You are on page 1of 11

BAB 1 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Definisi Imperialisme
Dasar sesebuah negarameluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan
tertentu.

Faktor-faktor Imperialisme
1. Keistimewaan Asia Tenggara
Kedudukan strategik kerana terletak antara China dan India.
Jaminan pasaran yang luas.
Tanah-tanih yang subur untuk pertanian.
Kaya dengan bahan mentah

2. Revolusi perindustrian.
Kepesatan perindustrian membolehkan pengeluaran hasil perkilangan secara besar-besaran.
Bekalan bahan mentah konsisten dan kawasan pasaran baru diperlukan.
Asia tenggara menjadi sasaran kerana bahan mentahnya.

3. Pengangkutan dan Perhubungan


Kapal wap membolehkan muatan banyak dan mempecepat perjalanan.
Pembukaan terusan Suez (1869) memendekkan jarak perjalanan.
Telegraf memudahkan perhubungan.
4. Persaingan kuasa-kuasa barat

Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diterima.


Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan

5. Alasan Orang Barat


British & Belanda- Beban orang Putih
Perancis- Tugas menyebarkan Tamadun
Mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di
tanah Jajahan.

PERUBAHAN POLITIK DI INDONESIA


Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tenpatan.
Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesat tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda.
Penubuhan Jabatan Pelajaran dan jabatan Pertanian.
Penubuhan Dewan Tempatan
Penubuhan Volskraad yg merupakan Majlis Rakyat.

PERUBAHAN POLITIK DI THAILAND


Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat barat untuk mengetuai pelbagai jabatan.
Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis dari Britain.
Penasihat kastam dari Amerika Syarikat.
Penasihat ketenteraan dari Perancis
Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, majlis Mesyuarat tertinggi dan kabinet Menteri.
Majlis penasihat rendah dan majlis Mesyuarat Tertinggi menasihati raja.
Kabinet Menteri mengetuai kementerian.
Juruaudit dari Britain

FAKTOR2 KEMUNCULAN NASIONALISME

1. Dasar Penjajahan Barat


Sistem tanaman paksa di Indonesia
Sistem Polo di Filipina
Penduduk tempatan dipaksa menjadi buruh bagi menjayakan aktiviti pertanian.
Penjajah barat hanya bergaul dengan golongan elit tempatan.
Dasar keterbukaan penjajah kemasukan imigran dari luar telah menguasai ekonomi.
2. Pengaruh Agama
Gerakan islah di tanah melayu dan Indonesia penyatuan dunia Islam menentang penjajahan.
Persatuan Belia Buddha di Burma.
Di Sepanyolmpengnut Kristian tempatan di anggap kelas kedua berbanding penganut Kristian berbangsa
Sepanyol.

3. Karya Kesusasteraan
Jose Rizal- Novel Noli Me Tangere
Chairil Anuar- Kerikil-kerikil tajam & Ke Makam Bonda
Menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan.

4. Sistem Pendidikan
Di Indonesia anak golongan priyai diberikan pendidikan tersendiri
Di Burma pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh di perkenalkan.
Di tanah melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan.
Sikap pilih kasih dalam memberikan pendidikan menimbulkan rasa tidak puas hati.

5. Kemunculan golongan intelektual


Mereka berpeluang belajar di barat dan Asia barat.
Mereka menjadi pemimpin gerakan nasionalisme.
Peringkat awal hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka di bela.
Peringkat akhir- meminta penjajah membebaskan negara mereka.

6. Pengaruh Media Massa


Vietnam- Tribune Indigine
Tanah Melayu al-Ikhwan, Saudara dan majlis
Menyebarkan idea-idea nasionalis
Menanam perasaan anti penjajah.

7. Sistem pengangkutan dan perhubungan


Perkhidmatan telefon dan telegraf
Memudahkan hunungan kalangan nasionalis
Jalanraya dan jalan kereta api
Memudahkan pertemuan dan idea-idea nasionalisme.

8. Pengaruh Luar
Kejayaan jepun menewaskan Russia dan China.
Keupayaan negara kecil menewaskan negara lebih besar.
Perjuangan mahatma Gandhi di India.
Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah secara mogok lapar.
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI FILIPINA

Tahap Pertama
Dipimpin Jose Rizal
Bersifar sederhana
Bergerk cergas dalam politik melalui gerakan dakyah semasa di Sepanyol

Berjuang melalui akhbar La Solidaridad & Novel Noli Me tangere & El Filibusterismo
Berjuang melalui liga Filipina pada tahun 1892.
Penyokong : golongan pertengahan yang berpendidikan barat.
Matlamat perjuangan :
Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah sepanyol.
Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan hak yg sama seperti bangsa Sepanyol.
Menunntut supaya bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
Tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas sepanyol.
Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pd 1892.
Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan Mindanao.
Jose Rizal akhirnya dihukum bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.

Tahap Kedua
Penentangan secara radikal
Pertubuhan Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio
Matlamat katipunan
menyatukan bangsa Filipin
mencapai kemerdekaan melalui revolui
Media cetak iaitu akhbar Kalayan
Katipunan melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal.
Katipunan semakin lemh selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo.
Aguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dengan bantuan Amerika Syarikat.
1899 Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Amerika Syarikat.
Tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat.
Aguinaldo meneruskan gerakan revolusi.
Aguinaldo ditangkap.
Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan parti politik sederhana.
Parti nasional pimpinan Sergio Osmena menang dalam pilihanraya.
Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan.
1930an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk pimpinan
Amerika Syarikat bertukar kepda yang lebih liberal.
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI IDONESIA

Tahap Pertama
Tumpuan isu pendidikan
Utk ubah nasib penduduk Indonesia
Raden Adjeng kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita
Karyanya : habis gelap terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan kemunduran rakyat
Indonesia dan penindasan Belanda.
Pertubuhan penting : Muhammadiyah
Matlamat Muhammadiyah
Menyebar islam sebenar
Menghindari ancaman sekualrisme barat
Menghindari ancaman agama kristian
Membina sekolah, klinik & masjid

Tahap Kedua
Perjuangan Parti politik radikal.
Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PNI).
Matlamat : menuntut kemerdekaan secara kekerasan.
PNI pimpinan Soekarno paling popular.
Perjuangan beliau dapat mempengaruhi rakyat.
Kerajaan belanda telah menangkap pemimpin radikal termasuk Soekarno.
PNI turut di haramkan.

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI THAILAND

Tahap Pertama
Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja.
Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
Faktor: Pendidikan barat mendedahkan fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan
kepada golongan intelek Thailand.
Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak puas hati.
1932 Parti rakyat ditubuhkan oleh Nai Pridi Panomyong & Field marshall Phibul Songram
Parti rakyat melancarkan revolusi Thai.
Sistem raja berkuasa mutlak tamat
Diganti dengan sistem raja berperlembagaan.
Tahap Kedua
Rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina.
Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat
kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina.
Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan.
Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.
Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.
1939 Phibul Songram menukar nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.
Hasil daripada kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand berjaya mendapatkan semula
wilayah-wilayah di Indocina dan di Tanah Melayu

BAB 2 - NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA


Huraikan sebab-sebab penentangan penduduk tempatan terhadap British?

1. Dasar Penaklukan British


Dasar penaklukan British terhadap daerah mereka spt di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan
Sabah.
Dasar penaklukan British bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.
Cth. apabila British mendapat Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan
membayar ufti.

2. Eksploitasi terhadap Ekonomi Tempatan.


Eksploitasi ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimetrai oleh mereka dengan pemimpin tempatan.
Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perdagangan dan
perlombongan bijih timah.

3. Pelaksanaan Pentadbiran Barat terhadap


masyarakat tempatan.
British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah utk mendapatkan
hasil yang maksimum.
Peraturan-peraturan ini sangat bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.

4. Campur Tangan British dalam Adat Resam


Tempatan.
British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat
tempatan.
Cth. Di Perak, J.W.W. Birch campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu.
5. Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan
Pengaruh.
Pemimpin tempatan juga kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadap kawasan dan anak buah mereka
apabila British menjajah.
6. Kesulitan Penduduk Tempatan.
Penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan anak buah mereka.
Mereka tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yg menyulitkan kehidupan mereka.

Bincangkan Faktor-Faktor Pemangkin Nasionalisme di Tanah Melayu.

1. Pengenalan Sistem Politik Barat


British telah meletakkan seorang Residen yang mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan.
Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British.
Perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi mereka serta menjatuhkan maruah mereka.

2. Perkembangan Sistem Pendidikan.


Muncul golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya.
Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu.

3. Dasar British.
British telah menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di
Tanah Melayu.
Kemasukan org asing telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu.
Keadaan ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan.
British juga membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan orang Melayu tetap tinggal di
kampung-kampung dengan serba kekurangan.
Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran dan

penduduk lain di bandar.

4. Pendudukan Jepun
Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara-negara Asia untuk
menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan di kalangan negara tersebut.
Jepun menggalakkan org tempatan bekerjasama dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka.
Bagaimanapun, kesengsaraan dan kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu
membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur.

5. Penguasaan Parti Komunis Malaya


PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam.
Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun.
Ramai orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM.

6. Kemunculan Mesin Cetak


Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British.
Buku-buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain idea menentang penjajah dapat disebarkan.

7. Gerakan Pan-Islamisme Sedunia


Gerakan Pan-Islamisme Gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yg lebih
progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan.
Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam di seluruh dunia.
Dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir.
Dalam tulisannya, beliau telah memberi kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan
dunia dan akhirat, di samping mendorong umatnya menuju kejayaan.
Gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama.
8. Kesedaran politik Serantau
Indonesia yg amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya telah mempengaruhi gerakan
nasionalisme di Tanah Melayu.
Hasil karya penulis dari Indonesia berkaitan nasionalisme telah menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu
terutama yang berpendidikan vernakular Melayu.
Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan dalam tulisan mereka dapat dihayati oleh
masyarakat tempatan.

GERAKAN ISLAH
Gerakan Islah Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan
mereka terhadap Islam.
Tokoh pendorong gerakan ini Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh al-Hadi dan Dr. Burhanuddin al-Helmy.
Golongan ini dikenali sbg Kaum Muda.
Akhbar dan majalah seperti al-Imam, Neracha, Idaran Zaman dan Pengasuh menjadi medium untuk menyalurkan
maklumat gerakan ini.
MATLAMAT PERJUANGAN GERAKAN ISLAH.

Menyampaikan idea dan menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia.
Gesaan untuk memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Islam.
Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan penting dalam memajukan orang Melayu.
PERKEMBANGAN GERAKAN ISLAH

Gerakan Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan alim ulama.

Gerakan Islah oleh kaum Muda bergerak dengan baik di Negeri-Negeri Selat sahaja.
Di negeri-negeri Melayu terdapat Undang-Undang yang menghalang pengaruh Kaum Muda.
Undang-undang ini tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah tanpa kebenaran Sultan.
Undang-undang juga tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda di bawa masuk ke Negeri-Negeri
Melayu.
Gerakan kaum Muda telah menubuhkan beberapa buah madrasah.
Di Madrasah diajar Pendidikan Fardu ain, Ilmu Hisab dan Bahasa Inggeris.
Madrasah memberi peluang pelajar perempuan untuk mendapat pendidikan.

AKHBAR MAJALAH DAN NOVEL : PENGERAK KESEDARAN KEBANGSAAN.


1. Nama-nama Akhbar

Warta Malaya
Lembaga Malaya
Majlis
Utusan Melayu
Warta Negara
Fajar Sarawak
2. Persoalan tentang Sosial/Pendidikan,
ekonomi dan Politik yang di bangkitkan.
SOSIAL/PENDIDIKAN

Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.


Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.
Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap negatif seperti memilih kerja.
Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.
Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan.
Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu.
Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi.
Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.
Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam.
Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu.
EKONOMI

Menggalakkan syarikat kerjasama.


Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana mengancam ekonomi tempatan.
Menggalakkan perniagaan dalam kalangan orang melayu.
Melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka.
Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat.
Meminta British mewujudkan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur.
POLITIK

Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.


Mengkritik para pembesar dan Raja-Raja Melayu kerana tidak melaksanakan kepimpinan yang sewajarnya.
Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran.
Menuntut diadakan Malay Administrative Service (M.A.S) utk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan
kerajaan.
Menyeru orang Melayu bersatu dalam satu pertubuhan kebangsaan.
Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan.

3. Nama-Nama Majalah
Majalah
Majalah Guru

Pengasuh
Bulan Melayu

Pengarang
Muhammad Dato Muda
Linggi.
Yusuf Ahmad
Mohd. Sidin Rashid
Dato Nik Mohamad
Zainon Sulaiman

4. Persoalan yang dibangkitkan.

MAJALAH GURU
Pendidikan anak-anak Melayu.
Perpaduan di kalangan org Melayu.
Semangat cinta akan negara dan menentang penjajahan.
Membaiki taraf hidup orang Melayu.
Memajukan bahasa dan sastera Melayu.
Perpaduan dikalangan guru sebagai pemimpin bahasa.

PENGASUH
Membincangkan soal pentafsiran Islam yg progresif bagi kemajuan ummah.
Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu.
Memperluas ilmu dalam semua bidang.
Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam.
Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sikap buruk.

BULAN MELAYU
Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor.
Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan.
Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur.
Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.
5. Nama-Nama Novel
Novel
Keris Melaka
Anak Mat Lela Gila
Putera Gunung Tahan
Melor Kuala Lumpur

Pengarang
Ahmad Bakhtiar
Ishak Haji Muhammad
Ishak haji Muhammad
Harun Aminurrashid

6. Persoalan yang dibangkitkan.

Keris Melaka
Semangat perjuangan menentang penjajah Barat spt Portugis.
Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka spt Hang Tuah.
Menggunakan sejarah sebagai inspirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi
generasi muda.

Anak Mat Lela Gila


Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan.
Menghargai warisan bangsa sendiri.
Mencintai tanah air.
Menolak kesenangan demi maruah bangsa.

Putera Gunung Tahan


Semangar wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah bangsa.
Mencintai tanah air.
Berasa bangga dengan kebolehan sendiri.
Seorang gadis tempatan yg menolak cinta pegawai penjajah kerana tidak mahu menjatuhkan maruah bangsa.

Melor Kuala Lumpur


Emansipasi atau kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya.
Wanita yang mementingkan pendidikan moden untuk kebaikan dirinya.
Membuang pandangan negatif yg boleh menghalang kemajuan bangsa.

PERJUANGAN NASIONALISME OLEH PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU

1. Kesatuan Melayu Singapura (KMS)


Pengasas Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh.
Didokong oleh golongan berpendidikan Inggeris.
Tujuan menjaga kepentingan sosio ekonomi penduduk Melayu Singapura.
Mohammad Eunos Abdullah menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British.
Kejayaan beliau termasuklah memperoleh sebuah kawasan penenpatan khas bagi org Melayu di Singapura.
Keberkesanan perjuangan KMS mendorong penubuhan cawangannya di Melaka, Pulau Pinang dan negeri
Melayu yg lain.

2. Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)


Dpimpin oleh cerdik pandai Pulau Pinang spt. S.M Zainal Abidin B.A.
Tujuan menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri
dan bangsa.
Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
3. Persatuan Negeri
Ditubuhkan di negeri-negeri Melayu Bersekutu seperti di Perak (1937), Selangor (1938), Negeri Sembilan
(1938) dan Pahang (1938).
Objektif mengabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal
ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.
Menggalakkan perpaduan di kalangan orang Melayu.
4. Persatuan di Sarawak
Persatuan Melayu Miri (1936) dan Persatuan Melayu Sarawak (1939).
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (1939). Diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
Tujuan mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, menjaga budaya dan maruah bangsa serta
menegakkan ajaran agama Islam.
5. Persatuan di Sabah
Terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena di Jesselton ( Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau.
Anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai kerajaan dan guru sekolah Melayu.
6. Kesatuan Melayu Muda (KMM)
Ditubuhkan pada 1939.
Pemimpinnya Ibrahim Haji Yaakob merupakan wartawan akhbar Majlis di Kuala Lumpur.
Objektif menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu dan meningkatkan tahap pendidikan orang

Melayu.
Tujuan penubuhan KMM sebenarnya lebih bersifat politik.
PERKEMBANGAN KMM

KMM bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu.
Menjadi propaganda Jepun dengan membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British.
Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan.
Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol Perak menjadi penyokong KMM dengan menyediakan kaderkader yg dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British.
Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan lebih kurang 150 orang penyokong KMM ditangkap oleh
British pada 1941 dan mereka di penjarakan di Changi Singapura.
7. Kongres Melayu 1939 dan 1940.
Membincang kemunduran orang Melayu dalam Pendidikan dan layanan pilih kasih British terhadap anak negeri.
Disokong oleh golongan intelek dan akhbar-akhbar Melayu.
Resolusi kongres mengambarkan perpaduan Melayu untuk mengatasi permasalahan sosio ekonomi dan politik
mereka yg lemah.
Akhirnya org Melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yg memisahkan mereka selama ini.

GERAKAN NASIONALISME SEMASA PENDUDUKAN JEPUN


Jepun menjalankan dasar pemerintahan ketenteraan.
Menyekat kebebasan bersuara penduduk Tanah Melayu.
Hanya memberi kebebasan kepada pertubuhan yg menyokongnya.

Dasar Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.


Mengharamkan penerbitan semua akhbar.
Menukar nama akhbar tempatan kepada nama Jepun. Cth Malai Shimbun untuk Utusan Melayu.
Semua Sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar.
Nilai budaya Jepun diperkenalkan.
Pertubuhan-Pertubuhan yg Muncul semasa Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu

1. Barisan Pemuda di Perak


Ditubuhkan oleh Ahmad Boestamam
Menyatukan pemuda-pemuda Melayu
Mereka dilatih sebagai tentera sukarela Jepun.
2. Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA)
Ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) utk menentang Jepun.
Disokong oleh British dengan memberi bantuan senjata.
Pasukan Bintang Tiga juga ditubuhkan dengan ahlinya terdiri daripada org Melayu, Cina dan India.
3. Force 136
Terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu yg bekerjasama dengan British.
Bergerak secara gerila di hutan dan aktif di Kedah, Johor dan Pahang.
4. Pasukan Wataniah Pahang
Pasukan sukarela menentang Jepun
Terdiri daripada guru, pegawai tadbir kerajaan dan org kampung.
5. Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)
Ibrahim Yaakob meminta Jepun memberi kemerdekaan kepada Tanah melayu bersama-sama Indonesia.

10

Sesuai dgn matlamat asal KMM utk menubuhkan Melayu Raya atau Indonesia Raya.
KRIS ditubuhkan sebagai badan utk melaksanakan tugas tersebut. Kongres pemuda KRIS di Kuala Lumpur
diadakan bagi membincangkan kemerdekaan dengan Indonesia.
Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 Ogos 1945 tetapi kerana kekalahan Jepun yg mendadak
menyebabkan Presiden Soekarno telah mengisytiharkan kemerdekannya lebih awal pada 15 Ogos 1945.
Dengan itu kemerdekaan di bawah Indonesia dalam gagasan Melayu Raya atau Indonesia Raya telah gagal.
British kembali menguasai Tanah Melayu pada September 1945.

11

You might also like