You are on page 1of 21

ISNTITUT PERGURUAN TEMENGGUNG IBRAHIM, JOHOR BAHRU

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


KOHORT AMBILAN 2 FEBRUARI 2012
SAINS KUMPULAN 2
SEMESTER 8

LAPORAN LAWATAN KE
PERSATUAN KRIKET MELAYU MALAYSIA, PERSATUAN BOLING PADANG
DAN
MAJLIS SUKAN NEGARA

NAMA PELAJAR

ZURINA HANY BT HASHIM

NOMBOR K/P

780501-14-5524

ANGKA GILIRAN

2012121360307

TARIKH SERAHAN

23 OKTOBER 2015
TN. HJ NORHIZAN B ZAINOL

NAMA PENSYARAH

1.0 PENGENALAN

Elektif dalam pengajian saya untuk semester lapan ini ialah PJM3112
Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan bagi Program
Pensiswazahan Guru (PPG) sekolah rendah. Bagi melengkapkan lagi pengajian ini
kami perlu membuat lawatan ilmiah ke beberapa tempat yang ada kaitan dengan topik
yang terdapat di dalam PJM3112 ini. Antara topik dalam PJM 3112 yang berkaitan
dengan lawatan ini ialah tajuk kedua iaitu Pentadbiran agensi-agensi sukan
kebangsaan dan antarabangsa dan Tajuk kelima Program Pembangunan Sukan.
Lawatan ilmiah ini dijalankan sebagai memenuhi kehendak jadual 3 kursus dan
member pendedahan kepada kami tentang isu-isu yang berkaitan dengan Penurusan
dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan dan dapat kami aplikasikan
pengetahuan tersebut di sekolah tempat kami bertugas demi mempertabatkan lagi mata
pelajaran Pendidikan Jasmani di peringkat sekolah rendah.
Pengurusan itu sendiri member banyak maksud iaitu ilmu tentang bagaimana
kita mengurus dan mentadbir sesuatu bidang. Pengurusan organisasi yang baik akan
menghasilkan output yang baik begitu juga sebaliknya. Pengurusan juga saling berkait
rapat dengan pentadbiran, pentadbiran yang teratut dan sistematik adalah hasil dari
pengurusan yang baik. Untuk mengurus dan mentadbir sesuatu organisasi ilmu dan
pengalaman amat diperlukan jadi pengurusan dan pentadbiran yang berkaitan dengan
sukan perlulah diuruskan oleh orang yang mempunyai ilmu dan minat yang mendalam
dalam bidang sukan bukan sekadar menganggap bidang ini hanyala sebagai bidang
untuk cari makan sahaja.
Sebagai seorang guru walaupun saya tidak mengajar Pendidikan Jasmani di
sekolah tetapi amat penting untuk saya mengetahu sedikit sebanyak tentang
pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan kerana pada saya bila-bila
masa sahaja saya boleh diarahkan untuk mengajar subjek tersebut jika sekolah
kekurangan guru opsyen Pendidikan Jasmani.
2

2.0 OBJEKTIF

Melalui lawatahn ilmiah ke majlis sukan atau persatuan sukan kebangsaan kami
dapat:1. Didedahkan dengan pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan.
2. Memahami dan mengenalpasti maklumat- maklumat yang berkaitan dengan
pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan.
3. Mengetahui isu berkaitan dengan undang-undang dan pentadbiran sukan.
4. Memahami dan melihat sendiri peranan dan fungsi majlis sukan, dan persatuan
sukan kebangsaan dalam pengurusan sukandalam memartabatkan bidang sukan di
Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
5. Memahami dan mengenalpasti bentuk- bentuk pengurusan Pendidikan Jasmani dan
Sukan.
6. Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam
pengurusan pendidikan seharian.

3.0 LAPORAN AKTIVITI

Laporan Ilmiah ke
Majlis Sukan Negara, Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan
Persatuan Boling Padang Malaysia

Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu lawatan ilmiah ke majlis
sukan atau persatuan sukan kebangsaan sebagai memenuhi kehendak jadual 3 kursus.
Seramai 8 orang pelajar dari kelas sains 2 ambilan Februari 2012 yang mengikuti
lawatan ini bersama 20 orang pelajar unit lain.
Program ini telah dijalankan pada hari Isnin, 19 Oktober 2015. Rakan-rakan saya
yang lain dikehendaki berkumpul di IPGKTI pada pkul 10 malam dan bas bertolak pada
pukul 10.35 malam. Saya perlu menunggu di RnR Seremban kerana saya tinggal di
Sermban. Pada pukul 1.00 baspun tiba di RnR Seremban untuk mengambil saya dan
singgah sebentar untuk mengalas perut Seterusnya, kami bertolak ke RnR Dengkil
pada pukul 2.00 pagi. Kami bermalam di dalam bas dan menunaikan sembahyang
subuh dan membersihan diri di RnR Dengkil. Kemudian kami bertolak ke Persatuan
Kriket Melayu Malaysia dan Persatuan Boling Padang Malaysia yang berada di
kawasan yang sama pada pukul 6.30 pagi. Perjalanan kami ke Persatuan Kriket Melayu
Malaysia telah mengambil masa hampir 1 jam.
Pada 8.45 pagi, kami telah tiba di Persatuan Kriket Melayu Malaysia ataupun
lebih dikenalai sebagai Bayuemas Oval. Semasa berada di sana kami telah diberikan
taklimat mengenai keselamatan yang disediakan demi keselamatan atlet kriket dan
penonton seperti siren berpanjangan, dan alat pemadan api yang lengkap telah
disediakan. Kawasan ini mempunyai padang kriket outdoor dan juga indoor dan
kawasan kriket outdoornya pula bertaraf antarabangsa dan telang banyak perlawanan
kriket di antara Malaysia dan luar Negara di adakan di sini. Kawasan kriket inddornya
4

merupakan yang pertama di Asia. Ianya dibawah selengaraan Sime Darby sebagai
tangungjawab social. Usia bangunan di Bayuemas ini pula telah berusia selama 11
tahun.
Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di Bayuemas Oval ini ialah bilik
untuk para atlet beristirehat, bilik mesyuarat, bilik makan dan istirehat untuk jemputan
VIP, bilik makan, bilik mandi untuk para atlet, score board dan juga asrama yang
lengkap untuk pemain kriket yang perlu menginap. Bilangan pekerja yang terdapat di
Bayuemas Oval ini ialah seramai 3 orang yang mengurus bangunan inddor dan
outdoor, 6 orang pekerja padang dan 2 orang pekerja pembersihan. Nilai pembinaan
stadium adalah sebnayak 70 bilion. Walaubagaimanpun perlawanan pada waktu malam
tidak dapat dijalankan kerana kekurangan kelengkapan dari segi pencahayaan dan juga
sebab-sebab yang lain. Walubagaimanapun penambahbaikan giat dijalankan dari
semasa ke semasa.
Kos penyelengaraan padang kriket ini dianggarkan sebanyak 40 hingga ke 50
ribu sebulan dan ini tidak termasuk gaji untuk para pekerja. Terdapat dua buah
bangunan baru telah didirikan tetapi masih belum boleh digunakan kerana belum
memperolehi CF atau sijil kelayakan untuk digunakan tetapi ianya masih lagi dalam
proses permohonan. Dua bangunan baru tersebut ialah bangunan kemudahan untuk
para media. Keluasan keseluruhan padang kriket ialah 6 ekar. Kemudian pada pukul
10.40 pagi kami dijamukan dengan sarapan pagi oleh pemilik bangunan BayuEmas
Oval.
Selepas selesai bersarapan pagi kami dibawa untuk melawat kawasan indoor
kriket pula. Nama banguna tersebut ialah Bangunan Ahmad Sarji dan telah dirasmikan
pada 4 Oktober 2015. Antara kemudahan yang terdapat di dalam Indoor Kriket ini ialah
score board. Namun masih belum boleh digunakan kerana tidak mendapat Sijil
menduduki.
Kemudian kami berhenti rehat selama 1 jam setengah untuk member laluan
kepada soa;at zohor dan juga makan tengahari. Kami telah dibawa ke GM Klang untuk
menikmati makanan tengahhari dan seterusnya menunaikan solat zuhur. Pada pukul
5

2.30 kami dibawa ke Lawn Ball untuk mendengar taklimat berkaitan dengan sukan
Boling Padang. Saya amat teruja untuk mendengar mengenai taklimat Boling Padang
ini kerana pengetahuan saya tentang boling padang adalah kosong dan saya ingin tahu
bagaimanakah ianya dimainkan. Kami dibawa ke sebuah bilik mesyuarat yamng
terletak di tingkat 2 Persatuan Boling Padang Malaysia untuk mendengar taklimat.
En. Zainal Abidin merupakan Setiausaha Agung Persekutuan Lawn Ball
Malaysia. Jurulatih antarabangsa lawn ball yang memeberikan taklimat kepada kami
ialah En. Zuraini b Abdul Kadir. Kami diberitahu bahawa Sukan Boling Padang ini
sentiasa tidak menghampakan dalam memberikan pingat kepada Malaysia dalam apaapa sahaja acara sukan sama ada di peringkat asia mahupun di antarabangsa. Setelah
mendengar taklimat kami dibawa ke aras bawah untuk diberi taklimat mengenai cara
bermain boling padang dan seterusnya mencubanya sendiri. Pada mulanya ramai yang
tidak yakin tapi lama-kelamaan ramai pula para guru yang saya lihat dapat
menguasainya dalam waktu yang singkat. Namun masa amat mencemburui kami
kerana kami perlu berangakat ke Bukit Jalil untuk beristirehat di hotel yang telah
ditempah. Hotel tersebut terletak berdekatan dengan Bukit Jalil kerana pada keesokan
paginya aktiviti kami adalah mengadakan lawatan ke Majlis Sukan Negara yang terletak
di Bukit Jalil.
Pada hari Rabu bersamaan dengan 21 Oktober 2015 kami sudah tiba di Majlis
Sukan Negara seawall pukul 8.00 pagi. Kehadiran kami telah disambut baik oleh pihak
MSN. Kami telah diberikan taklimat ringkas oleh seorang penceramah di Majlis Sukan
Negara. Beliau juga telah menerangkan kami tentang tangungjawab yang dilaksanakan
oleh pihak MSN terhadap para atlet Malaysia. Selain daripada itu, beliau juga
menerangkan kami tentang visi, misi dan carta organisasi Majlis Sukan Negara.
Tambahan pula, beliau telahpun memberitahu kami tentang rutin harian para
atlet kita. Kami berasa terkejut setelah melihat jadual harian atlet kita kerana mereka
tidak ada masa untuk menikmati kehidupan mereka. Dari awal pukul 5.00 sampai kre
malam mereka perlu membuat latihan fizikal untuk mengatasi kelemahan-kelemahan
yang ada pada diri mereka. Mereka tidak ada cuti dan perlu berlatih sepanjang minggu.
Para atlet akan bercuti pada hari Ahad sahaja atau apabila jurulatih memeberikan cuti
6

kepada mereka. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah menghormati
pengorbanan para atlet kita dan mendoakan kepada Tuhan agar mereka dapat
mengharumkan nama Negara di peringkat antarabangsa.
Selaras dengan itu, para atlet kita juga ada beberapa kelebihan. Antaranya ialah,
mereka mendapat elaun pada tiap-tiap bulan. Selain itu, MSN menyediakan tempat
penginapan bagi mereka dan mereka tidak perlu bayar duit untuk itu. Para atlet juga
dibekalkan makanan percuma di cafeteria dan di situ terdapat pelbagai jenis makanan
yang berkhasiat. Kami juga diberi peluang untuk bersiar-siar atau melihat persekitaran
kemudahan yang disediakan di MSN untuk para atlet. MSN mempunyai segala
kemudahan-kumadahan yang diperlukan oleh para atlet dukan. Antaranya ialah,
ge;langgang badminton, padang bola sepak dan perakatan gimnastik, gymnasium dan
sebagainya.
Selepas taklimat ringkas tersebut, beliau telah mengadakan sesi soal jawab
dengan kami. Melalui sesi soal jawab dan penerangan yang diberikan oleh beliau, jelas
sekali peranan pihak pengurusan adalah asas kepada kejayaan MSN melahirkan atlet
bertaraf dunia. Sesuai dengan matlamat MSN untuk melahirkan lebih ramai atlet
bertaraf dunia, saya dapati bahawa kejayaan atlet bukanlah datang dari kemahiran dan
kekuatan atlet semata-mata tetapi disokong dan dibantu oleh pihak pengurusan dan
pentadbiran yang menyediakan pelbagai bantuan dan pelbagai bahagian.
Sesi pemberian cenderamata juga telah berlangsung di dalam dewan tersebut.
Wakil IPGKTI telah memberikan cenderamata kepada pihak MSN sebagai tandan
penghargaan dan terima kasih kerana menyambut baik kedatangan kami. Tetapi kami
agak terkilan dan kecewa kerana pada hari kami melawat ke MSN jerebu yang melanda
Kuala Lumpur agak teruk dan para atlet tidak dibenarkan berlatih di luar bangunan
untuk kesihatan.
Pada akhir, kami mengambil gambar bersama beberapa kakitangan MSN dan
pensayarah. Pada pukul 12.30 tengah hari kami bertolak daripada MSN. Sebelum
pulang, kami telah bersalam-salaman dengan beberapaka kakitangan MSN. Kami juga
telah mengambil kesempatan untuk bergambar di hadapan pintu MSN sebagai tanda
7

kenag-kenangan. Saya berharap ilmu yang diperolehi sepanjang program ini


berlangsung dapat saya gunakan pada masa akan datang. Saya tidak ikut serta rakanrakan yang lain untuk pulang ke IPGKTI JB kerana saya menetap di Seremban dan
suami saya yang akan menjemput saya di MSN. Ini merupakan pengalaman yang
sungguh bermakna kepada kami semua
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

(ZURINA HANY BT HASHIM)


NO. K/P : 780501-14-5524

4.0 REFLEKSI LAWATAN ILMIAH PJM 3112


Lawatan ilmiah bagi subjek PJM 3112 telah dilaksanakan di 3 buah tempat iaitu di
Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan Persatuan Boling Padang Malaysia pada 20
Oktober 2015 dan ke Majlis Sukan Malaysia pada 21 Oktober 2015. Dua kelas yang
mempunyai elektif Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah terlibat dalam lawatan
ilmiah ini. Objektif utama dalam lawatan ilmiah ini adalah uintuk melihat dan mengetahui
cara pengurusan dan pentadbiran agensi-agensi yang betnagungjawab dalam
menguruskan dan menganjurkan perlawanan sukan di Malaysia. Pemilihan ketiga-tiga
tempat tersebut adalah amat bertepatan dan menepati kehendak tugasan kami untuk
membuat lawatan ilmiah ke mana-mana agensi sukan.

KEKUATAN
Kekuatan yang saya dapat hasil daripada lawatan ilmiah ini ialah saya dapat
mempelajari tentang cara pengurusan dan pentadbiran sukan yang dilaksanakan oleh
ketiga-tiga tempat lawatan seperti yang telah dinyatakan. Saya melihat bahawa tyelah
banyak atlet berprestij tinggi dan gemilang yang telah dihasilkan oleh agensi-agensi
tersebut. Ada antara atlet yang digilap telah banyak kali mewakili Malaysia ke sukan di
peringkat tinggi.
Selain daripada itu kebajikan para atlet amat dijaga dan kemudahan penginapan
yang selsea disediakan untuk atlet yang menyertai perlawanan dan perlu bermalam
seperti yang disediakan oleh Bayu Emas Oval Klang. Pusat Boling Padang juga
menyediakan tempat yang selesa untuk atletnya berlatih denga menyediakan
kemudahan surau yang selesa untuk memudahkan atletnya menunaikan solat apabila
tiba masuk waktu. Jurulatih yang disediakan juga mempunyai rekod yang baik dan
mempunyai kemahiran dalam bidang sukan yang diajar. Para atlet diterapkan dengan
nolai-nilai murni yang tinggi selain dari disiplin yang amat dititikberatkan.
Seterusnya ialah kemudahan yang disediakan di ketiga-tiga tempat yang kami
lawati amat lengkap dan selesa. Bayumas Oval memiliki padang kriket yang diiktiraf di
9

peringkat antarabangsa dan ianya memang bertaraf antarabangsa begitu juga dengan
Boling Padang. Semua kemudahan ini disediakan oleh Sime Darby dan dikawal selia
atau ditadbir oleh Bayumas Oval. Pengurusannya amat baik dan segala kemudahan
dijaga dan dikawal selia dengan teliti dan rapid an tiada sebarang masalah yang timbul
apabila perlu digunakan untuk apa-apa perlawanan.
Bayumas Oval juga membuat sewaan bagi penggunaan padang kriket dan
Boling Padang agar hasil sewaan ini digunakan bagi kerja penyelenggaraan kawasan
tersebut. Memandangkan pihak kerajaan kurang member bantuan kewangan selain
sumbangan dari pihak Sime Darby maka ia amat bergantung pada hasil sewaan
kawasan tersebut. Kemudahan lain yang ada ialah perkhidmatan gymnasium, bilik
mesyuarat, asrama, bilik makan dan bilik untuk pasukan berbincang tentang strategi
masing-masing.
Di MSN juga menyediakan fasiliti yang amat lengkap untuk kegunaan para atlet
seperti gymnasium, padamng bola, asrama dan cafeteria. Padang untuk atlet OKU juga
sangat lengkap dan sesuai untuk atlet yang kurang upaya.

KELEMAHAN
Antara kelemahan yang saya dapat lihat dalam lawatan ke Bayumas Oval ini ialah
kurang badan-badan kerajaan dan swasta dalam memberikan sumbangan untuk
pembangunan kawasan ini. Pemberitahuan dari pihak media masa mengenai sukan
kriket juga sangat kurang berbanding dengan sukan bola sepak dan juga badminton.
Oleh sebab itu tidak ramai para pelajar berminat untuk menyertai sukan kriket kerana
kurang diberi pendedahan di sekolah dan juga di media masa.
Walaupun mempunya bangunan yang canggih untuk kegunaan para media
namun masih belum boleh digunakan kerana tidak memperolehi sijil kelayakan
menduduki walaupun segala kemudahan sudah lengkap dan boleh digunakan. Agak
saying kerana jika dibiarkan terlalu lama tidak digunakan dikhuatiri bangunan tersebut
akan rosak dan dipenuhi dengan sesawang jika tidak diurus selia dengan baik.
10

Begitu juga dengan sukan boling padang yang kurang diberi pendedahan di
media masa dan juga di sekolah. Tidak mustahil ia akan digelar sebagai sukan yang
tidak berapa popular di kalangan rakyat Malaysia.

KESIMPULAN
Kesimpulan hasil daripada lawatan ketiga-tiga tempat tersebut saya amat berpuas hati
dan gembira kerana dapat melihat beberapa agensi bukan kerajaan dan kerajaan
bekerjasama dalam menaikan martabat sukan di Malaysia sehingga ke peringkat
antarabangsa.

11

5.0 LAPORAN
BERGAMBAR

12

Gambar 1 : Bergambar di hadapan Pusat Kriket Melayu Malaysia

Gambar 2: Bergaya santai di Bayumas Oval Klang

13

Gambar 3 : Bergambar di Padang Bayumas Oval

Gambar 4 : Menatap gambar kejayaan perlawanan kriket di ruangan khas

14

Gambar 5 : Bersama pihak pengurusan Bayumas Oval dan pensyarah Tn. Hj. Norhizan

Gambar 6 : Tempat menonton perlawanan kriket

15

Gambar 7 : Papan score board kriket

Gambar 8 : Bergambar bersama pihak pengurusan dan pensayarah pengiring

16

Gambar 9 : Mendengar taklimat mengenai boling padang

Gambar 10 : Bergambar bersama jurulatih Bowling Padang


17

Gambar 11: Penyampaian cenderamata dari wakil IPGKTI kepada wakil MSN

Gambar 12 : Bergambar kenang-kenangan di Majlis Sukan Negara


18

Gambar 13 : Bergambar kenag-kenangan dengan semua di luar

pintu masuk Majlis Sukan Negara

19

Tentatif Lawatan Ilmiah Pendidikan Jasmani

Isnin (19/10/2015)

Selasa (20/10/2015)

Rabu (21/10/2015)
Masa
01.30 pagi 02.00
pagi
2.00 pagi
03.00 pagi 06.30
pagi
06.30 pagi
08.30 pagi 12.30
tghhari
12.30 tghhari 02.30
ptg
02.30 ptg 04.30 ptg
Masa
04.30
mlm
05.30 ptg
pagi 11
07.30
pagi
11.00 mlm
07.30 pagi
08.30 pagi 12.30
tghhari
12.30 tghhari

Perkara
Rehat di RnRSeremban
BertolakkeKlang
Rehat/Solat/Mandi/Makan di RnRDengkil
BertolakkeKlang
LawatanIlmiah diPersatuanKriketMelayu Malaysia
Rehat/Solat/Makan
LawatanIlmiah di Persekutuan Boling Padang (Tertutup)
Malaysia
Perkara
Makan/Solat/Rehat/Jalan-jalansekitar Kuala Lumpur
Solat/Sarapan
(Times Square)
Check in hotel 128 (Bukit Jalil)
BertolakkeMajlisSukan Negara
LawatanIlmiah di MajlisSukan Negara
Bertolakbalikke IPGKTI

02.30 ptg

Rehat/Makan/Solat di RestoranJejantas Ayer Keroh

06.30 ptg

Jangkaantiba di IPGKTI

20

21

You might also like