You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

PROGRAM MENTOR MENTEE 2016


PERINGKAT SEKOLAH
1.0

Muqadimah
Untuk mencapai kecemerlangan, sesuatu usaha yang jitu haruslah dilakukan. Sejajar dengan
misi dan visi sekolah yang menitikberatkan pencapaian cemerlang murid-murid dari segi
kurikulum, kokurikulum dan perkembangan sahsiah. Bagi mencapai tujuan ini, semua pihak
perlu menggembling tenaga bagi menjayakannya. Perubahan dan kemajuan dalam bidang
pendidikan yang pesat dan sentiasa berubah mengikut peredaran masa menuntut kita warga
pendidik agar sentiasa bersedia menghadapi apa jua rintangan. Sehubungan dengan itu, salah
satu program ke arah kecemerlangan yang boleh membantu ialah Program Mentor Mentee.

2.0

Objektif

1. Membantu dan membimbing murid-murid (mentee ) mengesan potensi dan menanam


keyakinan diri untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2016.
2. Memantau perkembangan pelajaran Mentee dari semasa ke semasa agar mencapai sasaran
yang ditetapkan oleh Ketua Panitia ataupun sekurang-kurangnya berada pada tahap lulus.
3. Mewujudkan perhubungan mesra di antara murid-murid dan guru-guru dan seterusnya
guru-guru boleh membantu menyelesaikan masalah mereka khususnya yang berkaitan
dengan pelajaran.
4. Melahirkan murid-murid yang mempunyai sahsiah yang terpuji.
5. Muwujudkan sikap hormat dan sayang murid-murid terhadap rakan mereka, guru-guru dan
sekolah.
3.0

Tema

4.0

Anjuran

5.0

Perasmi

6.0

Tarikh

Program ini akan diadakan sepanjang tahun.

7.0

Tempat

Program ini akan diadakan di


8.0

Sasaran

Program ini mensasarkan murid tahun 6

9.0

Komitmen

Semua guru yang terlibat sebagai Mentor diminta dapat memberi kerjasama dan komitmen
terhadap tugas mereka dalam membimbing Mentee yang telah ditetapkan terdiri daripada seorang
murid untuk seorang guru.
9.0 Tatacara
1. Perjumpaan mingguan diadakan pada setiap hari Rabu iaitu dari pukul 1.10 hingga 1.30
tengah hari. Atau hari dan waktu yang dirasakan sesuai.
i) Perjumpaan pertama ( Perjumpaan suai kenal )
ii) Perjumpaan seterusnya khusus untuk membincangkan masalah atau perkembangan pelajaran
Mentee.
2. Jika Mentee terlibat dengan sebarang urusan luar pada hari berkenaan, bolehlah diubah ke
tarikh lain pada minggu berkenaan. Mentor haruslah memberitahu Mentee jika ada sebarang
perubahan hari perjumpaan.
3. Tempat perjumpaan ditetapkan oleh Mentor.

9.0

Peranan Mentor

1. Membina hubungan mesra dengan Mentee dan mewujudkan kejelekitan supaya apa jua
masalah berkaitan pelajaran dapat diselesaikan.
2. Memberi bimbingan dan dorongan kepada Mentee agar mempunyai keazaman dan keyakinan
untuk menghadapi peperiksaan.
3. Memberi bimbingan cara belajar dengan berkesan dan sistematik kepada Mentee.
4. Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Mentee dalam kumpulannya untuk mengetahui

perkembangan pelajaran dan memberi teguran membina. Juga bertanyakan jika ada hal-hal
peribadi Mentee yang mengganggu pelajaran.
5. Perkara-perkara lain yang difikirkan dapat membantu mencapai objektif program.
6. Mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa Mentee.
9.0

Peranan Mentee

Menghadiri perjumpaan dengan Mentornya untuk:


1. Membincangkan perkembangan pelajaran semasa.
2. Melaporkan keputusan ujian ujian bulanan, peperiksaan semester dan ujian percubaan untuk
dibincangkan bersama bagi meningkatken prestasi mereka.
3 Membincangkan apa jua masalah yang mengganggu pelajaran mereka.
4. Mendengar dan menerima sebarang teguran daripada Mentornya dengan hati yang terbuka
dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi.
5. Berkongsi pendapat dengan rakan Menteenya untuk bersama-sama memperolehi keputusan
yang cemerlang dalam UPSR.
9.0

Penilaian

1. Penilaian berterusan dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan ujian, peperiksaan


semester dan UPSR Mentee.
2. Perkembangan sahsiah Mentee melalui pemerhatian di dalam dan di luar bilik darjah dan juga
berdasarkan laporan guru-guru lain.
3. Berpandukan buku log semasa perjumpaan mingguan bersama Mentee.

9.0

Bil
01.
02.

Pembahagian
PEMBAHAGIAN MENTOR DAN MENTEE
Mentor
Mentee

03.
04.
05.
06.
07.
08.
09.
10.
11.

10.0

Struktur Organisasi

(Sila lihat lampiran A)

11.0
(Sila lihat lampiran B)

13.0

Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari
semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan
Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan

dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan
yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Lampiran A

JAWATANKUASA PROGRAM MENTOR MENTEE SKUD 2016


PENASIHAT

: Guru Besar SKUD

PENGERUSI

GPK 1

NAIB PENGERUSI
GPK HEM

SETIAUSAHA

N/ SETIAUSAHA

AHLI JAWATAN KUASA :

You might also like