You are on page 1of 31

ALAT KEBESARAN DI RAJA

MAHKOTA
Mahkota itu dipakai pada acara rasmi
seperti Hari Pertabalan dan Hari
Keputeraan Sultan.
Mahkota itu dihiasi dengan permata, intan
dan berlian dari Pontianak, Indonesia
serta delima yang diikat dengan emas 10
iaitu emas asli dari Pahang.

MUSKAT

Pakaian rasmi bagi upacara pertabalan dikenali


sebagai `Muskat. Baju yang berasal dari negara
Muskat iaitu negara Oman sekarang. Asalnya
pakaian rasmi pegawai-pegawai negeri Kedah.
Muskat, yang mula dipakai pada 1960 ketika
pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang ketiga,
diilhamkan oleh Perdana Menteri pertama Tunku
Abdul Rahman Putra Alhaj.

Baju ini diperbuat daripada benang bulu


berwarna hitam, dijahit dengan sulaman benang
emas bercorak awan larat dan bunga raya yang
melambangkan bunga kebangsaan Malaysia.
Baju ini labuh hingga ke peha, berlengan
panjang, ia dipakai bersama dengan seluar
panjang bersulam di kaki dan bertengkolok
dalam majlis-majlis sempena hari pertabalan,
keputeraan, lawatan rasmi ke seluruh negeri dan
perasmian penggal persidangan Parlimen.

TENGKOLOK

Tengkolok merupakan pakaian kebesaran RajaRaja Melayu. Dibuat daripada kain hitam
bersulam benang emas dengan soleknya
(bentuk ikatan) yang dinamakan `Dendam Tak
Sudah berasal dari Negeri Sembilan.
Di hadapannya dipasangkan anak bulan pecah
14 diperbuat daripada emas putih dan di tengahtengah bintang terletak lambang Kerajaan
Malaysia.

PENDING
Pending merupakan antara pelengkap
pakaian istiadat pertabalan. Diperbuat
daripada emas 10 mutu bertatah dan
bersulam permata delima dan tertera
lambang Kerajaan Persekutuan.
Tali bengkungnya dibuat daripada kain
sakhlat bertekad bunga-bunga dengan
benang emas.

KERIS PENDEK DIRAJA

Keris Pendek Diraja diperbuat daripada


mata keris lama dengan berhulu dan
bersarungkan gading bertatahkan emas.
Hulu keris dinamakan `Hulu Pekaka dan
berupa kepala `Garuda. Disampirnya
diterapkan lambang Kerajaan
Persekutuan.

KERIS PANJANG DIRAJA

Keris Panjang Diraja merupakan alat kebesaran utama


dalam istiadat pertabalan. Ia adalah lambang kebesaran
dan kekuasaan.
Dari hulu hingga ke sarungnya keris ini disalut emas dan
di atas sampirnya diterapkan lambang Kerajaan
Persekutuan dan lambang 11 negeri Tanah Melayu.
Matanya ditempa dari besi waja yang diambil dari 11
bilah keris.
Hulu keris berbentuk Tapak Kuda dengan hiasan yang
merupakan buah jering, keris ini dibawa oleh Yang diPertuan Agong hanya dalam istiadat tertentu sahaja.

GENDIK

Gendik merupakan pakaian bagi Raja


Permaisuri Agong, diperbuat daripada emas
putih bertatah permata berlian berbunga awan
larat. Di tengah-tengahnya terdapat anak bulan
dengan bintang.
Gendik dipakai dalam istiadat kebesaran dan
hari pertabalan. Ia dibuat khas supaya boleh
dicerai menjadi loket dan kerongsang.

KALUNG

Kalung Diraja merupakan perhiasan yang


dipakai oleh Raja Permaisuri Agong,
diperbuat daripada emas putih bertatah
penuh dengan berlian. Kalung ini juga
boleh diceraikan menjadi sepasang
subang, kerongsang dan kerabu.

COGAN ALAM

Cogan Alam mempunyai ketinggian 162.66cm


diperbuat dari perak dan mempunyai bulatan di
atas hulu tongkat. Di atas bulatan ini dibuat anak
bulan dan bintang daripada emas.
Di sekeliling bulatan pula diterapkan dengan
lambang 11 negeri Tanah Melayu juga diperbuat
daripada emas, bulatan itu pula ditanggung oleh
empat lembaga harimau manakala tongkat
dihiasi dengan batang padi daripada emas.

COGAN AGAMA

Cogan Agama juga diperbuat daripada perak,


mempunyai ketinggian 155.04cm. Ia merupakan
sebatang tongkat bulat berhulu besar.
Di atas hulu tongkat diperbuat anak bulan
dengan bintang pecah lima daripada emas.
Batang dan hulu Cogam Agama diterapkan
dengan ayat-ayat suci al-Quran.

COKMAR

Cokmar pula ialah dua batang tongkat


pendek berhulukan kubah, ia adalah alat
perang di zaman dahulu. Diperbuat
daripada perak, mempunyai ketinggian
81.32cm.

PEDANG, KERIS PANJANG DAN


SUNDANG
Pedang, Keris Panjang dan Sundang
Diraja. Alat kebesaran ini asalnya
merupakan senjata Melayu yang diambil
daripada mata pedang panjang dan
sundang zaman purbakala.
Keris Panjang dan Sundang disalut
dengan perak serta berukir pada hulu dan
sarungnya.

PAYUNG UBUR-UBUR KUNING

20 kaki Payung Ubur-ubur Kuning yang


diperbuat daripada kain sutera berwarna
kuning raja, iaitu warna yang dipandang
mulia. Di kemuncaknya dipasangkan anak
bulan dengan bintang.

TOMBAK BERAMBU

20 batang Tombak Berambu yang


matanya berlok tiga diperbuat daripada
tombak-tombak pusaka dari 11 buah
negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

COP MOHOR

You might also like