You are on page 1of 2

Lampiran 1

Pernyataan:

Tuntutan Pihak Yang Menuntut ialah untuk jumlah RM299.00 (Harga


Barangan) +RM13.00 (SSM e-Info-Company/Business Information) +RM5.00
(Fi Pemfailan). Jumlah keseluruhan tuntutan ialah RM317.00
Butir-butir tuntutan:
Pada 19 Disember 2014 (Jumaat), saya telah membeli alat senaman
berjenama Exton total core fitness (selepas ini dirujuk sebagai alat senaman)
daripada Astro GS Shop Sdn. Bhd. (selepas ini dirujuk sebagai pihak
penentang) melalui telefon dan telah membayar menggunakan kad kredit
Maybank (selepas ini dirujuk sebagai pihak bank) sebanyak RM299.00 secara
ansuran selama 3 bulan.
Saya tidak berpuas hati kerana:i)

Pada hari pertama saya menerima alat senaman tersebut iaitu


pada 22 Disember 2014 (Isnin) menerusi penghantaran kurier
syarikat GD Express Sdn. Bhd. (selepas ini dirujuk sebagai syarikat
kurier) terdapat kerosakan pada salah satu bahagian plastik pada
alat senaman tersebut. Saya dengan serta merta terus menelefon
pihak penentang untuk memaklumkan kerosakan tersebut dan
saya telah dimaklumkan pula oleh pihak penentang agar
memulangkan semula alat senaman tersebut untuk mendapatkan
semula duit pembelian saya. Pada keesokan hari iaitu pada 23
Disember 2014 (Selasa), saya telah menerima panggilan telefon
daripada syarikat kurier yang memaklumkan bahawa alat senaman
tersebut akan diambil semula oleh syarikat kurier pada 24
Disember 2014 (Rabu). Walaubagaimanpun, setelah lama
menunggu syarikat kurier tidak juga datang pada tarikh yang
dijanjikan dan saya sekali lagi menelefon pihak penentang pada 28
Disember 2014 (Ahad) untuk memaklumkan bahawa alat senaman
masih belum diambil oleh syarikat kurier dan sekaligus bertanya
tentang status pemulangan duit saya. Pihak penentang telah
memaklumkan bahawa saya akan mendapat semula duit saya
dalam tempoh 14 hingga 21 hari bekerja. Selepas seminggu, pada
30 Disember 2014 (Selasa) barulah syarikat kurier datang ke
rumah saya untuk mengambil semula alat senaman tersebut.

ii)

Selepas saya memulangkan alat senaman tersebut, saya tidak


pernah menerima sebarang panggilan daripada pihak penentang.
Maka, pada 9 Januari 2015 (Jumaat) saya sekali lagi menelefon
pihak penentang untuk bertanya tentang status pemulangan duit
saya namun masih tiada respon positif daripada pihak penentang.
Saya dengan sabar masih menunggu namun pada 16 Januari 2015
(Jumaat) saya telah menelefon pihak penentang untuk
mendapatkan penjelasan tentang status pemulangan duit saya.
Kali ini saya telah mencatat nama staf pihak penentang iaitu
Sharmine dan beliau telah menjelaskan kepada saya bahawa pihak
penentang perlu 10 hari bekerja dari tarikh pemulangan alat
senaman tersebut iaitu pada 30 Disember 2014 (Selasa) untuk
pemeriksaan kawalan kualiti dan 14 hari bekerja lagi untuk proses
pemulangan duit kepada saya. Jadi saya sepatutnya akan
menerima semula duit pembelian saya pada 30 Januari 2015
(Jumaat).
sila lihat muka surat sebelah

Lampiran 1

iii)

Selepas menyemak baki akaun bank saya, pihak penentang


masih belum memasukkan duit saya pada tarikh yang dijanjikan
dan saya sekali lagi menelefon pihak penentang pada 31 Januari
2015 (Sabtu) dan kali ini saya bercakap dengan staf bernama Am.
Beliau pula meminta saya menunggu sehingga 6 Februari 2015
(Jumaat) dengan alasan perlu menunggu pihak bank untuk
memulangkan duit saya. Alasannya ini menunjukkan bahawa
beliau langsung tiada maklumat yang betul tentang status
pemulangan duit saya kerana saya sendiri telah menelefon pihak
bank pada 28 Januari 2015 (Rabu) untuk mendapatkan maklumat
sekiranya terdapat cara untuk saya menahan pembayaran
kepada pihak penentang namun pihak bank pula telah
memaklumkan kepada saya bahawa pihak bank telah membuat
pembayaran penuh sebanyak RM299.00 kepada pihak penentang
pada tarikh transaksi pembelian dilakukan. Situasi ini
menunjukkan bahawa pihak penentang sengaja melengahlengahkan pemulangan duit saya. Saya juga sempat berpesan
kepada Am sekiranya masih tiada pemulangan duit saya pada 6
Februari 2015 (Jumaat), saya akan mendakwa pihak penentang di
Tribunal Tuntutan Pengguna dan beliau sekadar mampu merayu
supaya saya menunggu sehingga 6 Februari 2015 (Jumaat) tanpa
sebarang alasan yang kukuh. Pada 6 Februari 2015 (Jumaat) saya
sekali lagi menelefon pihak bank untuk mendapatkan bantuan
semakan akaun dan sekali lagi pihak penentang gagal
memulangkan duit saya seperti yang dijanjikan malah pihak bank
sendiri cuba membantu saya menelefon pihak penentang namun
seperti biasa pihak penentang dengan alasan yang sama
meminta saya menunggu sehingga 18 Februari 2015 (Rabu).

iv)

Pada 10 Februari 2015 (Selasa) saya telah menelefon pihak


penentang dan bercakap dengan staf bernama Miza namun
masih tiada jawapan yang memuaskan lalu saya meminta untuk
bercakap dengan pengurus tetapi selepas menunggu hampir
setengah jam barulah saya dapat bercakap dengan ketua
kumpulan sahaja iaitu Albert. Beliau berjanji akan mengambil
tindakan segera dan berjanji akan menelefon saya semula untuk
memaklumkan status pemulangan duit saya sebelum 13 Februari
2015 (Jumaat) namun sehingga hari ini beliau tidak pernah
menelefon saya semula.

Pada 16 Februari 2015 (Isnin) saya telah berusaha pergi ke pejabat syarikat
kurier di Ipoh dan berjumpa staf bernama Nadia untuk mendapatkan
maklumat seperti berikut: (sila rujuk lampiran)
1) Pickup Information Status
2) Receiver Copy
Maklumat-maklumat ini turut saya lampirkan sebagai bukti kelewatan
pihak penentang untuk memulangkan duit saya dalam tempoh yang
dijanjikan.
Pada 17 Februari 2015 (Selasa) saya juga telah pergi ke pejabat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Ipoh untuk mendapatkan maklumat
syarikat (sila rujuk lampiran) sebagai bukti kewujudan operasi syarikat
pihak penentang untuk pihak Tribunal mengambil tindakan selanjutnya.
Sekian.

You might also like