You are on page 1of 3
UNIVERSITI MALAYA SELASA, 12 JUN 2012 en2012/73 Untuk saran segera KENYATAAN MEDIA JASA Pak Ungku tetap disanjung, sumber inspirasi warga UM sehingga kini MESKIPUN usianya mencecah 90 tahun, ia sedikit pun tidak melunturkan aura yang dimiliki Yang Mulia Professor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dengan segala tutur kata Naib Canselor yang paling lama berkhidmat di UM itu masih mampu menerbitkan perasaan kagum pendengar terhadap pendapat kritis yang dilontarkannya. Ketika ramai rakan seusianya memilih untuk menghabiskan masa di rumah, melayan keletah cucu, ia bukannya isyarat buat Naib Canselor yang menabur bakti sepanjang 20 tahun di UM untuk mengundur diri daripada ruang lingkup akademik, sebaliknya Prof Diraja Ungku Abdul Aziz atau lebih mesra disapa ‘Pak Ungku’ mahu terus menyumbangkan buah fikirannya dalam usaha memantapkan UM sebagai institusi pendidikan terulung tanah air. Sumbangan dan jasa Pak Ungku yang menjadi Naib Canselor tempatan pertama selepas Dr. J.H.E Griffiths dan sebelumnya, Profesor A. Oppenheim amat ternilai dalam sejarah pembangunan UM dengan bersama warga staf akademik dan pentadbiran melahirkan penghargaan mereka menerusi sambutan ulang tahun ke-90 Pak Ungku di Kelab Akademik Universiti Malaya (UMAC), Jumaat lalu Majlis penuh bermakna yang dilangsungkan di Rumah UMAC, yang terletak berdekatan kampus turut dihadiri beberapa tetamu kehormat, antaranya pegawai senior daripada UM serta rakan taulan yang rapat dengan Pak Ungku. Sepanjang tempoh khidmatnya daripada 1968-1988, Pak Ungku dikenali sebagai seorang Nalb Canselor yang popular dan antara pihak yang bertanggungjawab menyediakan sebuah rumah kelab buat staf senior dan warga akademik sebagai wacana perbincangan ilmiah pada 1968. Kesempatan untuk bertemu Pak Ungku pada majlis hari jadinya memberikan peluang buat pihak Pejabat Hubungan Antarabangsa dan Korporat (ICR) UM untuk mendapatkan bush fikirannya mengenai pelbagai topik di samping berkongsi perkembangannya selepas 24 tahun meninggalkan UM. ICR: Bagaimanakah Pak Ungku mengisi masa lapang sejak bersara daripada UM? Pak Ungku: Saya banyak menghabiskan masa mengarang pantun, tetapi saya tidak mempunyai banyak masa untuk melakukannya. Saya sentiasa sibuk bekerja 7 hari seminggu. Sebelum ini, saya sudah menerbitkan buku koleksi pantun peribadi Saya juga masih terbabit dalam bidang penulisan ilmiah. Pada 9 Januari lalu, karya saya bertajuk ‘The mitigation of poverty’ yang bertujuan mendalami isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat disiarkan dalam akhbar The Edge. ICR: Selain mengarang pantun, apakah hobi lain Pak Ungku? Pak Ungku: Hobi saya adalah membaca. la adalah tragedi besar di negara kita ini, apabila anak muda tidak membaca. Anak muda zaman sekarang dilihat terlalu sibuk kerana tidak memiliki masa untuk membaca, ICR: Adakah Pak Ungku boleh cadangkan tajuk buku yang menarik untuk dibaca? Pak Ungku: Saya menyarankan anak muda supaya membaca karya Ernest Hemingway, ‘For whom the bell tolls ICR: Adakah Pak Ungku mengikuti perkembangan teknologi zaman sekarang, misalnya memiliki gajet terbaru di pasaran seperti Ipad? Pak Ungku: Saya menggunakan Iphone saya untuk mendapatkan maklumat terkini dan ilmu pengetahuan. Di samping itu saya juga menggunakan Ipad untuk melakukan sesuatu yang jarang dilakukan anak muda, saya menggunakannya untuk membaca buku. Tetapi, perasaannya tidak sama seperti membaca buku yang sebenar. Kebiasaannya saya akan menghabiskan 3,4 buku dalam seminggu. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi: ik Rohaizan Ramli Encik Harris Rajahdin 012-924 9438/03-7967 3424 012-3116080 rohaizan@um.edu.my harris@um.edu.my Terima kasih. Dikeluarkan oleh: Pejabat Hubungan Antarabangsa & Korporat ‘Aras L, Bangunan Canseleri Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur Tel: 03-79673273 Faks: 03-79560027 Emel: icr@um.edu.my

You might also like