You are on page 1of 6

Kawad Kaki PBB 2015

SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN-PASUKAN BADAN BERUNIFORM


SEMPENA HARI KOKURIKULUM SMK GUNUNG SEMANGGOL 2015

1. PENYERTAAN
Terbuka kepada ahli-ahli Pasukan Badan Beruniform Sekolah Menengah Kebangsaan
Gunung Semanggol. Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori
Lelaki dan Kategori Perempuan.
2. BILANGAN PESERTA
Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang dari
19 orang dan tidak melebihi 22 orang termasuk seorang ketua platun dan anggota
simpanan.
3. PAKAIAN
Setiap peserta perlu memakai pakaian kawad yang sesuai dan melambangkan PBB
yang diwakili.
4. JANGKA MASA PERSEMBAHAN
4.1Masa persembahan maksima bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit. Pemberian
markah
bermula apabila platun bergerak masuk padang kawad dan berdasarkan
persembahan
dalam tempoh masa yang ditetapkan.
4.2Masa pertandingan diambil kira bermula dari hukuman BUKA BARISAN sebelum
lapor kepada
Ketua Hakim.
4.3Persembahan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kawad Asas dan Kawad Formasi.
Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dan didahului
oleh Kawad Asas.
4.4Sekiranya masa persembahan melebihi 15 minit, 5 markah akan dipotong dan
persembahan selepas
15 minit itu tidak akan diberi markah.
5. PERLAKSANAAN PERTANDINGAN
5.1Semasa pertandingan dijalankan, setiap pasukan mestilah dianggotai oleh 19 ahli
termasuk Ketua Platun.
5.2Jika ada anggota yang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa
jua sebab sehingga
menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada 19 orang, 5 markah akan
ditolak bagi setiap
anggota yang kurang.
5.3Tiada sebarang penggantian anggota dibenarkan ketika pertandingan kawad sedang
berjalan.
Penggantian hanya boleh dilakukan sebelum pertandingan kawad dijalankan untuk
setiap pasukan.
6. PADANG KAWAD
6.1Keluasan litar pertandingan ialah 14m X 36m. (Rujuk Litar Pertandingan 1).
1

Kawad Kaki PBB 2015

6.2Terdapat 4 kon di dalam litar berlabel A, B, C dan D ,


6.3Sempadan luar litar ditandakan dengan garisan putih.
7. MAKLUMAT TAMBAHAN
Lain-lain maklumat, peraturan dan syarat-syarat pertandingan yang tidak dinyatakan
dalam butiran ini
akan ditentukan oleh pihak jawatankuasa pengelola.

8. KETERANGAN DAN PERGERAKAN KAWAD :


8.1.

Kawad Asas:
a. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3
barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan
(tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar berjalan ialah 128-135 langkah
seminit.
b. Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman Baris akan
menghadap ke hadapan, ke kanan pusing.
c. Buka barisan. Contoh bahasa hukuman Buka barisan...gerak.
d. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi. Contoh
bahasa hukuman Ke kanan...lurus. Pandang...depan
e. Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua
Platun melapor, platun akan berada dalam kedudukan sedia dan buka
barisan. Contoh bahasa hukuman ketika melapor ialah Assalamulaikum /
Selamat Sejahtera Tuan, Pasukansiap untuk diuji, tuan. Selepas
Ketua Hakim menerima laporan, Ketua Platun hendaklah memberi
hukuman Terima kasih tuan.
f. Memulakan kawad statik dalam keadaan buka barisan. Platun diwajib
melakukan semua pergerakan kawat statik berikut mengikut urutan:
i.
Bergerak ke kiri. Contoh bahasa hukuman: Bergerak ke kiri
bertiga-tiga , ke kiri.....pusing.
ii.
iii.

Bergerak ke kanan. Contoh bahasa hukuman: Bergerak ke


kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing
Menghadap ke belakang. Contoh bahasa hukuman:
Baris akan menghadap ke belakang, ke kanan....pusing

iv.

Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman: Baris akan


menghadap ke hadapan, ke belakang pusing .

v.

Hentak kaki. Contoh bahasa hukuman: Hentak kaki cepatbaris


hentak/henti.

g. Hukuman tutup barisan diberi selepas selesai kawad asas. Contoh


bahasa hukumannya, tutup barisan.......gerak.
h. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.
i. Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik).
Contoh bahasa hukuman: bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri......pusing.
2

Kawad Kaki PBB 2015

j.

l.

n.
o.
p.
q.
r.

Berjalan dalam masa cepat jalan sebanyak satu pusingan dan apabila
membelok, beri hukuman kiri belok. (Rujuk Pelan Litar
Pertandingan 2).
k. Hukuman tukar langkah perlahan....perlahan jalan diberikan setelah
platun melepasi kon A. ( Rujuk Pelan Litar Pertandingan 3 )
Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Contoh bahasa hukuman:
Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang....pusing.
m. Hukuman tukar langkah cepat, cepat jalan diberikan setelah platun
berada di tengah padang kawad.
Hormat ke hadapan. Contoh bahasa hukuman: Hormat ke
hadapan....hormat.
Hormat ke kanan. Contoh bahasa hukuman: Hormat ke
kanan....hormat.
Hormat selaku terima sijil. Contoh bahasa hukuman: Hormat selaku
terima sijil, hormat
ke hadapan.......hormat
Tukar langkah semasa berjalan. Contoh bahasa hukuman: Tukar langkah
semasa berjalan,
tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju.
Bergerak ke kiri. Contoh bahasa hukuman: Bergerak ke kiri bertiga-tiga,
ke belakang....pusing.

s.

Henti, menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman Baris akan


menghadap
ke hadapan, ke kanan pusing.
t.
Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi. Contoh
bahasa hukuman
Ke kanan...lurus. Pandang...depan
Tamat bahagian kawad asas (statik dan dinamik).
Peringatan :
1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, kecuali
hukuman Ketua Platun sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa;
kiri, kanan, kiri)
2. Ketua Platun hendaklah memberi arahan secara statik dan mengadap ke
arah platun semasa keseluruhan kawad asas. Ketua Platun yang bergerak
bersama platun semasa kawad dinamik akan dipenalti.

8.2

Kawad Formasi
a. Kon akan di keluarkan oleh petugas sebaik sahaja kawad dinamik selesai.
b. Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sebanyak 3 jenis formasi
yang berlainan. Formasi yang diulang akan dikira satu formasi.
c. Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dalam keadaan 3 barisan
menghadap ke hadapan iaitu menghadap ke bahagian hadapan litar
sepertimana kedudukan asal ketika hendak memulakan kawad formasi.
Perbuatan ke kanan lurus tidak diwajibkan.
d. Unsur suara (slogan) hendaklah dibuat setelah tamat formasi ketiga.
3

4M

Kawad Kaki PBB 2015


2.5
e.MKetua
2.5 M

f.

8.3

Platun boleh masuk menyertai kawad formasi. Ketua Platun yang


tidak menyertai kawad formasi TIDAK AKAN DIBERI KEUTAMAAN untuk
dipilih sebagai ketua platun terbaik.
Hanya semua unsur pergerakan kawad dalam badan induk, PDRM dan
ATM adalah dibenarkan dalam kawad formasi.

Melapor Keluar

Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar litar kawad. Contoh bahasa
hukuman melapor keluar ialah Assalamualaikum / Selamat Sejahtera
Tuan.telah selesai diuji. Mohon kebenaran menjalankan tugas
seterusnya, tuan. Selepas Ketua Hakim menerima laporan, Ketua Platun
hendaklah memberi hukuman Terima kasih tuan.

PELAN LITAR PERTANDINGAN 1

Pusingan Pertama

PELAN LITAR PERTANDINGAN 2

PETUNJUK

4
Masuk Padang

Tempat Melapor

Kawad Kaki PBB 2015

PELAN LITAR PERTANDINGAN 3

A
k
n

l
m
o

q
s/t

PETUNJUK
Arah Pergerakan Kawad

Kawad Kaki PBB 2015

Disediakan oleh :

( SHAHAROM BIN HAMIDON )


Penyelaras Pertandingan Kawad Kaki
Hari Kokurikulum 2015

You might also like