You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

JOM KUMPUL
PROGRAM LINUS
SK ST MARK BUTTERWORTH

DISEDIAKAN OLEH :
PN. ANIS SUHAILY MD
NOORDIN
PENYELARAS LINUS
LITERASI BAHASA
MALAYSIA
2016

PROGRAM LINUS
JOM KUMPUL
SK ST MARK BUTTERWORTH
TAHUN 2016
TUJUAN
Satu daripada National Key Result Area (NKRA) Kementerian
Pelajaran Malaysia ialah semua murid berkeupayaan untuk
menguasai

asas

Literasi

dan

Numerasi

kecuali

murid

berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan


rendah.
Tatacara pelaksanaan dan takrifan tahap penguasaan murid
untuk LINUS 2.0 mulai tahun 2013 bahawa semua murid Tahun
1 hingga Tahun 3 menduduki dua saringan setiap tahun
mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan. Murid menguasai
ditakrifkan sebagai murid yang melepasi kesemua 12 konstruk
pada setiap saringan yang dijalankan bagi Literasi Bahasa
Melayu, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi.
Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013
2025, menerusi Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah, semua
pihak

yang

terlibat

berpeluang

dan

berperanan

dalam

membantu membangunkan modal insan agar selaras dengan


hasrat

Negara

pembelajaran.

untuk

mencapai

kecemerlangan

sistem

Program ini merupakan satu usaha Unit Pendidikan Khas di


bawah Program LINUS sekolah melibatkan ibu bapa dalam
membantu pembelajaran anak-anak. Penglibatan ibu bapa
dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah
bukan sahaja memberi pelbagai manfaat malah yang paling
penting sebagai bukti sokongan moral ibu bapa kepada anakanak dalam meningkatkan tahap pembelajaran mereka di
sekolah. Justeru itu, program ini mampu membina keyakinan
diri serta meningkatkan minat murid untuk belajar dengan lebih
gigih.

OBJEKTIF
1. Membina keyakinan diri murid-murid LINUS.
2. Memastikan tahap penguasaan murid adalah secara
berterusan.
3. Memberi peluang ibubapa melibatkan diri secara langsung
dalam pembelajaran anak-anak.

PESERTA
Peserta terdiri dari murid-murid LINUS Literasi Bahasa Malaysia
Tahun 2 dan 3 serta murid Tahun 4 (PROTIM) 2016.
TARIKH/WAKTU PELAKSANAAN
JAN 2015 OKTOBER 2016

PENGISIAN PROGRAM

1. Setiap murid dibekalkan dengan sebuah beg , buku, dan


kad suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat.
2. Murid akan memasukkan keratan suku kata, perkataan,
frasa serta ayat-ayat yang telah dikuasai oleh murid ke
dalam beg tersebut.
3. Hanya kad yang dikuasai sahaja akan dimasukkan ke
dalam beg kertas tersebut.
4. Murid-murid
boleh
bersaing
secara
sihat
bagi
mendapatkan lebih banyak kad yang menunjukkan
bahawa mereka telah menguasai suku kata, perkataan,
frasa dan ayat.
5. Guru
serta
ibubapa/penjaga
dapat
memantau
perkembangan pembelajaran anak-anak.
6. Disamping itu, guru, ibubapa dan ahli keluarga lain juga
dapat menyoal kad yang terdapat di dalam beg kertas
tersebut bagi memastikan pencapaian murid adalah
secara berterusan.
7. Program ini merupakan satu program tambahan sebagai
menyokong Program LINUS sekolah.
8. Pencapaian dan penguasaan murid akan direkod oleh
guru.
9. Murid akan menjalani program ini pada masa lapang
mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh guru.
10.
Rekod pencapaian murid juga akan disemak dan
diserahkan untuk pemantauan ibu bapa pelajar.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

................................................
...
(Pn. Anis Suhaily Md Noordin)

............................

Penyelaras Linus Literasi Bahasa Malaysia


2016

You might also like