You are on page 1of 3

Vijaya memperoleh komisen sebanyak 5% daripada jualan sebuah telefon bimbit yang

berharga RM2 500. Dia membelanjakan RM 60 untuk membeli hadiah hari jadi untuk
adiknya. Cari baki wang komisen yang masih ada pada Vijaya.
Penyelesaian:

Encik Tarmizi melabur sebanyak RM20 000 di Syarikat Maju yang memberi dividen
sebanyak 4% setahun. Encik Ishak pula melabur sebanyak RM35 000 di Syarikat Jaya
yang memberi dividen sebanyak 2.5% setahun. Cari beza antara wang dividen yang
diterima oleh Encik Tarmizi dengan Encik Ishak selepas tempoh setahun.
Penyelesaian:

Mary mendapat komisen sebanyak 4.5% bagi setiap unit komputer yang dijual. Jika harga
seunit komputer ialah RM2 400, wang komisen yang diterima selepas jualan 5 unit
komputer ialah___________________.
Penyelesaian:

Di sebuah bank tempatan, peratusan tertentu dividen akan diberi mengikut tempoh wang
yang disimpan di dalam bank. 9% dividen akan diberikan selepas simpanan selama 2
tahun. Hafiz menyimpan RM20 000 ke dalam bank selama 4 tahun. Berapakah jumlah
duit yang diperolehnya sekiranya dia mengeluarkan semua duitnya selepas 4 tahun?
Penyelesaian:

Encik Zamri menerima komisen sebanyak 5% daripada harga jualan sebuah televisyen.
Jika harga jualan televisyen itu ialah RM1 200, berapakah wang yang dietrima beliau?
Penyelesaian:

Encik Amir melabur sebanyak RM10 000 di Syarikat Putra yang memberi dividen
sebanyak 5% setahun. Encik Aman pula melabur sebanyak RM15 000 di Syarikat Wira
yang memberi dividen sebanyak 2% setahun. Cari jumlah wang dividen yang diterima
oleh Encik Amir dan Encik Aman selepas tempoh dua tahun.
Penyelesaian:

You might also like