You are on page 1of 22

FALZIAH BINTI MOHAMAD

650828115006001
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
%%%%%%

FAKULTI

: PENGAJIAN BAHASA MELAYU

SEMESTER / TAHUN

: JUN / 2015

KOD KURSUS

: HBML3103

TAJUK KURSUS

: TATABAHASA DALAM BAHASA

NO.MATRIK

: 650828115006001

NO.KAD PENGENALAN

: 650828115006

NO.TELEFON

: 013-9522528

E-MEL

: falziahmohamad@gmail

PENSYARAH

MELAYU

: DR.SYED ABDULLAH BIN SYED MOHAMAD

E-TUTOR

: EN.SAWAL BIN AHCHONG

PUSAT PEMBELAJARAN

: MENTAKAB LEARNING CENTRE

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
%%%%%%

Sekapur Sirih,
Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan
dalam Bahasa Melayu untuk semester Jun ini. Setinggi tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan
buat suami , anak- anak, rakan taulan , rakan fakulti Bahasa Melayu di
OUM Cawangan Mentakab ,pensyarah Bahasa Melayu saya iaitu Tuan
Syed Abdullah bin Syed Mohamad yang turut membantu dengan memberi
kerjasama dalam saya menyelesaikan tugasan saya pada kali ini.
Kesibukan dan cabaran di dalam menyiapkan tugasan ini adalah
sangat mencabar memandangkan beban tugas guru yang semakin
bertambah dengan kesuntukan masa. Namun, alhamdullillah, saya dapat
juga menyiapkan tugasan ini akhirnya.

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN
11.1 KONSEP DAN DEFINASI WACANA DALAM PENULISAN
1-3

1.1.1 CIRI- CIRI WACANA

3-

4
3.0 STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN WACANA DALAM PENULISAN
SEKOLAH RENDAH

4-8

4.0 CADANGAN MEMPERBAIKI KELEMAHAN MURID DALAM WACANA


PENULISAN DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

9-11

5.0 KESIMPULAN

12

RUJUKAN

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

1.0

PENDAHULUAN

1.1 KONSEP DAN DEFINASI WACANA DALAM PENULISAN


Dalam pengertian linguistik, wacana merupakan satu unit bahasa
yang lebih besar daripada kalimat. Semua perkara yang melibatkan
bahasa adalah wacana. Retorik menjadi komponen yang paling penting
bagi wacana. Wacana adalah kesatuan bahasa yang lengkap, dan
tertinggi, diatas klausa dengan kohensi tinggi, kesinambungan dan
mempunyai awal dan akhir yang nyata sama ada melalui lisan mahupun
tulisan. Di dalam bidang penulisan, wacana telah dianggap memenuhi ciriciri sesebuah karya penulisan yang lengkap. Di dalam wacana, terdapat
koheren dan kohesi disamping wujudnya penanda wacana yang tertentu
bagi menghasilkan sebuah karangan yang lengkap, baik dan bermutu.
Menurut (Harimurthi,1982), wacana ialah unit bahasa yang melebihi
batas ayat .Unit bahasa itu mempunyai satu penyatuan bahasa yang
lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada beberapa
gabungan ayat, satu perenggan, satu bab dan sebagainya.Menurut
( Moeliono ,1995), wacana ialah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga
terbentuknya makna yang serasi antara kalimat itu. Manakala menurut
teks pra u STPM pula, wacana bermaksud satu unit bahasa yang melebihi
batas ayat. Di dalam tingkat bahasa, wacana berada ditingkat yang
teratas, iaitu hadir selepas tingkat ayat. Penanda wacana digunakan untuk

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

memantapkan dan memberi keutuhan bagi menhubungkaitkan perenggan


dengan perenggan yang lain. Kegagalan seorang penulis menggunakan
penanda wacana yang tepat akan menyebabkan keseluruhan penulisan
yang dihasilkan tidak mempunyai perkaitan.
Menurut Kamus Dewan ,wacana boleh ditakrifkan sebagai
keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan ucapan dan
percakapan. Kesatuan fikiran yang utuh dari segi lisan dan juga tulisan .
Selain itu, wacana merupakan satuan bahasa di atas sesuatu kalimat yang
digunakan untuk bercakap atau berhubung antara satu sama lain dalam
konteks sosial. Wacana terdapat dalam dua bentuk iaitu lisan atau
tulisan dan ianya bersifat transaksional atau interaksional.
1
Dalam berkomunikasi secara lisan, kita dapat dilihat bahawa wacana
sebagai proses komunikasi antara penutur dan pendengar. Wacana jenis
ini melibatkan nada suara, ekspresi wajah , gerak badan dan sebagainya
yang mana ianya bertujuan untuk menyampaikan sesuatu kepada
pendengar.Contohnya, ialah sesi temuramah, khutbah, pembaca berita di
televisyen.
Perkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam
bahasa Inggeris. Perkataan discourse dalam Kamus Webster, 1983: 522
bermaksud hubungan antara fikiran dengan kata-kata, ekspresi idea-idea
atau percakapan. Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek
kajian atau pokok bahasan, risalah tulisan, disertasi formal, kuliah,
ceramah serta khutbah. Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi
Baru 1993: 1484 bermaksud ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan
tutur yang merupakan suatu kesatuan
Sementara itu, Raminah Haji Sabran (1985) dalam bukunya yang
bertajuk Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh
terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku
dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan dan
perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana
merupakan kesatuan bahasa yang lengkap..
Kesemua perkara yang melibatkan bahasa adalah wacana. Retorik
menjadi komponen yang penting bagi wacana. Wacana adalah sebagai
kesinambungan cerita dengan bahasa yang mudah dan kesinambungan
ini ditunjang oleh jalinan maklumat. Dalam bidang pendidikan Bahasa
Melayu pula telah diperkenalkan beberapa definisi wacana. Dari segi
hierarki tatabahasa, wacana terletak pada heirarki yang tertinggi selepas
ayat,iaitu seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut:
Perkataan --> Ayat --> Klausa --> Frasa --> Wacana

2
Manakala bagi wacana tulisan ianya lebih kepada berkomunikasi
secara tulisan, wacana dilihat sebagai hasil dari ungkapan idea penulis.
Sebagai contoh, rencana, novel, dan majalah. Wacana terdiri daripada
lapan unsur penting iaitu wacana merupakan satuan bahasa. Selain itu,
wacana bersifat paling lengkap, terbesar dan tertinggi dalam sesuatu
klausa. Wacana merupakan unit bahasa yang lebih daripada satu ayat
ataupun klausa. Ianya menunjukkan hubungan dan perkembangan fikiran
yang berurutan dan mempunyai perkaitan semantik yang meliputi aspek
kohesi dan koheren. Wacana juga menunjukkan kesinambungan fikiran
iaitu apa yang disampaikan secara lisan atau tulisan serta ianya

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

mempunyai awal dan akhir yang jelas. Oleh kerana sifatnya yang lengkap
, maka wacana mempunyai tubuh teks seperti, pendahuluan, tubuh yang
meliputi isi yang logik, berkesan , ada unsur- unsur paralinguistik, graf,
peta dan jadual serta bahagian penutup.
1.2 CIRI- CIRI WACANA
Wacana mempunyai tujuh ciri iaitu yang melibatkan kaitan antara
seorang penutur dengan masyarakat sekitarnya. Gaya wacana sama ada
gaya formal mahu pun tidak formal ditentukan pula oleh kaitan antara
penutur dengan masyarakat sekitarnya. Karya menggunakan gaya bahasa
yang sesuai kepada para pembaca. Adakalanya, gaya bahasa yang
digunakan mampu menimbulkan kesan dialek atau pun laras bahasa
dalam pertuturan. Selain itu, wacana juga mempunyai tujuan dalam
menentukan jenis ayat. Jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan
maklumat, maka ayat yang terbentuk ialah ayat tanya.Ciri wacana yang
seterusnya ialah berdasarkan kaitan penutur dengan pendengar. Wacana
lisan adalah perkaitan antara penutur dengan pendengar, manakala
wacana tulisan adalah kaitan antara penulis dengan pembaca.
Manakala bagi wacana tulisan ianya lebih kepada berkomunikasi
secara tulisan, wacana dilihat sebagai hasil dari ungkapan idea penulis.
Sebagai contoh, rencana, novel, dan majalah. Selain itu, wacana bersifat
paling lengkap, terbesar dan tertinggi dalam sesuatu klausa. Wacana
merupakan unit bahasa yang lebih daripada satu ayat ataupun klausa.
Ianya menunjukkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan
dan mempunyai perkaitan semantik yang meliputi aspek kohesi dan
koheren.
3
Wacana juga menunjukkan kesinambungan fikiran iaitu apa yang
disampaikan secara lisan atau tulisan serta ianya mempunyai awal dan

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

akhir yang jelas. Oleh kerana sifatnya yang lengkap , maka wacana
mempunyai tubuh teks seperti, pendahuluan, tubuh yang meliputi isi yang
logik, berkesan , ada unsur- unsur paralinguistik, graf, peta dan jadual
serta bahagian penutup.
Ciri wacana yang lainnya ialah berdasarkan perkaitan antara
penutur dengan pendengar iaitu wacana lisan. Penanda wacana dan kata
penghubung berperanan sebagai pengabung jalin antara maklumat yang
diterima dan menjadikannya sesuai dan bertepatan. Segala maklumat
yang diterima akan digabungkan mengikut hiraki dan keutamaan.
Pengabungan antara maklumat dan fakta akan dipecahkan dengan
menggunakan perenggan yang mana ianya saling berkait dan saling
bertautan. Maklumat yang bertentangan tidak boleh digunakan dalam
wacana. Contohnya: Kelmarin dia tidur sehari suntuk. Kelmarin dia tidur
hingga jam 10.00 pagi.
2.0 STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN WACANA DALAM PENULISAN
SEKOLAH RENDAH

Penulisan karangan merupakan komponen penting dalam


kemahiran bahasa sehingga ianya dijadikan satu gerak kerja utama dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada di peringkat sekolah rendah
mahupun sekolah menengah. Menurut Kamarudin Husin (1996: 192)
memetik pendapat Loban menyatakan bahawa kemahiran bahasa
terbahagi kepada empat, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca,
dan akhir sekali ialah kemahiran menulis. Penguasaan pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan bagi semua peringkat
sekolah adalah merupakan tingkat terpenting dalam kemahiran bahasa.
Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah lagi unik
kerana ayat-ayat yang digunakan mempunyai perkaitan antara satu ayat
dengan ayat yang lain (kohesi) dan mempunyai perkaitan antara satu
perenggan dengan perenggan yang lain (koheren).

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

4
Berdasarkan kepada pernyataan inilah yang menyebabkan sesebuah
karya bahasa Melayu menjadi hebat. Bagi menghasilkan karya Bahasa
Melayu, ianya bukanlah sesuatu yang sukar tetapi sekiranya seseorang
penulis itu tahu menggunakan wacana yang baik dan tepat, sudah pasti
hasilnya hebat. Semasa berbahasa, sama ada tulisan mahupun lisan,
ianya mestilah mempunyai kesinambungan antara satu idea dengan idea
yang lain atau memperlihatkan wacana yang berkesan agar pendengar
dan pembaca memahami isi yang ingin disampaikan oleh seorang penulis.
Menurut Lado (1964), Broto (1974), Bullock (1976), dan Isahak
Haron (1979), penulisan karangan bukanlah sekadar hasil kepandaian
atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata, frasa, dan ayat,
tetapi merupakan kemahiran menyampaikan idea, fakta, dan sebagainya
yang terdapat dalam pemikiran manusia iaitu pengarang atau pun
penulis melalui alat komunikasi yang dinamakan bahasa (Awang
Mohamad Amin, 1983:188).
Wacana yang baik mestilah mempunyai beberapa perkara seperti
kohesi dan koheren yang dinyatakan di atas dan termasuklah tahu akan
fungsi wacana itu sendiri. Penanda wacana tidak boleh digunakan di
tempat-tempat sembarangan sahaja , kerana kesalahan penggunaan
penanda wacana akan menjejaskan maksud yang ingin disampaikan oleh
penulis. Pembaca akan keliru atau pun tidak memahami idea yang ingin
disampaikan itu oleh penulis tersebut, maka lahirlah sebuah karangan
yang membosankan pembaca.
Setelah diteliti dengan lebih mendalam, boleh dikatakan bahawa
penanda wacana di dalam bahasa Melayu ini mempunyai banyak

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

kepentingannya dalam menghasilkan sesebuah karangan yang baik .


Seseorang penulis mestilah tahu menggunakan wacana itu sendiri kerana
aspek penanda wacana akan mempengaruhi cara pengolahan serta
penyusunan struktur ayat, pembahagian perenggan, penggunaan kosa
kata, dan penggunaan bahasa secara keseluruhan.

5
Pelajar-pelajar sekolah rendah perlu didedahkan dengan cara-cara
meningkatkan kemahiran penggunaan penanda wacana terutamanya di
dalam penulisan. Penggunaan penanda wacana yang lemah akan
menjejaskan kualiti sesebuah karangan. Menurut Kamaruddin Hj Husin
(1988) di dalam buku HBML 3203, Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa
Melayu keluaran Open University Malaysia, menjelaskan bahawa beberapa
perkara perlu diberikan penekanan oleh murid dalam usaha menghasilkan
penulisan yang baik, iaitu sebelum, semasa dan selepas menjalankan
aktiviti penulisan.
Pelajar yang bijak akan membuat persediaan awal sebelum menulis
sesebuah karangan. Mereka sepatutnya melakukan banyak latihan
tatabahasa terlebih dahulu dan membaca lebih bahan-bahan tambahan
seperti akhbar, majalah, buku-buku ilmiah dan sebagainya bagi
mendapatkan idea secara tidak langsung dapat menambah
perbendaharaan kata serta mengetahui penanda wacana yang sesuai dan
menarik untuk dimasukkan ke dalam hasil tulisan mereka . Selain itu,
Kamus Dewan wajib dijadikan rakan karib kepada murid- murid untuk
menghasilkan sebuah karya yang menarik kerana melalui kamuslah ,
banyak kosa kata serta maksud sesuatu perkataan itu diketahui.

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Selain itu, pelajar juga patut didedahkan dengan latihan-latihan


menyalin semula contoh contoh petikan atau perenggan yang
mengandungi penanda wacana yang baik agar mereka dapat memahami
fungsi penanda wacana yang sesuai di dalam hasil penulisan mereka
nanti.Menurut (Kamarudin Hj. Husin, 1988), beliau menyarankan agar
seorang guru sentiasa memberi perhatian dalam beberapa perkara dalam
mengajarkan penulisan iaitu Sebelum Penulisan, murid- murid perlu
memahami format karangan dan apakah yang diinginkan dalam soalan
yang dikemukakan. Selain itu, murid murid perlu mencari dan
menggariskan kata kunci dalam soalan tersebut. Setelah mendapatkan
kata kunci tersebut, proses seterusnya adalah mengetahui maklumat
penting dalam soalan serta menjana isi isi penting dan membina
kerangka karangan.

6
Proses kedua, ialah semasa menulis. Murid- murid disarankan
mengenalpasti format karangan yang akan dihasilkan samada ianya
merupakan karangan berformat ataupun tidak berformat. Kesilapan
memahami bentuk karangan tersebut , akan menghasilkan karangan yang
terpesong ataupun keluar daripada tajuk soalan.Seterusnya, murid perlu
membina rangka karangan terlebih dahulu dimana proses menyatakan isi
dijalankan.Penulisan karangan harus dimulai dengan penulisan dibahagian
pendahuluan. Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran
keseluruhan tentang perbincangan dalam bahagian isi. Pendahuluan boleh
dibina dengan menggunakan tiga hingga lima baris ayat. Perenggan
pendahuluan perlu memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca. Ini
bermakna, dalam perenggan ini tidak terdapat sebarang isi. Perenggan ini

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

perlu diakhiri oleh satu ayat pokok, yang membawa pembaca kepada
tujuan atau persoalan yang hendak disampaikan dalam bahagian isi .
Karangan seharusnya dimulakan dengan satu ayat pengenalan
yang dikira sudah mencukupi. Ayat ini akan membawa pembaca untuk
memahami tajuk dan isi yang akan ditulis secara umum. Ini diikuti oleh
dua atau tiga ayat huraian, yang mana ianya merupakan ayat yang
menyokong atau menghuraikan pernyataan dalam ayat
pengenalan.Murid- murid harus menyatakan isi- isi karangan kepada
empat isi dan setiap isi tersebut perlu dihuraikan beserta dengan contohcontoh sebagai sokongan untuk menguatkan hujah tersebut. Isi yang
ditulis hendaklah disusun dengan teratur dan berkaitrapat di antara satu
dengan yang lain dan perlu mengikut kehendak tajuk karangan itu.
Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih mungkin
menyebabkan kekurangan masa untuk menulis.Isi yang utama
didahulukan dan isi-isi lain diasingkan kepada empat perenggan.
Sebaik-baiknya satu isi, dalam setiap perenggan kecuali jika isi tersebut
agak pendek dan ianya mestilah saling berkaitan. Pelajar perlu sentiasa
memerhatikan penghuraian isi agar tidak terkeluar dari tajuk yang hendak
disampaikan . Selain itu pelajar menyenaraikan isi sebelum menulis. Hal
ini bertujuan setiap isi tidak bercampur dengan isi lain.
7
Akhir sekali adalah bahagian membina kesimpulan daripada karangan
tersebut. Huraian setiap perenggan tidak semestinya sama panjang. Ianya
adalah bergantung kepada penekanan sesuatu isi. Lazimnya isi utama di
huraikan lebih panjang berbanding yang lain kerana diberi lebih
penekanan. Perenggan isi terdiri daripada isi utama,huraian tentang isi
utama,

mengemukakan bukti atau contoh yang sesuai dan rumusan.

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Proses seterusnya ialah memastikan tiga aspek utama penulisan di


ikuti iaitu, pendahuluan, isi dan penutup. Lazimnya, setiap karangan perlu
mempunyai satu perenggan pendahuluan, empat perenggan isi dan
diakhiri dengan penutup. Bahagian penutup atau kesimpulan adalah
berbeza antara jenis- jenis karangan yang akan dihasilkan. Contohnya
antara karangan berformat dan tidak berformat. Akhir sekali ialah proses
semakan iaitu murid dikehendaki menyemak semula karangan mereka
dengan menumpukan perhatian kepada format, isi, penggunaan kata
imbuhan, struktur ayat, ejaan dan perbendaharaan kata.. Setelah dikesan
kesilapan yang berlaku, mereka perlu baiki kesalahan tersebut. Jika ada
isi-isi penting yang tidak disertai dengan contoh, mereka harus sertakan
contoh-contoh yang logik lagi meyakinkan terlebih dahulu . Penulisan
yang dikarang dengan baik akan memudahkan pembaca membaca dan
mengesan isi, dan ini akan menghasilkan penulisan yang mantap.

4.0 CADANGAN MEMPERBAIKI KELEMAHAN MURID DALAM


WACANA PENULISAN DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Umumnya , terdapat beberapa kelemahan dalam menulis wacana


penulisan samaada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.
Fokus dalam bahagian ini ialah di peringkat sekolah rendah yang mana
ianya merupakan peringkat permulaan penulisan karangan bagi muridmurid.Antara kelemahan yang dapat dikesan ialah dibahagian isi. Murid
tidak dapat mengemukakan isi yang bersesuaian dengan kehendak soalan
atau tajuk karangan Isi yang dikemukakan oleh murid juga tidak
mencukupi, ada diantara murid yang hanya menulis dua isi didalam
empat perenggan yang diberi.Begitu juga dengan menulis isi secara
berulang- ulang di setiap perenggan.
Kelemahan untuk mengembangkan isi ini berpunca daripada
kurangnya membaca bahan bahan bacaan seperti akhbar, makalah,
majalah dan sebagainya lagi. Contoh karangan yang sering mengalami
masalah kekurangan isi adalah karangan berformat seperti berita, surat,
laporan , syarahan dan fakta.Kesinambunagn isi antara setiap perenggan
juga merupakan kelemahan murid pada bahagian isi. Murid lemah untuk
mengaitkan isi antara setiap perenggan Isi hendaklah disusun dengan
teratur dan berkait antara satu dengan yang lain.Isi perlu mengikut
kehendak tajuk karangan itu yang mana setiap karangan perlu
mempunyai empat isi dan murid perlulah mengutamakan isi yang penting
sahaja.
Selain daripada masalah isi, kelemahan murid yang kedua ialah
mengenai penguasaan tanda baca iaitu yang melibatkan huruf besar,
tanda noktah dan sebagainya lagi. Kelemahan ini sering terjadi kepada
murid- murid daripada kumpulan sederhana dan kumpulan yang lemah
yang berpunca daripada lemahnya membaca atau pun mahir membaca
tetapi bacaan yang tiada intonasi. Seterusnya, murid murid juga lemah
dalam menggunakan penanda wacana yang sesuai pada setiap
perenggan. Penggunaan penanda wacana tersebut adalah bertujuan
menunjukkan kesinambungan isi mahu pun ayat.

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

9
Sikap murid murid yang tidak berminat membaca buku mahu pun
bahan bacaan ilmiah lain menyebabkan kurangnya kosa kata ataupun
perbendaharaan kata dalam kalangan mereka.Begitu juga dengan
kurangnya penggunaan kamus Dewan Bahasa untuk mencari makna
perkataan . Justeru itu, mereka tidak mahir menggunakan kosa kata yang
sesuai di dalam penulisan mereka. Kelemahan ini menyebabkan mereka
tidak dapat menggunakan kosa kata yang sesuai dalam penulisan
karangan. Ini menyebabkan hasil penulisan tidak menarik. Di samping itu,
kelemahan seterusnya ialah struktur ayat yang tidak kemas akan
menghasilkan karangan yang tidak menarik minat pemeriksa untuk
membacanya.
Selain daripada masalah masalah di atas ,murid- murid juga
seringkali mengabaikan bahagian penutup kerana mereka beranggapan
bahawa bahagian ini kurang penting dalam sesebuah karangan .
Sesebuah karangan itu akan dianggap tergantung atau pun tidak lengkap
, jika tiada penutup. Penutup merupakan penegasan kepada isi yang telah
dihuraikan dalam bahagian pengembangan isi. Murid boleh menulis ayat
pada bahagian penutup dengan perkataan seperti contoh berikut
sebagai kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa . Murid juga harus
memastikan bahawa bahagian ini perlu ditulis dalam satu perenggan
sahaja.
Berdasarkan kepada kelemahan kelemahan di atas, maka pelbagai
cara digunakan untuk membantu para pelajar agar dapat menguasai
kemahiran menulis karangan dengan baik.Antara cadangan untuk
memperbaiki penulisan murid ialah, murid sewajarnya membaca banyak

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

bahan bahan bacaan tambahan seperti akhbar, makalah, majalh serta


buku- buku cerita yang bersesuaian dengan peringkat usia mereka.
Melalui pembacaan ini, mereka dapat meneliti kesinambungan isi antara
setiap perenggan dan ini akan membantu mereka menghasilkan sebuah
karangan yang menarik minat pembaca dengan bertambahnya
perbendaharaan kata disamping membantu mereka dari segi ejaan dan
tanda baca yang betul.
Selain itu, murid murid juga boleh menghuraikan isi- isi penting
tersebut dengan lebih baik.

10
Cadangan kedua ialah murid seharusnya dididik agar sentiasa
merujuk Kamus Dewan untuk mengetahui tentang maksud sesuatu
perkataan ataupun kosa kata untuk digunakan didalam penulisan. Tanpa
maksud yang sesuai , akan terhasillah karangan yang tidak menarik.
Kamus seharusnya dijadikan seperti rakan karib mereka ketika menulis
karangan. Selain itu, karangan yang telah disemak oleh guru perlu dibaca
dan disemak oleh murid untuk melihat bentuk kesalahan yang dilakukan
serta membuat pembetulan dengan segera. Guru perlu mendidik murid
agar berbincang sesama rakan tentang kesalahan yang dilakukan kerana
melalui perbincangan tersebut, kesalahan yang dibuat tidak akan diulangi.
Ketiga, guru perlu melatih murid- muridnya menyalin contoh- contoh
karangan terbaik samada daripada buku rujukan ataupun karangan murid
kumpulan cemerlang. Selain dapat mengatasi masalah ejaan dan
tatabahasa yang lain, cara ini mungkin dapat membantu murid lemah dari
segi menulis isi penting dan membuat kesinambungan isi dengan
menggunakan penanda wacana yang bersesuaian pada setiap

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

perenggan.Cara ini juga dapat mengatasi masalah struktur ayat yang


tidak kemas dalam kalangan murid.
Akhir sekali, seorang guru bahasa Melayu perlu kreatif dalam
pengajarannya dengan melakukan berbagai aktivit bagi menarik minat
murid. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah aktiviti permainan
bahasa seperti teka silang kata dan Sahiba yang mana ianya dapat
membantu mengatasi kelemahan murid dari segi ejaan dan
menambahkan kosa kata. Seterusnya murid boleh menggunakan
perkataan baharu yang mereka perolehi ini dalam penulisan mereka.

11
5.0 KESIMPULAN
Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran berbahasa tertinggi
yang berkembang sejajar dengan perkembangan otak dan pengalaman
berbahasa seseorang murid. Sebagai kemahiran bahasa, fungsinya ialah
untuk tujuan berkomunikasi dan menyelesaikan pelbagai urusan dalam
aktiviti harian yang meliputi bidang pendidikan, sosial, dan pekerjaan.
Sebagai kesimpulannya,seorang guru itu perlu menguasai pendekatan
dan kaedah yang lebih praktikal, realistik, dan berasaskan keupayaan
murid, serta persekitaran sekolah. Kaedah penulisan yang dicadangkan
mestilah mengambil kira pegangan semasa tentang pengajaran dan

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

pembelajaran, penilaian dan keperluan peperiksaan. Kemungkinan


pendekatan atau kaedah itu tidak dapat memenuhi keperluan, minat dan
cita rasa semua pelajar, tetapi tetap pasti akan membawa perubahan
kepada segelintir pelajar yang lain.
Umumnya diketahui bahawa tidak terdapat satu teknik atau kaedah
pengajaran penulisan yang tepat. Semuanya bergantung kepada
kebijaksanaan guru tersebut. Hasil penulisan yang baik dan bermutu,
penggunaan penanda wacana atau pun perangkai ayat dapat memastikan
wujudnya kesinambungan dan pertautan antara satu idea dengan idea
yang lain. Kewujudannya dalam sesuatu wacana secara berkesan akan
memantapkan lagi hasil penulisan tersebut selain dapat membuat
perkaitan antara ayat dengan ayat, mahupun antara perenggan dengan
perenggan. Oleh itu,jelaslah, aspek penanda wacana akan mempengaruhi
pengolahan ayat ,sturktur ayat,pemerenggan ,kosa kata, dan bahasa
dalam menghasilkan sebuah karangan yang baik dan mantap.

12

RUJUKAN
Dr.Adenan Ayob,Mohd Rain Shaari( 2013),HBML 3203 Tatabahasa Dalam
Pengajaran Bahasa Melayu ,Open Univercity Malaysia

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

http://www.slideshare.net/muhammadaniq/wacana-34728052
http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/10/pengertian-wacana-dan-ciriciri-wacana.html
https://www.scribd.com/doc/4849164/KONSEP-WACANA
http://www.slideshare.net/JospherJoanes/kemahiran-menulis-sekrendah
http://yazidbiz369.blogspot.com/2011/04/pendekatankaedah-sertacaanra-mengajar.html
http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pendekatan-pengajaran-penulisanoleh_16.html

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

You might also like