You are on page 1of 7

Pembimbing Rakan

Sebaya

PRS

Matlamat, Visi, Misi, Ikrar, Etika Pembimbing Rakan Sebaya



Melahirkan PRS yang berkemampuan membantu rakan sebaya secara
positif, berkesan, berkemahiran dan berketrampilan antaranya :

1. Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.
2. Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan
kepada
kepercayaan kepada Tuhan.
3. Memupuk potensi / bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka,
bertimbang rasa,
rela, taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat
majmuk.
4. Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat
memainkan
peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar.

Falsafah Pembimbing Rakan Sebaya


ialah:
BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN
PRS harusdilengkapi dengan ilmu
pengetahuan, perlakuan, perhubungan,
kemahiran,
kreativiti dan keimanan.

Visi Pembimbing Rakan Sebaya


ialah :

Sistem pengurusan Perkhidmatan
Pembimbing Rakan Sebaya yang
cemerlang dan berkualiti.

Misi Pembimbing Rakan Sebaya


ialah :

Membentuk dan melahirkan insan
yang seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan cemerlang
berdasarkan falsafah dan etika
Pembimbing Rakan Sebaya.

Ikrar Pembimbing Rakan Sebaya ialah :



Saya / Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta
mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sesi 2013.

Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta
amanah yang diberikan
tanpa mengira tempat, masa dan rakan.
Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
Berusaha menjadi pelajar contoh.
Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS.

Etika sebagai PRS, mereka perlu sentiasa ingat dan


patuh kepada etika, iaitu :

Amanah dan menyimpan rahsia.
Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
Memahami batasan dan keupayaan diri.
Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang
kes yang boleh merosakkan diri
dan / atau orang lain.
Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling.
Mematuhi peraturan sekolah, dan norma masyarakat serta
agama.

You might also like