You are on page 1of 11

ISI KANDUNGAN

1.0

Latar Belakang Masalah Etika

2.0

Klasifikasi Masalah Etika Dalam Pengurusan

3.0

4.0

5.0

2.1

Masalah etika mempunyai akibat yang berpanjangan

2.2

Masalah etika mempunyai pelbagai alternative

2.3

Masalah etika mempunyai hasil atau keadaan berbeza dan bercampur aduk.

2.4

Masalah etika mempunyai akibat yang tidak pasti

2.5

Masalah etika mempunyai implikasi secara peribadi

Analisis Masalah Etika dalam Pengurusan


3.1

Kaedah Analisis Undang-undang

3.2

Kaedah Analisis Etika

3.3

Kaedah Analisis Ekonomi

Pengesyoran Cara Menyelesaikan Masalah Etika


4.1

Kawalan Sistem dalam Pengurusan

4.2

Program Khas Latihan Etika

4.3

Talian Khas Masalah Etika

Kesimpulan

Rujukan

1.0

Latar Belakang Masalah Etika


Berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, dan ikhlas merupakan di antara ciri-ciri yang

perlu dimiliki oleh seseorang individu yang ingin berjaya dalam apa jua bidang. Ini adalah
lebih nyata lagi pada zaman globalisasi kini yang kian mencabar. Ini juga merupakan nilainilai murni yang akan membentuk etika seseorang indidvidu tersebut.
Menurut Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, etika membawa
erti satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Mengikut definasi yang
diberikan oleh A. R. Licey dan W.L. Reese, etika dilihat sebagai aktiviti atau kegiatan
praktikal yang berkenaan dengan tingkah laku, adat dan cara hidup serta niat dalam
melakukan kegiatan atau aktiviti tersebut. Untuk tugasan ini, satu kisah masalah etika dalam
pengurusan telah digunakan. Kisah ini berlaku kepada seorang pentadbir sekolah rendah
iaitu Cikgu Ivy Lau (Nama Samaran), seorang Penolong Kanan Kokurikulum yang bertugas
di sebuah sekolah di Bandaraya Kuching. Sekolah tersebut merupakan sebuah sekolah Gred
A yang mempunyai bilangan murid seramai 1785 orang murid dan bilangan 62 orang guru.
Sekolah tersebut mempunyai satu sesi sahaja iaitu sesi pagi. Pada waktu petang Hari Isnin,
Selasa dan Rabu merupakan kegiatana kokurikulum. Pada hari Isnin merupakan perjumpaan
kelab dan persatuan. Pada hari Selasa merupakan perjumpaan Sukan dan Permainan dan pada
hari Rabu pula, merupakan perjumpaan untuk Unit Beruniform. Sekolah tersebut amat aktif
dalam bidang sukan dan untuk beberapa tahun kebelakangan ini, pasukan bola keranjang dan
pasukan bola tampar sekolah berpeluang untuk bertanding sehingga ke peringkat kebangsaan.
Setiap tahun, telah menjadi tanggungjawab Cikgu Ivy untuk membuat pesanan atau membeli
peralatan sekolah untuk kegunaan kelab dan persatuan sekolah dengan peruntukan kewangan
kerajaan.

Guru Besar tersebut telah memberi kuasa kepada Cikgu Ivy untuk membeli

keperluan sekolah atau alat sukan serta peralatan yang diperlukan untuk kelab dan persatuan
mengikut tatacara pembelian yang dikeluarkan oleh kementerian pendidikan.
Pada bulan Jun 2013, pembekal telah datang ke sekolah dengan membawa barangbarang yang telah ditempah oleh Cikgu Ivy.

Pembekal tersebut merupakan pembekal

peralatan sukan seperti pelbagai jenis bola serta peralatan untuk acara olahraga serta pakaian
sukan. Pada tahun tersebut, Cikgu Ivy telah membuat tempahan untuk Kelab Bola Keranjang
dan Kelab Bola Tampar. Cikgu Ivy menggunakan peruntukan Bantuan Sukan di bawah
peruntukan BBTP.

Untuk tempahan bola keranjang dan bola tampar, pembekal telah

memberi satu Quotation untuk Cikgu Ivy. Menurut Quotation yang telah diberikan,

bola-bola yang disenaraikan adalah seperti jenama Mikasa dan Molten. Oleh itu, Cikgu
Ivy telah membuat tempahan untuk bola keranjang jenis Molten dan bola tampar Mikasa
dalam jumlah yang banyak. Ini adalah untuk kegunaan pasukan sekolah yang akan mengikut
pelbagai pertandingan tahun tersebut.
Semasa pembekal menghantar barang-barang tempahan Cikgu Ivy. Telah didapati
bahan yang dihantar adalah berbeza daripada apa yang ditempah. Contohnya bola keranjang
dan bola tampar yang dihantar merupakan jenis yang tidak diketahui. Selepas disiasat, Cikgu
Ivy mendapati bahawa bola-bola yang dihantar boleh diperolehi daripada kedai Supersave
dengan harga kurang daripada RM20 sebiji. Selain itu, pakaian sukan dan jaring untuk
gelanggang bola tampar dan bola keranjang yang ditempah juga tidak menepati apa yang
dijanjikan.
Pembekal tersebut telah meminta Cikgu Ivy untuk menandatangani Invoice sebagai
pengakuan penerimaan. Cikgu Ivy tidak mahu menandatangani Invoice tersebut kerana
apa yang dihantar bukan apa yang diminta.

Dengan baik Cikgu Ivy meminta supaya

pembekal menggantikan bahan yang dihantar dengan yang betul seperti yang dinyatakan
dalam quotation pembekal.

Pembekal tersebut telah cuba untuk memujuk Cikgu Ivy

supaya menerima bahan-bahan tersebut dan menyatakan bahawa dia akan memberi 15%
daripada harga pembelian bahan-bahan kepada pihak sekolah.

Cikgu Ivy tetap menolak

cadangan pembekal tersebut. Pembekal tersebut telah meminta Cikgu Ivy supaya menerima
apa yang telah dihantar kerana menurut dia, dia tidak dapat mengembalikan bahan yang telah
dibelinya dan apatah lagi bola-bola yang ditempah adalah banyak. Cikgu Ivy tetap dengan
pendiriannya. Selepas cuba beberapa kali, pembekal itu telah mencadangkan agar Cikgu Ivy
menerima bahan-bahan tersebut kerana tidak ada orang akan perasan dengan penukaran
barang tersebut dan dia berjanji akan memberi 5% kepada Cikgu Ivy secara personal untuk
segala urusniaga diantara mereka dan menurut dia lagi, bahawa sekiranya Cikgu Ivy mahu
jenama seperti yang dikehendaki, beliau terpaksa tunggu lama kerana tidak ada stok.
Akhirnya, Cikgu Ivy pun berterus terang dengan pembekal tersebut bahawa dirinya
merupakan seorang Kristian yang berpegang teguh kepada ajaran agama.

Selepas

mendengar penjelasan Cikgu Ivy, pembekal itu terpaksa berundur. Dia telah meninggalkan
sekolah dengan barang-barang yang tidak diterima oleh Cikgu Ivy. Cikgu Ivy telah meminta
supaya dia menghantar barang-barang yang diperlukan dalam masa yang telah ditetapkan.

2.0

Klasifikasi Masalah Etika Dalam Pengurusan


Biasanya masalah etika membangkitkan masalah dalam pengurusan kerana wujudnya

konflik antara prestasi sosial dan ekonomi. Dilema etika akan timbul apabila seseorang
pentadbir sesebuah organisasi berdepan dengan kesukaran untuk membuat keputusan dan
berdepan dengan keadaan tidak pasti adakah apa yang akan dilakukan betul, salah atau patut.
(Right, wrong or proper) Maka untuk melihat adakah sesuatu keputusan itu beretika atau
tidak, kita perlu lihat apakah ciri-ciri masalah etika dalam pengurusan. Lima ciri masalah
etika adalah seperti berikut:
2.1

Masalah etika mempunyai akibat yang berpanjangan


Dalam masalah etika, sekiranya keputusan yang dibuat adalah tidak betul, maka

akibatnya akan menyebabkan pelbagai masalah lain timbul dan akhirnya masalah ini akan
berterusan dan berpanjangan sehingga mempengaruhi orang lain atau masyarakat.
Contohnya dalam kes Cikgu Ivy, sekiranya beliau bersetuju dengan pembekal untuk
mengambil barangan yang tidak berkualiti, perkara itu tidak akan berhenti setakat itu sahaja.
Malah masalah itu mungkin akan mempengaruhi prestasi atau pencapaian pasukan bola
keranjang dan bola tampar sekolah beliau. Segala usaha selama ini mungkin akan terjejas.
Dengan qualiti bola yang rendah, pasukan sekolah mungkin tidak dapat membiasakan diri
dengan bola yang akan digunakan semasa pertandingan sebenar kemudian. Keputusan yang
tidak baik mungkin menyebabkan para guru tidak bermotivasi lagi dan akhirnya prestasi
pencapaian kokurikulum juga akan terjejas. Maka prestasi sekolah dalam SKPM juga akan
terjejas. Oleh itu, jelaslah menunjukkan bahawa sebarang keputusan seorang pentadbir amat
penting kerana ia melibatkan bilangan besar atau keseluruhan organisasi tersebut.
2.2

Masalah etika mempunyai pelbagai alternative


Sebenarnya, kebanyakan keputusan etika mempunyai alternatif. Oleh itu, sekiranya

seseorang pengurus menyatakan yang dia dipaksa atau terpaksa melakukan keputusan tidak
beretika adalah kurang tepat. Seperti dalam kes Cikgu Ivy, beliau mempunyai alternatif yang
pelbagai dalam membuat keputusannya. Contohnya, Cikgu Ivy boleh menerima cadangan
pembekal tersebut, beliau boleh menolak cadangan pembekal tersebut, beliau boleh
melaporkan apa yang dilakukan oleh pembekal itu kepada pihak atasan atau beliau boleh
menolak cadangan tersebut dan terus mendiamkan diri. Oleh itu, sebagai seorang PKKK yang

mempunyai kuasa untuk membelanjakan wang kerajaan untuk penggunaan anak-anak murid,
haruslah memikirkan semua alternatif yang ada sekiranya berdepan dengan dilema etika
seperti dalam kes Cikgu Ivy.
2.3

Masalah etika mempunyai hasil atau keadaan berbeza dan bercampur aduk.
Keputusan yang dibuat oleh seorang pengurus atau pentadbir yang memegang kuasa

tertentu dalam organisasi akan membawa hasil atau keadaan berbeza dan bercampur aduk.
Contohnya dalam kes Cikgu Ivy, sekiranya beliau telah menerima barangan yang tidak
berkualiti itu, maka sekolah akan mendapat keuntungan dari aspek kewangan.

Dengan

kewangan tambahan, bolehlah pihak sekolah mempertingkatkan pelbagai aspek lain di


sekolah tetapi sekiranya perkara itu diketahui orang lain, maka nama baik sekolah akan
terjejas dan begitu juga dengan integriti Cikgu Ivy turut terjejas.
2.4

Masalah etika mempunyai akibat yang tidak pasti


Keputusan masalah etika juga mempunyai akibat yang tidak pasti. Contohnya dalam

kes Cikgu Ivy, keputusan beliau untuk menolak cadangan pembekal mungkin menjejaskan
hubungan di antara mereka. Dalam keadaan tidak senang hati, maka mungkin pembekal
tidak akan membekalkan barangan pada waktu yang telah dijanjikan. Ada juga kemungkinan
Cikgu Ivy terpaksa mengambil barang daripada pembekal lain dengan harga yang lebih
mahal. Oleh itu, akibat daripada keputusan dalam masalah etika selalunya tidak menentu dan
susah diramalkan.
2.5

Masalah etika mempunyai implikasi secara peribadi


Keputusan masalah etika juga mempunyai implikasi peribadi. Dalam kes Cikgu Ivy,

sekiranya beliau bersetuju, maka beliau akan mendapat 5% daripada hasil belian dengan
pembekal tersebut. Sekolah Cikgu Ivy merupakan sekolah yang besar dan peruntukan adalah
banyak dan 5% daripada hasil jualan pembekal kepada pihak sekolah sememangnya banyak.
Sekiranya diketahui orang dan beliau boleh disabitkan dalam kes rasuah dan akan
menyebabkan beliau kehilangan kerja dan akhirnya nama dirinya dan keluarga juga terjejas.

3.0

Analisis Masalah Etika dalam Pengurusan


Tidak kira di mana kita bertugas, sememangnya masalah etika itu wujud. Oleh itu,

semua orang tidak terkecuali daripada untuk berdepan dengan dilema etika atau nilai bilabila masa sahaja. Oleh itu, adalah baik sekiranya sebelum sesuatu keputusan penting dibuat,
berfikir dengan masak dan dari segala aspek impak keputusan kita adalah munasabah.
Terdapat tiga kaedah analisis masalah etika dalam pengurusan yang telah dicadangkan iaitu
kaedah analisis undang-undang, kaedah analisis etika dan kaedah analisis ekonomi.
3.1

Kaedah Analisis Undang-undang


Kaedah analisis undang-undang bermaksud implikasi undang-undang akan tindakan

atau keputusan yang dilakukan.

Dalam sesebuah organisasi, peraturan-peraturan atau

undang-undang selalunya akan ditetapkan. Oleh itu, semasa membuat keputusan etika,
analisis berdasarkan undang-undang atau peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk
membantu dalam ketepatan membuat keputusan demi kebaikan oraganisasi. Dengan merujuk
kepada undang-undang atau peraturan-peraturan, maka adalah lebih jelas boleh dilihat apakah
akibatnya atau hukuman yang akan dikenakan sekiranya keputusan etika yang dilakukan
adalah melanggar peraturan-peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan. Oleh itu,
kaedah analisis undang-undang selalunya amat efektif kerana setiap individu pastinya tidak
mahu mendapat hukuman dan tidak mahu nama diri atau organisasi tercemar.
3.2

Kaedah Analisis Etika


Secara universal, setiap insan di dunia ini memerlukan cara analitika yang konsisten

dalam pengklasifikasian kelakuan diri. Iaitu adakah perbuatan diri betul atau salah. Namun,
kadangkala apa yang salah untuk sesuatu pihak tidak semestinya salah untuk sesuatu pihak
yang lain. Contohnya, ada agama yang melarang para umatnya untuk minum minuman
keras, tetapi ada juga agama yang tidak mempunyai apa-apa halangan akan perkara tersebut.
Ini bermakna, keadaan bercanggah seperti

berlaku dalam kes tersebut di atas.

Walaubagaimana pun, terdapat pelbagai teori etika yang boleh digunakan sebagai panduan
dalam dilema etika. Teori-teori tersebut adalah seperti berikut:

Teori etika hukum alam


Teori etika teleologikal klasik atau Utilitarianism
Teori etika deontologikal klasik atau universalism
Teori pengagihan keadilan
Teori kebebasan diri sendiri

3.3

Kaedah Analisis Ekonomi


Untuk kaedah analisis ekonomi pula, seseorang individu itu akan membuat analisis

apabila berdepan dengan masalah etika dan memerlukan kebijaksanaan untuk membuat
keputusan yang baik, patut dan adil. Dalam keadaan sedemikian, perspektif ekonomi boleh
dilihat. Selalunya masalah membawa implikasi kepada individu terutama sekali dalam aspek
ekonomi. Tetapi untuk membuat analisis ini, perspektif ekonomi dari segi seluruh organisasi
adalah dilihat. Adakah perbuatan ini menguntungkan organisasi? Ya, kadang kala sesuatu
keputusan yang dibuat menguntungkan organisasi pada ketika itu sahaja tetapi apabila dilihat
atau dianalisis secara mendalam, ia mungkin merugikan pada masa akan datang. Oleh itu,
penelitian yang terperinci harus dibuat sebelum seseorang pengurus membuat keputusan yang
penting.
4.0

Pengesyoran Cara Menyelesaikan Masalah Etika


Dalam sesebuah organisasi yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, keturunan,

sikap serta pandangan terhadap nilai dan etika yang berbeza, masalah etika pastinya akan
timbul. Oleh itu, adalah bijaknya sekiranya sesebuah organisasi sentiasa bersedia untuk
berdepan dengan sebarang dilema etika serta bersedia dengan cara penyelesaian masalah
etika yang mungkin berlaku dalam sesebuah organisasi. Dua cara yang boleh disyorkan
untuk menyelesaikan masalah etika pengurusan dalam sesebuah organisasi adalah dengan
memastikan sistem pengurusan yang terancang dan juga sentiasa prihatin akan semua staf
dengan menyediakan program khas seperti program pembangunan staf serta satu tapak untuk
mereka menyelesaikan masalah etika.
4.1

Kawalan Sistem dalam Pengurusan


Kawalan sistem dalam pengurusan dalam sesebuah organisasi adalah begitu penting

untuk membantu dalam pencegahan atau menyekat ruang atau peluang segala punca kepada
masalah etika dalam pengurusan. Contoh masalah etika dalam pengurusan yang dimaksudkan
adalah seperti rasuah, penyelewengan kuasa dan salah guna kuasa untuk kepentingan diri
sendiri. Untuk sesebuah organisasi seperti sekolah, satu kawalan sistem yang baik dari pihak
atasan dan termasuklah pemantauan terhadap Guru Besar dan Penolong Kanan juga amat
perlu.

Ini adalah untuk mengelakkan mana-mana pihak yang memegang kuasa dalam

membuat keputusan secara persendirian dan menyebabkan penyelewenan berlaku.

Dengan adanya sistem yang terkawal dan terancang, pastinya wujud juga peraturan
dan tatacara untuk meningkatkan kecekapan dan kelancaran pengurusan sesebuah organisasi.
Dengan cara ini, pastinya juga dapat memperkukuhkan integriti semua pegawai di bawah
seliaan seseorang pengurus dan mampu mewujudkan suasana kerja yang telus dan beretika.
Dalam sesebuah organisasi yang cekap dan amanah, pastinya wujud ahli jawatankuasa
khas dalam segala bidang kuasa tertentu.

Ini sememangnya dapat membantu untuk

melicinkan pengurusan dan ahli jawatankuasa khas tersebut juga boleh diberi kuasa untuk
meyediakan prosedur, tatacara, peraturan atau rangka tugas sebagai panduan setiap pegawai.
Pemantauan juga adalah lebih mudah dijalankan dengan adanya sistem kawalan yang baik
dalam sesebuah organisasi.
4.2

Program Khas Latihan Etika


Program khas latihan etika memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi.

Program khas berbentuk latihan etika boleh diadakan untuk mendidik para staf mengenai
peraturan atau tatacara beretika di dalam sesebuah organisasi atau syarikat. Ia juga berfungsi
sebagai satu program untuk mendidik para staf mengenai piawaian etika untuk syarikat atau
organisasi tertentu.

Program khas sedemikian boleh diadakan sebagai program

perkembangan staf dalam bentuk kuliah atau kursus intensif khas.

Program khas ini

melibatkan para pengurus atau pentadbir organisasi juga.


Berdasarkan pendapat Thorne, Ferrell dan Ferrell (2008), latihan etika khas organisasi
mempunyai tiga matlamat iaitu untuk mengenali situasi-situasi atau keadaan yang
memerlukan keputusan etika, memahami nilai dan budaya organisasi dan mampu menilai
hasil keputusan etika ke atas organisasi. Jelas menunjukkan bahawa program khas etika ini
mampu untuk mendidik kakitangan atau staf sesebuah organisasi mengenai polisi dan
jangkaan, peraturan-peraturan serta undang-undang yang munasabah dan releven serta
piawaian sosial am.

4.3

Talian Khas Masalah Etika

Selain daripada kedua-dua cara penyelesaian yang dicadangkan di atas, satu lagi cara
yang amat membantu dalam penyelesaian masalah etika pengurusan adalah dengan
mewujudkan talian khas masalah etika. Adalah menjadi kebiasaan bagi seseorang yang
berhadapan dengan isu etika untuk mendiamkan diri. Ini adalah kerana mereka tidak pasti
apakah akibatnya sekiranya mereka mendedahkan perkara atau isu etika mereka kepada pihak
kedua atau ketiga. Oleh itu, dengan adanya talian khas etika ini, dapatlah seseorang pegawai
yang berdepan dengan isu etika dan tidak mahu diketahui oleh orang lain mendapat nasihat
tanpa diketahui identitinya.
Selain itu, talian khas ini juga boleh berfungsi sebagai tempat orang membuat aduan
mengenai isu etika seperti rasuah dan sebagainya. Dengan wujudnya talian sedemikian,
setiap pegawai akan lebih berhati-hati kerana diketahui ada caranya orang membuat aduan
tanpa diketahui identiti mereka. Dengan itu, talian ini juga sebenarnya juga berfungsi sebagai
blocker kepada kes-kes penyelewenan dan masalah etika lain. Talian khas ini juga boleh
sebagai satu pelindung kepada whistle blower dalam sesuatu kes etika. Ada juga sesetengah
orang yang tidak suka dilihat bersama kaunselor syarikat. Dengan adanya talian khas ini,
dapatlah mereka mendapat nasihat tanpa diketahui siapa diri mereka.
5.0

Kesimpulan
Sesuatu isu dalam pengurusan boleh diketegorikan sebagai isu etika apabila ia

membawa pelbagai akibat yang berpanjangan. Dalam penyelesaian isu etika, sebenarnya
terdapat banyak alternatif lain dan ia juga membawa hasil yang pelbagai dan bercampur aduk.
Selalunya, isu etika juga membawa kesan kepada individu. Oleh itu, adalah baik sekiranya
sebelum sesuatu keputusan dibuat kaedah analisis digunakan. Pelbagai kaedah yang boleh
diguanakan adalah seperti kaedah analisis ekonomi, kaedah analisis etika, dan kaedah analisis
undang-undang. Umpama pepatah Bahasa Inggeris yang menyatakan It is better to prevent
than to cure yang membawa maksud pencegahan adalah lebih baik daripada pemulihan.
Oleh itu, pelbagai cara boleh digunakan untuk mencegah berlaku isu etika di dalam
pengurusan.

Contohnya dengan wujudkan talian khas etika, kawalan sistem dalam

pengurusan yang cemerlang, dan adakan program-program khas mengenai isu etika.

Rujukan

Abdul Ghani Kanesan Abdullah, Tang Keow Ngang dan Aisah Ismail.(2007). Keadilan
Organisasi, Kepercayaan dan Altruisme. [Online]. Available:
http://apjee.usm.my/APJEE_22_2007/JPP%2005%20ABD%20GHANI%20ART%20
5%20%2875-92%29.pdf [10 Oktober 2015]
Abdul Rahim M. (2001) Ilmu Pendidikan Untuk KPLI,. Sungai Besi, Selangor: Sanon
Printing Corporation Sdn Bhd.
Callahan. J.C. (1988). Ethical Issues In Professional Life. New York: Oxford University.
Dr. Muhammad Diah Jurini (2008). OUM320 Professional Ethics, (cetakan kelapan) Seri
Kembangan Selangor: Open University Malaysia (OUM).
INTAN. (1991). Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional.
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Leonard J. B (2006).Business& Professional Ethics for Directors, Executives & Accountants,
(4th Edition) ,Toronto,: Thomson Higher Education.
M.A. Rauf.( 1964). A Brief History of Islam with Special Refference to Malaysia, Kuala
Lumpur: Oxford University Press.
Max weber (1997), Beberapa Perkara Tentang Agama Duniadlm. R. Robertson (ed).
Agama dalam Analisis dan Interpretasi Sosiologi, Dewan Bahasa dan Pustaka
Nazlina Zakaria, Hanissah A. Razak & Abdul Manf Bohari. (2013). Gelagat pembuatan
Keputusan Dalam Organisasi: Model, Implikasi, dan Isu-isu Etika. [Online].
Available: http://www. scribd.com/doc/26996680/Model-Pembuatan-Keputusan-DanIsu-Isu-Etika.[10 Oktober 2015].

You might also like