You are on page 1of 2

LAPORAN KEM SUKAN ULTIMATE FRISBEE

PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN


Pada 22 Ogos 2015 yang lalu, SMK Vivekananda telah mengadakan Kem Sukan
Ultimate Frisbee yang telah dihadiri oleh 39 orang murid dan 8 orang guru. Objektif Kem
Sukan adalah untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan
perlaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur kesenorokan, menerapkan kemahiran
berfikiran secara kritis, kreatif dan inovatif dalam kalangan murid Kem Sukan yang telah
dijalankan dimulakan dengan sesi pendaftaran dan aktiviti ice breaking bagi sesi
perkenalan antara sesama peserta dalam kumpulan dan fasilitator kem sukan. Kemudian
semua peserta dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil bagi menjalankan aktiviti
berkumpulan seperti aktiviti Idola Sukan. Instruktor Kem Sukan iaitu En Mohd Fadhil B
Abd Jalil dan En Khairol Bin Mazlan n memupuk minat sukan peserta untuk
mengamalkan sikap disiplin, gigih dan tabah berusaha dalam menjalankan apa jua aktiviti
bagi mencapai kejayaan seperti Idola sukan setiap kumpulan. Selepas itu, aktiviti
diteruskan dengan aktiviti Mengenali Silang Budaya yang banyak memberi manfaat
kepada peserta supaya perlu peka terhadap budaya masyarakat sesuatu tempat.
Peserta-peserta Kem Sukan juga turut didedahkan dengan kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis dalam aktiviti Modified game sebagai permainan kecil, Square
Bashing dan aktiviti membina menara dalam kumpulan kecil. Setiap aktiviti yang
dijalankan oleh setiap kumpulan dinilai oleh setiap fasilitator Kem Sukan dari segi sikap
atau sahsiah yang berdisiplin tinggi, bekerjasama dan berkemahiran sukan ultimate
frisbee.

PESERTA KEM SUKAN BERSAMA PK HEM DAN GURU-GURU PJK

AKTIVITI SQUARE
BASHING

AKTIVITI MEMBINA
MENARA

AKTIVITI PRAKTIKAL MELEMPAR


FRISBEE

AKTIVITI SILANG
BUDAYA

AKTIVITI PRAKTIKAL SUKAN ULTIMATE


FRISBEE

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH


KEPADA PESERTA PESERTA KEM

You might also like