You are on page 1of 6

SEJARAH KERTAS 3 BAB 10: DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI

NEGARA
Tajuk Khusus: Sejauh manakah kemajuan dan pembangunan ekonomi yang dikecapi oleh
negara Malaysia masa kini berteraskan pengenalan ekonomi moden yang dibawa oleh penjajah
Barat. Bincangkan.
Jelaskan ciri-ciri ekonomi tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sebelum
kedatangan penjajah.
F1 Menjalankan pelbagai kegitan ekonomi F2 Antaranya melombong/ bercucuk tanam/
memungut hasil hutan/ menternak binatang/ menangkap ikan F3 Dilakukan secara kecil-kecilan
F4 Secara sara diri F5 Pengeluaran dilakukan dalam skala yang kecil F6 Penggunaan jumlah
buruh yang terhad F7 Penggunaan teknologi mudah F8 Memiliki modal yang kecil F9
Mempunyai pasaran yang yang kecil F10 Lebihan hasil yang ada digunakan semula oleh
keluarga atau kumpulan masyarakat F11 Digunakan untuk pertukaran barangan/ kendurikendara/ pembayaran zakat/ sedekah/ hadiah F12 Lebihan pengeluaran disimpan dalam
tempoh masa yang lama untuk tujuan memastikan kelangsungan bekalan makanan/ tujuan
sebagai benih F13 Masyarakat Melayu menanam padi/ ubi/ pisang/ kelapa F14 Masyarakat
Melayu menternak ayam/ itik/ lembu/ kerbau/ untuk menambah sumber bekalan makanan F15
Alatan mudah yang digunakan seperti tajak/ cangkul/ tugal dan tenggala F16 Teknologi mudah
yang digunakan lebih banyak digerakkan oleh tenaga manusia/ binatang bukannya mesin F17
Aktiviti ekonomi biasanya dilakukan secara bersama oleh ahli keluarga F18 Tidak berlakunya
pembahagian pekerjaan F19 Pembahagian kerja hanya melibatkan perbezaan jantina dan umur
2.
(i) Terangkan perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dari tahun 1878 sehingga
berlakunya Perang Dunia Kedua. (ii) Terangkan perkembangan perlombongan bijih timah di
Tanah Melayu dari abad ke-9 hingga berlakunya Perang Dunia Kedua.
i. Getah
F1 Getah yang ditanam di negara kita berasal dari Brazil H1a Pada tahun 1877 sebanyak 22
batang anak getah dibawa ke Singapura dan ditanam di Botanical Garden H1b Dari Singapura,
beberapa batang anak pokok getah dibawa ke Kuala Kangsar H1c Di Kuala Kangsar ditanam di
halaman kediaman Residen Perak/ Sir Hugh Low H1d Dijadikan tanaman hiasan H1e Getah
dijadikan tanaman komersial oleh pihak British pada awal abad ke-20 F2 Kejatuhan harga kopi
menjadi penyebab orang ramai di Tanah Melayu beralih menanam getah H2a Hal ini disebabkan
pengeluaran kopi secara berlebihan oleh negara Brazil H2b masalah penyakit kopi disebabkan
serangan serangga perosak menyebabkan peladang bertukar menanam getah F3
Perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah H3a menyebabkan permintaan yang tinggi
terhadap getah H3b getah digunakan dalam pelbagai industri terutamanya industri kereta/
motokar H3c getah juga diperlukan untuk membuat kasut/ pakaian/ alat perubatan/ penebat
elektrik F4 Peranan H.N. Ridley H4a beliau dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden
Singapura pada tahun 1888 H4b beliau meyakinkan para peladang supaya menanam getah H4c
beliau mengadakan pameran pokok getah H4d beliau mengagihkan benih getah secara
percuma H4e beliau memperkenalkan teknik penorehan yang tidak merosakkan pokok getah
H4f teknik itu dipanggil ibidem/ teknik torehan ikan herring F5 Tenaga buruh yang mencukupi
H5a buruh dari India Selatan dibawa untuk bekerja di ladang getah H5b buruh dibawa melalui
sistem buruh bebas/ sistem kontrak/ sistem kangani H5c dibayar dengan gaji yang murah H5d
dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di ladang getah F6 Pelaburan yang besar
menjayakan tanaman getah H6a modal yang besar dikeluarkan oleh pemodal Eropah H6b
penubuhan syarikat perwakilan di tanah Melayu H6c contohnya Harrison an Crosfield/ Boustead

Buttery Agency/ Gutrhrie/ Sime Darby H6d syarikat-syarikat ini membuka ladang yang besar dan
menguruskan eksport getah F7 Dasar British memberi galakaan dan sokongan kepada pemodal
asing H7a menyediakan kadar sewa tanah yang rendah H7b tarif cukai yang rendah kepada
peladang getah H7c pemberian 4 % dividen kepada syarikat pengusaha getah pada tahun 1905
H7d pengecualian cukai eksport selama 50 tahun F8 Pembangunan infrastruktur seperti jalan
raya dan landasan keretapi H8a untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan
pelabuhan dan pusat pentadbiran H8b bertujuan memudahkan golongan pengusaha F F9 Pada
awal kurun ke-20 harga getah melambung tinggi di pasaran dunia H9a ladang-ladang getah
telah dibuka secara besar-besaran di Selangor/ Perak/ Negeri Sembilan/ Johor H9b pada tahun
1920 Tanah Melayu menghasilkan 53 % daripada pengeluaran getah dunia H9c Tanah Melayu
muncul sebagai pengeluar getah terbesar di dunia H9d penduduk tempatan mengusahakan
tanaman getah secara kebun kecil H9e orang Melayu tidak dibenarkan menanam tanaman
komersial/ getah dalam Tanah Simpanan Melayu H9f melalui Enakmen Tanah Padi 1917,
melarang penanaman getah di kawasan penanaman padi
ii. Bijih Timah
F10 Sebelum kedatangan British orang Melayu mengusahakan perlombongan bijih timah secara
tradisional H10a mereka menggunakan cara mendulang H10b mereka menggunakan cara
melampan F11 Awal 1820-an orang Cina mula dibawa masuk untuk bekerja oleh pembesar
Melayu H11a misalnya di daerah Lukut, Sungai Ujong, Klang F12 Lombong dibuka dan
diusahakan oleh pembesar Melayu H12a pekerjaan dilakukan oleh buruh tempatan H12b contoh
pembesar Melayu Long Jaafar/ Ngah Ibrahim/ Raja Jumaat/ Dato Kelana/ Dato Bandar H12c
hasil dieksport ke Jepun/ China/ India F13 Mulai pertengahan abad ke-19 penglibatan
pengusaha Cina mulai ketara H13a pengusaha Cina didikawal dan dipantau sepenuhnya oleh
pembesar Melayu tempatan H13b pengusaha Cina mesti mendapatkan kebenaran pembesar
Melayu untuk mengusahakan lombong H13c pembesar Melayu memastikan bijih yaang telah
dilombong dijual semula kepada mereka H13d harga bijih timah ditentukan oleh pembesar
Melayu H13e terdapat pembesar Melayu yang memajakkan lombong mereka kepada saudagarsaudagar Cina dari Negeri-Negeri Selat H13f tujuannya untuk mendapatkan keuntungan dengan
cepat F14 Penglibatan pengusaha Cina secara besar-besaran H14a lombong-lombong bijih
timah dibuka di Ampang/ Kuala Lumpur/ Lembah Kinta H14b Pengusaha Cina memperkenalkan
kaedah lombong dedah H14c mereka perkenalkan kaedah pam kelikir H14d mereka
perkenalkan kaedah bomba palung H14e sehingga akhir kurun ke-19 orang Cina menguasai
perlombongan bijih timah H14f cara pengeluaran berintensifkan buruh digunakan pengusaha
Cina F15 Pada awal abad ke-20 penguasaan perlombongan bijih timah dikuasai oleh orang
Eropah H15a mereka berjaya menyediakan modal yang banyak H15b menggunakan teknologi
kapal korek H15c kapal korek pertama kalinya digunakan di Batu Gajah, Perak H15d digunakan
oleh Syarikat Malayan Tin Dredging H15e pada tahun 1929 terdapat 107 buah kapal korek di
Tanah Melayu F16 Revolusi perindustrian di Eropah menyebabkan permintaan terhadap bijih
timah meningkat H16a bijih timah digunakan dalam perusahaan mengetin makanan H16b Tanah
Melayu menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia F17 Kemajuan sistem pengangkutan
H17a landasan kereta api dan jalan raya dibina bagi menghubungkan kawasan pengeluaran bijih
timah dengan pelabuhan H17b tujuan untuk memudahkan pengeksportan bijih timah ke luar
negara F18 Kedatangan buruh asing dari China H18a dibayar dengan upah yang murah H18b
datang dengan cara sistem tiket kredit/ sistem pengambilan kakitangan/ sistem rumah kongsi
3.Buat satu analisis yang terperinci tentang usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak
British bagi menghadapi kemerosotan harga getah dan bijih timah di Tanah Melayu sebelum
Perang Dunia Kedua tercetus.

i.Getah
F1 Perusahaan getah bergantung kepada keadaan pasaran dunia H1a pada tahun 1920-an dan
1930-an berlaku kemelesetan ekonomi dunia H1b harga pasaran getah telah jatuh dengan
begitu rendah H1c harga getah meleset sehingga menjadi 20 sen sepaun H1d terus meleset
merudum sehingga 5 sen sepaun pada tahun 1932 H1d pelbagai kesan negatif berlaku ke atas
ekonomi Tanah Melayu F2 British memprkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson pada tahun
1922 H2a bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran getah di pasaran dunia H2b bertujuan
untuk meningkatkan semula harga getah di pasaran dunia H2c rancangan hanya disertai oleh
negara-negara naungan British H2d antaranya Tanah Melayu dan Sri Lanka H2e rancangan ini
gagal mencapai matlamatnya H2f hal ini berlaku kerana negara-negara lain enggan
menyertainya seperti Belanda yang menjajah Indonesia H2g Belanda meningkatkan lagi
pengeluaran getah H2h jumlah eksport getah Tanah Melayu mengalami kemerosotan H2i
rancangan dikuatkuasakan antara bulan November 1922 hingga bulan Oktober 1928 H2j hendak
mengurangkan pengeluaran getah sehingga ke paras 60% daripada jumlah pengeluaran pada
tahun 1920 H2k rancangan Stevenson ditamatkan pada tahun 1928 F3 Dasar British terhadap
tanah milik orang Melayu berkaitan ehwal getah H3a orang Melayu tidak dibenarkan menanam
tanaman komersial (getah) atas Tanah Simpanan Melayu H3b memeperkenalkan Enakmen
Tanah Padi 1917 yang melarang penanaman getah di kawasan penanaman padi H3c bertujuan
mengurangkan penyertaan pekebun kecil getah daripada kalangan orang Melayu H3d
menaikkan premium untuk permohonan tanah baharu untuk tujuan penanaman getah H3e
pekebun kecil diberi kuota pengeluaran getah yang rendah oleh kerajaan British F4 Rancangan
Peraturan Getah Antarabangsa 1934 1943 H4a bertuan mengurangkan pengeluaran getah
H4b sekali gus dapat meningkatkan kembaali harga getah H4c disertai oleh Tanah Melayu/
Borneo Utara/ Sarawak/ Burma/ Thailand/ Indo-China/ Indonesia/ Ceylon/ India H4d rancangan
menetapkan kuota eksport getah untuk setiap negara H4e penanaman baharu dan penanaman
semula disekat H4f menetapkan sistem kupon H4g mengehadkan jumlah penjualan getah oleh
pekebun kecil H4h mengehadkan bilangan hari boleh menoreh pokok getah H4i rancangan ini
berjaya menstabilkan semula harga getah
ii. Bijih Timah
F5 Kemerosotan perusahaan bijih timah kerana bergantung kepada keadaan pasaran dunia
H5a apabila pengeluaran timah melebihi permintaan dunia harganya akan jatuh H5b harganya
jatuh ke peringkat paling rendah semasa Zaman Kemelesetan Dunia 1929 -1932 F6 Telah
ditubuhkan International Tin Committee pada tahun1931/ Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa
ditandatangani H6a disertai oleh negara-negara pengeluar bijih timah yang utama H6b seperti
Nigeria/ tanah Melayu/ Indonesia/ Bolivia H6c badan ini bercadang mengehadkan pengeluaran
bijih timah sedunia H6d ia dinamakan Rancangan Kawalan Bijih Timah H6d stok penimbal
diwujudkan bagi mengehadkan eksport bijih timah H6e rancangan gagal kerana Thailand dan
Indo-China enggan menyertainya F7 Pada tahun 1934 Majlis Bijih Timah Antarabangsa telah
ditubuhkan H7a bertujuan untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah sedunia H7b berjaya
menstabilkan semula harga bijih timah di pasaran dunia
4.Andaikan anda seorang pemimpin masyarakat di tempat tinggal anda. Anda diberi
tanggungjawab memajukan ekonomi masyarakat yang anda pimpin. Berdasarkan kejayaan
British memajukan ekonomi di Tanah Melayu, apakah ciri-ciri yang boleh anda ambil untuk
memajukan ekonomi masyarakat yang anda pimpin itu? Berikan alasan anda berbuat demikian.
F1 Menggunakan modal yang besar H1 dapat memajukan perusahaan/ pertanian/ perbankan/
perlombongan dengan efektif F2 Menggunakan teknologi moden dan terkini H2 dapat

menjadikan sesuatu pekerjaan dapat dilakukan dengan cepat/ berkesan F3 Menjalankan


ekonomi pertanian secaraa berskala besar H3 dapat menjimatkan kos pengeluaran dan
keuntungan yang besar F4 Menjalankan ekonomi atas tujuan untuk eksport ke kawasan lain H4
dapat memberi pekerjaan kepada penduduk tempatan sekiranya dilakukan secara besarbesaran F5 Menjalankan sistem pengurusan/ pentadbiran yang sistematik H5 dapat membantu
meningkatkan kecekapan sumber manusia F6 Menarik pemodal luar ke kawasan H6 dapat
membina perusahaan/ perladangan/ perlombongan dalam skala yang besar F7 Membawa
masuk tenaga pakar H7 dapat membantu membangunkan kawasan dengan adanya bantuan
daripada cerdik pandai F8 Membawa masuk tenaga buruh murah H8 dapat menjalankan kerjakerja perburuhan dengan upah yang minimum F9 Membangunkan prasarana pengangkutan
udara/ darat yang baik H9 dapat memudahkan urusan pengangkutan barangan untuk tujuan
eksport-import F10 Membina sistem perhubungan yang baik dan terkini H10 dapat menjadikan
kawasan tersebut mudah diakses oleh teknologi maklumat F11 Mewujudkan bandar pintar H11
dapat menyediakan kemudahan yang sepatutnya wujud dalam sesebuah kawasan F12
Memastikan undang-undang negara dipatuhi H12 dapat memberi keyakinan kepada peniaga/
pelabur untuk terus berurusan di kawasan tersebut F13 Memastikan bekalan bahan makanan
mencukupi H13 dapat menjamin keelangsungan hidup penduduk di kawasan tersebut F14
Menerima segala perubahan dengan positif H14 dapat menerima budaya baharu dalam
kehidupan dan menyesuaikannya
Mana-mana jawapan yang munasabah
5. Ekonomi moden yang dibawa oleh penjajah British lebih banyak meninggalkan kesan positif
terhadap ekonomi Malaysia masa kini. Bersetujukah anda dengan pernyataan di atas?
Berikan alasan anda.
Bersetuju:
F1 Membawa tanaman baru ke negara kita H1 Getah dan kelapa sawit menjadi salah satu hasil
eksport negara F2 Ekonomi negara berdasarkan ekonomi pasaran bebas H2 Negara mampu
bersaing menjadi negara maju menjelang tahun 2020 F3 Teknologi baharu yang dibawa
menjadikan Malaysia setanding dengan negara luar H3 Keupayaan negara membangunkan lagi
teknologi baharu/ misalnya kaedah penklonan baka getah banyak susu getah F4 Negara mampu
membina prasarana pengangkutan bertaraf dunia H4 Contohnya KLIA di Sepang, LRT, Hentian
Pudu Raya, Plus Highway F5 Kewujudan sistem perhubungan bertaraf dunia H5 Kemajuan
dalam internet/ dunia tanpa sempadan/ perbankan internet dsb/ hantar satelit/ Binariang/
Measat/ Tiungsat/ Razaksat F6 Mampu membina pelabuhan kontena yang baik H6 Tidak
memerlukan pelabuhan Singapura untuk mengeksport bahan dagangan/ Contohnya wujud
pelabuhan Tanjung Pelepas/ Pelabuhan Kelang/ Pelabuhan Pulau Pinang/ Pelabuhan Bintulu P7
Muncul sebagai pengeluar pelbagai dagangan pertanian H7 Pengeluar lada hitam dan gambir
antara terbesar di dunia/ pengeluar tembakar/ kenaf/ nanas P8 Membolehkan Kuala Lumpur
menjadi bandar perdagangan dan perniagaan bertaraf antarabangsa H8 Banyak syarikat
antarabangsa memindahkan ibu pejabat regional mereka ke Kuala Lumpur F9 Kebolehan
institusi perbankan/ insurans menjana ekonomi negara H9 Institusi berkaitan memainkan
peranan penting dalam membangunkan ehwal pemberian kredit/ pemindahan kredit/ bantuan
modal/ dan tanggungan liabiliti F10 Mampu mengubah sikap rakyat tempatan menerima sistem
ekonomi moden H10 Rakyat tempatan terlibat secara langsung dalam sistem ekonomi moden
dengan menjadi usahawan/ peniaga/ bankers dsbnya
Mana-mana jawapan yang
munasabah Tidak bersetuju: F11 Ekonomi tradisional semakin pupus H11 Orang Melayu
meninggalkan pekerjaan tradisi menanam padi sawah/ menangkap ikan F12 Pengeluaran padi
sawah tidak dapat menampung keperluan penduduk H12 Negara terpaksa mengimport beras
dali luar negara seperti dari China/ Thailand/ Burma F13 Kewujudan golongan tengah/ orang
tengah dalam sistem ekonomi H13 Rakyat tempatan terpaksa menjual hasil mereka dengan

harga yang rendah/ ini merugikan mereka F14 Tanah mempunyai nilai dalam ekonomi moden
H14 Banyak tanah penduduk tempatan terpaksa dijual kepada orang luar F15 Rakyat tempatan
kurang melibatkan diri dalam sistem ekonomi moden H15 Taraf hidup penduduk tempatam
rendah/ miskin menyebabkan berlakunya jurang ekonomi antara penduduk tempatan dengan
orang dagang F16 Kerajaan hari ini terpaksa menyusun semula ekuiti negara supaya kekayaan
negara dinikmati oleh semua kaum H16 Contohnya kerajaan melaksanakan Dasae Ekonomi
Baru F17 Pembangunan dibangunkan secara giat di kawasan luar bandar H17 Kawasan luar
bandar telah dipinggirkan semasa penjajahan Barat F18 Penumpuan kepada ekonomi getah dan
bijih timah sangat berbahaya terhadap ekonomi negara H18 Kerajaan hari ini mempelbagaikan
sumber ekonomi negara Mana-mana jawapan yang munasabah
6.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu
dilakukan bagi menjadikan
negara Malaysia sebuah kuasa
ekonomi yang setanding dengan negara-negara maju
seperti Amerika Syarikat dan Jepun?
F1 Mempunyai rakyat yang berpengetahuan/ berpendidikan tinggi H1 dapat membangunkan
ekonomi / mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi F2 Memiliki modal yang banyak H2 dapat
menjana ekonomi / memajukan kawasan yang belum membangun F3 Menarik FDI ke negara
kita secara berterusan H3 dapat mengekalkan modal asing supaya kilang-kilang /industri asing
terus kekal di negara kita F4 Menyediakan infrastruktur/ prasarana yang sempurna H4
kemudahan infrastruktur yang baik dapat memudahkan segala urusan perdagangan berjalan
lancar/ contohnya kemudahan jalan raya F5 Membangunkan hab perdagangan halal H5 sebagai
sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, Malaysia boleh menjadi contoh
kepada dunia dalam penyediaan hab perdagangan halal F6 Mempunyai sistem perbankan
bermodal besar H6 sistem perbankan tempatan perlu bergabung bagi menyaingi sistem
perbankan asing yang bermodal besar F7 Memiliki budaya kerja rajin/ ramah/ berbudi bahasa
H6 budaya kerja yang baik bersifat ketimuran dapat menghasilkan pengeluran yang optimum/
menghasilkan keuntungan yang besar F8 Mempunyai dasar ekonomi negara yang kukuh H8
dasar makro ekonomi sama ada dasar fiskal dan kewangan diurus secara berhemah F9
Mengelakkan import barangan melebihi eksport negara ke luar negara H9 memastikan
perbelanjaan dalam negara terkawal/ defisit ekonomi dielakkan F10 Mengekalkan keamanan
negara H10 dapat memastikan setiap rakyat dapat melakukan aktiviti harian dan ekonomi F11
Menjalin hubungan ekonomi yang baik dengan semua negara H11 dapat membolehkan eksport
ke luar negara bertambah/ mengurangkan red tape dalam urusan perdagangan F12
Memperkasa wilayah pembangunan ekonomi H112 ECER/ Wilayah Pembangunan Iskandar
dsbnya
Mana-mana jawapan yang munasabah
7. Pada pandangan anda, apakah pengajaran yang boleh diperoleh daripada tindakan British
memperkenalkan ekonomi dagangan di Tanah Melayu demi memajukan pencapaian tamadun
negara bangsa Malaysia.
F1 Kita hendaklah mempelbagaikan ekonomi negara kita. H1 Contohnya kita tidak seharusnya
han ya bergantung kepada pertanian getah dan bijih timah sahaja. F2 Kita perlu mempunyai
kemudahan jalan raya yang baik dan maju. H2 Contohnya kita mesti mempunyai jaringan jalan
raya dari utara Semenanjung Malaysia hingga ke selatan bagi mempercepatkan kemudahan
pengangkutan barangan F3 Kita mestilah mempunyai landasan kereta api yang moden H3
Contohnya dengan adanya kereta api laju ERL antara Kuala Lumpur dengan Ipoh masa
perjalanan dapat dipercepatkan F4 Kita mestilah mempunyai sistem perbankan yang dapat
menyokong urusan perdagangan H4 Contohnya kita dapat mempunyai pinjaman modal hanya
dengan bersandarkan kertas cadangan yang berkesan/ berdaya maju F5 Kita mesti mempunyai
bilangan tenaga buruh yang mencukupi H5 Contohnya kita boleh mengambil buruh dari negara

luar untuk menjalankan kerja-kerja kolar biru F6 Kita mesti membangunkan kawasan bandar
sebagai pusat aktiviti perdagangan/ perindustrian/ pentadbiran/ rekreasi F6 Contohnya kita mesti
membangunkan bandar pintar seperti Putrajaya untuk kelestarian manusia F7 Kita mesti
memastikan sektor pertanian tetap diberi perhatian dalam ekonomi negara F7 Contonya kita
perlulah memastikan penanaman padi terus diusahakan supaya bekalan beras dalam negara
mencukupi F8 Kita mestilah memastikan kemudahan untuk mengerjakan pertanian di luar
bandar lengkap H8 Contohnya menyediakan kemudahan parit/ tali air/ baja dsbnya supaya
haasil pertanian meningkat
Mana-mana jawapan yang munasabah
8 Apakah rumusan yang boleh anda nyatakan setelah mengkaji penguasaan ekonomi negara
oleh penjajah sehingga tahun 1957? Rumusan anda harus meliputi aspek:
Pengetahuan
yang diperoleh
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
Harapan untuk masa depan
Malaysia yang lebih cemerlang

You might also like