You are on page 1of 1

2.

0 PENGENALAN
Tugasan projek pada kali ini berfokuskan kepada Program Kesihatan Sekolah yang telah
dilaksanakan oleh sekolah tersebut. Sehubungan dengan itu, saya telah memilih program
pencegahan denggi yang diberi nama Dengue Patrol yang dilaksanakan oleh pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Kem dalam memberi pendidikan berkiatan kesihatan kepada warga
sekolah dan masyarakat sekitar.
Menurut Mohd. Yazid dalam blog peribadinya, Program Kesihatan Sekolah (PRK)
merupakan meiputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka untuk mempertahankan ,
menggalakkan dan menjaga kesihatan optima murid-murid dan kegiatan sekolah untuk
menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah. Selain itu, program ini bertujuan membina
pengetahuan, sikap, dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan.
Program ini telah dimulakan sejak tahun 1967. Matlamat program ini bagi melahirkan
pelajar-pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif. Program ini berkembang
seiring dengan keperluan semasa. Pelbagai program telah dimasukkan di bawah (PRK) ini
menerusi belanjawan khusus yang diwujudkan oleh pihak kementerian. Antara program
yang tersenarai dalam Program Kesihatan Sekolah dapat dilihat menerusi rajah di bawah.

Program
Kesihatan
Sekolah

Perkhidmatan
Kesihatan
Sekolah

Perkhidmatan
Pergigian

Rancangan
Makanan
Tambahan
(RMT)

Program
Susu Sekolah
(PSS)

Pendidikan
Pencegahan
Denggi

Rajah memaparkan antara program yang dilaksanakan di bawah Program Kesihatan


Sekolah

You might also like