You are on page 1of 2

DEFINISI BERKENAAN DENGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Teknologi dalam pendidikan merujuk kepada cara bagaimana maklumat boleh dipersembahkan.
Ia mengambil kira penggunaan alat-alat pendidikan dan latihan. Dengan kata lain teknologi
pendidikan ialah segala sesuatu tentang teknologi pendidikan iaitu alat pandang dengar.
(Ellington, Fred Percival & Henry, 1994)
Teknologi pendidikan adalah satu cabang disiplin pendidikan yang mengutamakan penggunaan
kemahiran dan teknik moden dalam bidang pendidikan dan latihan. Di dalam teknologi
pendidikan diutamakan penggunaan media dan kaedah-kaedah lain dan penggunaan
persekitaran murid untuk menghasilkan pembelajaran.
(Alsagoff, 1987)
Teknologi dalam pendidikan merupakan proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan
pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional untuk menyepadukan idea, tenaga, sumber
bahan

serta

kaedah

dalam

meningkatakan

keberkesanan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran. Ia turut merujuk kepada aspek aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik
dalam mencapai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
(Noriati Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan
hasan, 2012)
Teknologi Pendidikan ialah satu cara sistematik merekabentuk, melaksana, dan menilai proses
pengajaran dan pembelajaran secara total mengikut objektif-objektif khusus berdasarkan kajian
pembelajaran dan komunikasi manusia, serta menggunakan kombinasi sumber-sumber
manusia dan bukan manusia untuk menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan.
(Abbas, 2009)
Rumusan
Secara umumnya, definisi teknologi pendidikan ialah penggunaan pelbagai pendekatan
sistematik dalam menyampaikan maklumat pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan
serta penggunaan pelbagai aplikasi media, sumber bahan dan teknik-teknik pengajaran moden
untuk membantu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan.

RUJUKAN

Abbas, K. (2009). Media dalam Pendidikan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Alsagoff, S. A. (1987). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ellington, Fred Percival & Henry. (1994). Buku Panduan Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriati Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan hasan.
(2012). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

You might also like