You are on page 1of 20

1 SUSUNAN DAN KANDUNGAN LATIHAN ILMIAH

1.1 Pengenalan
Garis panduan ini terpakai kepada pelajar sesi akademik 2011/2012 yang
mendaftar subjek-subjek berikut:
BAEA 3216

Sejarah Seni Bina III

BAES 5283

Topical Studies/Dissertation

BMEM 3184

Projek Ilmiah Pengurusan Harta Tanah

BQEQ 3189

Projek Ilmiah Ukur Bahan

BSES 3285

Projek Ilmiah Ukur Bangunan


Projek Ilmiah Perancang Bandar dan Wilayah

Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan format dan cara persembahan akhir
projek latihan ilmiah yang perlu disediakan oleh pelajar yang mendaftar subjeksubjek di atas. Setiap projek latihan ilmiah pada amnya boleh dibahagikan
kepada empat bahagian iaitu:
1. Bahagian Permulaan;
2. Teks;
3. Bahan rujukan; dan,
4. Lampiran
Bahagian berikutnya akan menerangkan secara lebih terperinci, susunan
kandungan projek latihan ilmiah secaraakan yang perlu disediakan oleh pelajar.
1.1.1 Bahagian Permulaan
Bahagian permulaan projek latihan ilmiah terdiri daripada:
i.

Halaman tajuk;

ii.

Perakuan pelajar;

iii.

Tuntutan pihak ketiga;

iv.

Dedikasi;

v.

Penghargaan;
1

vi.

Abstrak;

vii.

Senarai kandungan;

viii.

Senarai jadual;

ix.

Senarai rajah;

x.

Senarai kependekan; dan,

xi.

Senarai lampiran

1.1.1.1 Halaman Tajuk


Halaman Tajuk mengandungi perkara-perkara seperti tajuk projek latihan ilmiah,
nama pelajar, nama fakulti, nama university dan tahun projek latihan ilmiah
diserahkan. Contoh Halaman Tajuk adalah seperti dalam Lampiran B.
1.1.1.2 Perakuan Pelajar
Halaman Perakuan Pelajarmemuatkan akujanji pelajar mengenai keaslian kajian
yang dijalankan beliau. Perakuanini hendaklah ditandatangani oleh pelajar.
Contoh halaman perakuan pelajar adalah seperti dalam Lampiran C.
1.1.1.3 Tuntutan Pihak Ketiga
Halaman Tuntutan Pihak Ketiga disediakan bagi mengelakkan apa-apa tuntutan
pihak ketiga diambil terhadap Jabatan/Fakulti/Universiti atas apa-apa sebab
dalam penyediaan projek latihan ilmiah ini. Halaman ini perlu dimuatkan selepas
Halaman Perakuan Pelajar. Contoh Halaman Tuntutan Pihak Ketiga adalah
seperti dalam Lampiran D.
1.1.1.4 Dedikasi
Halaman Dedikasi adalah halaman bagi pelajar menyatakan ucapan atau
dedikasi. Pernyataan dedikasi hendaklah ringkas. Halaman dedikasi merupakan
satu pilihan. Pelajar boleh memilih untuk tidak menyertakan halaman ini untuk
projek latihan ilmiah beliau. Contoh Halaman Dedikasi adalah seperti dalam
Lampiran E.
1.1.1.5 Penghargaan
Halaman Penghargaan adalah halaman untuk pelajar merakamkan penghargaan
kepada orang perseorangan/pertubuhan/organisasi yang telah memberikan
sebarang bentuk bantuan dalam penyediaan projek latihan ilmiah terutamanya

penyelia kajian pelajar. Contoh Halaman Penghargaan adalah seperti dalam


Lampiran F.
1.1.1.6 Abstrak
Abstrak hendaklah disediakan dalam dua bahasa: Bahasa Melayu; dan, Bahasa
Inggeris. Bagi penulisan yang dibuat dalam Bahasa Melayu, abstrak hendaklah
dibuat dalam bahasa tersebut beserta terjemahan dalam Bahasa Inggeris. Begitu
juga sebaliknya bagi penulisan yang dibuat dalam Bahasa Inggeris. Setiap versi
mestilah dimuatkan dalam muka surat yang berlainan. Abstrak hendaklah ditulis
tidak melebihi 500 patah perkataan dan menggunakan muka taip (font) Arial,
saiz 11 dan jarak satu langkau (single spacing).
Abstrak perlu mengandungi:
i.

Bidang kajian;

ii.

Pernyataan masalah;

iii.

Kaedah penyelesaian;

iv.

Kaedah kajian; dan,

v.

Hasil kajian.

Contoh Abstrak adalah seperti dalam Lampiran G dan H.


1.1.1.7 Senarai Kandungan
Senarai kandungan mengandungi senarai bab dan tajuk bab serta pecahan tajuk
bagi setiap bab yang terdapat dalam teks. Tajuk-tajuk yang disenaraikan
hendaklah sama dengan yang ditulis dalam teks dan hendaklah disenarikan
beserta dengan mukasuratnya. Contoh Senarai Kandungan adalah seperti dalam
Lampiran I.
1.1.1.8 Senarai Jadual
Senarai Jadual mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam teks.
Nombor mukasurat setiap jadual yang dimuatkan dalam teks hendaklah turut
dicatatkan. Contoh Senarai Jadual adalah seperti dalam Lampiran J.

1.1.1.9 Senarai Rajah


Senarai Rajah merupakan senarai untuk fotograf, lukisan, graf, carta dan peta
yang terdapat dalam teks. Senarai ini hendaklah dibuat seperti dalam senarai
jadual. Contoh Senarai Rajah adalah seperti dalam Lampiran K.
1.1.1.10

Senarai Kependekan

Senarai Kependekan mengandungi semua kependekan yang digunakan dalam


teks. Senarai tersebut termasuklah simbol, singkatan, tatanama dan istilah.
Senarai Kependekan mestilah disusun mengikut susunan abjad. Contoh Senarai
Kependekan adalah seperti dalam Lampiran M.
1.1.2 Teks
Teks merupakan isi kandungan projek ilmiah. Teks ini hendaklah dibahagikan
kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian perlu mempunyai tajuk dan nombor.
Bahagian-bahagian ini boleh dipecahkan kepada beberapa sub-bahagian dan
diberi tajuk. Setiap bahagian hendaklah dimulakan pada mukasurat yang baru.
Teks hendaklah mempunyai perkara-perkara berikut:
i)

Pengenalan;

ii)

Kajian literatur;

iii)

Metodologi kajian;

iv)

Hasil kajian dan analisis kajian; dan

v)

Kesimpulan, cadangan atau rumusan kajian.

Maklumat yang ditulis dalam teks sekiranya dirujuk dari mana-mana sumber,
sumber ini perlu dinyatakan dalam teks. Rujukan ini hendaklah ditulis mengikut
kaedah tertentu seperti yang dinyatakan dalam Bab 3.
Di dalam teks juga, boleh dimuatkan jadual. Jadual yang dimuatkan dalam teks
hendaklah dinomborkan dengan angka Arab. Setiap jadual diberi tajuk dan
diletakkan di bahagian atas jadual. Nombor jadual dikaitkan dengan nombor Bab
di mana jadual tersebut dimuatkan.. Contohnya, Jadual 2.3 adalah jadual ke-tiga
yang terdapat dalam Bab 2 projek latihan ilmiah tersebut. Jadual perlu
diletakkan selepas sahaja ianya diterangkan buat pertama kalinya dalam teks.
Semua jadual hendaklah disenaraikan dalam Senarai Jadual.

Bahan-bahan seperti peta, lukisan, graf, carta dan gambar merupakan Rajah.
Sepertimana jadual, rajah juga perlu diberi nombor dengan nombor Arab dan
diberi tajuk. Tajuk rajah perlu diletakkan di bawah rajah. Nombor yang
diberikan perlu dikaitkan dengan Bab di mana rajah tersebut dimuatkan. Rajah
perlu diletakkan selepas sahaja ianya dirujuk buat pertama kalinya dalam teks.
Semua rajah perlu disenaraikan dalam Senarai Rajah.
1.1.3 Rujukan
Rujukan merupakan bahan yang dirujuk semasa menyediakan projek latihan
ilmiah sama ada melalui petikan secara langsung atau melalui rujukan am.
Semua rujukan tersebut hendaklah disenaraikan dalam Senarai Rujukan.
Terdapat beberapa kaedah penulisan rujukan seperti yang diterangkan dengan
terperinci dalam Bab 3.
1.1.4 Lampiran
Lampiran yang berkaitan dan membantu pemahaman teks projek latihan ilmiah
disediakan bila perlu. Bahagian ini mengandungi keterangan tambahan,
maklumat, dan data asal atau petikan yang terlalu panjang . Semua lampiran ini
hendaklah disenaraikan di dalam Senarai Lampiran di bahagian permulaan
projek latihan ilmiah.

Jadual 1.1. Susunan kandungan projek latihan ilmiah


Perkara
Kulit Projek Latihan
Ilmiah
Halaman tajuk

Status

Contoh
(Lampiran)
Wajib
A
Wajib

Perakuan Pelajar

Wajib

Tuntutan Pihak Ketiga

Wajib

Dedikasi

Pilihan

Penghargaan

Wajib

Abstrak (Bahasa Melayu)

Wajib

Abstrak (Bahasa Inggeris)

Wajib

Senarai Kandungan

Wajib

Senarai Jadual

Wajib

Senarai Rajah

Wajib

Senarai Kependekan

Wajib

Senarai Lampiran

Wajib

Teks

Wajib

Rujukan

Wajib

Catatan

Mukasurat tidak
bernombor tetapi dikira
sebagai (i)
Mukasurat ternombor
roman kecil (ii)
Mukasurat bernombor
roman kecil (iii)
Mukasurat bernombor
roman kecil (sekiranya
ada)
Mukasurat bernombor
roman kecil
Mukasurat bernombor
roman kecil
Mukasurat bernombor
roman kecil
Mukasurat bernombor
roman kecil
Mukasurat bernombor
roman kecil
Mukasurat bernombor
roman kecil
Mukasurat bernombor
roman kecil
Mukasurat bernombor
roman kecil
Mukasurat bernombor
Arab dimulakan dengan 1
Mukasurat bernombor
Arab bersambung dengan
nombor teks

2 FORMAT
2.1 Kertas dan Saiz
Gunakan kertas putih saiz A4 (210 mm x 297 mm) yang bermutu baik iaitu 80
gram. Hanya sebelah muka surat sahaja yang boleh dicetak.

2.2 Birai
Semua muka surat perlu mempunyai birai yang sama. Birai kiri mestilah 4 cm
(untuk penjilidan) dan 2.5 cm bagi birai atas, bawah dan kanan.

2.3 Pernomboran Muka Surat


Setiap muka surat hendaklah mempunyai nombor yang disusun berterusan
seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.1. Muka surat hendaklah dicetak di bahagian
bawah di sudut sebelah kanan iaitu 1.25 cm dari bawah dan 2.5 cm dari sebelah
kanan.
Pernomboran muka surat mestilah seperti berikut:
i.

Bahagian permulaan projek latihan ilmiah dicetak dengan nombor


roman kecil secara berturutan seperti i, ii, iii,

ii.

Muka surat pertama yang mengandungi tajuk kajian (halaman tajuk)


dianggap sebagai muka surat (i) tetatpi nombornya tidak dicetak.
Muka surat pertama selepas muka surat yang mengandungi judul
dicetak sebagai muka surat (ii).

iii.

Teks am dan semua muka surat termasuk rujukan dan lampiran


dicetak dengan nombor Arab secara berturut seperti 1, 2, 3, ... bermula
dengan nombor 1.

iv.

Sekiranya terdapat kertas pembahagi di antara Bab atau kertas


pembahagi di antara teks dan lampiran digunakan, ianya tidak perlu
diberi nombor muka surat.

2.4 Pernomboran Bab dan Pecahan Bab


Semua bab dan pecahan kecil perlu diberi nombor. Bab menggunakan nombor
Arab seperti Bab 1, Bab 2, Bab 3, dan seterusnya. Pecahan kecil di dalam setiap

bab perlu diberi nombor dan disusun tidak lebih daripada tiga peringkat
pecahan seperti berikut:
1. Peringkat pertama (tajuk pecahan kecil)
2. Peringkat kedua (tajuk pecahan-pecahan kecil)
3. Peringkat ketiga (tajuk pecahan-pecahan-pecahan kecil)
Sekiranya mempunyai tajuk melebihi peringkat ketiga, peringkat seterusnya
hendaklah menggunakan abjad seperti a, b, c, dan seterusnya.

2.5 Penaipan
Projek latihan ilmiah hendaklah dicetak dengan menggunakan muka taip (font)
Arial, saiz 11 dan jarak satu-setengah langkau (one-and-a-half spacing). Hanya
satu langkau digunakan untuk:
i.

Petikan yang panjang;

ii.

Abstrak;

iii.

Nota/Sumber/Petikan;

iv.

Senarai rujukan

Sesuatu perenggan yang baru pada bahagian bawah setiap muka surat mestilah
mengandungi sekurang-kurangnya dua baris yang lengkap. Sekiranya ianya
perenggan akhir dalam satu muka surat dan perenggan tersebut mempunyai
kurang daripada dua baris yang lengkap, perenggan tersebut hendaklah
dimulakan pada muka surat yang baru.
Tajuk setiap bab hendaklah ditaip menggunakan abjad besar dan menggunakan
muka taip (font) Arial, saiz tidak melebihi 16. Bab yang baru hendaklah dicetak
pada muka surat yang baru. Tajuk dan pecahan tajuk perlu dinamakan dan
digelapkan seperti di Lampiran N dan O.
Abjad pertama untuk pecahan tajuk hendaklah ditaip dengan menggunakan
huruf besar kecuali untuk kata penghubung seperti dan, dari, ke, di dan
seumpamanya.

2.5.1 Muka Taip (Font) untuk Tajuk Jadual, Tajuk Rajah dan Sumber
Muka taip (font) untuk perkara ini ialah jenis Arial, saiz 10 dan jarak satu
langkau antara baris.

2.6 Langkau Penaipan


Langkau yang digunakan hendaklah seperti berikut:
i.

Langkau di antara birai atas dan Bab ialah 2.5 cm;

ii.

Langkau di antara Bab dan Tajuk Bab ialah 4 langkau baris;

iii.

Langkau di antara Tajuk Bab dan Baris Pertama Teks ialah 4 langkau
baris:

iv.

Langkau di antara teks di baris akhir perenggan dan sub-tajuk ialah 4


langkau baris;

v.

Langkau di antara sub-tajuk dan baris pertama teks ialah 2 langkau


baris;

vi.

Langkau di antara perenggan ialah 2 langkau baris;

vii.

Nombor dan tajuk bagi sub-tajuk hendaklah selari dengan birai kiri;

viii.

Langkau di antara baris akhir perenggan dengan jadual dan rajah ialah
jarak dua langkau baris

(Rujuk Lampiran N)

2.7 Jumlah Perkataan


Teks projek latihan ilmiah hendaklah tidak kurang 8,000 patah perkataan
dan tidak melebihi 10,000 patah perkataan. Walaubagaimanapun pelajar
dibenarkan untuk menulis melebihi 10,000 patah perkataan dengan kebenaran
bertulis daripada Ketua Jabatan masing-masing. Lampiran, jadual dan rajah tidak
termasuk dalam jumlah perkataan.

2.8 Penjilidan untuk Penyerahan


Pelajar perlu menyerahkan:
1. Dua (2) salinan asal projek latihan ilmiah yang siap dijilidkan.
2. Satu (1) salinan projek latihan ilmiah dalam cakera padat dengan format:

(<sesi>_<nomborMatrik>_<tajukKajian>.pdf); dan,

(<sesi>_<nomborMatrik>_<tajukKajian>.doc).
9

Cakera padat tersebut mestilah dilabel dengan butiran berikut:


nama; nombor matrik; sesi pengajian; jabatan; tajuk kajian; nama
penyelia. Label mestilah dipaparkan di atas bekas (casing) cakera
padat menggunakan muka taip (font) Arial, saiz 11, jarak satu
langkau.

2.8.1 Warna Kulit dan Tulisan


Kulit projek latihan ilmiah hendaklah menggunakan jenis hard cover dan
bertulisan emas. Saiz minimum untuk tulisan ialah muka taip (font) Arial, saiz 18.
Warna yang perlu digunakan adalah seperti jadual di bawah.
Jadual 2.1. Warna kulit projek latihan ilmiah
Jabatan
Pengurusan Harta Tanah
Perancangan Bandar dan Wilayah
Senibina: BSc Arch
B Arch
Ukur Bahan
Ukur Bangunan

Warna*
Ungu
Hijau
Merah Hati
Hitam
Biru

* Sila sahkan kod warna dengan Penyelaras Latihan Ilmiah Jabatan masing-masing.
2.8.2 Muka Hadapan
Muka hadapan hendaklah mempunyai tajuk projek latihan ilmiah, nama pelajar,
Universiti Malaya dan tahun penyerahan projek latihan ilmiah dan hendaklah
dicetak dengan huruf besar. Contoh Muka hadapan adalah seperti dalam
Lampiran A.
2.8.3 Tulang Belakang
Nama pelajar, nama ijazah serta tahun penyerahan hendaklah dicetak dengan
huruf besar, muka taip (font) Arial, saiz 12, bertulisan emas seperti dalam
Lampiran A.

10

3 RUJUKAN
3.1 Pengenalan
Projek latihan ilmiah yang menggunakan penulisan lain, sama ada melalui
petikan secara langsung ataupun melalui rujukan am, mestilah memberikan
butir-butir sumber tersebut dalam bahagian rujukan.

3.2 Sistem Nama Pengarang dan Tahun


Penulisan rujukan projek latihan ilmiah hendaklah menggunakan Sistem
Harvard.
3.2.1 Rujukan dalam Teks
Rujukan yang dinyatakan dalam teks hendaklah ditulis menggunakan nama
pengarang dan tahun penerbitan seperti contoh dibawah:
i.

Sekiranya pelajar menggunakan paraphrasing -nama pengarang


ditulis sebahagian daripada teks- tahun penerbitan hendaklah ditulis
dalam kurungan seperti berikut:
Works by Yao (1993) shown that in order to maintain the
behavioural link between the offsprings and their parents, the use
of crossover operator should be avoided.

ii.

Sekiranya pelajar menggunakan petikan yang panjang (quotation),


nama pengarang, tahun penerbitan dinyatakan dalam perenggan, dan
muka surat hendaklah ditulis dalam kurungan seperti berikut:
ANN offers useful properties and capabilities such as non-linearity,
input and output mapping, adaptability and fault tolerance among
others. (Haykin, 1990: 16)
Contoh seperti diatas iaitu petikan ini menggunakan font Arial 10
itallic, jarak satu langkau baris antara barisan dan indent
dipermulaan ayat.

iii.

Sekiranya terdapat dua atau tiga pengarang, nama-nama pengarang


tersebut perlu ditulis seperti berikut:

11

In designing the model for non-linear system, the parsimonious


principle(Soderstrom and Stoica, 1989) is critical because a nonlinear model involves an excessive number of parameters.
Syu and Chang (1999) successfully used neural networks to
adaptively control Penicillin acylase fermentation.
iv.

Sekiranya terdapat lebih daripada tiga pengarang, selepas nama


pengarang yang pertama, hendaklah tulis et al. seperti berikut:
The algorithm can be calculated by applying Gram-Schmidt
procedures as described by Korenberg et al. (1998)

v.

Sekiranya beberapa penulisan dibuat oleh pengarang yang sama di


dalam tahun yang sama, abjad seperti a, b, c, dan seterusnya
hendaklah ditulis selepas tahun penerbitan.
Some of the basic principles widely used by many researchers are
Lagrange- Euler (LE) equations (Uicker, 1965; Bejczy and Paul,
1981), Newton-Euler (NE) equations (Luh et al., 1980a) and
dAlembert (G-D) equations (Lee et al., 1983).
Luh et al. (1980b) presented an example of an acceleration control
of robot arm/manipulator.

3.2.2 Senarai Rujukan


Senarai rujukan yang dinyatakan dalam teks perlu disenaraikan dalam Senarai
Rujukan. Senarai Rujukan hendaklah disenaraikan mengikut susunan abjad.
Sekiranya rujukan tersebut mempunyai pengarang yang sama, susunan
hendaklah mengikut tahun penerbitan. Sebagai contoh, artikel yang ditulis oleh
Paden yang diterbitkan pada tahun 1983 hendaklah disusun sebelum artikel
yang diterbitkan pada tahun 1999.
Sekiranya rujukan melibatkan lebih daripada satu pengarang, hendaklah disusun
rujukan tersebut mengikut pengarang yang pertama.
3.2.3 Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan
3.2.3.1 Penggunaan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan
Terdapat pelbagai nama pengarang. Beberapa cara penulisan untuk nama
pengarang adalah seperti berikut:

12

i.

Nama Barat
Tuliskan nama keluarganya dan diikuti oleh nama lain.
Contoh :
Nama: John Noick Pavlovic (dalam teks)
Ditulis: Pavlovic, J.N. (tahun)
(dalam teks) Pavlovic, J.N. (tahun)

ii.

Nama Melayu
Tuliskan nama keluarganya dan diikuti oleh nama lain.
Contoh :
Nama: Mohd Noor bin Abdullah (dalam teks)
Ditulis: Abdullah, M.N. (tahun)
(dalam teks) Abdullah, M.N. (tahun)

iii.

Nama Arab atau berunsur Arab


Tuliskan nama keluarganya.
Contoh :
Nama: Syed Muhammad Naquib Al-Attas (dalam teks)
Rujukan: Muhammad Naquib, S.A.
(dalam teks) Muhammad Naquib (tahun)
Jika tiada nama keluarganya, tuliskan nama pengarang.
Contoh :
Nama: Malik ibn Anas
Ditulis: Malik ibn Anas (tahun)
(dalam teks) Malik ibn Anas (tahun)

iv.

Nama Cina
Mulakan dengan nama keluarganya. Nama keluarga bagi nama Cina
terletak di depan nama.
Contoh:
Nama: Tan Beng Keat
Rujukan: Tan, B.K.
(dalam teks) Tan (tahun)

v.

Nama India
Tuliskan nama pengarangnya.
Contoh:
Nama: Srinivasan Venkataraman
Ditulis: Venkataraman, S.

13

(dalam teks) Venkataraman (tahun)


Ditulis terbalik sekiranya nama mempunyai singkatan.
Contoh:
Nama: S. N. Gupta
Ditulis: Gupta, S.N.
(dalam teks) Gupta (tahun)
i.

Nama Punjabi
Tuliskan nama pengarangnya.
Contoh:
Nama: Karam Singh
Ditulis: Karam Singh
(dalam teks) Karam (tahun)
atau;
Nama: Surjit Kaur Grewel
Ditulis: Surjit Kaur Grewel
(dalam teks) Surjit (tahun)

3.2.3.2 Cara Penulisan


Cara yang perlu ditulis dalam Senarai Rujukan dalah seperti berikut:
i.

Satu dan beberapa pengarang:


Contoh satu pengarang:
Veres, S.M., 1990. Structure Selection of Stochastic Dynamic
Systems. New York : Gordon and Breach Science Publishers.
Contoh dua atau beberapa pengarang:
Soderstrom, T., Stoica, P., 1989. System Identification. United
Kingdom: Prentice Hall International Ltd.
Luh, J.Y.S., Walker, M.W., and Paul, R.P., 1980. ResolvedAcceleration Control of Mechanical Manipulators, IEEE Trans.
Automatic Control. 25 (3) : 468-474.

ii.

Penyunting/Penyusun
Contoh:
Kristjohnson, H. (Ed), 1971. Modern Fishing gear of the
worl.Surre : Fishing New Book.
Lees, R.H. & Thomas, T.R. (Eds) 1974. Chemical nomenclature
14

usage.Chischester : Ellis Horwwod.


iii.

Penulis/Penyunting Korporat
Contoh:
Engineers Joint Council, 1969. Treasure of engineering and
scientific terms.New York : Engineers Council.
American Chemical Society (Ed). 1978. Handbook for authors of
American Chemical Society publications.Washington, D.C :
American Chemical Society.

3.2.4 Penulisan untuk Beberapa Bahan Rujukan di dalam Senarai Rujukan


Terdapat pelbagai bahan rujukan untuk dirujuk di dalam penyediaan projek
ilmiah dan ianya hendaklah ditulis di dalam Senarai Rujukan seperti berikut:
i.

Buku
Nama pengarang. Tahun. Tajuk. Edisi (sekiranya terdapat lebih
daripada beberapa edisi). Tempat diterbitkan: Penerbit.
Contoh:
Theusen, G.J. and Fabrycky, W.J., 1984. Engineering Economy.
6th ed. Englewood Cliffs, N.J: Prentice-Hall.

ii.

Artikel dalam buku


Nama pengarang artikel. Tahun. Tajuk artikel. Dalam: Pengarang buku.
Tajuk buku. Tempat diterbitkan: Penerbit. Mukasurat.
Contoh:
Hussein, S.B., Jamaluddin, H., Mailah, M. and Zalza, A. M. S.,
2000. An Evolutionary Neural Network Controller for
Intelligent Active Force Control. In: Parmee, I.C. ed.
Evolutionary Design and Manufacturing. London: SpringerVerlag.351-362.

iii.

Jurnal
Nama pengarang artikel. Tahun. Tajuk artikel. Dalam: Pengarang buku.
Mukasurat.
Contoh:
Billing, S. A., 1980. Identification of Nonlinear Systems: A
15

survey. Proc. IEE, Part D. 127 (6): 272-284.


iv.

Artikel Seminar
Nama pengarang. Tahun. Tajuk artikel. Nama Seminar. Tarikh seminar.
Tempat diterbitkan: Penerbit, mukasurat.
Contoh :
Sheta, A.F. and De Jong, K., 1996. Parameter Estimation of Non
Linear Systems in Noisy Environments Using Genetic
Algorithms. Proceedings of the 1996 IEEE International
Symposium on Intelligent Control. September 15-18. Dearborn,
Michigan: IEEE, 360-365.

v.

Tesis
Nama pengarang (Tahun).Tajuk tesis. Institusi pengajian: Tesis.
Contoh:
Hasniza, M. R., 2003. Pasaran Buruh Tempatan Dalam Sektor
Pembinaan. Universiti Malaya: Tesis PhD. (unpublished).

vi.

Buku Perundangan
Nama negara. Tahun. Tajuk buku perundangan. Nombor perundangan.
Contoh:
Melayu 1983. Perintah Monumen Lama dan Tapak Tanah
Bersejarah. P.U. (A) 41 1983.

vii.

Piawai
Nama Institusi. Tahun. Tajuk piawai/standard. Tempat diterbitkan.
Nombor piawai.
Contoh:
British Standards Institution 1987. Tongued and Grooved
Software Flooring. London, BS 1297.

viii.

Paten
Nama pemilik. Tahun. Tajuk patent. Nombor paten.
Contoh:
Howick Partitioning Ltd. 1984.Howick: Partitioning in
Business. Redhill (U.K), 925, 457.

16

ix.

Katalog
Nama pengeluar. Tahun. Tajuk. Tempat diterbitkan: Nota.
Contoh:
Howick Partitioning Ltd. 1984. Howick: Partitioning in
Business. Redhill (U.K): Trade Brochure.

x.

Lukisan Terukur
Nama. Tahun. Tajuk. Tempat diterbitkan: Nota.
Contoh:
ZairulAzidin A., 1980. Rumah Kutai Haji Sahak, Kampung
Tanjung, Kampung Gajah, Perak. UTM: Lukisan Terukur.

xi.

Bahan yang tidak diterbitkan


Nama. Tahun. Tajuk. Tempat/Institusi. Tidak diterbitkan.
tidak diterbitkan perlu ditulis di akhir ayat.

3.2.5 Rujukan internet


Maklumat yang dirujuk dari internet merupakan maklumat yang akan berubahubah. Oleh kerana itu, rujukan yang dibuat perlu dirujuk semula dengan rujukan
asal. Walaubagaimanapun, jika maklumat tersebut perlu digunakan dalam projek
latihan ilmiah cara penulisannya sama seperti rujukan artikel lain tetapi
hendaklah dinyatakan alamat web dan tarikh dilayari adalah seperti berikut;
Dalam rujukan ditulis; (sumber web/linkpage/tarikh diakses)
Laman web:
1. www.midvalley.com.my/fiabci2001.cfm. Akses pada 15/05/2003.
2. www.midvalley.com.my/about.cfm. Akses pada 15/05/2003
Contoh dalam teks adalah sama seperti rujukan dari sumber lain. Jika tiada nama
penulis tetapi hanya artikel atau laman web rasmi selepas akhir teks di tulis
dalam kurungan contoh seperti (www.midvalley.com.my/fiabci2001.cfm. Akses
pada 15/05/2003).

17

4 NOTA DAN NOTA KAKI


4.1 Panduan Umum
Nota seperti nota kaki, nota atas dan sebagainya pada sesuatu halaman tertentu
tidak digunakan bagi penulisan projek ilmiah dalam bidang Sains dan Teknologi.
Walaubagaimanapun, penggunaan nota kaki yang terhad dibenarkan bagi
penulisan kajian ilmiah dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan. Nota kaki
diletakkan di bawah sesuatu halaman. Ia digunakan untuk menerangkan atau
member maklumat tambahan mengenai perkara yang terdapat dalam
kandungan teks pada halaman berkenaan. Nota kaki dicatatkan mengikut angka
Arab dan berturutan iaitu 1, 2, 3 dan seterusnya.
4.2 Cara Penulisan
Cara penulisan:
Nama pengarang, Tajuk artikel. Maklumat penerbitan, tahun, muka
surat.
Ditulis menggunakan muka taip (font) 10 dan jarak satu langkau (single
spacing) seperti berikut :
10Carter,M.D,

Bonk,.W.J., and Magrill, R.M., 1974, pp.61-66

Nombor 10 tersebut ialah nombor nota kaki dan ditulis menggunakan muka taip
(font) dan superscript. Sekiranya penulis hendak menggunakan nota kaki,
penulisannya hendaklah seragam bagi keseluruhan penulisan kajian ilmiahnya.

18

5 PENILAIAN LATIHAN ILMIAH


5.1 Kaedah Penilaian
Pelajar yang mengambil subjek projek latihan ilmiah ini akan dinilai secara
berterusan bermula daripada minggu pertama mereka mengikuti subjek ini.
Pelajar akan diberi bimbingan melalui syarahan pada beberapa minggu
mengenai cara melaksanakan kajian penyelidikan, metodologi dan struktur
penulisan. Pelajar akan diberi pilihan tajuk-tajuk untuk projek ilmiah oleh
jabatan masing-masing.
Bagi pelajar yang mengambil projek ilmiah ini untuk dua semester, perlu
menyerahkan:

Bab 1 dan 2 kepada Penyelia pada Semester Satu (1) pada Minggu ke-13
(Isnin) untuk mendapat markah P.

Sekiranya pelajar gagal berbuat demikian, 10% markah akan ditolak dari
jumlah keseluruhan markah pada Semester Dua (2).

Pada Semester Dua (2):

Minggu ke-10, pelajar perlu menyerahkan deraf pertama yang sempurna


kepada Penyelia.

Minggu ke-12, Penyelia hendaklah meyerahkan semula deraf yang siap


dikomen untuk pelajar membuat pembetulan.

Minggu ke-13, pelajar perlu menyerahkan dua (2) salinan untuk dijilidkan
oleh penyelaras ke Jabatan mengikut warna yang telah ditentukan seperti
dalam Jadual 2.1.

5.2 Permarkahan
Pecahan permarkahan untuk projek latihan ilmiah mulai dari sesi 2011/2012
adalah seperti berikut;
i.

Markah untuk Penilaian Berterusan: P

ii.

Markah oleh Penyelia: 100% (termasuk markah penyeliaan sebanyak


10% - rujuk Jadual 5.1)

iii.

Markah oleh Pemeriksa: 90% (rujuk Jadual 5.1)

19

Jadual 5.1. Agihan Pemarkahan Projek Ilmiah


No

Agihan

Markah

Penyeliaan

10

Persembahan Disertasi

Pendahuluan (Bab 1)

10

Kajian Literatur

20

Metodologi

Analisa dan Perbincangan

40

Kesimpulan

10
Jumlah

100

Pemeriksa Kedua akan dilantik oleh Jabatan sekiranya terdapat perbezaan


markah lebih daripada 15 markah. Purata markah ketiga-tiga pemeriksa akan
diambil kira bagi menentukan gred muktamad.

20

You might also like