You are on page 1of 2

Dialog dan Nyanyian

Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan. Bahagian-bahagian
dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid meniru dan menghafal dialog.
Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi
memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak, nada yang betul.
Latih tubi dijalankan bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola yang digunakan oleh
guru.latihan ini dimulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid menirudan mengulangi sebutan
tersebut. Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut,murid harus mengulanginya lagi.
Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang diambil
dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid. Pasangan perkataanyang mempunyai perbezaan yang
paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan.Contohnya, daki dengan laki, tari dengan
lari,malu dengan balu
Dialog dan Nyanyian
Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihanlisan. Bahagian-bahagian
dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapatmenyuruh murid meniru danmenghafal dialog.
Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran lisan keranamenyanyi memerlukan
penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak, nada yang betul.
Latihan Pandang dan Sebut
Gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebutmerupakan
latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam tekslatihan. Carta
bergambar,bahagian filem dan slide juga digunakan. Semua alat digunakan supayamurid-murid dapat
menghasilkan pertuturan yang baik
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atauprinsip.
Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dantersusun untuk
mencapai sesuatu matlamat.
PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL
Mackey(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapat bahawa pernyataan lisanbukan
sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan unsur-unsur bunyibahasa yang
betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga merangkumi pemilihankata-kata dan
unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur tersebut dengan betul supayatergambar makna yang
betul. Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teoripembelajaran behaviouris
beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorangpenutur menguasai beberapa
kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistembunyi dan struktur dalam sesuatu
bahasa yang betul.Pendekatan ini berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilahberlandaskan
prinsippengajaran seperti pengajaran kemahiran lisan memerlukan usaha guru yang banyak dan
setiapgerak balas yang betul perlu diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi. Murid-murid tidak
bolehbertutur dengan lancar jika mereka hanya mendengar pertuturan orang lain sahaja. Jadi, para
pelajarperlu diberi mereka peluang untuk bertutur. Antara aktiviti berturtur yang boleh dijalankan di
dalambilik darjah bagi pendekatan situasi ialah
latih tubi,dialog dan nyanyian serta latihan pandang dan sebut

TEKNIK PERMAINAN BAHASA

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan.Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan
intensif,pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan
akanmenggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar,
bertutur,membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan
kemahuandalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju
inidiinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu merangsanginteraksi
verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran,bertindak
sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan dan bertindak sebagai alat pemulihan,pengukuhan dan
penggayaan. Permainan dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang mengembirakan murid. Guru
dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid. Dapatmenanamkan semangat kerjasama antara
ahli kumpulan. Selain itu, guru juga dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekapan bahasa
merekaserta mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa.
Tujuan Teknik Permainan
Mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa danMenggembirakan serta membolehkan
murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraansemasa bermain. Selain itu, dengan
menggunakan teknik permainan dalam pengajaran danpembelajaran dapat meneguhkan penggunaan
unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari olehmurid-murid. Teknik ini juga dapat mewujudkan situsi
sosial yang sihat bagi membolehkan muridberinteraksi dengan rakan sebaya mereka dan mendorong
minat murid untuk berkerjasama bagimenjayakan sesuatu tugas yang diberi

You might also like