You are on page 1of 10

PERATURAN PENGGUNAAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT
DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Pengenalan
Perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi
setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah
digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu
daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat
serta sikap yang positif terhadap perkembangan
teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah
daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada
yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan
penyayang dengan menggunakan teknologi terkini.

Kegunaan Teknologi Maklumat Dalam


Pendidikan Kepada Guru
1.Pertama,guru seharusnya bukan lagi sebagai sumber utama memberi
dan menyampaikan maklumat tetapi bertindak sebagai pemudah cara
atau pengurus untuk mendapatkan maklumat.
2. Kedua guru harus mempunyai kebolehan menyusun semula ledakan
maklumat yang diperolehi dari berbagai sumber supaya dapat dijadikan
maklumat yang berstruktur untuk tujuan pengajaran.
3. Ketiga,pengetahuan dalam reka bentuk pengajaran boleh membantu
guru membina bahan-bahan pembelajaran seperti hipermedia atau
multimedia.
4. Keempat, guru-guru harus tahu menggunakan teknologi komunikasi
seperti CD Rom, cakera padat, hantaran melalui telesidang audio, video
dan komputer untuk memudahkan proses penerimaan, penyaluran atau
penyebaran maklumat kepada pelajar. Kemudahan yang dibekalkan oleh
teknologi-teknologi telekomunikasi ini dapat meningkatkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran.

Kegunaan Teknologi Maklumat


Dalam Pendidikan Kepada Pelajar
1.Pertama pelajar harus bijak mengesan, mencari, menilai, memilih dan
menggunakan maklumat yang sesuai secara berkesan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah atau membuat keputusan tanpa mengira daripada mana sumber tersebut
diperolehi.
2.Kedua pelajar hendaklah mendapatkan dan melengkapkan diri dengan maklumat
yang sebanyak mungkin sesuai dengan matlamat kerajaan mewujudkan masyarakat
yang kaya dengan maklumat menjelang tahun 2020.
3.Ketiga, pelajar juga harus tahu menggunakan teknologi maklumat yang terdapat di
pusat sumber sekolah. Pelajar tidak hanya bergantung kepada guru untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan tetapi hendaklah berusaha sendiri untuk
mendapatkannya.
4.Pendekatan pengajaran akan berubah daripada tingkahlaku dan kognitif ke
konstruktif di mana pelajar digalakkan berfikir dan membina model mental sendiri
menggunakan teknologi maklumat. Cara pelajar belajar tidak lagi terikat dalam bilik
darjah tetapi belajar di pusat sumber elektronik melalui maklumat yang disalurkan
oleh satelit ke pusat sumber elektronik.

Kebaikan Penggunaan Teknologi


Maklumat
1.Meluaskan Konsep Pembelajaran
2.Tingkatkan Penguasaan TMK
3.Meningkatkan Kefahaman
4.Peluang Pembelajaran Sama(taraf
Hidup)

5.Akses Maklumat Yang Mudah sukar


dicari
6.Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran
Menjadi Semakin Menarik .

Keburukan Penggunaan Teknologi


Maklumat
1.Tidak Kreatif
2.Malas
3.Guna Untuk Perkara Tak
Berfaedah
4.Membazir Masa

5.Punca Masalah Sosial


6.Artikulasi Tak Betul

Kesimpulannya ialah kita mestilah pandai


menggunakan teknologi maklumat dengan cermat
dan bijak. Sekian terima kasih .

You might also like