : Kawasan maju & terdapat banyak peluang pekerjaan

You might also like