You are on page 1of 17

TUGASAN

September 2015 SEMESTER


KOD KURSUS

EMM 413

NAMA KURSUS

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM


BAHASA MELAYU

PROGRAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

BIL

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

BAHAGIAN A

3-5

BAHAGIAN B

6 10

BAHAGIAN C

11 16

RUJUKAN

17 18

Bahagian A
2

Berpandukan kepada artikel penyelidikan tersebut, antara isu isu yang dibincangkan adalah
berkaitan pengajaran kemahiran menulis terutamanya penulisan karangan. Masalah tersebut
dibincangkan oleh penyelidik melalui pelbagai sudut. Isu pertama adalah berkaitan dengan
kaedah pengajaran di mana Marohaini Yusoff (2004)1 menyatakan bahawa guru masih
mempertahankan kaedah lama di mana mereka lebih gemar berbincang akan isi karangan yang
harus ditulis dan menyampaikan idea kepada pelajar dengan menyediakan kerangka karangan di
mana seterusnya memerlukan pelajar menuliskan kembali tajuk karangan yang diajarkan.
Kaedah pengajaran karangan yang mementingkan huraian dari guru tidak banyak membantu
dalam meningkatkan keterampilan menulis pelajar. Selain itu, kurangnya kepelbagaian dalam
pendekatan, kaedah serta teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh
guru juga adalah antara punca di mana pelajar kurang mahir dalam penulisan karangan. Mereka
hanya memberikan tumpuan kepada hasil karangan berbanding dengan proses menulis.
Dalam pada itu, menurut Siti Zabidah (2006) 2, pengajaran bercorak konvensional dan
berpusat guru juga kerap mengakibatkan pelajar menjadi pasif seterusnya menjadikan situasi
pengajaran dan pembelajaran kurang menarik dan menyenangkan. menyebabkan pelajar bersifat
pasif dan situasi pembelajaran kurang menarik serta menyeronokkan.
Seterusnya menurut Simah Mamat (2009)3, ada guru yang kurang yakin terhadap
keupayaan pelajar untuk menyediakan butiran karangan melalui kaedah menjelajah pengetahuan
secara sendiri. Lantaran mengakibatkan guru banyak memberikan isi karangan kepada pelajar di
mana dalam situasi ini menampakkan guru lebih kepada pemberi maklumat berbanding dengan
membiarkan pelajar berusaha dalam mengumpul idea karangan. Justeru mengakibatkan pelajar
kurang memiliki inisiatif dalam mencari disebabkan semuanya telah disediakan oleh guru.
Manakal Aziz Nordin dan Zaitun Osman (2010) 4 menyatakan bahawa disebabkan pelajar sudah
terbiasa dengan pengajaran guru yang berfungsi sebagai pemberi maklumat yang mengakibatkan
1 Marohaini Yussof. (2004). Perlakuan dan proses menulis karangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
PenerbitUniversiti Malaysia.
2 Siti Zabidah Mohamed. (2006). Kesan pendekatan penyebatian kemahiran berfikir kreatif dalam
pengajarankarangan deskriptif dan karangan imaginatif dalam kalangan murid tingkatan IV. Tesis
Doktor Falsafah.
Universiti Sains Malaysia.
3 Simah Mamat. (2009). Keberkesanan kaedah koperatif dalam pengajaran menulis karangan fakta dan
naratifdalam kalangan murid bukan Melayu.
3

kebergantungan pelajar terhadap guru dalam kebanyakan proses pembelajaran. kesannya, tiada
pendedahan aktiviti berfikir kepada pelajar yang mana sepatutnya dialami mereka semasa
melakukan aktiviti penulisan karangan.
Sehubungan itu, penyelidik telah merangka penyelidikan secara deskriptif berdasarkan
pendekatan kuantitatif. penyelidikan mengaplikasikan kaedah eksperimental kuasi dengan
rekabentuk pra dan pasca ujian satu kelompok. Responden penyelidikan tersebut terdiri daripada
39 orang pelajar-pelajar Tahun 5 di salah sebuah sekolah rendah Kerajaan Daerah Brunei. Selain
itu, instrumen yang digunakan dalam penyelidikan itu adalah persiapan mengajar, set ujian
bertulis, soal selidik dan rubrik penilaian projek risalah.
Hasil dapatan penyelidikan tersebut menunjukkan melal Penulisan Berasaskan Projek
melalui penulisan risalah melihatkan peningkatan pada ujian pasca berbanding ujian pra.
Justeru , output menunjukkan bahwa Penulisan Berasaskan Projek melalui penulisan berbentuk
risalah mampu meningkatkan penguasaan sampel penyelidikan dalam kemahiran menulis.
Dapatan seterusnya membuktikan bahawa prestasi sampel penyelidikan dari segi penguasaan
membina struktur isi penulisan berbentuk risalah meningkat dalam ujian pasca dibandingkan
ujian pra. Ini bermaksud, Penulisan Berasaskan Projek melalui penulisan berbentuk risalah telah
dapat membantu sampel penyelidikan menguasai keterampilan menulis dari segi aspek
membangun struktur isi sebuah brosur. Selain itu, dapatan turut menunjukkan menunjukkan
pelajar-pelajar yang mengikuti Penulisan Berasaskan Projek telah memberikan impak positif dari
segi penguasaan dalam penulisan risalah dengan menggunakan ejaan, struktur ayat yang tepat
serta dapat meningkatkan keterampilan menulis, membaca dan bertutur melalui penggunaan
perbendaharaan kata yang tepat.
Teknik pembelajaran secara kolaboratif dalam aktiviti kumpulan merupakan faktor utama
dalam pembelajaran berasaskan projek melalui penulisan risalah. Dalam penyelidikan tersebut,
paparan aktiviti secara berkumpulan telah memupuk sikap dan keterampilan interpersonal,
misalnya sikap bekerjasama, rajin, berfikir secara kreatif dan keterampilan berinteraksi melalui
pembentangan hasil projek. Dalam pada itu, pelajar mampu menjana idea mereka dengan
kegiatan penilaian rakan yang mana seterusnya dapat membuat refleksi hasil tugas mereka
4 Aziz Nordin & Zaitun Osman. (2010). Penerapan konstruktisvisme dalam pengajaran dan
pembelajaran asid danbesi di lima buah sekolah di Pekan, Pahang. Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.
4

sendiri dari maklum balas yang diberikan oleh teman mereka.


Kesimpulannya, dapatan penyelidikan berdasarkan kepada artikel tersebut menunjukkan
akan keberkesanan Penulisan Berasaskan Projek melalui penulisan berbentuk risalah mampu
meningkatkan prestasi pelajar menguasai keterampilan menulis. Oleh sebab itu, guru perlu
membuat anjakan strategi pengajaran mereka kepada pembelajaran secara kolaboratif
mengaplikasikan kaedah projek, meningkatkan teknik berkomunikasi serta pendekatan hands-on.
Melalui kaedah ini, pelajar tidak perlu membuat hafalan ke atas isi pelajaran saat menghadapi
ujian, tetapi lebih kepada seorang pelajar yang kompeten, berfikiran terbuka dan dapat
berkomunikasi dengan berkesan.

BAHAGIAN B
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang turut diberikan penekanan
dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu kurikulum lama yang direvisi
pada tahun 2002 dan dilaksanakan mulai pada tahun 2003. Signifikan penulisan karangan
tercatat dalam kurikulum Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran tersendiri. Sehubungan dengan
itu, sukatan bahasa Melayu yang mulai dilaksanakan pada awal 2003 juga memperkenalkan tiga
bidang kemahiran baru, iaitu komunikasi interpersonal, berfikir dan nilai. Menurut Abdullah
Hassan (2004)5 sukatan lama yang terdahulu tidak memberi tumpuan terhadap tiga kemahiran
tersebut. Pelajar cuma diajar tata bahasa dan terserah kepada pelajar tersebut menggunakan
bahasa menurut interpretasi sendiri. Dalam kurikulum baru tersebut, keterampilan menulis
merupakan salah satu keterampilan penting yang harus dikuasai oleh pelajar-pelajar disebabkan
ia adalah keterampilan yang paling kompleks.
Dalam pada itu, pelajar harus mahir dalam penulisan disebabkan hampir kesemua bentuk
ujian dan peperiksaan memerlukan mereka untuk menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga
yang memerlukan mereka untuk memberikan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat.
Pelajar yang tidak menguasai keterampilan menulis yang baik acapkali mengalami masalah
dalam menjawab soalan ujian atau peperiksaan (Noorazaman Mahat, 2009) 6. Justeru, pelajar
harus menguasai kemahiran menulis untuk memberi huraian maklumat yang tepat, berupaya
menyusun idea dalam bentuk yang mudah, teratur dan meyakinkan. Dalam pada itu, kemahiran
menulis adalah sangat penting dan harus dilaksanakan berpandukan penguasaan kemahiran.
Merujuk kepada Ujian Penyaringan K1A2M pada Januari 2008, peratusan pelajar Tahun
1 sekolah kebangsaan di Sabah yang tidak menguasai kemahiran membaca, menulis atau
mengira dalam program K1A2M adalah sebanyak 65.5 peratus bersamaan dengan 28,700 orang
5 Abdullah Hassan. (2004). Mengajar kemahiran komunikasi interpersonal. Kertas kerja di Seminar
KebangsaanPengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu pada 23 25 Mei 2004 di Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang.
6 Noorazman Mahat. (2009). Panduan menulis karangan. http://karanganbagus.blogspot.com
6

(Chua Soon Bui, 2008)7. Manakala di Terengganu pula, setakat bulan Mei 2008, seramai 7,430
pelajar tahun satu di negeri tersebut masih tidak mahir dalam membaca dan menulis. Dalam pada
itu, statistic di Kementerian Pendidikan sehingga bulan Februari 2010 menunjukkan 60 peratus
orang pelajar tahap satu di sekolah rendah seluruh negara masih belum menguasai kemahiran
asas iaitu membaca dan menulis. Fakta-fakta yang ditampilkan menunjukkan indikasi bahawa
masalah penguasaan membaca dan menulis di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah
di Malaysia berada dalam tahap yang kritikal.
Berdasarkan kepada pengalaman mengajar bahasa Melayu sekolah rendah selama lebih
dari 15 tahun di sekolah, apa yang saya perhatikan dan sedari sebagai seorang guru bahasa
Melayu ialah majoriti besar pelajar - pelajar yang bermasalah dalam bidang penulisan adalah
disebabkan mereka tidak mengetahui cara menulis dan mengolah idea dengan tepat. Terdapat
pendapat yang mengaitkan kegagalan seseorang pelajar itu menulis dengan ketiadaan bakat.
Sepanjang pengalaman, saya dapati ada pelajar yang memiliki bakat menulis tetapi keputusan
peperiksaannya terutama dalam aspek penulisan agak mengecewakan. Dalam pada itu, terdapat
juga pelajar yang tiada bakat dalam menulis tetapi berkat ketekunan dan kerajinan yang tinggi,
pelajar tersebut berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Roselan
Baki (2003)8 menyatakan bahawa menghasilkan penulisan merupakan suatu proses yang
kompleks. Oleh sebab itu, aktiviti penulisan perlulah dijalankan berdasarkan fasa-tahapnya
secara teratur. Manakala Suhaimi Yunus (2009)9 pula menyatakan bahawa kemahiran menulis
terbukti dilihat sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kerana ia
harus dikuasai oleh pelajar-pelajar untuk mengikuti ujian bertulis. Kemahiran menulis yang
berkesan amatlah penting demi keberhasilan akademik dalam sistem persekolahan.
Menurut Ahmad Khair Mohd. Nor (2005)10, penguasaan kemahiran menulis
bukan cuma setakat bergantung kepada bakat sahaja namun turut dipengaruhi juga oleh proses
7 Chua Soon Bui. (2008). Kegagalan membaca, menulis atau mengira di kalangan murid Tahun 1
sekolahkebangsaan di Sabah dan Tawau. Perbahasan Rang Undang- Undang bernama Suatu Akta untuk
meminda
Akta Pendidikan 1996. http://www.sapp.org.my (versi Bahasa Malaysia).
8 Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd.
9 Suhaimi Yunus. (2009). Permasalahan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu dalam kalangan murid
OrangAsli. Projek Master Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang.
7

pengajaran dan pembelajaran menulis yang bersistem dan efisien. Semua pelajar mampu untuk
menulis dan harus tahu menulis dalam hidup mereka dengan syarat mereka mengetahui teknik
menulis dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam penulisan mereka.
Menurut Haris Fadzilah Kassim (2002)11, sikap guru juga adalah antara penyumbang
kepada kegagalan pelajar menguasai keterampilan menulis di mana pendekatan guru bahasa
Melayu dalam mengajar penulisan karangan di dalam kelas selalunya lebih kepada memberi
paparan secara menyeluruh tentang sesuatu tajuk, demi memenuhi keperluan ujian atau
peperiksaan. Akibatnya, hasil karangan yang banyak diberi fokus oleh guru dan pengajaran di
mana proses mengarang tidak dititikberatkan.
Masih ramai guru yang mengajar kemahiran dengan berpandukan kepada kemahiran
lama disebabkan mereka berpendapat bahawa kemahiran baru adalah sukar untuk
diimplementasikan justeru diabaikan.. Menurut Abdullah Hassan (2004), guru menghadapi
masalah mengajar kurikulum baru Bahasa Melayu (2003) disebabkan sebilangan mereka tidak
terlatih dalam kurikulum baru yang memiliki kemahiran komunikasi interpersonal, kemahiran
berfikir kritis dan kreatif (KBKK), dan kemahiran bernilai tambah (KBT) dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu. Justeru, mereka mengaplikasikan pengalaman dan informasi
peribadi dan tidak berpandukan kepada ilmu komunikasi interpersonal nyata. Kemahirankemahiran tersebut tidak diajarkan sebagai kursus pendidikan guru serta tentu saja tidak ada
metode mengajarnya. Pengajaran guru kurang memberi paparan tentang kemahiran, teknik dan
strategi menulis karangan dalam kelas menyebabkan pelajar tidak bersedia untuk
menulis.kebanyakan guru pada umumnya masih kurang jelas tentang isi ilmu penulisan dan
mereka menerapkan pengalaman yang dialami ketika mempelajari penulisan di sekolah dahulu
sebagai dasar mengajarkan penulisan kepada pelajar-pelajar mereka. Sehubungan itu
Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati terdapat guru - guru tidak mengikuti sepenuhnya
sukatan terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis yang mana juga
menjadi salah satu punca yang mempengaruhi prestasi pelajar dalam kemahiran menulis
sekaligus membantutkan hasrat Kementerian dalam menghasilkan pelajar yang mampu
10 Ahmad Khair Mohd Noor. (2005). Menulis membina ketrampilan berfikir. Pelita Bahasa, Julai 18 (7):
12-14.
11 Haris Fadzilah Kassim. (2002). Masalah menulis karangan di kalangan pelajar tingkatan empat:
Satu kajian kes.Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
8

mengungkapkan bidang ilmu dari berbagai subjek dan seterusnya mengembangkan keterampilan
penulisan.
Pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu cara yang mampu
memberikan jalan penyelesaian terhadap masalah kemahiran menulis dalam bahasa Melayu.
Guru perlu mencari kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat
dan melibatkan penglibatan pelajar-pelajar. Selain itu juga, pemilihan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pelajar juga memberi faedah yang besar kepada
pelajar kerana dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan secara tidak langsung akan
meningkatkan motivasi dan minat mereka untuk belajar.
Sehubungan itu, menurut Abd. Aziz Abd. Talib (2000)12, guru harus berusaha mengatasi
kelemahan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis bahasa Melayu iaitu
yang berkaitan dengan kelemahan pelajar-pelajar dari segi aspek bahasa adalah berbagai. Semua
kelemahan itu adalah kelemahan bahasa dalam bentuk tulisan dan merupakan masalah yang
perlu diatasi jika guru menginginkan pelajar mampu menghasilkan penulisan yang baik serta
bermutu tinggi.
Tuntasnya, tidak dapat dinafikan bahawa rata - rata guru masih menerapkan pola
pengajaran yang berbentuk 'exam-oriented' di mana mereka masih menggunakan strategi
pengajaran berpusat guru terutama oleh guru-guru yang mengajar subjek - subjek peperiksaan.
Kebanyakan aktiviti masih berorientasi arahan guru di mana fokus dan kegiatan pembelajaran
adalah dikuasai oleh guru, sesi pengajaran dan pembelajaran yang terjadi melibatkan guru
memberikan pengenalan secara umum, memberi gambaran sesuatu isi pelajaran, membuat
rumusan isi pelajaran dan saat memberi arahan melakukan sesuatu kegiatan atau tugas. Situasi
sedemikian mengakibatkan terbantutnya pelaksanaan pengajaran kemahiran menulis dengan
lebih efisien. guru - guru perlulah berfikir secara kreatif dalam menentukan strategi, pendekatan,
kaedah dalam penggunaan media sebagai bahan bantu mengajar contohnya penggunaan media
cetak atau media elektronik. Selain itu bagaimana menerapkan penggunaan media media
tersebut agar mencapai kompetensi dasar yang disasarkan dalam objektif pengajaran
pembelajaran. Bukan sekadar melaksanakan aktiviti pembelajaran yang memerlukan mereka
untuk mengajarkan bahan yang perlu dikuasai oleh pelajar - pelajar. Pemahaman akan pelbagai
12 Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala Lumpur:
UtusanPublication & Distributors Sdn. Bhd.
9

teknik, kaedah dan strategi pembelajaran perlu lebih dinamik sentiasa ditingkatkan dari masa ke
semasa. Dalam menggunakan media pembelajaran sebagai bahan bantu mengajar, guru perlu
mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif, inovatif, kreatif, berkesan dan menyeronokkan.
Kerana kegagalan objektif yang dicapai pelajar bukan semata-mata disebabkan kemampuan
mereka, tetapi juga boleh disebabkan kurangnya komitmen dan kesungguhan guru guru dalam
mencorakkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan.

BAHAGIAN C
Seramai 15 orang pelajar dari kelas Tahun 4 telah dipilih bagi menjalankan analisis karangan ini.
Pelajar yang dipilih daripada pelajar cemerlang, sederhana dan lemah dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu berdasarkan kepada keputusan mereka yang berada dalam lingkungan gred A, B
dan C untuk kertas peperiksaan Bahasa Melayu Penulisan semasa Peperiksaan Pertengahan
Tahun 2015.
i.

Kesalahan Aspek Morfologi


Menurut Abdullah Hassan (1989)13, pelajar melakukan kesalahan dalam imbuhan disebabkan

mereka tidak memahami fungsi imbuhan. Selain itu, bagi kesalahan kata ganti nama, ini terjadi
disebabkan pelajar tidak yakin dengan penggunaan kata ganti nama diri. Hal ini timbul
disebabkan oleh aspek kebudayaan berbahasa tidak mendapatkan perhatian yang sewajarnya
sewaktu guru mengajar bahasa di kelas. Manakala Azman Wan Chik (1989) 14 menyatakan aspek
kelemahan tatabahasa pelajar dalam penulisan karangan terdiri daripada kesalahan morfologi
iaitu penggunaan imbuhan awalan ber, di, ke, meN, pe, kata tugas, ganti nama diri,
perbendaharaan kata dan ejaan. Kesalahan dalam aspek penggunaan imbuhan terjadi disebabkan

13 Abdullah Hassan. (1989). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
DewanBahasa dan Pustaka.
14 Azman Wan Chik. (1989). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 1:Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa danPustaka.
10

mereka tidak pasti dengan sebutan imbuhan awalan serta tidak menguasai aspek makna imbuhan
tersebut.
Jadual 1 Analisis Aspek Kesalahan Morfologi
Item
Imbuhan

Kata Ganti Nama Diri

Contoh Kesalahan
1. [Untuk membaiki]
2. [Solekkan oleh

Pembetulan
1. [Untuk dibaiki]
2. [Disolekkan oleh makcik]

makcik
3. [Mengadakan majlis

3. [Diadakan majlis

perkahwinan]
4. [Berikan kepada ]
1. [Saya dan kawan
kawan saya]
2. [Beberapa orang

perkahwinan]
4. [Diberikan kepada]
1. [Kami]
2. [Mereka]

pemuda dan tuan kedai


itu]
Kata Tugas

1. [Artis itu bernama

1. [Artis itu ialah Sheila

Sheila Majid]
2. [Membawa aku

Majid]
2. [Membawa aku ke

kerumah]
3. [Dijenamakan

rumah]
3. [Dijenamakan sebagai

Samsung]
Kosa kata

1. [Ujian tahunan ]
2. [Soalan jawapan]
3. [Di sekitaran rumah

1. [Peperiksaan tahunan]
2. [Kertas jawapan ]
3. [Di sekeliling rumah]

.]
4. [Aku pergi ke dalam

4. [Aku masuk ke dalam


kedai]

kedai]
5. [Kepada orang yang

5. [Kepada tetamu yang


hadir]

hadir]
Ejaan

Samsung]

1. [Bahasa English]

11

1. [Bahasa Inggeris]

ii.

Aspek Kesalahan Sintaksis


Aspek sintaksis yang diberikan fokus pula adalah unsur utama ayat yang terdiri dari kata,
frasa, klausa, dan binaanya serta pembahagian subjek dan predikat, jenis ayat iaitu ayat
pernyataan, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan, ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat
pasif , susunan ayat iaitu susunan biasa dan terbalik, bangunan ayat iaitu ayat dasar, ayat
tunggal, dan ayat majmuk, proses penerbitan ayat seperti konsep ayat terbitan, proses
pengguguran, proses penyususnan kembali, proses perluasan dan aspek tanda baca.

Jadual 2 Analisis Aspek Kesalahan Sintaksis


Item
Binaan Ayat

Contoh Kesalahan
1. [Setelah saja siap aku
dijenamakan Samsung]
2. [Permainan yang
berbahasa English kita
boleh belajar]
3. [Kawan makcik saya
sedang solekkan makcik
saya]
4. [20 orang yang akan
menghadiri kelas
tuisyen]
5. [Bunga telur untuk
berikan kepada orang
yang hadir]

Pembetulan
1. [Setelah siap, aku
dijenamakan sebagai
Samsung]
2. [Permainan yang berbahasa
Inggeris secara tidak
langsung boleh juga
dipelajari]
3. Mak andam sedang
menyolekkan makcik
saya
4. [Seramai 30 pelajar yang
akan menghadiri kelas
tuisyen]
5. [Bunga telur untuk
diberikan kepada tetamu

Tanda baca

1. [Semasa aku berlari tiba-

yang hadir]
1. [Semasa aku berlari, tiba-

tiba aku tergelincir]

tiba aku tergelincir]

12

2. [Saya menelefon bomba,

2. [Saya menelefon bomba.

selang beberapa minit]


3. [Saya cepat-cepat pergi

Selang beberapa minit]


3. [Saya cepat-cepat pergi

mencari telefon awam,

mencari telefon awam.

semasa saya]
4. [Malam Sabtu yang lalu
aku baru]

iii.

Semasa saya]
4. [Malam Sabtu yang lalu,
aku baru]

Aspek Kesalahan Penanda Wacana


Menurut Krisdalaksana (1982)15, sekiranya wacana berkenaan tidak mempunyai penanda

wacana yang sesuai, kesannya ialah seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai
kesatuan dan perpautan yang lengkap.
Sehubungan itu, terdapat beberapa rasional tentang penggunaan penanda wacana seperti
berikut:

Pelajar tidak mahir menggunakan penanda wacana untuk mewujudkan kesinambungan

idea yang dikemukakan.


Pelajar silap memilih penanda wacana sehinggakan hilang pertalian isi dalam penulisan.
Keadaan ini melemahkan pengolahan dan seterusnya mengakibatkan penyampaian
penulisan menjadi tidak jelas.

Jadual 3 Analisis Aspek Kesalahan Penanda Wacana


Item
Kata Hubung

Contoh Kesalahan
1. [Semasa itu pengantin

Pembetulan
1. [Tidak lama kemudian,

lelaki pun tiba]


2. [Pada hari Ahad malam

pengantin lelaki pun tiba]


2. [Pada malam Ahad yang

yang lalu]
3. [Di samping itu]

lalu]
3. [Kesimpulannya]

15 Kridalaksana, H. (1982). Kamus linguistik. Jakarta: P.T. Gramedia.


13

Jadual 4 Analisis Kekerapan Kesalahan Tatabahasa


Bil
1.

Kesalahan Tatabahasa
Morfologi

2.

Peratus

14.9

4.9

12.2

17.1

2.4

14.6

Sintaksis

3.

Imbuhan
Kata Ganti Nama
Kata Tugas
Kosa Kata
Ejaan

Kekerapan

Binaan Ayat
Tanda Baca

10

24.4

Penanda Wacana

9.8

Jumlah

34

100

Merujuk kepada jadual 4.1, analisis menunjukkan bahawa bahawa kesalahan yang kerap
dilakukan oleh pelajar adalah kesalahan dari segi tanda baca iaitu dalam aspek sintaksis yang
berjumlah 24.4 peratus manakala kesalahan yang paling kurang dilakukan adalah kesalahan dari
segi ejaan iaitu dalam aspek morfologi.

Menurut

Outhred (1989)16, keterampilan menulis merupakan kegiatan yang kompleks disebabkan menulis
apapun bahasa pun merupakan aktiviti mental yang kompleks dan melibatkan keterampilan
memecahkan masalah serta kemampuan berkomunikasi. Selanjutnya, penulisan melibatkan
keterampilan menulis untuk berbagai tujuan dan konteks. Ini bukan hanya sejauh mempelajari
struktur dan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu saja. Apabila pelajar menulis, mereka
bukanlah penerima bahasa yang pasif tetapi bertindak sebagai interaktor aktif yang saling
16 Outhred, L. 1989. Word processing: its impact on childrens writing. Journal of LearningDisabilities 22: 262264.

14

bertindak dengan bahasa yang digunakannya. Pada peringkat sekolah rendah dan menengah,
pelajar sering diberi pendedahan kepada penulisan karangan dari segi struktur pembinaan cerita
dan fungsinya.

Namun,

ada

sejumlah besar pelajar yang memulai alam persekolahan memiliki keterampilan menulis yang
sangat rendah. pelajar bermasalah dalam penulisan perlu diberi bimbingan melalui pengajaran.
Guru harus prihatin terhadap aspek kelemahan penulisan yang dihadapi oleh pelajar. Satu bentuk
ujian penilaian yang memungkinkan guru mengidentifikasi kelemahan aspek penulisan
pelajarnya, khususnya dari segi aspek tata bahasa, organisasi struktur penulisan atau susunan isi
dan sebagainya.

15

RUJUKAN
Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan. (1989). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. (2004). Mengajar kemahiran komunikasi interpersonal. Kertas kerja di
Seminar Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu pada 23 25 Mei
2004 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Ahmad Khair Mohd Noor. (2005). Menulis membina ketrampilan berfikir. Pelita Bahasa, Julai
18 (7): 12-14.
Aziz Nordin & Zaitun Osman. (2010). Penerapan konstruktisvisme dalam pengajaran dan
pembelajaran asid dan besi di lima buah sekolah di Pekan, Pahang. Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.
Azman Wan Chik. (1989). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 1:Perkaedahan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chua Soon Bui. (2008). Kegagalan membaca, menulis atau mengira di kalangan pelajar Tahun
1
sekolah kebangsaan di Sabah dan Tawau. Perbahasan Rang Undang- Undang bernama
Suatu Akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996. http://www.sapp.org.my (versi
Bahasa Malaysia).
Haris Fadzilah Kassim. (2002). Masalah menulis karangan di kalangan pelajar tingkatan
empat: Satu kajian kes. Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.
Kridalaksana, H. (1982). Kamus linguistik. Jakarta: P.T. Gramedia.
Marohaini Yussof. (2004). Perlakuan dan proses menulis karangan Bahasa Melayu. Ku
Lumpur: Penerbit Universiti Malaysia.
Noorazman Mahat. (2009). Panduan menulis karangan. http://karanganbagus.blogspot.com
Outhred, L. 1989. Word processing: its impact on childrens writing. Journal of Learning

Disabilities 22: 262-264.


16

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd.
Simah Mamat. (2009). Keberkesanan kaedah koperatif dalam pengajaran menulis karangan
fakta dan naratif dalam kalangan pelajar bukan Melayu. Dimuat turun pada 2/4/2012
dari http://simahmamat.blogspot.com/2009/05/keberkesanan-koperatif-dalam.html
Siti Zabidah Mohamed. (2006). Kesan pendekatan penyebatian kemahiran berfikir kreatif dalam
pengajaran karangan deskriptif dan karangan imaginatif dalam kalangan pelajar tingkatan
IV. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia.

Suhaimi Yunus. (2009). Permasalahan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu dalam kalangan
pelajar Orang Asli. Projek Master Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra
Malaysia, Serdang.

17

You might also like