You are on page 1of 19

Pembentukan Malaysia

Pembentukan Malaysia menggabungkan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, Sabah,


Sarawak, Brunei dan Singapura.
Pembentukan Malaysia bertujuan untuk:
Mempercepat proses kemerdekaan
Mengimbangkan kaum dalam Malaysia
Kemajuan dan kerjasama ekonomi
Keselamatan dan kestabilan negara
Antara tokoh yang terlibat dalam proses pembentukan Persekutuan Malaysia ialah:

Tunku Abdul Rahman (Persekutuan Tanah Melayu)

Tun Fuad Stephens (Sabah)

Temenggung Jugah Anak Barieng (Sarawak)

Tun Datu Mustapha bin Daty Harun (Sabah)

Lee Kuan Yew (Singapura)

16 September 1963 menjadi tarikh pengisytiharaan pembentukan Malaysia.

Rajah di atas menunjukkan proses pembentukan Malaysia.

Namun begitu, selepas 9 Ogos 1965 keanggotaan Malaysia hanya dianggotai


oleh Persatuan Tanah Melayu, Sabah dan sarawak. Keadaan ini disebabkan
keluarnya Singapura daripada Malaysia pada tarikh tersebut.
Faktor-faktor yang menyebabkan keluarnya Singapura daripada Persekutuan
Malaysia ialah:

masalah ekonomi
konsep Malaysian Malaysia

pertikaian Parti Perikatan (PETIR)

rusuhan kaum

kemajuan dan kerjasama ekonomi

keselamatan dan kestabilan negara

PEMBENTUKAN MALAYSIA
a)
Huraikan sebab-sebab pembentukan Malaysia (8 markah)
Faktor pertama ialah sebab keselamatan. Lee Kuan Yew bimbang ancaman komunis
di Singapura yang boleh mengancam kedudukannya. Ini kerana Barisan Sosialis telah
memenangi pilihanraya kecil Hong Lim yang dianggap sebagai parti yang berhaluan
kiri. Bagi Lee Kuan Yew, pembentukan Malaysia penting kerana Tanah Melayu
mempunyai pengalaman dalam menghadapi komunis semasa darurat. Selain itu,
pembentukan Malaysia juga akan mempercepatkan kemerdekaan beberapa buah
wilayah seperti Singapura, Sabah dan Sarawak. Dalam perhimpunan agung PBB,
timbul usul agar diberi kemerdekaan kepada tenaga di tanah jajahan. Lagipun,
pembentukan Malaysia juga akan mewujudkan satu kawasan pasaran yang lebih luas
kerana Tanah Melayu kaya dengan dengan getah dan bijih timah, Sabah kaya dengan
balak dan Brunei kaya dengan petroleum.
b) Terangkan langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia. (8 markah) Tunku
Abdul Rahman telah mencadangkan idea pembetukan Malaysia dalam majlis makan
tengah hari di Singapura. Selepas itu, Tunku telah melawat Sarawak, Sabah dan
Brunei untuk menerangkan matlamat penubuhan Malaysia. Rundingan telah
dilakukan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai

British dari Sabah, Sarawak dan Singapura. Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum
(JPPK) telah ditubuhkan di Singapura yang dipengerusikan oleh Donald Stephens.
JPPK berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia. JPPK
juga menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia di samping turut
mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali di Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan
Singapura. Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan yang disertai oleh dua orang tokoh
tempatan seperti Ghazali Shafie dan Wong Pow Nee bertujuan meninjau pendapat
rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Hasilnya, satu pertiga
penduduk Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat, satu
pertiga menyokong dengan syarat kepentingan mereka dilindungi dan satu pertiga
lagi inginkan kemerdekaan terlebih dahulu. Gagasan Malaysia ini ditentang hebat
oleh Indonesia dan Filipina .
c) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara generasi muda boleh mengekalkan
kemerdekaan negara kita? (4 markah)
Generasi muda perlu belajar bersungguh-sungguh serta mendalami ilmu ICT di
samping terus mengekalkan keamanan negara. Kita juga perlu menghormati budaya
kaum lain

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul
Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak
digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak
cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada
masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan
Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah
sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di
Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan
supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan
Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak
untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan
Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya
Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan
Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan
(JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari
1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di
London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.
Sebab pembentukan Malaysia
1. Senario politik di Singapura - Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis
yang kian bertambah di Singapura pada tahun 1950-an. Ejen-ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah
Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah
syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu, komunis juga merampas pucuk pimpinan Parti
Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak tahun 1959 menguasai Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee
Kuan Yew. Mereka menjadi ahli PETIR sehingga menubuhkan satu kumpulan berhaluan kiri dalam PETIR.
Pada mulanya, Lee Kuan Yew berbaik-baik dengan mereka tetapi akhirnya pertelingkahan telah berlaku.
Pertelingkahan ini menyebabkan PETIR kalah dalam pilihanraya kecil pada tahun 1961 iaitu Pilihanraya Hong

Lim dan Pilihanraya Anson. Kekalahan PETIR menunjukkan pengaruh komunis bertambah kuat. Akibatnya,
Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri ini dari PETIR. Pengaruh komunis turut berkembang
sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan.
Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk Tanah Melayu. Diharapkan melalui gagasan
Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal yang seterusnya dapat menyekat kemaraan mereka.
2. Senario politik di Sarawak- Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan
komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhan komunis
sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani.
Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah
dipengaruhi oleh komunis. Lalu, Kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh
komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharap melalui gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat
menentang ancaman komunis.
3. Mengimbangi penduduk- Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku
Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan
membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura menimbulkan masalah
ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Kemasukan
Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada penduduk Borneo
Utara ialah bumiputera.
4. Kemajuan ekonomi bersama- Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati
kemajuan ekonomi bersama. Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah mencapai kemajuan ekonomi yang
amat memuaskan, manakala Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur. Penubuhan Persekutuan
Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan. Hal ini bermaksud kekayaan dari kawasan maju
akan dipindah ke kawasan mundur untuk membiayai projek pembangunan.
5. Mempercepatkan proses kemerdekaan- Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses
kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan yang
lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi
membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan
menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.
Reaksi-reaksi negeri terlibat
1. Singapura - Lee Kuan Yew selaku Ketua Mentei Singapura menyokong gagasan ini kerana PETIR dapat
meneruskan kekuasaannya di Singapura, ancaman komunis dapat dikawal, perkembangan ekonomi
Singapura menjadi lebih pesat dan Singapura dapat merdeka dengan lebih awal. Namun demikian, Barisan
Sosialis dan Parti Buruh menentang gagasan ini. Pada 1 September 1962, Lee Kuan Yew telah mengadakan
satu pungutan suara bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura mengenai penyertaan Singapura
dalam Malaysia. Mengikut keputusan, 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan Malaysia.
Melalui gagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan, Singapura mempunyai kuasa autonomi
dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan dan Singapura akan mendapat 15 kerusi dalam
Parlimen Malaysia.
2. Sabah dan Sarawak - Pemimpin di kedua-dua negeri ini amat terperanjat dengan penubuhan Malaysia.
Pemimpin-pemimpin di kedua-dua negeri ini membentuk Barisan Bersatu pada 9 Julai 1961 bagi menentang
gagasan Malaysia. Pemimpin-pemimpin itu termasuk Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP), Temenggung Jugah
Anak Berieng (Yang Dipertua Parti Negara Sarawak PANAS), Dato' Mustapha bin Dato' Harun dan Donald
Stephen (ahli tak rasmi Majlis Undangan Sabah). Mereka menentang gagasan kerana takut Sabah dan
Sarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu. Mereka takut kedudukan politik mereka terjejas. Mereka juga
bimbang keperibadian negeri masing-masing akan hilang. Golongan peniaga Cina pula bimbang kuasa
ekonomi akan dirampas oleh Tanah Melayu dan Singapura. Selain itu, mereka juga berpendapat Sabah dan
Sarawak perlu diberi kemerdekaan dahulu sebelum menyertai Malaysia. Kaum bumiputera bukan Islam turut
menentang gagasan Malaysia. Bantahan mereka disuarakan melalui Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP),
Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan sebagainya. Pemimpin di kesua-dua negeri
menganggap gagasan Malaysia merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah Melayu dan
menggantikan penjajahan British. Pada bulan Jun 1961, Tunku Abdul Rahman berangkat ke Sabah dan
Sarawak dan mendapati rakyat di sana telah salah faham mengenai gagasan Malaysia. Oleh itu, sebuah
persidangan Persatuan Parlimen Komanwel diadakan di Singapura pada Julai 1961. Beberapa orang daripada
Barisan Bersatu telah dihantar oleh British ke persidangan ini. Mereka membincangkan tentang gagasan
Malaysia. Akhirnya, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan untuk

mengumpulkan pendapat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan ini. Pada bulan Ogos 1961, Abang Haji
Mustapha (Pengerusi PANAS) menyokong gagasan Malaysia. Kemudian, Donald Stephen dan Dato' Mustapha
turut menyokong gagasan ini selepas melawat ke Tanah Melayu dan berunding dengan Tunku Abdul
Rahman.
3. Brunei - Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan ini tetapi Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin
oleh A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari menentang gagasan ini kerana Brunei akan menjadi jajahan
Malaysia. Beliau mahukan Brunei merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia. Beliau juga merancang
menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak menjadi Persekutuan Borneo Utara di bawah pimpinan Sultan
Brunei. PRB menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis Undangan yang diadakan pada Ogos dan
September 1962. Kemenangan ini menyakinkan Azahari bahawa rakyat Brunei turut menentang gagasan
Malaysia. Selain itu, Azahari juga merasa dirinya kuat kerana Filipina dan Indonesia menyokongnya. Dengan
keyakinan bahawa gagasan ini akan gagal, PRB melancarkan pemberontakan bersenjata pada 7 Disember
1962. Pemberontakannya ditumpaskan oleh Kerajaan Brunei dengan bantuan tentera dari British dan Tanah
Melayu. Azahari melarikan diri ke Filipina dan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri dan Sultan
Omar Ali Saifudin sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan Borneo Utara. Walaupun pada mulanya Sultan Brunei
menyokong gagasan ini tetapi baginda telah menarik diri pada Julai 1963 kerana baginda tidak mahu
membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada kerajaan pusat Malaysia dalam tempoh 10
tahun. Selain itu, baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan yang paling rendah dalam
senarai nama Sultan-sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju menyertai Malaysia.
eboss
21-02-2009, 09:17 PM
Proses pembentukan Malaysia
1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961. Ia dipengerusikan oleh Donald Stephen (anggota Majlis Undangan
Sabah). Anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee Kuan Yew (Singapura), Dato' Mustapha
Dato' Harun (Sabah), Temenggung Jugah Anak Berieng (Sarawak) dan Dato' Setia Pangeran Ali (Brunei).
Tujuan JPPM ialah:
a. Memberitahu orang ramai mengenai Malaysia.
b. Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.
c. Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.
JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan mengenai
gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18
Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Singapura (1 Februari 1962). Hasil daripada rundingan
yang dijalankan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah
pada 31 Januari 1962. Kemudian, satu memorandum disusun semula dan dihantar kepada Suruhanjaya
Cobbold pada 23 Februari 1962. Kandungan memorandum ini ialah:
a. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
b. Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
c. Islam agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
d. Bahasa Melayu bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
e. Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
f. Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
g. Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.
Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.
2. Suruhanjaya Cobbold - Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord
Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli-ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir David
Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato' Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah
Melayu. Tugas utama suruhanjaya ini ialah:
a. Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.
b. Membuat syor-syor perlembagaan.
Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Sebanyak 50 perjumpaan
dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan. Selain itu, 2000 atau lebih memorandum telah diterima. Pada
18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962.

Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak:
a. 1/3 menyokong kuat Malaysia
b. 1/3 menyokong dengan syarat
c. 1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia
Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor-syor Perlembagaan
Malaysia seperti dibawah:
a. Nama persekutuan baru Malaysia.
b. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia.
c. Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin.
d. Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri.
e. Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat
mungkin.
f. Dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera, kewangan,
kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri
masing-masing.
g. Bahasa Melayu bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing-masing membuat keputusan.
Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada 1 Ogos 1962, Malaysia akan ditubuhkan pada
31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia.
3. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)- JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan
Malaysia. Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak.
Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Wakil Sabah telah
mengemukakan memorandum yang mengandungi 20 perkara. Antaranya ialah:
a. Agama Islam agama rasmi persekutuan. Tiada agama rasmi di Sabah.
b. Bahasa Inggeris bahasa rasmi Sabah; Bahasa Melayu bahasa kebangsaan.
c. Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri Sabah.
d. Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.
e. Perwakilan Parlimen harus mengambil kira keluasan kawasan dan bilangan penduduk.
Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan memorandum tetapi bersetuju dengan memorandum yang
dikeluarkan oleh Sabah.
27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan
8 Mac 1963 Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak
13 Mac 1963 Dibentangkan di Sabah.
Kedua-dua negeri menerima laporan ini dan laporan ini seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu
dan menjadi Akta Malaysia 1963. Kandungannya ialah:
a. Agama Islam agama rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.
b. Bahasa Melayu bahasa rasmi persekutuan.
Bahasa Inggeris bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia apabila
Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan.
c. Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal sendiri.
d. Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan
Negeri kedua-dua negeri ini membuat pindaan.
e. Perwakilan Parlimen Sabah 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Singapura 15 kerusi.
Berdasarkan laporan JAK, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. Pada masa ini
Brunei menarik diri secara rasminya.
4. Pengisytiharaan Malaysia
Berkenaan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia menentang kuat. Beberapa rundingan telah
diadakan antara kedua-dua negara dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan. Pemimpin
ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk

meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia.
Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos 5
September 1963
Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB, lebih 70% rakyat
Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia
diisytiharkan secara rasminya.
Penentangan gagasan Malaysia
1. Filipina - Apabila JPPM dan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada penubuhan Malaysia,
Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962. Filipina mendakwa
Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan ini
telah dibatalkan pada tahun 1958. Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah.
Kerajaan Filipina juga mengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi ditolak. Hubungan
diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi genting. Walau bagaimanapun, usaha-usaha dijalankan untuk
menyelesaikan persengketaan. Akhirnya, Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.
2. Indonesia- Pada mulanya, Indonesia mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun, PKI di bawah D.N.
Aidit menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru yang mengancam Indonesia. Setelah tercetusnya
pemberontakan Brunei, Presiden Indonesia, Sukarno menerima tekanan hebat dari PKI dan mengubah sikap
serta menentang gagasan Malaysia. Aidit telah melawat ke Tanah Melayu dan menghasut rakyat dan tentera
memberontak. Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang. Pada 20 Januari 1963, Dr.
Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Kemudian, Indonesia bersetuju
meminta Suruhanjaya PBB bagi meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai
Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia
enggan mengakui.
16 September 1963, Malaysia diisytiharkan secara rasminya. Pada hari ini, Indonesia melancarkan
konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu. Sebab Indonesia melancarkan
konfrontasi ialah:
a. Tekanan PKI ke atas Kerajaan Indonesia.
b. Penubuhan Malaysia menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya yang termasuk
Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.
c. Sukarno merasa tersinggung kerana tidak diajak berunding mengenai penubuhan Malaysia.
Pada bulan November 1963, serangan gerila dilancarkan. Tentera Indonesia mendarat di Pontian, Labis,
Muar dan Kota Tinggi. Pengintip-pengintip juga dihantar. Akibatnya:
a. Dato' Dr. Ismail Abdul Rahman telah meminta bantuan dari PBB dan membuat bantahan mengenai
serangan Indonesia.
b. Pasukan pertahanan tempatan atau askar wataniah ditubuhkan.
c. Britain memberi bantuan tentera.
d. Australia, New Zealand, Canada memberi bantuan senjata.
e. Rundingan sulit dengan pegawai Indonesia bukan komunis diadakan.
f. Dato' Abdul Razak melawat ke negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk mengikis propaganda Indonesia
yang memburuk-burukkan nama Malaysia.
Pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal. Konfrontasi menjadi
berkurangan. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha menamatkan konfrontasi dan mewujudkan
persefahaman dengan Malaysia. Hasrat menamatkan konfrontasi wujud apabila Suharto menggantukan
Sukarno. Hasilnya, perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak
berunding dengan Adam Malik di Bangkok.

BAB 6: PEMBENTUKAN MALAYSIA


PENGENALAN
Malaysia yang wujud pada hari ini mempunyai sejarah pembentukan yang panjang lebar. Pada
peringkat awal, ia dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya. Setelah mencapai

kemerdekaan, Parti Perikatan yang memerintah Tanah Melayu mendapati keadaan politik yang
tidak tenteram di negara-negara jiran boleh memberi kesan kepada kemerdekaan Tanah
Melayu. Justeru, Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama pada waktu itu, Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj telah menyuarakan idea pembentukan Gagasan Malaysia yang
melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei.

HASIL PEMBELAJARAN
1.
2.
3.
4.

Menyatakan dan menghuraikan faktor-faktor pembentukan Malaysia.


Menjelaskan reaksi negara-negara jiran terhadap penubuhan Malaysia.
Menerangkan proses-proses pembentukan Malaysia.
Membincangkan sebab-sebab pemisahan Singapura daripada Malaysia.

6.1

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA

6.1.1 MENGELAKKAN ANCAMAN DAN PENGARUH KOMUNIS

Pengaruh komunis yang semakin meluas di Asia Tenggara, terutama Singapura


membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pengaruh komunis mula menyusup
masuk ke dalam parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959, iaitu Parti Tindakan
Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew. Kegiatan dan pengaruh komunis semakin kuat apabila
bekas anggota PAP berhaluan kiri menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin
Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihanraya kecil
Pada tahun 1961 bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis
semakin merebak di Singapura. Perkembangan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman
kerana beliau khuatir Singapura akan dikuasai oleh pihak komunis dan keadaan ini boleh
mengancam
keselamatan
Tanah
Melayu.
Oleh
itu,
Tunku
berpendapat
penubuhan Malaysia akan dapat menyekat pengaruh komunis daripada merebak di Singapura.
[1]
6.1.2 MEMBERI KEMERDEKAAN KEPADA SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA

Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan
Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini
memandangkan negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British
semasa cadangan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkkan dalam status
negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.
Dalam perancangan penubuhan Persekutuan Malaysia, Malaysia akan ditubuhkan dalam
tempoh dua tahun. Tetapi jika Sabah dan Sarawak cubamencapai kemerdekaan secara
berasingan, besar kemungkinan kemerdekaan itu tidak akan tercapai biarpun dalam
tempoh lima tahun ataupun sebaliknya. Jadi, dengan menyertai Malaysia, Kemerdekaan Sabah
dan Sarawak boleh disegerakan.
Dalam tahun-tahun 1960-an, kerajaan British sebenarnya sedang dalam pertimbangan untuk
memberi
kemerdekaan
kepada
tanah-tanah
jajahannya.
Namun
Sabah
dan Sarawak merupakan wilayah jajahan British yang belum bersedia untuk merdeka apatah

lagi untuk berdikari kerana suasana ekonomi dan politiknya yang kurang memuaskan. Tunku
Abdul Rahman berpendapat kerajaan British tidak bercadang untuk memberi kemerdekaan
kepada Sabah dan Sarawak walaupun dalam masa lima tahun. Oleh itu, Tunku percaya dengan
membawa masuk Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia akan lebih memudahkan dan
mempercepatkan kemerdekaan dua wilayah ini disamping dapat mengelakkan hasrat komunis
untuk membentuk tampuk pemerintahannya.
Sekiranya kemerdekaan tidak diberikan kepada wilayah tersebut, pihak British khuatir wilayah
tersebut akan dipengaruhi oleh komunis dan akan menyebabkan British akan hilang
kepentingan ekonomi dan sosial pada masa yang akan datang. Disamping itu, terdapat juga
pengaruh-pengaruh luar seperti Filipina dan Indonesia yang berminat terhadap negeri Sabah,
Sarawak dan Brunei.
6.1.3 PERKONGSIAN FAEDAH EKONOMI

Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama


ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak langsung, negara-negara
anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang
miskin dan kekurangan sumber ekonomi sekaligus ia dapat meningkatkan pembangunan
ekonomi, terutama di Sabah dan Sarawak yang masih belum maju dari segi ekonominya.
Manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei pula akan menjadi penyumbang kepada
negara-negara berkenaan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan
mentah, Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Manakala Singapura pula akan lebih
selamat dari segi ekonomi sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia.
6.1.4 MEMBELA MASYARAKAT BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAK .

Sebelum penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, nasib penduduk di wilayah ini
tidak sama dengan nasib penduduk di Semenanjung Tanah Melayu, terutama golongan
Bumiputera. Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut dipegang
oleh bangsa asing. Sebahagian besar penduduk pula terlibat dalam sektor pertanian dan
penggunaan tanah untuk sistem penanaman tetap hanya pada kadar 3% sahaja. Jika keduadua wilayah tersebut digabungkan ke dalam Persekutuan Malaysia, Kemungkinan layanan
istimewa akan diberikan kepada penduduk Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih besar.
Malahan, kedudukan dan keistimewaan Bumiputera telah termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia.
Sistem perhubungan di kedua-dua wilayah ini juga daif, infrastrukturnya masih bergantung pada
sungai-sungai dan perjalanan udara. Adalah sukar untuk mewujudkan perhubungan darat
secara besar-besaran. Selain itu, golongan Bumiputera di kedua-dua wilayah ini juga tidak
mendapat layanan yang baik daripada kerajaan British manakala orang-orang luar yang datang
ke wilayah ini diberi perhatian. Justeru, tahap pendidikan, penguasaan ekonomi, kadar celik
huruf dan pengisian jawatan kerajaan lebih tinggi di kalangan orang luar. Kaum Bumiputera
yang mempunyai pendidikan tinggi sangat sedikit dan faktor ini membataskan peluang mereka
untuk menjawat sebarang jawatan dalam kerajaan.
6.1.5 MENJAGA KEPENTINGAN DAN HAK KAUM BUMIPUTERA

Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan


wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah
Melayu dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan
menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% penduduk
bukan Melayu dan apabila dicantumkan dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu,
penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar.
Apabila pencantuman berlaku antara Tanah Melayu dan Singapura sahaja, bilangan
masyarakat Cina akan menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana
anggaran penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960, orang Melayu kira-kira 50% dan orang
Cina 36.9%. Justeru, apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum
Bumiputera termasuk Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%. Ini
bermaksud untuk menjamin kedudukan orang Melayu dan Bumiputera tidak terancam,
kemasukkan Sabah dan Sarawakmembolehkan kumpulan Melayu dan Bumiputera kekal
sebagai kumpulan terbesar.[2]

6.2

REAKSI NEGARA-NEGARA JIRAN

Terdapat tentangan yang perlu dihadapi dari 2 negara iaitu Filipina dan Indonesia. Filipina
memprotes pembentukan Malaysia dan Indonesia pulacuba menghalang
pembentukan Malaysia.
6.2.1

FILIPINA

Presiden Macapagal mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada milik negaranya.Jadi,


pembentukan Malaysia akan menyulitkan lagi tuntutan Filipina terhadap Sabah. Filipina terus
membantah walaupun rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia. Filipina kemudianya
memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.
6.2.2

INDONESIA

Presiden Sukarno mengumumkan dasar konfrantasinya pada 20 Januari 1963 dengan slogan
Ganyang Malaysia. Alasan Sukarno ialah kerana Tanah Melayu
membelakangkan Indonesia semasa penubuhan Malaysia. Tindakan ini adalah kerana
penubuhan Malaysia mengancam idea pembentukan empayar Indonesia Raya. Ianya juga
merupakan taktik mengalih perhatian rakyatnya daripada beberapa masalah dalaman.
Dasar konfrantasi Sukarno memuncak dengan penghantaran Tentera Indonesia sempadan
Sabah dan Sarawak. Tentara Indonesia juga mendarat di pantai barat Johor untuk pengintipan.
Tindakan ini dapat dibendung sehingga rancangan konfrantasi ini menjadi semakin lemah.
Pada tahun 1965, Sukarno telah digulingkan oleh Jeneral Suharto. Menteri Luar Indonesia,
Adam Malik membuat perjanjian damai bagi mengakhiri konfrantasi pada bulan ogos 1966.

6.3

PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA

Proses perbincangan dan perundingan kearah pembentukan Malaysia ini sebenarnya sangat
panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum

cadangan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil bagi memastikan
pembentukanini memuaskan hati semua pihak.
6.3.1 JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA (MSCC)

Pada bulan Julai 1961, satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah
Melayu dan Borneo telah diadakan di Singapura. Semasa mesyuarat ini, pemimpin-pemimpin
Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah mengambil peluang ini untuk menjelaskan
konsep Malaysia kepada perwakilan Sabah, Sarawak dan Brunei yang hadir ke mesyuarat
tersebut.
Penerangan ini didapati telah mengurangkan salah faham, terutama di kalangan pemimpin tiga
wilayah tersebut tentang penubuhan Malaysia. Kesan daripada persefahaman ini, mesyuarat
telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia.
Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil dari semua wilayah yang terlibat dalam
pembentukan, sementara Donald Stephens dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut.
Namun, perwakilan Brunei menganggap diri mereka hanya sebagai pemerhati kerana
ketidaksediaaan Brunei menyertai gabungan.
Secara amnya, jawatankuasa ini berfungsi untuk menerangkan dengan lebih jelas akan
konsep Malaysia kepada orang ramai, khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Untuk
tujuan ini, jawatankuasa akan mengumpul dan membandingkan idea-idea serta pendapat yang
dikemukakan berhubung Malaysia. Keterangan-keterangan dan perbincangan akan
dilaksanakan dengan lebih giat untuk menyegerakan rancangan pembentukanMalaysia ini.
Selain itu, jawatankuasa juga seboleh mungkin berusaha mendapatkan kata sepakat daripada
pemimpin-pemimpin politik di semua daerah terbabit. Semenjak pembentukan jawatankuasa
ini, mereka telah mengadakan perjumpaan sebanyak empat kali, iaitu pertamanya di Jesselton
(Kota Kinabalu sekarang) pada 21 Ogos 1961, kedua di Kuching pada 18 Disember 1961,
ketiga di Kuala Lumpur pada 6 Januari 1962 dan keempat di Singapura pada 1 Februari 1962.
Dalam perjumpaan-perjumpaan jawatankuasa dan usaha-usaha yang dilaksanakan, ramai
tokoh dari Tanah Melayu dan Singapura seperti Tunku Abdul Rahman sendiri, Ismail Yusoff,
Datu Ong Yoke Lim dan Lee Kuan Yew memainkan peranan yang sangat penting. Perjumpaanperjumpaan yang mereka adakan dengan pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak telah
mendatangkan hasil yang baik.
6.3.2 SURUHANJAYA COBBOLD

Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara atau Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan setelah satu
rundingan dibuat antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British pada
bulan November 1961. Suruhanjaya ini dilantik secara rasmi pada 16 Januari 1962.
Suruhanjaya ini dipanggil Suruhanjaya Cobbold sempena nama ketuanya, iaitu Lord Cobbold
seorang berbangsa Inggeris. Ahli-ahli suruhanjaya ini ialah Lord Cobbold, iaitu bekas Gabenor
Bank England sebagai ketua, Anthony Abell dan David Waterson yang mewakili kerajaan
British, sementara Dato Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie sebagai wakil
kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Kerajaan United Kingdom dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bersetuju bahawa dengan
memasukkan Borneo Utara dan Sarawak (bersama-sama dengan lain-lain negeri) ke dalam
Persekutuan Malaysia yang dicadangkan itu, banyak faedah diperoleh rakyat Negara-negara

yang berkenaan. Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk menyiasat fikiran
rakyat Borneo Utara dan Sarawak berkenaan hal ini dan membuat syor-syor setelah
menimbangkan fikiran itu.
Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula pada 19 Februari 1962 dan
berakhir pada bulan April 1962. Dalam tempoh dua bulan tersebut, Suruhanjaya Cobbold telah
mengadakan 50 perjumpaan di 35 buah tempat, iaitu 20 di Sarawak dan 15 di Sabah serta telah
menemui lebih daripada 4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah kumpulan. Selain itu,
suruhanjaya ini juga mempelawa dan menerima surat-surat atau memorandum daripada orang
ramai untuk menyuarakan pandangan mereka. Semasa menjalankan tugasnya, suruhanjaya
telah menerima lebih daripada 2000 (lebih kurang 600 pucuk surat dari Sabah dan selebihnya
dari Sarawak ) memorandum yang dikemukakan sama ada oleh lembaga-lembaga bandaran,
ketua-ketua kaum, Majlis Daerah, parti-parti politik, persatuan-persatuan, dewan-dewan
perdagangan, pemimpin-pemimpin agama mahupun orang perseorangan. Daripada
keseluruhan kerja atau tugas yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Cobbold ini, jelas mereka
membuat tinjauan serta penyiasatan secara menyeluruh dan mewakili sebahagian besar
penduduk di kedua-dua wilayah tersebut.
Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan kemudian
mengemukakan sebuah laporan penyiasatan kepada kerajaan British kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu pada bulan Jun 1962. Menurut laporan suruhanjaya ini, lebih kurang 80%
daripada penduduk Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan ini dan sebahagian besar
daripada mereka ialah kaum Bumiputera. Secara keseluruhan, bentuk sokongan masyarakat
Sabah dan Sarawak terbahagi kepada tiga golongan iaitu:
a.
b.
c.

1/3 daripada dua buah negeri ini menyokong penuh penggabungan tanpa syarat
1/3 lagi turut menyokong, tetapi dengan syarat-syarat dan jaminan tertentu.
1/3 lagi separuhnya mahukan kemerdekaan dahulu sebelum bergabung dan separuhnya yang
menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan British. Bilangan yang menentang ini
dicatatkan hanya lebih kurang 20% sahaja.
6.3.3 JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN

Selepas Suruhanjaya Cobbold membuat laporan yang agak memuaskan, tugas untuk
merangka syarat-syarat Persekutuan secara terperinci telah dilakukan oleh sebuah
jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) yang diketuai oleh Lord
Landsdowne yang bertindak sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan
Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura.
Jawatankuasa ini telah membentuk satu perlembagaan khususnya yang melibatkan permintaan
Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima daripada parti-parti politik di
Sabah dan Sarawak.
Laporan yang dibuat oleh jawatankuasa ini menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia sebagai asas. Perlembagaan yang dibentuk
ini telah disahkan oleh kerajaan British pada 9 Julai 1963. Antara perkara yang menjadi teras
utama dalam perlembagaan tersebut ialah :
a.

Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh Persekutuan Malaysia, kecuali Sabah
dan Sarawak.

b.
c.

d.
e.

Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran
diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam perkaraperkara rasmi selama 10 tahun selepas kemasukan ke dalam Persekutuan.
Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan negeri
masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalan kerajaan pusat. Ini adalah
untuk memberi keyakinan kepada Sabah dan Sarawak bahawa tujuan Tanah Melayu bukanlah
untuk menjajah negara tersebut.
Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.
Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah kerusi.
6.3.4 REFERENDUM SINGAPURA

Jika peristiwa di Sabah dan Sarawak melibatkan penyiasatan oleh Suruhanjaya Cobbold,
Singapura turut membuat satu pungutan suara yang dipanggil Referendum Singapura.
Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan referendum sebagai satu cara
meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan kepastian dan pendirian rakyat
Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Secara keseluruhan, pungutan suara ini bukan
bertujuan untuk membenarkan rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi
menerima cadangan ini dengan pendirian mereka yang tertentu.

a.
b.
c.

Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin sebahagian besar parti politik di
Singapura menyokong cadangan Malaysia, cuma pandangan dan pendirian mereka juga perlu
diambilkira. Soal menolak sudah tidak wujud, tetapi soal penubuhan perlu dibincangkan. Dalam
pungutan suara ini, rakyat Singapura diberi tiga pilihan, iaitu :
Pilihan A rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh
kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November
1961 (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397 626 undi).
Pilihan B rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan
menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu (secara
keseluruhan, pilihan ini mendapat 9442 undi).
Pilihan C rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama
seperti yang diperoleh wilayah-wilayahBorneo dengan penyertaan ini (secara keseluruhan,
pilihan ini mendapat 144 077 undi).
Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan Sosialis dan pihak
komunis yang tidak bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu telah
memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong. Namun selepas referendum selesai,
laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia.
Penganalisis sejarah mendakwa sokongan Singapura ini adalah ekoran kejayaan kerajaan PAP
meyakinkan rakyat berhubung tiada kemungkinan taraf kerakyatan mereka akan dilucutkan
dengan penggabungan, perdagangan antarabangsa Singapura mungkin merosot jika mereka
tidak bergabung dan ancaman komunis akan dapat dibendung dengan jayanya dengan
pembentukan ini. Secara keseluruhannya, keputusan ini menunjukkan rakyat Singapura
bersetuju untuk menyertai Malaysia dengan memilih syarat A, iaitu pilihan yang dicadangkan
oleh kerajaan Singapura sendiri.[3]

6.4

PEMISAHAN SINGAPURA

Semenjak Singapura menyertai Malaysia, banyak perselisihan yang timbul antara kerajaan
Singapura dengan kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur. Perselisihan ini menjadi semakin
rumit dan melibatkan banyak isu yang tiada akhirnya. Malahan tidak mungkin untuk Singapura
terus kekal dalam Malaysia tanpa suasana tegang yang boleh mencetuskan keganasan. Para
pemimpin Malaysia, terutamanya Tunku Abdul Rahman berpendapat lebih wajar Singapura
berpisah daripada Malaysia sebagai jalan keluar terbaik untuk mengatasi pelbagai krisis yang
timbul, demi kepentingan perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan menghindarkan konflik
politik yang berterusan. Akhirnya Singapura berpisah dari Malaysiapada Ogos 1965.
6.4.1 FAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMISAHAN SINGAPURA DARI MALAYSIA .
a.

Perlembagaan.

Kebanyakkan soal yang berkaitan dengan perlembagaan berkisar tentang isu ekonomi dan
kewangan. Mengikut perjanjian Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut cukai
kastam, cukai eksais dan cukai pendapatan. Selain beberapa kekecualian, semua hasil yang
dikutip akan dibahagikan berasaskan 60% untuk Singapura dan baki 40% lagi untuk kerajaan
Persekutuan. Oleh sebab beban cukai Singapura paling ringan dan bertambahnya perbelanjaan
pertahanan, akibat konfrontasi, kerajaan Persekutuan bercadang mengkaji semula agihan hasil
dan Singapura perlu menyerahkan 60% daripada jumlah hasilnya dan bukanya 40% seperti
yang dipersetujui sebelumnya. Cadangan ini dibantah oleh Singapura kerana mengikut
perjanjian Malaysia, terdapat satu persetujuan bahawa sehingga bulan Disember 1968,
kerajaan Persekutuan perlu mendapat kebenaran kerajaan Singapura sebelum mengenakan
cukai import yang baharu. Kebenaran itu boleh ditangguhkan, jika sesuatu jenis cukai itu boleh
menjejaskan perdagangan bebas Singapura.
Pada bulan Disember 1964, apabila kerajaan Persekutuan membentangkan belanjawan bagi
tahun 1965, terdapat pelbagai cukai baharu yang dikenakan. Kerajaan Singapura membantah
pengenalan cukai-cukai baharu kerana mereka dikatakan tidak dibawa berunding terlebih
dahulu. Pada akhir bulan Februari 1965, Menteri Kewangan, Tan Siew Sin mengarahkan para
pengusaha di Singapura berunding dahulu dengan kerajaan Persekutuan tentang perlindungan
tarif, sebelum membuka kilang. Arahan ini menimbulkan kemarahan para pengusaha di
Singapura sehingga mendapat liputan media yang meluas.
b.

Persaingan Politik Antara PAP dan MCA

Keadaan ini dapat dilihat apabila pada 9 September 1963, Lee kuan Yew telah menyatakan
bahawa kegiatan politik PAP hanya terbatas di Singapura dan PAP tidak bercadang untuk
mengambil bahagian dalam pilihanraya di anah Melayu dalam tempoh lima tahun selepas
penyatuan. Kemudianya, PAP mengubah keputusan itu dan bertanding dalam pilihanraya
umum di Tanah Melayu pada tahun 1964. Pada masa tersebut Tunku Abdul Rahman
menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu atas sifatnya sebagai sebuah parti
perkauman Cina. Penglibatan PAP yang terlalu awal dalam kegiatan politik di Tanah Melayu
juga menjejaskan perpaduan kaum, terutama hubungan UMNO dengan MCA. Malahan, PAP
dikatakan berminat untuk mengantikan MCA bagi mewakili kaum Cina dalam Kerajaan
Perikatan.
c.

Masalah Perkauman

Masalah perkauman ini dapat dilihat pada hubungan antara UMNO dengan PAP yang menjadi
semakin renggang akibat beberapa peristiwa yang berlaku di Singapura. Setelah
menyertai Malaysia, orang Melayu di negeri itu berasa diri mereka diabaikan dan kerajaan
Singapura tidak mengambil tindakan untuk membaiki kedudukan mereka. Oleh itu, beberapa
buah pertubuhan yang mewakili orang Melayu menemui Tunku Abdul Rahman untuk
melaporkan perkara itu. Keadaan menjadi semakin rumit selepas Setiausaha Agong UMNO,
Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP, Lee Kuan Yew cuba memecahkan perpaduan
masyarakat Melayu di Singapura. Kerajaan Singapura sering mengencam golongan yang
disifatkan sebagai pelampau dalam kerajaan Persekutuan, terutama Syed Jaafar Albar yang
dituduh oleh para pemimpin PAP sebagai bertanggungjawab menyebabkan tercetusnya
rusuhan kaum di Singapura pada bulan Julai dan September 1964.
Sikap para pemimpin politik di Singapura yang memperjuangkan konsep Malaysian
Malaysia juga kurang disenangi oleh para pemimpin UMNO. Konsep ini seolah-olah
mengenepikan institusi dan mencabar kedudukan istimewa orang Melayu. Pada bulan Mei
1965, Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysian Solidarity Convention sebagai satu pakatan
dikalangan parti pembankang dengan slogan A democratic Malaysian Malaysiauntuk
menandingi parti Perikatan. Beliau menyeru diwujudkan satu persamaan hak bagi semua
melalui satu ideologi politik, sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum.
Kedudukan negeri-negeri di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak dalam
Persekutuan Malaysia juga ditimbulkan oleh para pemimpin Singapura. Mereka menggalakkan
negeri-negeri itu menimbulkan soal perbezaan taraf ekonomi dan prinsip-prinsip perlembagaan
yang telah dipersetujui sehingga sesetengah pemimpin di Sarawak, Sabah dan negeri-negeri
lain bertindak balas. Memandangkan sebahagian besar pihak pembangkang terdiri daripada
bukan Melayu, keadaan ini seolah-olah mencerminkan penentangan mereka terhadap orang
Melayu yang menguasai kerajaan. Keadaan yang berlaku bukan lagi berbentuk pertikaian
antara PAP dengan UMNO, tetapi lebih menjurus rebutan kuasa politik antara kaum Melayu
dengan bukan Melayu
d.

Perbezaan Pendekatan Parti Perikatan Dan PAP

PAP berhasrat untuk mewujudkan masyarakat bukan perkauman secara serta-merta dan
berpendapat konflik timbul akibat wujudnya dua bentuk masyarakat yang berlainan. PAP
berminat untuk berdebat secara terbuka dalam hampir semua isu politik dan melaksanakan
dasar-dasar baharu dengan segera. Parti Perikatan terutama UMNO merupakan parti yang
dibentuk dengan struktur perkauman berdasarkan masyarakat majmuk yang sedia wujud
di Malaysia. Parti Perikatan berpendapat perbincangan secara terbuka tentang perbezaan
kaum boleh mencetuskan ketegangan dan kekacauan. Perbezaan pendekatan dalam
menghadapi isu-isu perkauman ini mencetuskan pergeseran antara Parti Perikatan dengan
PAP.
Kesimpulan

Hubungan yang tegang antara Singapura dengan Kerajaan Persekutuan akhirnya tiba
dikemuncaknya menjelang Mei 1965 sehingga menimbulkan kebimbangan Tunku Abdul
Rahman yang berpendapat Singapura perlu disingkirkan dari Malaysia. Pada 9 Ogos 1965,
Tunku Abdul Rahman membuat pengumuman rasmi di Parlimen dan membentangkan rang
undang-undang pemisahan Singapura. Rang undang-undang tersebut diluluskan dan tiada
yang menentang atau berkecuali dan keputusan itu diambil tanpa dihadiri oleh perwakilan

Singapura. Pemisahan ini menamatkan pertikaian politik yang berlarutan antara kerajaan
Persekutuan dengan kerajaan Singapura. Pertikaian itu jika dibiarkan berterusan boleh
memburukkan lagi keadaan sehingga mencetuskan rusuhan kaum dan pertumpahan darah.
Setelah pemisahan Singapura, Malaysia hanya terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak. [4]

You might also like