You are on page 1of 8

Bahagian A

Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D.


Pilih satu jawapan yang paling tepat dan bulatkan.
1. Semua yang berikut, merupakan keunikan manusia ciptaan Tuhan, kecuali
A. mempunyai wajah menarik dan anggota yang dicipta sempurna.
B. sanggup berperang untuk mempertahankan diri.
C. mempunyai akal fikiran untuk menimba ilmu.
D. tahu akan kepentingan hidup bermasyarakat.
2. Apabila mendapati guru tersilap memberi markah yang lebih kepada kita, kita hendaklah
A. memuji guru kerana bersikap pemurah.
B. memberitahu guru akan kesilapan yang telah dilakukan.
C. memberitahu rakan-rakan akan kesilapan guru.
D. mendiamkan sahaja perkara itu supaya guru tidak berasa malu.
3. Sebab utama kita menepati segala janji yang dibuat adalah supaya kita
A. dipuji dan dihormati orang lain.
B. sentiasa rasa selamat dan tidak berdosa.
C. dipercayai dan diyakini oleh orang lain.
D. orang tidak akan mengata kita.
4. Perlakuan manakah bukan ciri orang yang mempunyai harga diri?
A. Menggunakan akal yang diberi oleh Tuhan untuk berfikir sebelum bertindak.
B. Menghargai apa jua kebolehan, bakat serta kekuatan yang ada pada diri.
C. Menyedari anda tidak boleh mengubah corak kehidupan anda.
D. Mengembangkan potensi dan bakat anda untuk masa depan.

5. Kebersihan kawasan sekolah merupakan tanggungjawab


I

guru-guru di sekolah.

II murid-murid sekolah.
III Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah.
IV masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sekolah.
A.I dan II

C. I, II dan III

B.II dan III

D. II, III dan IV

6. Bagaimanakah kita menunjukkan nilai kasih sayang kepada adik kita?


A. Membuatkan kerja-kerja sekolahnya supaya dia tidak dimarahi oleh guru.
B. Memberikan perhatian kepadanya dan bertanyakan masalahnya.
C. Memastikan dia sentiasa makan sehingga kenyang supaya tidak lapar di sekolah.
D. Membelikan apa-apa sahaja yang diminta supaya dia tidak bersedih.
7. Perlakuan-perlakuan berikut menunjukkan bahawa kita mengamalkan nilai kasih sayang
terhadap ibu bapa, kecuali
A. Menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa.
B. Menerima teguran ibu bapa dengan hati yang terbuka.
C. Menjaga maruah serta nama baik ibu bapa.
D. Menghantar ibu dan bapa ke pusat penjagaan orang tua yang paling baik.
8. Amalan nilai keadilan dalam keluarga akan melahirkan keluarga yang
A. Tenang dan bahagia.
B. Mewah dan kaya-raya.
C. Dikenali di seluruh kampong.
D. Saling bermusuhan dan berdendam.

9. Yang manakah antara yang berikut merupakan kesan negatif kepada individu yang
dibesarkan dalam keluarga yang tiada kasih sayang?
2

A. Hidup bahagia dan gembira.


B. Terlibat dengan masalah disiplin di sekolah.
C. Mesra dan saling bermaafan antara adik beradik.
D. Cemerlang dalam pelajarannya dan berjaya dalam hidup.
11. Apakah yang dimaksudkan dengan hemah tinggi?
A. budi pekerti yang mulia
B. berpura-pura dalam pergaulan
C. pertuturan yang menyakitkan hati
D. angkuh dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain
12. Antara berikut, yang manakah menggambarkan nilai kerajinan?
I. menyiapkan tugasan yang diberi
II. suka menangguhkan sesuatu kerja
III. merancangkan dahulu sebelum memulakan sesuatu
IV. memberi tumpuan penuh terhadap tugas yang dilakukan
A.I,II dan III

C. I, III dan IV

B.I, II dan IV

D. II, III dan IV


( 24 MARKAH)

Bahagian B
Tuliskan BENAR bagi pernyataan yang betul dan SALAH bagi pernyataan yang salah.
3

1. Sekiranya kita diamanahkan oleh seseorang untuk menjaga barang kepunyaannya, kita
boleh meminjamkan barang tersebut kepada orang lain dengan syarat dipulangkan segera.
(

2. Amalan nilai toleransi akan menjadikan kita lebih fleksibel. (

3. Jacky lebih gemar membeli-belah di pusat beli-belah yang berprestij dan mewah
walaupun di pusat beli-belah biasa juga ada terdapat barang yang dikehendakinya.
(

4. Leman menjaga adab sopan hanya di depan ibubapanya sahaja tetapi di sekolah dia
menunjukkan sikap biadap pada guru serta rakan-rakannya. (

5. Ravi sangat rajin membantu ayahnya di gerai kerana upah yang diberikan oleh ayahnya
sangat tinggi (

)
(10 MARKAH)

Bahagian C
Arahan: Tulis nilai berdasarkan penjelasan nilai yang diberikan.
4

1. Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
Nilai:
2. Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan
sempurna.
Nilai:
3. Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam
kehidupan
Nilai:
4. Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
Nilai:
5. Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
.

Nilai:
(20 MARKAH)

Bahagian D
Isi tempat kosong dengan jawapan yang diberi.
berkongsi
meminta kebenaran
ekologi
keyakinan

habitat
pendorong
aman
bersimpati

1. Hutan tidak seharusnya dimusnahkan kerana selain menjadi _____________________


kepada haiwan, hutan juga membekalkan ubat-ubatan tradisional kepada kita.
2. Kita perlulah _____________________ sebelum menggunakan peralatan orang lain.

3. Orang yang mengamalkan toleransi akan lebih _____________________ dan empati


terhadap kesusahan dan kesulitan hidup yang dialami orang lain.

4. Mengamalkan nilai berdikari membantu kita mempunyai _____________________ diri.

5. Apabila kita melihat kejayaan orang lain, kita hendaklah menjadikan kejayaan tersebut
sebagai _____________________ untuk kita pula berusaha mencapai kejayaan.

6. Sekiranya ibu bapa kita tidak mampu memberikan sesuatu dengan sama rata, anak-anak
haruslah _____________________ secara adil.

(18 MARKAH)

Bahagian E : Soalan Struktur

Sikap toleransi amat penting dalam masyarakat yang berbilang kaum

1 (a) Berikan maksud bagi nilai toleransi.


________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
(6 MARKAH)
(b) Nyatakan dua sikap yang ditunjukkan oleh individu yang mengamalkan nilai toleransi.
(i) _____________________________________________________________________
(ii)_____________________________________________________________________
(4 MARKAH)
(c) Nyatakan dua kesan jika sikap toleransi tidak diamalkan dalam kehidupan seharian.
(i) _____________________________________________________________________
(ii)_____________________________________________________________________
(4 MARKAH)

Sikap berdikari amat penting untuk menjamin kejayaan seseorang individu pada
masa hadapan.
2 (a) Berikan maksud bagi nilai berdikari.
________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
(6
MARKAH)

(b)

Berikan dua contoh perlakuan pelajar yang mengamalkan nilai berdikari.


(i) _____________________________________________________________________

(ii)_____________________________________________________________________
(4
MARKAH)

(c) Nyatakan dua kesan jika sikap berdikari tidak diamalkan dalam kehidupan seharian.
(i) _____________________________________________________________________
(ii)_____________________________________________________________________
(4 MARKAH)
(28 MARKAH)
KERTAS SOALAN TAMAT
Disediakan oleh:
................................

Disemak oleh:
.......................................

(PN SITI ROYHANAH BT KHALID)

Disahkan oleh;
.

You might also like