You are on page 1of 14
Teknologi terkini penanaman cendawan tiram kelabu secara separa mekanisasi (Recent technology on semi-mechanized cultivation of grey oyster mushroom) Ganisan Krishnen. Pengenalan Cendawan ialah sejenis kulat yang kaya dengan nilai pemakanan. Cendawan mempunyai kandungan protein dan air yang tinggi serta kandungan lemak, karbohidrat dan serat yang rendah (Jadual 1). Secara perbandingan, indeks pemakanan dan asid amino menunjukkan nilai pemakanan cendawan adalah setara dengan susu. Cendawan juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan telah digunakan dalam perubatan tradisional China, Korea dan Jepun secara meluas sejak zaman- berzaman, Bahan aktif daripada cendawan dapat mencegah atau mengubati pelbagai jenis penyakit seperti tumor, tekanan darah tinggi dan diabetes. Selalunya bahan aktif ini bertindak dengan mekanisme pencegahan atau pengaruhan sistem keimunan. Pelbagai jenis cendawan diusahakan secara komersial di Malaysia. Cendawan tiram kelabu (Plerotus sajor-caju), tiram putih (P. florida), abalon (P. cystidiosus), shiitake (Lentinula edodes) dan telinga kera (Auricularia auricula dan A. polytricha) ialah antara cendawan yang ditanam untuk makanan manakala cendawan lingzhi (Ganoderma lucidum) pula untuk perubatan. Cendawan tiram kelabu merupakan cendawan yang paling banyak ditanam dan dihasilkan di Malaysia. Secara umum permintaan cendawan di Malaysia semakin meningkat. Import dan eksport cendawan menunjukkan unjuran peningkatan antara 1990-2001. Eksport cendawan Malaysia bernilai RM0.25 juta (125.9 tan) pada 1990 meningkat hampir lima kali ganda kepada RM1.2 juta (252.9 tan) pada 2001. Import cendawan juga turut merekodkan unjuran peningkatan daripada RMO0.36 juta (53.3 tan) pada 1990 meningkat sebanyak 13 kali ganda atau bernilai RM4.6 juta (767.9 tan) pada 2001. Peningkatan permintaan cendawan di pasaran tempatan dan luar negara adalah selaras dengan kesedaran masyarakat tentang khasiat pemakanan dan perubatan cendawan. Permintaan cendawan di Malaysia dan luar negara dijangka meningkat pada tahun-tahun akan datang. Oleh itu, penghasilan cendawan perlu ditingkatkan dari segi kuantiti dan kualiti. Statistik Jabatan Pertanian pada 1998 menunjukkan seramai 73 orang pengusaha mengusahakan tanaman cendawan di Malaysia dengan penghasilan sebanyak 45.2 tan sebulan. Sebanyak 78% daripada pengusaha ini beroperasi secara kecil-kecilan, menghasilkan kurang daripada 20 kg sehari. Pengusaha ini juga menghadapi pelbagai masalah dalam penanaman cendawan seperti amalan pengkulturan yang salah, produktiviti yang rendah, kebergantungan yang tinggi terhadap tenaga buruh, serta kadar kerosakan yang tinggi akibat serangan perosak dan penyakit. Fenomena ini berlaku kerana kurangnya pendedahan terhadap teknologi penanaman cendawan yang terkini, Justeru, pengusaha cendawan ini perlulah didedahkan kepada teknik penanaman yang terkini, produktif dan kurang bergantung kepada tenaga buruh, Penyediaan substrat pertumbuhan cendawan Substrat ialah medium untuk pertumbuhan miselium iaitu morfologi tampang cendawan. Medium yang sesuai perlu disediakan untuk membolehkan pertumbuhan miselium yang baik. Ia merupakan satu keperluan yang penting untuk penghasilan cendawan yang tinggi. Substrat yang baik dan berkualiti memberi nutrien yang cukup untuk pertumbuhan miselium dan menghasilkan kuantiti cendawan yang tinggi. Substrat selalunya mengandungi bahan lignoselulosa, dedak padi, kapur pertanian dan air. Bahan lignoselulosa yang selalu digunakan ialah habuk kayu getah, kayu meranti dan sisa kapas. Selalunya habuk kayu getah menjadi pilihan utama kerana mudah diperoleh dan juga memberi pulangan hasil yang lebih tinggi berbanding dengan habuk kayu yang lain. Campuran bahan Habuk kayu getah, dedak padi dan kapur pertanian dicampurkan dengan nisbah 93:5:2 mengikut berat. Semua bahan dimasukkan ke dalam mesin pencampur (mixer) berukuran 1.5 m panjang x 0.6 m lebar x 1.2 m dalam (Gambar 1). Air perlu disiram secukupnya untuk memperoleh 60-65% lembapan. Campuran yang sempurna adalah apabila campuran bahan tidak berderai apabila dikepal. Sebanyak 2,800 kg substrat diperlukan untuk pengeluaran 100 kg cendawan sehari. Kapasiti mesin pencampur bahan ialah 1.8 t/jam. Masa yang diperlukan untuk menghasilkan 2,800 kg substrat ialah 1.6 jam dengan dua orang buruh. Masa yang diperlukan untuk mencampur 2,800 kg substrat secara manual ialah 2 jam dengan lima orang buruh. Gambar 1. Mesin pencampur bahan (A) dan pekerja sedang mencampur air ke dalam mesin pencampur bahan (B) = . q BL Gambar 2. Pekerja sedang memasukkan substrat yang telah siap dicampur ke dalam mesin pembungkus (A) dan proses pembungkusan substrat (B) Mengisi beg cendawan Substrat yang telah dihasilkan kemudian dimasukkan ke dalam beg polipropilena (rintang haba) yang lut sinar dengan menggunakan mesin pengisi (filler) substrat (Gambar 2). Saiz beg polipropilena yang disyorkan ialah 9 cm x 25 cm. Walau bagaimanapun saiz ini boleh berubah mengikut kehendak pengusaha. Kapasiti mesin pengisi ialah 600 beg sejam (dengan kelajuan sederhana). Tiga orang pekerja diperlukan untuk mengendalikan mesin pembungkus ini yang mampu menghasilkan 1,400 beg cendawan (untuk 1 kumpulan) dalam 2.3 jam. Berat setiap beg medium ialah 1.0-1.1 kg. Sebaliknya, kapasiti pengisian beg secara manual ialah 100 beg/orang, sejam yang memerlukan lima orang pekerja untuk menghasilkan 1,400 beg cendawan dalam 2.8 jam. Oleh itu, penggunaan mesin pengisi adalah digalakkan kerana mampu mengurangkan kos buruh. Bahagian atas beg yang telah diisi substrat/medium disarungkan dengan ‘tengkuk’ (neck) (Gambar 3) dan ditutup dengan penutup yang disumbat kapas at) Gambar 3. Beg cendawan yang siap disarungkan dengan tengkuk dan ditutup © dengan penutup (cap) Gambar 4, Pengukus sebelum diisi beg cendawan untuk pengukusan (A) dan yang sedan beroperasi (B) ar Pengukusan beg cendawan I ' Beg substrat dikukus di dalam pengukus pada suhu 95 °C (Gambar 4) selama 6-8 jam untuk membasmi kuman. Saiz pengukus yang, sesuai ialah 4 m panjang x 1.2 m lebar x 1.8 m tinggi. Saiz pengukus ini sesuai untuk mengukus 1,400 beg cendawan. Walau bagaimanapun, pengusaha boleh menentukan saiz pengukus mengikut produktiviti masing-masing. Beg yang siap dikukus dikeluarkan Gambar 5. Beg dan disejukkan ke suhu bilik di dalam cendawan yang bilik suntik benih (Gambar 5) yang telah dibersih dan dibasmi telah siap dikukus _Kuman sebelum memulakan suntikan benih. diletakkan di dalam bilik suntik benih Penyuntikan benih Penyediaan benih Benih cendawan boleh disediakan dengan menggunakan pelbagai jenis bijirin seperti gandum, sekoi, jagung, padi dan sebagainya, Gandum dan sekoi ialah dua jenis bijirin yang 12 baik untuk penyediaan benih cendawan. Bijirin gandum disyorkan kerana harga yang murah dan mudak diperoleh. Bijirin gandum dibasuh dengan air bersih sebanyak 2-3 kali dan direbus selama 45 minit. Setelah ditus gandum berkenaan dimasukkan % penuh ke dalam botol kaca yang mempunyai bukaan yang kecil dan lut sinar. Botol atau plastik daripada jenis polipropilena (rintang haba) boleh juga digunakan. Kemudian, botol-botol tersebut disumbat dengan kapas yang tidak menyerap air sebelum disterilkan di dalam pressure cooker /autoklaf pada suhu 121 °C dan tekanan 15 psi selama 1 jam. Selepas pensterilan selesai dan tekanan di dalam pressure cooker /autoklaf menurun ke tekanan ambien, botol substrat dikeluarkan dan disejukkan ke suhu bilik sebelum diinokulat dengan potongan agar-agar yang ditumbuhi miselium cendawan tiram kelabu. Proses ini hendaklah dilakukan di dalam laminar flow chamber atau kebuk inokulasi. Sesudah itu substrat benih tadi dieramkan pada suhu 25°C selama dua minggu. Disyorkan supaya setiap 3-4 hari, botol berkenaan digoncang dan dipantau untuk menyingkirkan botol benih yang tercemar. Pada penghujung minggu kedua, botol benih berkenaan biasanya akan dipenuhi oleh miselium cendawan tiram kelabu dan dikenali sebagai benih generasi I (G'). Setiap botol benih G' kemudian digunakan untuk menginokulat 10-20 botol substrat gandum dan dikenali sebagai benih generasi II (G’). Seterusnya setiap botol benih G? digunakan untuk menginokulat 10-20 botol substrat gandum dan benih yang terhasil dikenali sebagai benih generasi IG’). Benih G? ini akan digunakan sebagai benih untuk menyuntik beg cendawan. Setiap beg G! boleh digunakan untuk menghasilkan 100-200 botol benih cendawan G’. Setiap botol benih G? boleh digunakan untuk menyuntik 30-40 beg cendawan. Ciri-ciri benih yang berkualiti Benih cendawan yang berkualiti memiliki ciri-ciri yang berikut: a) mempunyai miselium yang berwarna putih dan padat. Jika miselium bertukar kepada warna perang/ coklat, biasanya benih itu terlalu tua dan tidak sesuai digunakan (Gambar 6) b) bebas daripada pencemaran, bakteria atau kulat perosak, Jika miselium pada benih berwarna hitam, hijau, kelabu atau warna lain, maka benih itu telah tercemar dengan kulat Gambar 6. Menyemai benih cendawan " if A ang berkuatiti tinggi (A) dan yang tidak perosak. Sebaliknya jika didapati — artuawiq) ans, 13 benih berlendir dan mengeluarkan bau yang busuk, maka benih itu telah dicemari oleh bakteria. Penyediaan bilik suntik Bilik suntik benih mestilah sentiasa bersih. Beberapa amalan asas kebersihan dan pembasmian kuman/mikroorganisma hendaklah diamalkan sebelum suntikan benih dilakukan. ‘Antara amalan kebersihan dan pembasmian kuman/ mikroorganisma yang penting ialah: a) menyapu semua kekotoran dan habuk. b) lantai selalu dibersihkan dengan bahan pembasmi kuman/ mikroorganisma seperti 10% Clorox, Dettol atau Lysol. aktiviti suntikan benih hanya boleh dimulakan selepas Iantai kering. d) menyediakan kasut khas untuk kegunaan bilik suntik sahaja. bilik suntik benih hendaklah sentiasa dipasangkan lampu uv ketika aktiviti suntikan benih tidak dilakukan. Tujuan pemasangan lampu uv adalah untuk membasmi kuman di udara dan persekitaran dalaman bilik suntik. Lampu uv hendaklah dipasang di siling bilik suntik. 9 e) Kebersihan penyuntik benih Penyuntik hendaklah membasuh tangan sehingga aras lengan dengan sabun (seperti sabun Dettol) dan dikeringkan dengan kain atau tisu yang bersih sebelum penyuntikan benih dimulakan. Untuk langkah berjaga-jaga, pekerja juga boleh menyembur tangan mereka dengan 75% alkohol. Penyuntik benih juga hendaklah berada dalam keadaan yang bersih sepanjang proses penyuntikan. Semasa penyuntikan benih, pastikan tiada pergerakan manusia selain penyuntik di dalam bilik suntikan untuk mengurangkan risiko pencemaran. Menyuntik benih Benih yang berkualiti dan matang di dalam botol dileraikan dengan menggunakan batang besi yang telah dibasmi kuman. Batang besi boleh dibasmi kuman dengan memanaskannya di atas nyalaan api Setelah penutup dibuka, masukkan lebih kurang 5-8 g benih ke dalam beg cendawan yang telah sejuk (Gambar 7). Pastikan penutup dan substrat di dalam plastik tidak dicemari kekotoran semasa proses suntikan benih. Pengeraman Penyediaan rumah cendawan untuk pengeraman Rumah atau bilik pengeraman hendaklah sentiasa bersih. Kapur (gypsum) ditabur di atas lantai rumah cendawan. Kemudian sembur 10% bahan pembasmi kuman seperti Clorox ke atas rak sehingga basah. Tujuan kedua-dua langkah ini adalah untuk membasmi kuman dan vektor seperti serangga dari rak dan tanah, Biarkan rak itu kering sepenuhnya sebelum memindahkan beg cendawan untuk dieram (spawn-rin).. Proses pengeraman Beg cendawan yang dipindahkan itu hendaklah dibaringkan di atas rak di dalam rumah cendawan. Suhu persekitaren yang sesuai di dalam rumah cendawan antara 25-30 °C (suhu pertumbuhan optimum ialah 25 °C), kelembapan bandingan antara 50-70% dan keadaan persekitaran yang gelap (Gambar 8). Beg cendawan ini memerlukan 10-12 minggu untuk mencapai kematangan yang secukupnya untuk menghasilkan cendawan. Pemeriksaan beg cendawan perlu dilakukan sepanjang proses pengeraman. Beg cendawan yang tercemar atau rosak perlu dibuang agar tidak menjadi sumber pencemaran kepada beg cendawan lain. Apabila miselium cendawan di dalam beg cendawan telah mencapai kematangan, rumah atau bilik pengeraman diubah suai menjadi rumah atau bilik cendawan dengan menukar keadaan suhu, kelembapan dan cahaya Gambar 8. Proses pengeraman Penghasilan cendawan Penyediaan rumahtbilik untuk pengeluaran cendawan Suhu, kelembapan bandingan dan keamatan cahaya yang sesuai sangat penting dalam penghasilan cendawan. Rumah pengeluaran cendawan perlu mempunyai suhu persekitaran 25-30 °C dengan suhu pertumbuhan yang optimum 25 °C. Di samping itu, kelembapan bandingan diperlukan sekitar 85-95%, keamatan cahaya antara 100-200 Lux dan diikuti dengan pengudaraan yang baik. Penyemburan air perlulah dilakukan dari masa ke masa sehingga penuaian hasil. Selalunya air disembur 3-5 kali bergantung kepada cuaca. Jika cuaca terlalu panas, kekerapan penyemburan air hendaklah ditambah. Aktiviti ini dilakukan dengan membuka penutup beg cendawan dan disembur dengan air ke atas tanah atau Jantai. Tujuan penyemburan ini adalah untuk meningkatkan kelembapan bandingan di dalam rumah pengeluaran ke tahap 85-95%. Sesudah 3~4 hari 15 Gambar 9. Jambak cendawan muda yang tumbuh dengan subur Gambar 10. Beg cendawan dirchatkan dengan menutup bukaan menggunakan penyumbat berwarna merah 16 penutup dibuka, cendawan yang matang bolehlah dituai. Pengutipan hasil cendawan Kutipan hasil pertama dilakukan 10-12 minggu selepas inokulasi. Hasil dikutip dengan cara menarik jambak cendawan (Gambar 9) yang terkeluar daripada beg secara berhati-hati Selepas hasil dituai, beg cendawan itu ditutup kembali dengan penyumbat Khusus (berwarna merah) (Gambar 10) dan dibiarkan ‘berehat’ selama 7-10 hari sebelum dibuka semula untuk penghasilan kitaran kedua. Langkah- langkah ini diulangi sehingga 6 kitaran. Walaupun setiap beg cendawan boleh menghasilkan cendawan sehingga 7-8 kitaran tetapi hasil hanya dituai sehingga kitaran keenam kerana faktor ekonomi. Hasil yang dikutip hendaklah dikumpulkan di dalam bekas yang sesuai iaitu bekas plastik yang berongga. Selepas penuaian, bekas- bekas yang berisi cendawan boleh dibawa ke tempat pengendalian lepas tuai. Tempat pengendalian lepas tuai hendaklah dilengkapi dengan kemudahan bilik sejuk atau peti sejuk untuk penyimpanan dan kemudahan pembungkusan supaya cendawan dapat dibungkus mengikut kehendak pelanggan. Pengendalian lepas tuai Pembungkusan Cendawan boleh dibungkus dengan menggunakan pelbagai jenis bahan seperti plastik, bekas stirofom atau kotak kertas mengikut kehendak pelanggan. Untuk jualan borong pukal setempat, beg plastik atau bekas plastik berongga boleh digunakan. Tetapi untuk jualan borong ke pasar raya, bekas plastik atau kotak kertas yang berongga lebih sesuai. Untuk jualan runcit, beg, plastik lut sinar dan bekas stirofom boleh digunakan. Plastik hendaklah disil dengan menggunakan mesin pelekat plastik (sealer) manakala cendawan di dalam bekas stirofom hendaklah diliputi dengan filem plastik Penyimpanan sejuk Cendawan hendaklah segera disejukkan selepas dipetik dari beg cendawan sebelum dijual kepada pemborong atau pembeli, Cendawan hendaklah diletakkan di dalam bekas plastik yang berongga agar proses penyejukan berlaku dengan cekap. Suhu penyejukan yang sesuai ialah 3-5 °C. Serangan perosak dan penyakit Perosak dan penyakit merupakan cabaran terbesar yang terpaksa dihadapi oleh pengusaha cendawan. Pelbagai jenis perosak seperti bakteria, kulat (Gambar 11), virus, serangga dan rodensia merosakkan beg cendawan dan hasil cendawan. Masalah ini dapat dikawal dengan pemahaman yang baik tentang proses yang terlibat, Penanaman cendawan merupakan proses mikrobiologi, bukannya proses agronomi justeru kebersihan dan sanitasi sebelum, semasa dan selepas penanaman cendawan adalah perkara yang sangat penting dipatuhi. Terdapat enam faktor utama yang mengakibatkan serangan perosak dan penyakit. Gambar 11. Beg cendawan yang telah dicemari kulat berwarna hitam (A) dan hijau (B) Kakitanganlpekerja ladang cendawan Manusia ialah pembawa kepada pelbagai jenis mikroorganisma seperti bakteria, kulat dan virus. Kakitangan ladang cendawan boleh memindahkan mikroorganisma perosak berkenaan secara sentuhan atau melalui pernafasan. Faktor kerosakan ini boleh dielakkan dengan mengamalkan kebersihan diri. Para pekerja hendaklah membasuh tangan dengan sabun dettol. Untuk langkah yang lebih berjaga-jaga, pekerja juga perlu menyembur tangan mereka dengan 75% alkohol setiap kali melakukan kerja-kerja di ramah cendawan. Udara persekitaran Udara mengandungi pelbagai jenis mikroorganisma dan spora perosak. Mikroorganisma dan spora perosak ini akan memasuki medium semasa penyediaan dan penyuntikan benih, Oleh itu, perlu dipastikan udara di dalam bilik suntik benih adalah bersih. Alkohol pada kepekatan 75% boleh disembur ke udara di dalam bilik berkenaan supaya mikrorganisma atau spora yang terapung boleh jatuh ke lantai 17 18 bersama-sama titisan alkohol. Selain itu, sinaran uv boleh digunakan untuk menghapuskan mikroorganisma atau spora di udara, Jika sinaran uv digunakan, aspek keselamatan hendaklah diambil kira supaya sinaran berkenaan dimatikan secara automatik apabila pekerja memasuki bilik suntikan. Medium/substrat Pengukusan yang tidak sempurna akan menjurus ke arah pencemaran beg cendawan. Benih yang tercemar juga akan menjadi sumber pencemaran kepada beg cendawan. Oleh itu, pengukusan selama 6-8 jam pada suhu 95 °C diperlukan untuk membunuh semua mikroorganisma di dalam beg cendawan. Manakala untuk benih pula, pensterilan selama 1 jam pada suhu 121 °C dan tekanan 15 psi diperlukan untuk memastikan bahawa tiada sebarang mikroorganisma atau spora pencemar hidup di dalam benih Kebersihan peralatan Peralatan seperti pencungkil besi dan pisau skapel boleh menjadi sumber pencemaran. Pencungkil besi digunakan untuk mencungkil benih di dalam botol manakala pisau skapel digunakan untuk memotong miselium di dalam piring petri. Oleh itu, peralatan ini perlu disteril dengan memanaskannya menggunakan api penunu atau pelita alkohol sehingga menjadi warna merah lalu disejukkan sebelum digunakan untuk mencungkil benih atau memotong miselium di dalam piring petri. Inokulum Inokulum ialah miselium di dalam piring petri yang dipindahkan ke dalam substrat gandum atau benih yang dipindahkan ke dalam beg cendawan semasa penyuntikan benih. Kedua-dua inokulum ini mudah dicemari oleh kulat atau bakteria perosak. Oleh itu menjadi satu kemestian untuk memastikan inokulum yang dipilih bebas daripada perosak. Haiwan dan vektor Pelbagai vektor serangga seperti lalat rumah, lalat cendawan, lalat buah, hama, lipas, semut, tebuan tanah (Gambar 12) dan rodensia seperti tikus menjadi pembawa kepada pelbagai jenis mikroorganisma perosak. Apabila vektor ini merayap atau bersentuhan dengan beg cendawan atau substrat benih, vektor ini akan mengakibatkan kerosakan. Malahan rodensia seperti tikus boleh menggigit beg cendawan. Serangga seperti tebuan akan menebuk lubang di bawah batang kayu yang digunakan untuk membina rak yang mengakibatkan batang berkenaan patah. Gambar 12. Sarang vektor semut api (A) dan tebuan tanah (B) Kemudahan Harga/unit (RM) _Kos (RM) [Rumah cendawan 10 m x 25 m 30,000 90,000 (3 unit) |Ruang penyediaan 15mx30m 40,000 40,000 (1 unit) [Bilik suntik benih 5 m x 5m 5,000 5,000 (1 unit) (dipasang penghawa dingin) Mesin mencampur substrat 10,000 10,000 (1 unit) 1.5 mx 0.6mx12m Mesin pembungkus substrat 35,000 35,000 (1 unit) 2.4mx1.8m Pengukus 1.2 mx 15mx4m 7,000 7,000 (1 unit) Penutup, penyumbat 0.20 16,800 (84,000 set) JUMLAH KOS. 203,800 Ekonomi pengeluaran Modal tetap Jadual 2 menunjukkan keperluan infrastruktur dan peralatan untuk menghasilkan cendawan tiram kelabu sebanyak 100 kg/hari. Pengeluaran sebanyak 100 kg/hari sepanjang tahun boleh dicapai dengan menggilirkan penghasilan cendawan di tiga buah rumah cendawan. Contohnya, ketiga-tiga rumah cendawan itu dilabelkan Riunah A, B dan C. Apabila Rumah A menghasilkan cendawan, beg cendawan di rumah B hendaklah berada di pertengahan proses pengeraman manakala beg, cendawan di Rumah C pula di peringkat awal proses pengeraman. Apabila penghasilan di Rumah A sudah tamat, beg cendawan di Rumah B telah sedia untuk penghasilan cendawan. Pada ketika ini, beg cendawan di Rumah C pula berada di pertengahan proses pengeraman dan beg cendawan di Rumah A di peringkat awal pengeraman. Proses penggiliran ini diulangi untuk menghasilkan cendawan setiap hari sepanjang tahun Produktiviti ladang boleh ditingkatkan dengan meningkatkan saiz atau bilangan rumah cendawan. Keperluan lain seperti ruang penyediaan, mesin mencampur bahan, 20 mesin pembungkus substrat, pengukus dan bilik suntik yang sedia ada memadai untuk meningkatkan produkt sehingga lima kali ganda. Harga dan kos yang dicadangkan adalah berasaskan input yang diperoleh daripada pengusaha cendawan komersial yang berjaya. Kos operasi Analisis kewangan ini dibuat berdasarkan pengeluaran sebanyak 28,000 beg cendawan/musim. Butir lanjut tentang, kos operasi disenaraikan dalam Jadual 3. Kapasiti muatan rumah cendawan bersaiz 10 m x 25 m (250 m2) diharapkan boleh dijadikan sebagai panduan untuk memulakan ladang cendawan. Andaian yang dibuat dalam analisis kewangan ini adalah seperti yang berikut: a) harga sebuah rumah cendawan ialah RM30,000. b) harga cendawan segar di ladang ialah RM5/kg. ©) harga benih cendawan sebanyak RM3/bungkus yang mengandungi 300 g benih. d) kadar benih sebanyak 5 g disuntik bagi setiap beg, cendawan. e) gaji seorang buruh sebanyak RM40/hari. Kos operasi penghasilan 100 kg cendawan sehari (selama 2 bulan) untuk 28,000 beg cendawan semusim ialah RM12,346 dan RM16,046 masing-masing bagi proses secara separa mekanisasi dan manual. Kos operasi penghasilan cendawan secara manual ialah 30% atau RM3,700 lebih tinggi berbanding dengan proses penghasilan secara mekanisasi. Kos penghasilan 1 kg cendawan secara separa mekanisasi ialah RM2.05 manakala proses manual ialah RM2.67. Kos proses secara manual adalah tinggi disebabkan oleh peningkatan kos buruh khususnya ketika penyediaan beg cendawan, Selain peningkatan kos operasi, masaiah lain yang dihadapi oleh pengusaha cendawan komersial adalah mendapatkan tenaga buruh mahir dan murah. Kebanyakan ladang cendawan komersial di Malaysia beroperasi dengan menggunakan tenaga buruh asing. Ini mengakibatkan aliran keluar wang ke negara iain. Justeru, penghasilan cendawan secara separa mekanisasi lebih menguntungkan dan dapat mengatasi masalah kekurangan buruh. Anggaran pulangan (28,000 beg cendawan) Purata hasil/beg, = 40g Hasil untuk 2,800 beg = 40¢x2800 = 112kg (1 kelompok) (hasil ladang) Harga pasaran = RM5.00 Hasil jualan dianggar 90% daripada jumlah hasil ladang = 100.8 kg. (Dianggarkan 10% hasil hilang disebabkan oleh kerosakan beg cendawan semasa pengeraman dan penghasilan cendawan serta cendawan yang tidak boleh dipasarkan) Harga untuk 100kg = RM5x100kg = RM500 Jumlah pendapatan = RM500 x 10 = RM5,000 untuk 10 kelompok Jumlah pendapatan untuk 6 kali penghasilan (selama 2 bulan) 6 x RM5,000 = RM30,000 (pendapatan kasar) Pendapatan kasar semusim jualan cendawan tiram kelabu ialah RM30,000. Pendapatan bersih semusim bagi cendawan tiram kelabu pula ialah RM17,654 bagi operasi ladang secara separa mekanisasi dan RM13,954 untuk penghasilan secara manual (Jadual 4). Operasi ladang secara separa mekanisasi [Pendapatan Secara separa mekanisasi (RM) _Secara manual (RM) [Pendapatan kasar 30,000 30,000 IKos operasi 12,346 16,046 [Pendapatan bersih 17,654 13,954 21 22 telah memberi lebihan pendapatan sebanyak RM3,700 iaitu peningkatan pendapatan sebanyak 27%. Justeru, digalakkan ladang cendawan diusahakan secara separa mekanisasi bagi mengurangkan kos operasi dan seterusnya memberi pulangan yang lebih tinggi. Bibliografi Anon. (1998). Bancian Pengusaha Cendawan. Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, 5 him. — (2001). Import dan eksport cendawan. FAMA, 1 him. — (2001). Penanaman cendawoan tiram menggunakan media habuk kayu getah, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, 26 him. Chang, ST. dan Buswell,J.A. (1996). Mushroom nutriceuticals. World Journal of Microbiology and Biotechnology 12: 473-6 Chang, ST. dan Miles, P.G. (2004). Mushrooms cultivation, nutritional value, medicinal effect and environmental impact Ed. ke-2, 451 hlm. USA: CRC Press Lee, BS. dan Noor Auni, H. (1990). Siri panduan tanaman: Panduan penanaman cendawan, 44 him. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. Stamets, P. (1993). Growing gourmet and medicinal mushrooms. 554 him. Berekeley: Ten Speed Press Ringkasan Penanaman cendawan memerlukan tenaga buruh yang intensif. Pengusaha cendawan ialah pekebun kecil yang mengamalkan sistem penanaman yang kurang produktif dan tidak cekap. Justeru, penggunaan mekanisasi mampu mengurangkan penggunaan tenaga buruh, meningkatkan kecekapan dan produktiviti dan seterusnya mengurangkan kos penghasilan. Kos operasi untuk penghasilan cendawan secara manual 30% lebih tinggi daripada cara separa mekanisasi. Oleh itu, pendapatan bersih penghasilan secara separa mekanisasi telah memberi lebihan pendapatan sebanyak 27% dibandingkan dengan penghasilan secara manual. Akibat peningkatan kos penghasilan yang disebabkan oleh peningkatan kos buruh, perlulah dihasilkan teknologi yang kurang bergantung kepada tenaga buruh yang tinggi. Ini dapat dicapai melalui sistem operasi secara separa mekanisasi. Summary Mushroom cultivation is a very labour intensive task. Mushroom farmers are smallholders who are generally unproductive and inefficient in their cultivation techniques. Therefore, there is a need for mechanization to reduce labour requirements, improve efficiency and productivity and hence reduce production cost. The operational cost for manual production is 30% higher than semi-mechanization. Hence, net profit increases by 27% through semi-mechanization as compared with manual production. Due to the increase in labour cost, there is a need to develop more efficient and less labour intensive technology to promote the mushroom industry which could be fulfilled by assisted mechanized cultivation. Pengarang Ganisan Krishnen, Pusat Penyelidikan Hortikultur, Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur E-mel: ganisan@mardi.my

You might also like