You are on page 1of 8

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU MERTAJAM 2015


BIL

CATATAN
Minta perhatian kepada semua.
Acara kita akan dimulakan sebentar lagi, oleh itu mohon kerjasama hadirin
semua untuk sama-sama berdiri apabila ketibaan para tetamu jemputan
diumumkan sebentar lagi.
Terima kasih.

1.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, En Shamsul bin Shamsudin


diiringi oleh:
Guru Besar;
Naib Yang Dipertua PIBG;
Guru-guru Penolong Kanan;
dan para AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Pulau Mertajam.
Hadirin diminta kekal berdiri.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.
LAGU NEGARAKU

2.

Hadirin dipersilakan duduk.


Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaimum warahmatullah hiwabarakatuh,
Salam sejahtera, Salam Sehati Sejiwa dan Salam 1 Malaysia.

3.

Yang berbahagia, En Shamsul bin Shamsudin, Yang Dipertua PIBG SK


Pulau Mertajam

Yang berusaha, Pn Siti Aloyah binti Jidin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Pulau Mertajam.

Yang berbahagia, Pn Hayati binti Shuib, Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah
Kebangsaan Pulau Mertajam.

Guru-guru penolong kanan,

Para AJK PIBG,

Barisan guru, para waris yang hadir seterusnya anak-anak yang diraikan.
Terbit fajar mendayung ke pekan,
Tatkala senja membakar jerami,
Terima kasih kami ucapkan,
Sudi hadir ke majlis kami.

Hadirin hadirat sekalian,

Selamat datang ke Hari Anugerah


Kebangsaan Pulau Mertajam bagi tahun 2015.
Alhamdulillah, marilah
SWT, selawat dan salam ke
kerana dengan inayah dan
untuk sama-sama berkumpul
4.

Kecemerlangan

Sekolah

kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah


atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,
izinNya, kita masih diberi ruang dan waktu
pada petang ini.

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis menjemput dan
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Auladi bin Ramli untuk memimpin
bacaan doa. Majlis mempersilakan.
BACAAN DOA

5.

Syukran Jaazilan diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz atas bacaan doa itu tadi.
Sungguh bersinar rantai seutas,
Gemilau cahayanya terangi bumi,
Sudilah puan tampil ke pentas,
Bersama amanat bekalan kami.
Oleh itu majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang berusaha,
Pn. Siti Aloyah binti Jidin untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

UCAPAN GURU BESAR


6.

Begitulah tadi ucapan yang disampaikan oleh Yang berusaha, Pn.


Guru Besar. Adalah menjadi harapan kami, agar kata-kata yang telah
diluahkan
tadi
menjadi
renungan
dan
panduan
untuk
kita
bersama...InsyaAllah.

7.

Hadirin hadirat yang dihormati,


Putih mulus jari-jemari,
Hingga tertarik si hati ini,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis ini.

Oleh itu majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang


berbahagia, En. Shamsul bin Shamsudin, YDP PIBG SK Pulau Metajam untuk
menyampaikan
ucapan
seterusnya
merasmikan
Hari
Anugerah
Kecemerlangan, Sekolah Kebangsaan Pulau Mertajam bagi tahun 2015.
Tanpa melengahkan masa, dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN PERASMIAN
8.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia, En. Shamsul bin


Shamsudin atas ucapan perasmian yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Marilah kita sama-sama saksikan bakat murid-murid Sekolah
Kebangsaan Pulau Mertajam melalui persembahan yang akan disampaikan
sebentar lagi.
Persembahan pembukaan pada petang ini dimulai dengan nyanyian
nasyid oleh Kumpulan Nasyid Al-Najihin. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
PERSEMBAHAN 1 - Nasyid
9.

Demikianlah tadi persembahan nasyid yang penuh bersemangat


disampaikan oleh kumpulan Al-Najihin. Untuk makluman hadirin, kumpulan
ini telah menyertai pertandingan nasyid sempena Karnival Bank Simpnan
Nasional di SK Taman Senangan.
Agenda yang menyusul seterusnya adalah penyampaian sijil graduasi
kecemerlangan dan sijil tamat prasekolah.
Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ust Md
Radzi bin Ramly, Penolong Kanan Kokurikulum SK Pulau Mertajam bagi
mengiringi En Suhaimi bin Majid, AJK PIBG SK Pulau Mertajam untuk naik ke
pentas bagi menyempurnakan acara.

10.

Dimulakan dengan Hadiah Graduasi Terbaik Prasekolah, dipersilakan


_________________, terbaik tunjang _________________. Seterusnya,
_________________, terbaik tunjang ____________________.
Seterusnya, penyampaian sijil tamat prasekolah. Dipersilakan,
__________________. Diikuti oleh, ____________________.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kecemerlangan bagi tahun 1
dan tahun 2. Penerima hadiah Tahun 1, dimulakan dengan kelas 1 Gemilang.
Tempat pertama dipersilakan ____________________, juga terbaik mata
pelajaran ____________________ (jika ada).
Tempat kedua, ____________________, terbaik mata pelajaran
____________________ (jika ada).
dan tempat ketiga, ____________________, terbaik mata pelajaran
____________________ (jika ada).
Berikutnya kelas 1 Cemerlang............... (sama seperti di atas)
Bagi penerima hadiah terbaik mata pelajaran tahun 1, dipersilakan
____________________ , terbaik mata pelajaran ____________________.
(dan seterusnya...)

11.

Bagi Tahun 2, dimulakan dengan kelas 2 Gemilang.


Tempat pertama dipersilakan ____________________, juga terbaik mata

pelajaran ____________________ (jika ada).


Tempat kedua, ____________________, terbaik mata pelajaran
____________________ (jika ada).
dan tempat ketiga, ____________________, terbaik mata pelajaran
____________________ (jika ada).
Berikutnya kelas 2 Cemerlang............... (sama seperti di atas)
Bagi penerima hadiah terbaik mata pelajaran tahun 2, dipersilakan
____________________ , terbaik mata pelajaran ____________________.
(dan seterusnya...)
12.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia En Suhaimi bin


Majid kerana sudi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah itu tadi.
Jika tadi kita telah melihat persembahan oleh Kumpulan AlNajihin, sekarang majlis mempersilakan adik Umie Ainul Nasriyah binti Mohd
Nasir dari kelas 2 Gemilang untuk menyampaikan persembahannya.
PERSEMBAHAN 2 Bercerita
Terima kasih kepada adik Umie atas ceritanya sebentar tadi. Adik
Umie telah berjaya mendapat tempat ke-4 pada pertandingan bercerita
pendidikan islam sempena majlis tilawah quran di SK Hashim Awang.

13.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kecemerlangan


bagi tahun 3 dan tahun 4. Dijemput, Pn Zunaidah binti Zainol, AJK PIBG SK
Pulau Mertajam diiringi En Azlizam bin Salleh, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid untuk naik ke pentas.

14.

Penerima hadiah bagi Tahun 3, dimulakan dengan kelas 3 Gemilang.


Tempat pertama dipersilakan ____________________, juga terbaik mata
pelajaran ____________________ (jika ada).
Tempat kedua, ____________________, terbaik mata pelajaran
____________________ (jika ada).
dan tempat ketiga, ____________________, terbaik mata pelajaran
____________________ (jika ada).
Berikutnya kelas 3 Cemerlang............... (sama seperti di atas)
Bagi penerima hadiah terbaik mata pelajaran tahun 3, dipersilakan
____________________ , terbaik mata pelajaran ____________________.
(dan seterusnya...)

15.

Penerima hadiah bagi Tahun 4, dimulakan dengan kelas 4 Gemilang.


Tempat pertama dipersilakan ____________________, juga terbaik mata

pelajaran ____________________ (jika ada).


Tempat kedua, ____________________, terbaik mata pelajaran
____________________ (jika ada).
dan tempat ketiga, ____________________, terbaik mata pelajaran
____________________ (jika ada).
Berikutnya kelas 4 Cemerlang............... (sama seperti di atas)
Bagi penerima hadiah terbaik mata pelajaran tahun 4, dipersilakan
____________________ , terbaik mata pelajaran ____________________.
(dan seterusnya...)
16.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia Pn Zunaidah binti


Zainol kerana sudi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah itu tadi.
Bernasyid sudah, bercerita pun sudah, kini kita akan mendengar
persembahan choral speaking akan disampaikan oleh murid tahun 4 dan 5
Gemilang. Pasukan ini telah menyertai Karnival Ko-Akademik Kelompok R-13
di SK Bertam Indah. Dengan ini dipersilakan.
PERSEMBAHAN 3 Choral Speaking

17.

Terima kasih diucapkan kepada pasukan choral speaking atas


persembahan sebentar tadi.
Hadirin hadirat yang dihormati,
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kecemerlangan
bagi murid-murid tahun 5 dan 6.
Dengan ini majlis menjemput dan mempersilakan, Yang berbahagia
Pn Hayati binti Shuib, Naib Yang Dipertua PIBG SK Pulau Mertajam, diiringi
Pn Rosnani binti Darus, Penolong Kanan 1 untuk menyampaikan hadiah.

18.

Bagi tahun 5, dimulakan dengan kelas 5 Gemilang.


Tempat pertama dipersilakan ____________________, juga terbaik mata
pelajaran ____________________ (jika ada).
Tempat kedua, ____________________, terbaik mata pelajaran
____________________ (jika ada).
dan tempat ketiga, ____________________, terbaik mata pelajaran
____________________ (jika ada).
Berikutnya kelas 5 Cemerlang............... (sama seperti di atas)
Bagi penerima hadiah terbaik mata pelajaran tahun 5, dipersilakan
____________________ , terbaik mata pelajaran ____________________.
(dan seterusnya...)

19.

Penerima hadiah bagi Tahun 6, dimulakan dengan kelas 6 Gemilang.


Tempat pertama dipersilakan ____________________, juga terbaik mata
pelajaran ____________________ (jika ada).
Tempat kedua, ____________________, terbaik mata pelajaran
____________________ (jika ada).
dan tempat ketiga, ____________________, terbaik mata pelajaran
____________________ (jika ada).
Berikutnya kelas 6 Cemerlang............... (sama seperti di atas)
Bagi penerima hadiah terbaik mata pelajaran tahun 6, dipersilakan
____________________ , terbaik mata pelajaran ____________________.
(dan seterusnya...)

20.

Majlis sekali lagi mempersilakan Pn Hayati binti Shuib untuk


menyampaikan sijil penghargaan kepada murid-murid tahun 6 yang telah
melaksanakan tugas sebagai Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat
Sumber bagi tahun 2015.

21.

Bagi Pengawas Sekolah, dipersilakan ___________. Diikuti oleh __________.


Bagi Pengawas Pusat Sumber Sekolah, dipersilakan ___________. Seterusnya,
_______
Terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia En/ Pn Hayati binti
Shuib kerana sudi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah dan sijil
itu tadi.

22.

Hadirin sekalian,
Dipersembahankan kita pada petang ini diteruskan dengan nyanyian lagu
Tanya Sama Pokok yang akan dipersembahkan oleh murid-murid
prasekolah SK Pulau Mertajam. Dengan ini dipersilakan.
PERSEMBAHAN 4 Prasekolah

23.

Terima kasih kepada murid prasekolah atas persembahan yang mencuit hati
sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan menjemput Pn Siti Aloyah binti Jidin bagi
mengiringi En Shamsul bin Shamsudin, untuk naik ke pentas bagi
menyampaiakan hadiah kecemerlangan UPSR kepada murid yang berjaya
mendapat 5A bagi tahun 2014. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

24.

Dipersilakan, Syed Khairul Ikhwan bin Syed Basri untuk naik ke pentas
dan menerima hadiah kecemerlangan UPSR 2014. Untuk makluman, adik
Syed kini merupakan pelajar di SMKA Nibong Tebal.
Seterusnya, Wan Nur Fatehah binti Wan Azhari. Kini belajar di SMKA
Al-Mashoor (P). Dan yang terakhir, Zulhilmi bin Abd Rahman, yang kini
belajar di SMKA Al-Irsyad. Tahniah dan syabas diucapkan.

25.

Hadirin hadirat sekalian,


Kini tibalah acara kemuncak majlis kita pada petang ini iaitu anugerah
kecemerlangan khas SK Pulau Mertajam bagi tahun 2015. Bagi
menyempurnakan acara, majlis sekali lagi mempersilakan En Shamsul bin
Shamsudin untuk menyampaikan anugerah.

26.

Anugerah Tokoh Nilam diberikan kepada murid yang mengamalkan


budaya membaca dalam kehidupan seharian sehingga mampu
memcatatkan bacaan tertinggi pada tahun akhir persekolahannya.
-

Biodata Penerima Anugerah

Dengan bacaan sebanyak 245 buah buku, dipersilakan NURUL


SYAHIRAH BINTI SHAFFIN untuk menerima anugerah.
27.

Akhlak dan pekerti terpuji dinilai bagi membolehkan seseorang murid


itu dinobatkan sebagai Tokoh Kecemerlangan Sahsiah. Penerima anugerah
ini mempamerkan tingkah laku yang positif dan penuh dengan adab serta
sopan santun.
-

Biodata Penerima Anugerah


Dengan ini, dipersilakan MUHAMMAD LUTFIL HADI BIN SAFARIN untuk
menerima anugerah.
28.

Seterusnya, penerima hadiah Tokoh Kecemerlangan kokurikulum.


Penglibatan dan pencapaian cemerlang beliau dalam bidang kokurikulum
tidak dapat dinafikan lagi.
-

Biodata Penerima Anugerah

Dengan ini, dipersilakan NURUL HANIS NABILA BINTI JAMIL untuk


menerima anugerah.
29.

Bagi penerima anugerah Tokoh Akademik, beliau telah mencatatkan


prestasi dan pencapaian yang membanggakan dalam peperiksaanpeperiksaan yang diadakan pada peringkat sekolah.
-

Biodata Penerima Anugerah

Dengan ini, dipersilakan NUR FARHANIM BINTI MOHD FISAL untuk


menerima anugerah.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang telah Iberjaya.
30.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Yang


berbahagia, En. Shamsul bin Shamsudin kerana telah sudi hadir menyerikan
dan menyempurnakan majlis kita pada petang yang berbahagia ini.
Sebagai tanda terima kasih daripada pihak majlis atas kesudian Yang
berbahagia, En. Shamsul bin Shamsudin menyempurnakan agenda kita
pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn. Siti
Aloyah binti Jidin untuk menyampaikan cenderamata sebagai kenangkenangan kepada beliau. Dipersilakan.

31.

Hadirin sekalian,
Satu anugerah khas telah diwujudkan pada tahun ini bagi menghargai jasa
warga emas dalam memastikan pendidikan. Anugerah ini dikenali sebagai
anugerah dwen. Majlis mempersilakan, Puan Zainab bin Saad untuk naik ke
pentas bagi menerima anugerah warga emas 2015. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

32.

Terima kasih diucapkan kepada puan guru besar atas kesudian


menyampaian anugerah sebentar tadi.
Indahnya Dara memakai sari,
Sari dibeli di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Moga nanti bersua lagi.

33.
Dengan ini, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Kami selaku wakil
pihak majlis dengan takzimnya menyusun sepuluh jari memohon ampun
dan maaf sekiranya terdapat sebarang khilaf tanpa sedar sepanjang kami
mengendalikan pengacaraan pada hari ini.
Majlis juga menjemput dan mempersilakan, Pn. Siti Aloyah binti Jidin untuk
mengiringi para tetamu jemputan bagi menikmati juadah minum petang
yang disediakan.
Sekian, wabillah hitaufiq walhidayah,
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera...

You might also like