You are on page 1of 16

KONSEP KETUHANAN

RUBUBIYAH
1. Rububiyah bermaksud keyakinan (iktikad) dalam hati secara mutlak bahawa Allah yang
mentadbirkan semua benda dan perkara di dunia ini dan tiada pentadbir yang lain
melainkan Allah SWT yang Maha Esa dan Kuasa.
2. kita hendaklah mengakui dengan sepenuh hati yang tiada satu pun kuasa yang dapat
menandinginya.
ULUHIYAH
1. Uluhiyah ialah mengakui bahawa hanya Allah yang Esa yang layak disembah, ditaati, dan
dipatuhi secara mutlak.
2. paksi kepada tauhid Uluhiyah ialah 2 kalimah syahadah
3. Konsep Uluhiyah :- mengaku hanya Allah disembah
- paksi utama 2 kalimah syahadah
- orang tidak beriman menjadi sesat
ASMA WA SIFAT
1. Allah SWT memiliki nama-nama yang indah dan mulia serta memiliki sifat-sifat yang
sempurna.
2. Allah memiliki 99 nama bagi diri-Nya, memiliki 41 sifat terdiri 20 wajib, 20 mustahil dan
sifat harus.
FITRAH BERAGAMA
1. Di antara peranan agama dalam membina tamadun ialah :-

menuntut penganutnya beramal dan berusaha untuk memajukan diri


mewajibkan umat Islam menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan
menghendaki umat Islam berfikir secara kreatif dan kritis
Islam mengatur peradaban dan akhlak
KONSEP KERASULAN

1. Nabi ialah manusia lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu untuk dirinya dan tidak
dikehendaki menyampaikan kepada orang lain.
2. rasul ialah manusia lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu untuk dirinya dan
dikehendaki menyampaikan kepada orang lain.
3. rasul bertanggungjawab menjelaskan kepada umat Islam tentang cara mengenal Allah,
perkara ghaib, cara melakukan ibadat, akhlak mulia, muamalah, social dan berpolitik
dengan betul
4. Perbezaan nabi dan rasul
Nabi
Rasul

1. diberikan
wahyu
2. bilangan nabi
terlalu ramai
(124,000)
3. setiap nabi
tidak semestinya
rasul
4. tidak
diturunkan kitab
5. tidak
diwajibkan
mengetahui
bilangan nabi

1. diberikan
wahyu dan
disampaikan
2. bilangan rasul
313
3. setiap rasul
adalah nabi
4. diturunkan
kitab
5. wajib
mengetahui
bilangan dan 25
rasul

5. Rasul ulul azmi mereka yang memiliki kesabaran yang amat tinggi dalam menghadapi
banyak tentangan ketika menyampaikan dakwah atau seruan kepada kaumnya
6. Sifat wajib bagi rasul
- as-sidq (benar)
- al-amanah (jujur)
- at-tabligh (menyampaikan)
- al-fatanah (bijaksana)
7. sifat mustahil bagi rasul
- al-kizb (dusta)
- al-khiyanah (pecah amanah)
- al-kitman (menyembunyikan)
- al-baladah (bodoh)

8. sifat harus bagi rasul


- rasul hidup sebagaimana manusia biasa yang tidak menjejaskan martabat mereka
sebagai utusan Allah SWT seperti berkeluarga, makan, minum, tidur dan sebagainya.
9. peranan rasul :-

menyeru manusia mentauhidkan Allah dan menyembahnya


mengajar dan menerangkan perkara ghaib seperti syurga, neraka, sirat mustaqim
menyeru kepada kebaikan dan membaiki akhlak manusia
menyampaikan segala perintah dan larangan Allah
mengajar manusia cara beribadat dengan betul

10. di antara adab kepada rasul :- sentiasa berselawat kepada rasul


- beriman dengan ajaran rasul
- mengamalkan sunnah rasul dalam amalan harian
-mentaati ajaran yang disampaikan rasul
11. Mukjizat ialah perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada para nabi
dan rasul untuk membuktikan kebenaran, kenabian dan kerasulan serta melemahkan
musuh-musuh mereka.

12. di antara peranan mukjizat :-

menunjukkan kekuasaan Allah swt


mengukuhkan keyakinan orang ramai
membuktikan kebenaran rasul
menambahkan keyakinan rasul

13. karamah perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia biasa yang tinggi darjatnya
di sisi Allah
14. maunah perkara luar biasa yang berlaku kepada umat Islam tanpa diusahakannya
untuk mempelajarinya (terselamat dalam kemalangan)
15. sihir perkara luar biasa yang boleh dipelajari oleh seseorang dengan bantuan kuasa
jahat seperti jin.
KONSEP INSAN
1. insan ialah mereka yang berketurunan nabi adam dan dijadikan daripada tanah,
mempunyai akal fikiran, nafsu dan naluri untuk melakukan sesuatu
2. proses kejadian manusia :- sperma lelaki bercampur dgn ovum perempuan , setelah 40 hari ia menjadi
nutfah
- segumpal darah
- segumpal daging
- tulang belulang
- daging
- terbentuk makhluk bersifat
- allah meniupkan ruh
3. Apa keistimewaan manusia berbanding makhluk lain :- akal fikiran
- dilantik khalifah di bumi
- diberi ganjaran atas kebaikan
- makhluk paling dekat dengan Nabi Muhammad
- tubuh badan yg sempurna
- dijadikan drpd unsur rohani dan jasmani
KONSEP ALAM
1. alam ialah semua makhluk yg berada di langit dan di bumi yg diciptakan oleh Allah untuk
kegunaan dan kemudahan manusia bagi menyempurnakan kehidupan mereka di dunia.
2. alam musyahadah ialah alam benda yg berada di langit dan di bumi yg dapat ditanggapi
dan difahami oleh pancaindera
3. alam ghaib ialah alam yg tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal tetapi dapat
difahami dan diyakini kewujudannya melalui iman yg kukuh kepada Allah

TANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM


1. Memelihara alam ialah menjaga dan melindungi alam supaya tidak dirosakkan.
2. Memulihara alam ialah mengembalikan alam kepada habitat asalnya seperti menanam
semula tumbuh-tumbuhan yang ditebang atau dimusnahkan supaya habitat alam akan kekal
dan baik.
3. Tanggungjawab memelihara alam ialah :- mengawal penebangan hutan
- merancang kawasan
pembangunan
dan perindustrian
- memelihara keindahan sungai
- mengawal pencemaran udara
- mengekal habitat haiwan
- mengawal penggunaan bahan
galian
4. tanggungjawab memulihara alam ialah :- menanam semula pokok yang
ditebang
- menimbus semula lombong yang
ditinggalkan
- melarang memburu binatang liar
- membersihkan sungai dari kotor
5. Di antara sumbangan alam kepada manusia ialah :- menyediakan keperluan makanan
dan minuman
- memudahkan pergerakan manusia
seperti sungai dan lautan
6. Di antara faedah anusia memelihara alam ialah :- mengawal suhu bumi
- mengawal bencana alam
- mengelakkan kepupusan habitat
haiwan dan tumbuh-tumbuhan
- mengekalkan keindahan alam
7. Punca-punca berlaku kerosakan alam :- melakukan pencemaran terhadap
sungai, laut, udara dan alam sekitar
spt pembakaran terbuka,
membuang sampah ke dalam
sumber air
- memburu dan membunuh haiwan
- merosak dan menebang pokok
8. Akibat daripada kerosakan dan kemusnahan alam ialah :- berlaku hakisan tanah dan tanah
runtuh

- berlaku banjir kilat


- berlaku penvemaran udara dan air
- lapisan ozon nipis
PERANAN WAHYU
1. wahyu dari segi bahasa ialah isyarat, ilham, nasihat, bimbingan, panduan atau petunjuk
yang disampaikan ke dalam hati manusia.
2. wahyu dari segi syarak ialah kalam Allah yg disampaikan kepada para nabi dan rasul
melalui malaikat Jibril mengenai syarat dan hukum Nya sebagai bimbingan kepada manusia
3. ciri-ciri
-

wahyu :disampaikan kepada nabi dan rasul


kebenarannya adalah mutlak, benar, sempurna, lengkap
hukum wahyu adalah kekal
tiada lagi selepas kewafatan Rasulullah SAW
dapat menceritakan tentang perkara ghaib

4. Bentuk wahyu yg diterima oleh Rasulullah SAW :- Al-Quran


- Hadis Qudsi
5. Cara penurunan wahyu :- malaikat mencampakkan wahyu ke dalam hati nabi
- malaikat menjelmakan dirinya di hadapan nabi yang menyerupai seorang lelaki
yg mengucapkan kalimah-kalimah
- malaikat menjelma dengan bentuk rupa asal dan berjumpa nabi untuk
menyampaikan wahyu
6. Peringkat-peringkat penurunan wahyu :- dari Allah ke Loh Mahfuz yg diturunkan sekaligus
- Dari Loh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia juga sekaligus pada malam Lailatul
Qadar
- Dari Baitul Izzah kepada Rasulullah beransur-ansur selama 23 tahun melalui
malaikat jibril
7. Peranan wahyu :- memimpin manusia ke jalan yang benar melalui risalah Islam
- menyuruh manusia melaksanakan syariat Allah
- mendidik manusia kepada akhlak manusia
- membetulkan akidah manusia yang telah rosak
8. isi kandungan Al-Quran :- Masalah tauhid dan akidah
- Janji baik dan buruk
- Ibadat
- Menjelaskan jalan-jalan menuju ke arah kebahagiaan hidup
- Kisah dan riwayat orang-orang yang hidup di zaman dahulu
- Akhlak yang mulia
- Hukum hakam
9. keistimewaan Al-Quran :-

isi kandungan sesuai dengan semua manusia


Al-Quran kekal dengan keadaan asal tanpa sebarang perubahan dan pindaan
Tiada sebarang makhluk dapat menandingi kehebatan Al-Quran
Setiap patah perkataan yang dibaca akan dibalas dengan sepuluh ganjaran
Bahasanya amat tinggi

PERANAN AKAL
1. akal ialah kegiatan berfikir dan tahap kecerdasan bagi seseorang
2. akal terbentuk daripada tiga sifat jiwa iaitu fikiran, kemahuan dan perasaan. Manakala
lawan akal ialah nafsu.
3. Ciri-ciri
-

akal :anugerah Allah


membezakan manusia dengan makhluk lain
sentiasa berkembang, berubah dan menerima perubahan

4. peranan akal :- mempelajari dan memahami wahyu Allah


- membezakan antara yg baik dengan yang buruk
- mentakul, menyelidik dan mentadbir sesuatu rahsia
- menyelesaikan sesuatu masalah yg dihadapi
- membezakan manusia dengan makhluk yang lain
5. perbezaan wahyu
Wahyu
Diturunkan
kepada nabi dan
rasul melaui Jibril
Mengandungi
hukum hakam dan
syariat Allah
Petunjuk yg
mengandungi
kebenaran yg
mutlak

dan akal :Akal


Dianugerahkan
kepada manusia
Proses pemikiran
manusia yg selalu
berubah
Kebenaran yg
sementara, tidak
menentu, relatif

6. kelemahan akal :- kebenaran akal bersifat relatif dan tidak bersifat mutlak
- akal manusia bersifat sementara dan sentiasa berubah
- akal manusia mudah dipengaruhi oleh keadaaan sekeliling
- kemampuan akal terbatas
- akal terdedah kepada kesilapan
7. Bimbingan Al-Quran kepada akal :- memberi petunjuk tentang kejadian alam

menetapkan batas-batas yg tertentu untuk diikuti oleh akal supaya tidak


menyeleweng
mengajar manusia mencari bukti tentang sesuatu kenyataan
mengajar manusia berfikir secara rasional
melarang manusia melakukan sesuatu perkara yg merosakkan akal fikiran
ISLAM SEBAGAI AD-DIN

1. Islam dari segi bahasa ialah selamat, sejahtera, patuh dan menyerah diri
2. Islam dari segi syarak ialah tunduk dan patuh serta menyerah diri dengan sepenuh hati
kepada Allah dengan mengakui kebesaran dan keagungan-Nya

3. Sebab-sebab Islam sahaja yg diterima dan diredhai Allah :- Islam adalah agama ciptaan Allah
- Islam adalah agama yang benar yg boleh membawa manusia ke jalan yg benar
dan mengeluarkan manusia daripada kesesatan
- Islam agama yg lengkap dan sempurna
- Allah menurunkan para nabi dan rasul untuk membimbing manusia
4. Ciri-ciri
-

yg menunjukkan Islam sebagai Ad-Din :Islam agama ciptaan Allah


Ajaran Islam menggabungkan ke tiga-tiga aspek iaitu akidah, syariah dan akhlak
Islam agama bersifat waqiiyyah
Islam agama yg sesuai dengan fitrah manusia
Islam bersifat alamiyyah

5. Rahmat yg dibawa Islam kepada manusia :- Islam membawa hidayah dan petunjuk kepada seluruh alam dengan menyeru ke
arah kebenaran dan menjauhi kesesatan
- Islam mmebawa manusia mengenali Tuhan yg sebenar dan menolak Tuhan-tuhan
palsu
- Islam membimbing manusia supaya berakhlak mulia dan meninggalkan akhlak
keji
6. Rahmat Allah ke seluruh alam :- hujan
- tumbuh-tumbuhan
- laut, sungai dan tasik
- haiwan dan binatang-binatang liar

BIMBINGAN AL-QURAN DAN HADITH


1. Al-Quran ialah kalam Allah yang mukjiz, lafaznya dalam Bahasa Arab dan maknanya
daripada Allah yang termaktub dalam mushaf, membacanya menjadi ibadat.

2. Ciri-ciri kesempurnaan Al-Quran :- kandungan Al-Quran merangkumi pelbagai peraturan hidup spt politik, ilmu
pengetahuan, ekonomi, akhlak, pentadbiran, perundangan
- Al-Quran benar-benar datang daripada Allah
- Kitab yang menjadi panduan lengkap
3. Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW selama 23 tahun secara beransur-ansur iaitu
13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah
4. Faktor-faktor Al-Quran diturunkan :- membimbing akal manusia supaya berfikir dengan baik berlandaskan wahyu
- mengajar manusia sistem hubungan dengan manusia
- membimbing manusia ke jalan yang benar
- memerintahkan semua manusia supaya menyembah Allah
- memerintahkan manusia melakukan perintahnya dan meninggalkan larangannya
- memerintahkan agar mencontohi akhlak manusia

BIMBINGAN HADITH
1. Hadith ialah sesuatu yang diterima daripada Rasulullah SAW samada berbentuk
percakapan, perbuatan atau pengakuan
2. Fungsi-fungsi dan kepentingan hadith :- menguatkan hukum-hukum yang terdapat nasnya dalam Al-Quran
- menghuraikan nas-nas Al-Quran yang ringkas.
- membimbing akal manusia supaya dapat beribadat dengan sempurna
- menjelaskan perkara ghaib
3. Hadis Sahih ialah hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi yang adil dan
mempunyai ingatan yang kuat serta bersambung sanad antara satu sama lain dan tidak
mempunyai kecacatan dan kejanggalan.
4. Ciri-ciri hadis sahih ialah :- perawi yang adil spt Islam, berakal, tidak fasik, baligh
- dhabit iaitu tiada perubahan pada lisan atau penulisan
- bersambung sanad dengan gurunya
- tiada percanggahan dari perawi ke perawi lain yang lebih thiqah

- tiada kecacatan atau ilat pada sanad dan matan


5. Hadis hasan ialah hadis yang memenuhi syarat-syarat Sahih tetapi kurang sempurna dari
dhabitnya sahaja.
6. Hadis dhaif ialah hadis yang tidak memenuhi satu atau lebih syarat hadis sahih atau hadis
hasan
7. Ciri-ciri hadis dhaif ialah :- gugur seorang perawi daripada sanadnya
- nama perawi tidak disebut dengan jelas
- hadis terdedah kepada kecacatan (ilat)
- hadis bertentangan dengan hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah
- hadis yang diriwayatkan oleh seorang pendusta atau fasik
8. Fahaman anti hadis ialah fahaman yang menolak Hadis sebagai sumber hukum Islam atau
asas ajaran Islam.
9. Ciri-ciri fahaman antihadis :- tidak ada hadis dalam Islam
- menolak hadis sebagai sumber perundangan Islam kedua selepas Al-Quran
- sumber perundangan Islam hanyalah Al-Quran sahaja

PENGARUH LUAR YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN MUSLIM


Pengaruh penjajahan pemikiran luar yg merosakkan pemikiran muslim :1. sosial dan kebudayaan
2. ekonomi
3. media massa
4. politik
Sosial dan kebudayaan
1. pemikiran muslim dirosakkan dengan cara meruntuhkan sistem kekeluargaan melalui
gerakan leberalisme dan emansipasi wanita dan menyuburkan kebudayaan jahiliyyah
2. berbagai pertandingan dan peraduan untuk menyuburkan kebudayaan tersebut spt
pertandingan ratu cantik dan ini menyebabkan ramai gadis Islam menghadapi kehancuran
moral dan maruah
3. disemarakkan dengan peraduan nyanyian, tarian, muzik, lawak jenaka dan sebagainya
4. juga dengan kegiatan sukan yang mendedahkan aurat wanita dan ini meruntuhkan nilai
moral dan sifat kewanitaan yang sangat ditekankan Islam.

Ekonomi
1. Matawang Dollar Amerika telah mencapai taraf simbol perdagangan dunia dan ianya lebih
bernilai daripada matawang lain.
2. Institusi kewangan antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank
Dunia dan Kerjasama Kewangan Antarabangsa (IFC) merupakan alat terpenting
mengumpulkan negara-negara di dunia di mana Amerika Syarikat menjadi pemegang kuasa
suara pemutus.
3. Cara mereka menjajah pemikiran umat Islam ialah :- mengeksploitasi negara umat Islam supaya bergantung kepada negara barat
- menerapkan sistem riba dalam urusan muamalat umat Islam
- menghapuskan institusi zakat, wakaf, sedekah
Media Massa
1. Penggunaan media massa meliputi media cetak dan elektronik seperti akhbar, majalah,
buku, radio, filem, televisyen dsb.
2. dalam penerbitan buku, unsur-unsur lucah dan nilai-nilai sesat diserapkan.
3. Agensi berita antarabangsa seperti Reuter (UK), Associated Press (USA) dan United Press
International (USA) adalah agensi berita yang bertujuan meracuni pemikiran umat Islam.
4. Syarikat gergasi filem seperti MGM, WB, 20th Century Fox dan Columbia Pictures adalah
agen utama yang berusaha untuk merosakkan pemikiran dan akidah umat Islam.
5. Laman-laman web dan emel lucah digunakan untuk menarik perhatian manusia terutama
remaja Islam dan sekaligus memusnahkan islam.
6. Cara media massa berperanan memesongkan pemikiran dan moral Islam ialah :- menyiarkan artikel dan filem yang meragukan umat Islam dengan ajaran
agamanya
- memaparkan dalam media massa cara hidup bebas, seronok dan kebendaan
bertentangan dengan Islam
- menggambarkan ajaran Islam adalah kejam dan zalim serta penuh dengan
keganasan.
Politik
1. Penjajahan politik dengan cara menerapkan sistem politik yang bertentangan dengan
ajaran Islam seperti kapitalisme, sosialisme dan sekularisme.
2. Cara penjajahan politik ke atas umat Islam :- memperkenalkan sistem politik yg bertentangan dengan Islam
- memisahkan agama dengan pentadbiran negara
- menafikan peranan ulama dalam menentukan dasar-dasar negara
- memperkenalkan undang-undang sekular barat

FAHAMAN FALSAFAH MULHID


1. Atheisme ialah satu fahaman falsafah yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan dan
seterusnya menganggap sesuatu yang berlaku di dunia terjadi dengan sendiri bukan ciptaan
Tuhan
2. Kapitalisme ialah satu ideologi yang dirujukkan kepada bentuk sistem ekonomi iaitu
pemilikan harta, industri dan perdagangan lebih banyak tertumpu kepada sektor swasta
daripada kerajaan. Ideologi ini meletakkan seseorang individu mempunyai kebebasan
mutlak.
3. Prinsip
-

kapitalisme :individu mempunyai hak mutlak terhadap harta yg dimiliki.


Orang lain tidak berhak campur tangan hal pemilikan harta orang lain.
Setiap individu bebas mencari harta dengan apa cara sekalipun melalui riba
Monopoli dibenarkan kerana membawa keuntungan besar.

4. Sosialisme ialah meletakkan masyarakat dikira sama rata dan tidak mempunyai hak dan
menganggap semua harta dan barangan pengguna dianggap milik negara atau hak semua
rakyat.
5. Prinsip
-

sosialisme :individu dalam masyarakat tidak ada kelas-kelas tertentu.


Hak milik seseorang terhadap harta dibataskan
Hakmilik diserahkan kepada negara.

6. Materialisme ialah satu fahaman falsafah yang menilai kehidupan dunia berdasarkan
kebendaan dan akal semata-mata.
7. Dasar utama :- mengagongkan akal dan menolak pemikiran bertentangan dengan akal
- menolak kewujudan tuhan
- keperluan utama adalah makanan, perlndungan dan seks.
8. Contoh amalan materialistik :- meninggalkan sembahyang dan ibadat lain
- penceramah enggan menyampaikan ceramah tanpa saguhati dan hadiah atau
upah
- sikap ibubapa yg menganggap sekolah agama tiada prospek dan masa depan
- bermegah dengan barang mewah
- memandang darjat dan keturunan
9. Sekularisme ialah satu kepercayaan atau fahaman yg menganggap urusan keagamaan
atau ketuhanan dan gereja tidak harus dicampurkan dengan urusan negara, politik dan
pentadbiran.
10. Ciri-ciri sekularisme :- mengasingkan urusan negara dan agama
- memisahkan urusna kehidupan seharian daripada agama
- menusia bebas melakukan apa sahaja untuk memenuhi kepuasan hidup

CIRI-CIRI PANDANGAN HIDUP ISLAM


KETUHANAN (RABBANIYYAH)
1. rabbaniyyah bermaksud segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan yg terdapat
dalam Islam adalah secara mutlak daripada Allah swt.
2. Prinsip utama Rabbaniyyah ialah :- Islam adalah agama wahyu dan bukan ciptaan manusia
- Islam adalah pegangan jitu, bersih drpd kekurangan, kejahilan dan dorongan
hawa nafsu
- Islam dan makhluk adalah hak Allah
- Allah sebagai pemberi peraturan hidup
LENGKAP (SYUMULIYYAH)
1. Syumuliyyah ialah ajaran Islam adalah sempurna dan menyeluruh yg mencakupi seluruh
aspek kehidupan manusia.
2. Prinsip
-

utama Syumuliyyah ialah :kesempurnaan adalah hak Allah


semua makhluk terikat dengan masa, tempat dan ruang
Islam menyediakan segala peraturan yg mencakupi segenap aspek kehidupan
Al-Quran adalah sumber utama mencakupi semua aspek kehidupan
Segala peraturan Islam adalah sesuai dengan fitrah manusia
Peraturan dan perundangan Islam adalah seimbang dan memudahkan dalam
semua keadaan manusia

BENAR DAN NYATA (WAQIIYYAH)


1. Waqiiyyah ialah ajaran Islam bersifat praktikal dan sesuai diamalkan dalam kehidupan
seharian manusia
2. Prinsip
-

utama Waqiiyyah ialah :ajaran Islam bersifat praktikal bukan utopia(khayalan)


Islam mampu menyelesaikan segala masalah berkaitan dengan manusia
Islam memberi ruang kepada perkembangan fikiran yg melahirkan tamadun
manusia

SARWAJAGAT (ALAMIYYAH)
1. Alamiyyah ialah Islam adalah agama yg sesuia kepada semua manusia tanpa mengira
bangsa, tempat dan zaman
2. Prinsip
-

utama Alamiyyah ialah :Islam memuliakan manusia


Nilai keadilan bersifat sejagat
Islam sentiasa menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran
Islam menjamin hak asasi manusia seperti kebebasan beragama, kebebasan
bersuara, memiliki harta, melindungi nyawa, memelihara kehormatan dan
memelihara harta benda
- Islam sentiasa mengutamakan keimanan dan kedamaian serta mengekalkan
kesejahteraan manusia.

SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM


1. Negara Islam ialah negara fikrah Islamiah yg diasaskan atas dasar akidah
2. Sebab
-

negara Islam ditubuhkan :menegakkan kanun Ilahi (undang-undang, hukum syariat)


merealisasikan keadilan
melaksanakan kebajikan

3. Perbezaan negara Islam dengan bukan Islam :Negara Bukan


Negara Islam
Islam
Batas sempadan
Meletakkan faktor
adalah akidah
geografi
Allah kuasa
Pendapat majoriti
tertinggi di dalam
rakyat asas
pemerintahan
pemerintahan
Pemilihan
pemimpin
Tidak menagmbil
mengikut
kira tentang
keimanan,
keimanan dsb nya
ketaqwaan dan
salih
Undang-undang
Undang-undang
Allah
gubalan manusia
4. Perlembagaan Madinah ialah perlembagaan yg bertulis yg pertama di dunia
5. Tujuan perlembagaan madinah :- untuk menentukan hak-hak dan kewajipan Rasulullah dan penduduk setempat
- mengatur mengenai cara memulihkan kehidupan orang-orang Muhajirin yg
berhijrah dari Mekah
- untuk mewujudkan persefahaman dengan orang bukan Islam
6. Ciri-ciri
-

khalifah Islam :Islam


Ketaqwaan kepada Allah
Amanah
Akhlak yg tinggi
Lelaki
Bersikap adil
Berilmu
Baik pancaindera
Sihat tubuh badan
Memiliki hikmat dan daya fikir yg tajam
Berani
Baik keturunan

7. Rakyat terdiri daripada :- Islam


- Bukan Islam (Zimmi, Harbi, Mustaman, Muahhad)

8. Syura ialah mesyuarat iaitu setiap keputusan yg dicapai dalam mesyuarat yg dijalankan ,
diputuskan setelah mendapat persetujuan daripada ahli majlis syura atau orang ramai
terlebih dahulu.
9. Kepentingan syura :- dapat melahirkan suatu keputusan yg adil dan saksama
- memudahkan sesuatu masalah diselesaikan dengan cara yg baik
- rakyat akan berpuas hati
- sama-sama bertanggungjawab menyelesaikan sesuatu masalah dengan mudah
10. Ciri-ciri negara Islam :- berteraskan tauhid, risalah dan khalifah
- negara kebajikan dan mendapat keampunan Allah
- melaksanakan perundangan dan hukum yg ditetapkan oleh Allah
- kedaulatan dan kekuasaan tertinggi berasaskan hukum Allah
- kebebasan rakyat untuk bersuara berdasarkan prinsip Islam
- ditadbir oleh org yg beriman dan bertaqwa sementara kepentingan org bukan
Islam dipelihara dan dilindungi
- ditadbir di atas dasar Din Islam yg tidak terikat kepada bangsa, keturunan,
warna kulit dan daerah
- menjadikan akhlak sebagai teras
- melaksanakan konsep amar makruf nahi mungkar
11. Tanggungjawab rakyat muslim :- kepatuhan kepada Allah swt
- kepatuhan kepada Rasul
- kepatuhan kepada pemerintah
- menjunjung dan melaksanakan hukum Allah
- berhak membantah pemerintah yg zalim dengan berlandaskan Al-Quran dan AsSunnah
- Amanah memakmurkan negara
- Bertanggungjawab menjaga keselamatan negara dan sanggup menghadapi
ancaman
- Hormat-menghormati antara satu sama lain

SISTEM KEHAKIMAN MENURUT ISLAM


1. kehakiman adalah Al-Qada yg bererti putus, selesai, menunaikan, membayar, mencegah
atau menghalang
2. matlamat utama kehakiman Islam ialah:- menegakkan keadilan
- menentang kezaliman
- membela yg dizalimi
3. Sumber utama kehakiman Islam :- Al Quran
- As Sunnah
- Al Ijmak
- Al Qias

4. Sifat-sifat hakim Islam :- berniat mencari keredhaan Allah


- berilmu
- menguasai dan mendalami Al-Quran dan hadis
- bertaqwa dan warak
- waras fikiran
- tenang dan menahan marah
- berwibawa
- peka dan petah
- bijaksana dan berpandangan baik
- berharta
5. Tugas-tugas hakim Islam :- menjatuhkan hukuman dgn adil dan saksama
- tidak menjatuhkan hukuman ketika marah
- menjatuhkan hukuman tanpa ragu kepada org yg bersalah
- membebaskan jika ada keraguan

SISTEM SOSIAL MENURUT ISLAM


1. Sistem sosial Islam ialah satu pengabungan manusia melalui ikatan undang-undang
rabbani untuk mencapai tujuan kehidupan kemasyarakatan yg harmoni dan aman damai.
2. Nilai luhur sosial Islam :- ukhuwwah (persaudaraan)
- kasih sayang
- hormat-menghormati
- menghormati hak org lain
- kesederhanaan
3. Ciri-ciri
-

sistem sosial Islam :ciptaan Allah swt


berteraskan perancangan Allah swt untuk hamba-hamba-Nya
masyarakat bertunjangkan iman dan tauhid
masyarakat berilmu
masyarakat sarwajagat
masyarakat bersatu-padu

4. Hak dan kewajipan individu :- menjaga kesihatan rohani dan jasmani


- memelihara kewarasan akal fikiran
- memelihara diri drpd melakukan kemungkaran
- menuntut ilmu pengetahuan
- mengamalkan akhlak-akhlak yg mulia
- melakukan ibadat
5. Hak dan kewajipan keluarga :- menyediakan keperluan keluarga spt tempat tinggal, makanan, pakaian dsb
- menjaga keselamatan ahli keluarga
- memberi pendidikan sempurna kepada ahli keluarga
- menjaga tingkah laku dan perbuatan ahli keluarga
- memastikan semua ahli keluarga mengerjakan ibadat

6. Hak dan kewajipan masyarakat :- memelihara kemanan dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat
- mencegah perbuatan yg mungkar dan tidak baik
- menyeru masyarakat melakukan kebajikan dan meninggalkan perkara yg dilarang
- menghindari masyarakat drpd unsur unsur negatif

You might also like