You are on page 1of 6

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI 2016

PASUKAN BADAN BERUNIFORM


SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH KLANG
KATEGORI B
1.

PENYERTAAN
1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan beruniform di sekolah-sekolah rendah kerajaan dan
bantuan kerajaan yang berdaftar dengan badan induknya sahaja. Sekolah kerajaan dan bukan bantuan
kerajaan atau swasta boleh menyertai tetapi tidak boleh mewakili negeri/daerah jika dipilih menjadi
pemenang. Sekolah yang menjadi pemenang akan disenaraikan dalam kategori A.
1.2 Sekolah yang tersenarai dalam kategori A tidak layak untuk menyertai kategori B.
1.3 Hanya dua pasukan sahaja dibenarkan mewakili sesebuah sekolah untuk setiap kategori iaitu:
a. Kategori Lelaki
b. Kategori Perempuan
1.4 Pertandingan akan dijalankan di peringkat sekolah dan daerah sahaja.

2.

PENDAFTARAN
2.1 Anggota pasukan dan Ketua Platun mestilah terdiri daripada murid-murid yang sedang menuntut di sekolah
rendah (Tahun 3-6).
2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang 19 orang dan tidak
melebihi 20 orang termasuk seorang Ketua Platun dan anggota simpanan.
2.3 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh pelajar lelaki atau
perempuan sahaja. (Platun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan)
2.4 Setiap peserta diminta membawa kad pengenalan / salinan sijil kelahiran yang di sahkan Guru Besar untuk
tujuan penyemakan status. Surat kebenaran penjaga pelajar perlu juga disertakan bersama. Kegagalan
memenuhi keperluan ini boleh menyebabkan pendaftaran dibatalkan.

3.

PAKAIAN
3.1

3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
3.8
3.9

Pakaian Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi pasukan beruniform berkenaan sahaja. ( penuh ).
Pakaian pasukan hendaklah pakaian rasmi pasukan beruniform berkenaan sahaja. (penuh / separuh ) .
Markah pakaian tidak akan dinilai untuk pasukan.
Setiap anggota dan ketua platun mestilah memakai pakaian asas yang telah ditetapkan oleh badan induk,
walaupun ada item yang tidak dinilai.
Kasut kawad yang dibenarkan ialah kasut yang sesuai untuk berkawad.(Drill Boot tidak dibenarkan )
Aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mestilah dipakai semasa pertandingan kawad.
Jika gagal mematuhi Perkara 3.4 di atas, penalti di bawah perkara berkaitan aksesori tidak di tempatnya
akan dikenakan.
Aksesori yang dinilai hanyalah sarung tangan putih sahaja. Aksesori lain iaitu jambul, mafla, anklet dan
selempang tidak dibenarkan.( Ketua Platun sahaja )
Penggantian anggota boleh dilakukan selepas pemeriksaan pakaian iaitu sebelum masuk ke litar
pertandingan bagi persembahan kawad. Pertukaran hendaklah dilapor kepada Hakim Pakaian dan Ketua
Hakim.
Anggota yang mengganti tidak perlu menjalani pemeriksaan pakaian tetapi hendaklah memakai pakaian
sepertimana yang dipakai oleh pasukannya semasa pemeriksaan pakaian.
Anggota pengganti yang gagal mematuhi perkara 3.8 di atas akan dipenalti sebaik sahaja masuk ke dalam
litar di bawah perkara berkaitan item pakaian asas atau aksesori yang tidak di tempatnya.

PADANG KAWAD
4.1 Keluasan litar pertandingan ialah 35m X 6m. (Rujuk pelan).
4.2 Kun-kun sempadan luar hendaklah bersaiz 16 inci dan sama warna. Sementara kun-kun di dalam litar
hendaklah bersaiz 6 inci iaitu kun A,kun B,kun C ,kun D dan warna tidak sama dengan kun sempadan luar
.Sempadan luar litar hendaklah ditandakan dengan membina garisan putih atau kuning.
4.3 Pemeriksaan pakaian dilakukan di luar litar

JANGKA MASA PERSEMBAHAN


5.1

5.2
5.3
5.4

Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 7 minit. Pemberian markah
bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar pertandingan dan berdasarkan tempoh masa yang
ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari litar. Selepas 7 minit, persembahan tidak akan dinilai.
Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad buka barisan sebelum melapor kepada
Ketua Hakim. Persembahan terbahagi 2 iaitu kawad statik dan kawad dinamik.
Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dengan didahului kawad statik
Isyarat akan dibunyikan:
5.4.1 pada minit ke 5. (sekali)
5.4.2 masa tamat. (dua kali)

PELAKSANAAN PERTANDINGAN
6.1

Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad pasukan unit beruniform berkenaan yang
telah ditetapkan.

6.2

Bilangan Anggota:
6.2.1 Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 19 orang termasuk Ketua Platun ketika bertanding.
Platun yang bilangan anggotanya kurang atau lebih daripada 19 orang semasa memasuki
litar
atau semasa pemeriksaan pakaian akan dibatalkan penyertaannya .
6.2.2Jika ada anggota yang sedang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa juga
sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada 19 orang maka
penalti
akan dikenakan
6.2.3 Tiada sebarang penggantian anggota dibenarkan ketika pertandingan kawad sedang berjalan
walau apa pun sebabnya.

6.3

Pemeriksaan Pakaian:
Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk ke litar
undian iaitu 15 minit sebelum masuk ke litar pertandingan kawad.

mengikut giliran

7.

BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD :


Bahasa hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman PDRM atau ATM.
7.1.

Kawad Statik:
a.
Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan dalam
masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar berjalan ialah
128-135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan Dikenakan penalti.
b.
Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman Baris akan menghadap ke hadapan, ke
kanan pusing.
c.
Buka barisan. Contoh bahasa hukuman Buka barisan...gerak.
d.
Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi. Contoh bahasa hukuman Ke
kanan...lurus. Pandang...depan
e.
Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, platun akan
berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Contoh bahasa hukuman ketika melapor ialah
Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( BSMM L1 / Pengakap P1 ) siap untuk
diuji, tuan. Selepas Ketua Hakim menerima laporan, Ketua Platun hendaklah memberi
hukuman Terima kasih tuan.
f.

Memulakan kawad statik dalam keadaan buka barisan. Platun diwajib melakukan semua
pergerakan kawad statik berikut mengikut urutan:
i.
ii.
iii.
iv.

Bergerak ke kiri. Contoh bahasa hukuman: Bergerak ke kiri , ke kiri.....pusing.


Bergerak ke kanan. Contoh bahasa hukuman: Bergerak ke kanan , ke belakang pusing
Menghadap ke belakang. Contoh bahasa hukuman:
Baris akan menghadap ke belakang, ke kanan....pusing
Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman: Baris akan menghadap ke hadapan,
ke belakang pusing .

g.

Hukuman tutup barisan diberi selepas selesai kawad statik. Contoh bahasa hukumannya, tutup
barisan.......gerak.

h.

Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.

i.

Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Contoh bahasa hukuman:
bergerak ke kiri , ke kiri......pusing.

j.

Berjalan dalam masa cepat jalan selepas penanda melepasi kun B dan C bahasa hukuman
Hormat ke hadapan akan diberi. Bahasa hukuman: Hormat ke hadapan....hormat.

k.

Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: Tukar langkah semasa berjalan, tukar
langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju.

l.

Hormat selaku terima sijil. Selepas penanda melepasi kun A dan kun D. Bahasa hukuman:
Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan.......hormat.

m.

Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: Tukar langkah perlahan, perlahan.....jalan.

n.

Bergerak ke kanan . Selepas penanda melepasi kun B dan kun C. Bahasa hukuman: Bergerak
ke kanan , ke belakang....pusing.

o.
p.

Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: Tukar langkah cepat, cepat jalan.
Bergerak ke kiri . Selepas penanda melepasi kun A dan kun D. Bahasa hukuman: Bergerak ke
kiri , ke belakang....pusing.

q.

Hormat Kekanan hormat. Bahasa hukuman; Hormat ke kanan........hormat.

r.

Bergerak ke kanan . Selepas penanda melepasi kun B dan kun C. Bahasa hukuman: Bergerak
ke kanan , ke belakang....pusing.

s.

Hentak kaki dan maju.Bahasa hukuman: Hentak kaki, maju.

t.

Bergerak ke kiri . Selepas penanda melepasi kun A dan kun D. Bahasa hukuman: Bergerak ke
kiri , ke belakang....pusing.

u.

Skuad Henti.bahasa hukuman: Skuad........Henti.

v.

Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: Baris akan menghadap ke hadapan, ke kanan


.......pusing.

w.

Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.

x.

Tamat bahagian kawat asas (statik dan dinamik).

y.

Melapor keluar.Bahasa hukuman: Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan, (Pasukan


BSMM P1 / Pengakap L1) telah selesai diuji. Mohon kebenaran menjalankan tugas seterusnya,
tuan. Selepas Ketua Hakim menerima laporan, Ketua Platun hendaklah memberi hukuman
Terima kasih tuan.

z.

Bergerak kekiri.Bahasa hukuman: Bergerak ke kiri, kiri..........pusing.


Cepat jalan...

Peringatan :
1.
2.

Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, kecuali hukuman Ketua Platun sahaja.
(contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan, kiri)
Ketua Platun hendaklah memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa
keseluruhan kawad asas di tengah-tengah antara kun A dan B. Ketua Platun yang bergerak
bersama platun semasa kawad dinamik akan dipenalti. Penalti juga diberi jika ia berada di luar
litar sepanjang persembahan kawad asas dijalankan ataupun dengan sengaja berdiri
berhampiran kun A atau B.

8.

PENALTI
Berikut adalah jenis kesalahan dan jumlah markah penalti yang akan dikenakan :
Semasa Kawad Asas
Bil
1
2
3
4
5
6
7
8

Jenis Kesalahan
Pergerakan cepat jalan tidak 120 135 seminit /
Pergerakan perlahan jalan tidak 60 70 seminit
Anggota Gagal Meneruskan Kawad
Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya
Aksesori terlucut / tidak di tempatnya
Keluar kawasan kawad ( setiap pergerakan )
Terlanggar kon
Tidak mengikut urutan
Pergerakan yang bukan ditetapkan

Markah
Penalti
1

Maksimum
ditolak
3 kali

1
1
1
1
1
1
1

3 kali
3 kali
3 kali
3 kali
3 kali
5 kali
5 kali

Maksimum
ditolak
sekali
sekali
sekali
2 kali
5 kali
5 kali
5 kali
5 kali
5 kali

Ketua Platun
Bil

Jenis Kesalahan

1
2
3
4
5
6
7
8

Bergerak bersama pasukan *


Memberi hukuman kawad di luar litar
Gagal Meneruskan Kawad
Melapor di luar litar kawad
Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya
Aksesori terlucut / tidak di tempatnya
Tidak mengikut urutan
Bukan Bahasa Hukuman yang ditetapkan

Markah
Penalti
5
5
3
3
1
1
1
1

Hukuman di beri bukan pada tempatnya.

Nota : Pemberian penalti akan diselaraskan selepas tamat persembahan kawad pasukan berkenaan misalnya
kesalahan keluar litar di sebelah kiri litar mungkin hanya dilihat oleh hakim berdekatan tetapi tidak
dilihat oleh hakim di kanan litar.
* Kecuali semasa membawa platun masuk dan keluar litar pertandingan,

9.

PENGHAKIMAN
a.

b.

c.

d.
f.

Pada peringkat Daerah, Hakim terdiri daripada hakim-hakim berkelayakan yang dipilih dan
dilantik oleh Pejabat pendidikan Daerah. Seramai 8 hakim akan dilantik bagi setiap kategori dan
dipecahkan seperti berikut;
i.
Seorang Ketua Hakim (kira masa, langkah )
ii. 2 orang hakim Ketua Platun
iii. 1 orang hakim pakaian
iv. 4 orang hakim kawad ( 2 orang bagi setiap sisi litar ).
Ketua Hakim hendaklah daripada kalangan pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu
Pegawai Pasukan GO/NGO yang bertauliah, manakala hakim-hakim lain mestilah terdiri
daripada pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja.
Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan yang bertanding maka markah
ketua Platun akan diambil kira. Sekiranya masih sama, markah pakaian ketua platun akan
diambil kira. Sekiranya masih sama juga, pasukan yang berpakaian lengkap akan diambil kira
sebagai pemenang.
Keputusan hakim adalah muktamad.
Pemarkahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut :

i.
ii.

Kawad statik dan dinamik


Ketua Platun ( kawad + pakaian )
Jumlah Keseluruhan

g.

10.

80 %
20 %
100%

Ketua Platun yang mendapat markah tertinggi akan dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik.
Sekiranya berlaku persamaan markah di antara Ketua Platun, maka markah kawad (bahasa
hukuman dan pergerakan kawad) hendaklah diambil kira.

BANTAHAN

Pasukan yang bertanding boleh mengemukakan bantahan dalam aspek-aspek teknikal sahaja.
Bantahan hendaklah dibuat secara rasmi menggunakan borang yang disediakan bersama wang cagaran
sebanyak RM180.00 kepada urus setia pertandingan melalui pengurus pasukan masing-masing dalam
masa 30 minit selepas pasukan tersebut membuat persembahan.
Syarat-syarat Pertandingan Tamat

You might also like