You are on page 1of 2

Isu Surau dijadikan Tokong, Ini penjelasan Pengurus Resort..

Tarikh : Monday, August 12 @ 12:14:23 MYT


Topik : Artikel

Video ini telah dimuatnaik oleh sebtv atau pemilik saluran YouTube
sebastianphiu semalam. Surau berkenaan dipercayai surau yang berada di
dalam kawasan Tanjung Sutera Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi Johor.
Video ini turut dimuatnaik di dalam blog sebastianphiu.blogspot.com
ditulis oleh Sebastian Phiu Abdullah.
Di dalam video selama 1:25 saat kelihatan kumpulan penganut Buddha ini
yang seramai 13 orang sedang menjalankan ritual mereka di dalam ruang
solat surau.

Ia jelas sebuah ruang solat kerana terdapat beberapa tulisan ayat suci AlQuran di dinding surau berkenaan.
Bagaimanapun, upacara ritual keagaaman Buddha dilihat bersifat
sementara kerana lihat cara tempat sembahyang mereka diletakkan dan
tambahan pula ia sebuah surau yang terletak di dalam resort.

Berikut adalah video yang dimaksudkan.. lihat di ( SINI )


Ini penjelasan dari Pengurus Tanjung Sutera Resort, Syed Ahmad Alkaff
mengenai perkara ini..
Menurut beliau, kejadian berkenaan terjadi semalam dan anggota
rombongan terlibat datang dari Singapura.
Menurut beliau pihaknya kerap menerima banyak rombongan dan lawatan
dari pertubuhan keagamaan di resort mereka.
Pada mulanya, mereka meminta izin untuk sebuah tempat bagi mereka
mengadakan satu upacara meditasi, memandangkan dewan kami ketika itu
penuh kerana sedang digunakan, kami membenarkan mereka
menggunakan surau hanya untuk proses meditasi berkenaan.
Bagaimanapun, kumpulan itu membawa peralatan mereka secara senyap
seperti tempat sembahyang di dalam video itu dan kemudian mengadakan
upacara sembahyang sebegitu rupa, katanya.
Menurut Syed Ahmad, pihaknya hanya mengetahui kejadian itu selepas
mendapat aduan daripada orang ramai yang ternampak kejadian itu
sehingga menimbulkan sedikit ketegangan.
Pihak resort, kemudiannya mengarahkan mereka menghentikan upacara
dan semua peralatan sembahyang mereka dikeluarkan, katanya.
Menurut beliau, pihak polis turut berada di surau berkenaan ketika
kejadian dan keterangan semua pihak sudah diambil dan direkodkan.

You might also like