You are on page 1of 7

Hari Raya Aidilfitri

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Hari Raya Aidilfitri

Nama rasmi Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Puasa,


Bahasa Arab: ‫' عيد الفطر‬Ayd al-Fiṭr

Juga Hari Raya Fitrah, Eid, Idul Fitri, Lebaran


dinamakan (Indonesia), Shemai Eid (Bangladesh),
Ramazan Bayramı (Turki)

Diraikan oleh Umat Islam seluruh dunia, juga bukan


muslim di negara Muslim

Jenis Perayaan agama

Keutamaan Menandakan berakhirnya bulan Ramadhan,


bulan puasa

Tarikh 1 Syawal

Tarikh 2009 21 September

Tarikh 2010 10 September

Tarikh 2011 31 Ogos

Perayaan Menghias, menziarahi keluarga dan sahabat


taulan, memasang lampu pelita, balik
kampung

Amalan Solat

Berkaitan Hari Raya Aidiladha, perayaan umat Islam


dengan lain, yang disambut 70 hari kemudian

Sebahagian dari siri berkaitan


Islam
Rukun Iman
Allah · Kitab · Malaikat · Nabi
Hari Akhirat · Qada dan Qadar
Rukun Islam
Syahadah · Solat · Puasa
Zakat · Haji
Kota Suci
Makkah · Madinah
Baitulmuqaddis
Hari Raya
Aidilfitri · Aidiladha
Hukum
Quran · Sunnah · Hadis
Sejarah
Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah · Khilafah
Tokoh Islam
Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait · Sahabat Nabi
Mazhab
Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi · Syafie
Maliki · Hanbali
Budaya Dan Masyarakat
Akademik · Haiwan · Seni
Takwim · Kanak-kanak
Demografi · Perayaan
Masjid · Dakwah · Falsafah
Sains · Wanita · Politik
Lihat juga
Kritikan · Islamofobia
Glosari
Portal Islam
 p • b • s 
Hari Raya Aidilfitri (bahasa Arab: ‫' ;عيد الفطر‬Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1
Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya
Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat
Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di
seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana
umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan
terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun
secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan
bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak
bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di
beberapa tempat strategik.

Isi kandungan
[sorok]

 1 Zakat fitrah dan takbir


 2 Simbol
 3 Persiapan
 4 Amalan lazim
 5 Pakaian
 6 Aidilfitri dalam Kalendar Masihi
 7 Perayaan lain
 8 Rujukan
 9 Pautan luar

Zakat fitrah dan takbir


Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu
zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak
perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan
mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti
dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri
dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat
Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakar
menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan
pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa
untuk penyembelihan korban. [1]

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil
memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya
matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada
pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

Simbol

Gambar ketupat yang dianyam dari riben.

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah
istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam
anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang.
Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.

Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad,
bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah
digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Persiapan
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum
perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat
membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-
besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan
yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan
ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran
warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama
sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

Amalan lazim
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini
adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya
Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri),
umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan
menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung
ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan
kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan,
dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan
kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya
selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya
berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang
memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya
berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul
yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang
bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya
diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan
untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk
mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah.
Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan
memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih
kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin
membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik
seperti hari ini.[2]

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan
membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t.
menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." [3], dan juga
riwayat dari Umar (‫ )رضى هللا عنه‬menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah
akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " [4]

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan
Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan
kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti
tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan
jalan sesak.

Pakaian
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia
pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian
pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju
kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju
tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin
meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood,
isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Aidilfitri dalam Kalendar Masihi
Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. Namun
begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah
mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi
mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun,
dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari.

Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-tarikh berikut.
Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan.

 2008: 1 Oktober
 2009: 21 September
 2010: 10 September
 2011: 31 Ogos
 2012: 19 Ogos
 2013: 8 Ogos
 2014: 29 Julai
 2015: 19 Julai

Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnya matahari.

Perayaan lain
Di Malaysia, terdapat populasi Cina dan India. Masing-masing menyambut perayaan Deepavali
dan Tahun Baru Cina. Kadangkala, salah satu perayaan tersebut iaitu Deepavali dan Tahun Baru
Cina sering bertembung dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri mengikut kalendar Masihi. Oleh
sebab itu, terdapat segelintir pihak yang mengadakan sebuah 'rumah terbuka' untuk dua perayaan
sekaligus. Disebabkan situasi itu, wujudlah fenomena "DeepaRaya" dan "KongsiRaya".

Walau bagaimanapun, mufti negeri Perak menyatakan perayaan umat Islam yang dikongsi
dengan perayaan keagamaan orang kafir yang lain seperti "DeepaRaya" dan "KongsiRaya" serta
lain-lain kerana dianggap menjurus ke arah perbuatan syirik dan ditegah sama sekali oleh Islam.
Ini berdasarkan surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud " Bagimu (orang
kafir) agamamu dan bagi ku agamaku"

Rujukan
1. ↑ Tempoh solat Hari Raya Aidilfitri
2. ↑ Tiga perspektif berbeza malam tujuh likur
3. ↑ SOLAT TARAWIH MENGIKUT SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W. YANG SOHIH
4. ↑ SOAL MALAIKAT MUNKAR NAKIR, DAN AZAB/NIKMAT KUBUR.

Pautan luar
 Cara solat hari raya
 Haram merayakan perayaan orang-orang kafir. Dicapai 19 Oktober 2009. / Menggantikan
"Haram merayakan perayaan orang-orang kafir". Dicapai 2 Nov. 2005.
 "Malaysia feasts after the fast, but clerics disapprove". (2 Nov. 2005).

You might also like