You are on page 1of 11

Logo dan maksud Jata Negara Malaysia

Gambar di atas merupakan


Logo Jata Negara Malaysia
yang asal .

Gambar di atas merupakan Logo Jata Negara Malaysia


yang terbaru.
Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan
bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang
terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan
Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak
bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.
Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah,
Perlis, Kelantan dan Terengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan
bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua
buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama
besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang;
merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam
dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu
Bersekutu yang asal.
Jata Negara Malaysia yang asal.
Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan
Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan.
Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu
dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis
dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan.
Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raj
Maksud lambang pada LOGO JATA NEGARA MALAYSIA

Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13


buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan,
Bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima
bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah,
Perlis, Kelantan dan Terengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan
bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah
negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu.
Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam
dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning
warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah
Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan
Sarawak di sebelah kanan.
Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan.
Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia.
Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan
tulisan Jawi di sebelah kanan.
Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia
Raja-raja.

PERLIS INDERA KAYANGAN

BENDERA NEGERI PERLIS


INDERA KAYANGAN
Warna kuning melambangkan D.Y.M.M. Raja. Warna biru pula melambangkan rakyat. Bendera
itu sendiri membawa makna kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat Baginda.

KEDAH DARUL AMAN

BENDERA NEGERI KEDAH DARUL AMAN


Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun-temurun. Padi maknanya
negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri ini beragama Islam.
Perisai maksudnya Raja ( Kerajaan ) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan
penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.

SELANGOR DARUL EHSAN

BENDERA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN


Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu
unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang
pula ialah sebagai Agama Islam, agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan
dengan warna putih.

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

BENDERA
NEGERI
SEMBILAN

DARUL KHUSUS
Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang
berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya
Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi
bahagian-bahagian negeri ini.

PAHANG DARUL MAKMUR

BENDERA NEGERI PAHANG


DARUL MAKMUR
Dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar. Hitam adalah
warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di
negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan Raja.
Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri
yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa
negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat
resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu ada pada Raja sebagai sebuah negeri yang
beraja dan berdaulat.

KELANTAN DARUL NAIM


BENDERA
NEGERI
KELANTAN
DARUL
NAIM
Latarbelakan
g
berwarna
merah
maksudnya
kejujuran penduduk negeri ini termasuk rakyat dan Raja yang memerintah. Lambang kebesaran

berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.

TERENGGANU DARUL IMAN

BENDERA NEGERI
TERENGGANU
DARUL IMAN
Latarbelakang
berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan. Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud
rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak
bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

JOHOR DARUL TAKZIM

BENDERA NEGERI JOHOR


DARUL TAKZIM

Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian
yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang
berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

PERAK DARUL RIDZUAN

BENDERA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN


Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam.
Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul
Ridzuan.

Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul
Ridzuan.

MELAKA DARUL AZIM

BENDERA NEGERI MELAKA


DARUL AZIM
Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan
menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan
bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.

PULAU PINANG PULAU


MUTIARA

BENDERA NEGERI
PULAU PINANG
Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih pula
membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning melambangkan
kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.

SARAWAK BUMI KENYALANG

BENDERA SARAWAK BUMI


KENYALANG
Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya
usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian
maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.
Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan
serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan
sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.
Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di
mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.
Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk
meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka

SABAH DI BAWAH BAYU

BENDERA NEGERI
SABAH DI BAWAH BAYU
Bendera negeri Sabah berbentuk persegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera
berwarna biru cerah, yang menjadi latarbelakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu,
berwarna biru tua, meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera yang berkibar
dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih
dan jalur bawah berwarna merah cili. Warna biru muda melambangkan keamanan dan
kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan
keberanian dan keyakinan.
Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua
melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera
ini mewakili lima bahagian
yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula
melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.

WILAYAH PERSEKUTUAN
BENDERA
WILAYAH
PERSEKUTUAN
Bendera baru
Wilayah Persekutuan
yang dilancarkan
pada 20hb. Ogos

2006 ini digunakan dalam acara-acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.
Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan atau Putrajaya akan digunakan dalam
acara-acara yang melibatkan Wilayah Persekutuan yang berkenaan.
Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang
melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat
Malaysia.
Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan;
Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran;
dan Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju
pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara.
Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.
Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di
mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.
Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk
meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

You might also like