You are on page 1of 2

SET 5

Soalan 1: Memindahkan Maklumat


Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan


Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80
patah kata.
1

Andaikan bahawa anda dilantik sebagai Ketua Pengawas sekolah.


Anda diminta menyampaikan ucapan atas pelantikan tersebut.
Tulis ucapan anda itu selengkapnya.

Andaikan bahawa anda pembangkang dalam pertandingan


perbahasan yang bertajuk Tinggal di Rumah Lebih Baik daripada
Tinggal di Asrama Sekolah.
Sediakan hujah-hujah anda selengkapnya.

3
Andaikan bahawa anda seekor burung yang dipelihara di dalam
sangkar.
Tulis karangan yang menarik tentang diri anda.

Soalan 3: Membina Ulasan


Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya
jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam
satu perenggan.
Hari itu hari minggu. Nazim mengikut ayahnya ke pasar raya untuk membelibelah. Sepanjang perjalanan, Nazim berbual-bual dengan ayahnya tentang pelbagai
perkara. Antara topik utama perbualan mereka ialah pentingnya mematuhi peraturan
di jalan raya.
Nazim kagum akan sikap ayahnya. Beliau bukan saja memandu dengan
cermat, malah sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya. Ayahnya tidak pernah
mengherdik pemandu lain walaupun sesetengah pemandu memandu secara berbahaya
dan melanggar peraturan lampu isyarat.
Selain itu, Nazim kagum akan sikap ayahnya yang mudah memberikan
pertolongan kepada orang lain. Misalnya, hari itu ayahnya membantu membaiki
kerosakan enjin kereta seorang wanita. Walaupun wanita itu ingin memberinya wang,
namun ayah menolaknya atas alasan pertolongannya itu ikhlas.
Ayah Nazim bijak juga mengurus perbelanjaan. Beliau sentiasa berjimat
cermat ketika berbelanja. Beliau lebih dahulu merancang barang-barang yang hendak
dibeli dan menganggarkan kosnya.
Sememangnya, Nazim berasa bertuah dan berbangga mempunyai ayah yang
bertanggungjawab terhadap keluarganya. Nazim berazam untuk mencontoh perilaku
ayahnya itu.

You might also like