You are on page 1of 19

BUKU MAKLUMAT PENGURUSAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PASIR

GUDANG

PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG
PERATURAN 1

PENGUASAAN

Semua pertandingan di bawah anjuran Majlis Sukan Sekolah Daerah Pasir


Gudang ( MSSD PGU ) mestilah mengikut Peraturan peraturan Am Pertandingan
Majlis Sukan Sekolah Johor ( MSSJ ) yang sedang berkuatkuasa sekarang.

PERATURAN 2 : PENGELOLAAN
Semua pengelolaan pertandingan permainan MSSD akan dikelolakan oleh MSSD
Pasir Gudang yang mana boleh menyerahkan kuasa pengelolaan pertandingan
kepada mana mana Sekolah Menengah / Rendah atau Jawatankuasa Khas yang
dilantik oleh Jawatankuasa Pengurusan Majlis Sukan Sekolah Daerah .

PERATURAN 3 : UNDANG UNDANG PERMAINAN


Undang undang Permainan Antarabangsa yang dikuatkuasakan akan menjadi
undang undang pertandingan , melainkan jika ada undang undang khas yang
menguasai pertandingan permainan MSSD Pasir Gudang merujuk kepada
Undang undang MSSJ .

PERATURAN 4 :
4.1

KELAYAKAN

Peserta
4.1

Kelayakan Am
4.1.1 Pelajar pelajar yang bersekolah sepenuh masa di sekolah
sekolah rendah dan menengah * sekolah swasta adalah layak
menyertai pertandingan permainan MSSD Pasir Gudang.
4.1.2 Pelajar yang BUKAN warganegara Malaysia dibenarkan
mengambil bahagian dalam kejohanan peringkat Sekolah,
Zon , Daerah dan Negeri. Pelajar yang BUKAN
WARGANEGARA MALAYSIA tidak layak mewakili MSSJ ke
peringkat MSSM.
4.1.3 Kelayakan mewakili Daerah adalah mengikut daftar sekolah
terkini seseorang pelajar melainkan pelajar Sekolah Sukan
dan akademi permainan kebangsaan yang diiktiraf oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page | 1

BUKU MAKLUMAT PENGURUSAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PASIR


GUDANG

4.2

Pelajar Sekolah Harian


4.2.1 Pelajar- pelajar yang sedang menunggu keputusan
peperiksaan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia TIDAK
LAYAK menyertai semua pertandingan MSSD.
4.2.2 Pelajar Tingkatan 6 Rendah hanya menjadi pelajar Tingkatan
6 Rendah mengikut tarikh pendaftaran rasmi yang ditetapkan
oleh Bahagian Sekolah , Kementerian Pendidikan Malaysia
dan tertakluk kepada umur 18 tahun ke bawah.
4.2.3 Pelajar mengulang ( jika ada ) adalah tertakluk kepada had
umur peserta
( Peraturan 6 )

4.3

Pelajar Sekolah Swasta / Sekolah Agensi Kerajaan yang bergabung


dengan MSS Johor dan MSSD
4.3.1 Sekolah swasta / Sekolah Agensi Kerajaan lain yang
dibenarkan bermaksud sekolah yang diluluskan
pendaftarannya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan
bergabung dan membayar yuran penuh kepada MSSJ.
4.3.2 Adalah menjadi tanggungjawab sekolah berkenaan untuk
bergabung dengan MSSJ dengan menulis surat hasrat
bergabung kepada Pengarah Pendidikan Negeri dan sentiasa
mematuhi peraturan yang ditetapkan.
4.3.3 Pelajar sekolah swasta perlu menunjukkan bukti ia sedang
belajar sepenuh masa di sekolah berkenaan sebagai bukti
ianya lyak bertanding dalam kejohanan MSSD / MSSJ
4.3.4 Pelajar yang hendak menyertai kejohanan MSSD hendaklah
didaftarkan di Institusi Pendidikan tersebut selama 1 bulan
sebelum tarikh kejohanan dan hadir sekurang kurangnya 75
% hari persekolahan
4.3.5 Pelajar Sekolah Swasta yang mengikuti Program Senior
Middle Three adalah layak menyertai pertandingan
permainan MSSD / MSSJ dengan syarat mematuhi peraturan
lain yangberkaitan.
4.3.6 Pelajar pelajar sekolah swasta yang sedang menunggu
keputusan peperiksaan rasmi Kementerian Pendidikan
Page | 2

BUKU MAKLUMAT PENGURUSAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PASIR


GUDANG

Malaysia adalah TIDAK LAYAK menyertai kejohanan peringkat


MSSD / MSSJ
4.3.7 Pelajar yang berdaftar dengan sekolah swasta selepas
mendapat keputusan peperiksaan rasmi Kementerian
Pendidikan Malaysia layak menyertai pertandingan
permainan peringkat MSSD / MSSJ / MSSM dengan syarat
pelajar ini berdaftar untuk Tingkatan 6 dan hanya menjadi
pelajar Tingkatan 6 Rendah di sekolah kerajaan.
4.4

Murid Sekolah Sukan Malaysia ( SSM ) dan Sekolah Sukan Negeri ( SSN )
4.4.1 Murid yang sedang belajar di SSM dan SSN dasarnya boleh mewakili
Daerah dan Negeri asal tempat ia bersekolah ( sekolah terakhir ) di
dalam pertandingan MSSJ / MSSM .
4.4.2 Jika khidmat murid berkenaan tidak diperlukan oleh daerah / negeri
asalnya maka ia dibenarkan mewakili daerah / negeri lain dengan
syarat MSSD / MSSN berkenaan mendapatkan kebenaran bertulis
daripada MSSD / MSSN asal pemain.
4.4.3 Pemain yang mewakili MSSD / MSSN lain tanpa mendapat
kebenaran daripada MSSD / MSSN asalnya tidak dibenarkan
bertanding di Kejohanan MSSJ / MSSM dan tindakan disiplin boleh
diambil terhadap MSSD untuk tindakan tatatertib.
4.4.4 Murid yang memasuki sekolah semula sekolah harian dari SSM dan
SSN hendaklah mewakili daerah di mana sekolah terkini murid
berkenaan sedang belajar.
4.4.5 Pelepasan murid SSM dan SSN mestilah mengikut prosedur yang
telah ditetapkan oleh Sekolah berkenaan dan Bahagian Sukan ,
Kemnterian Pendidikan Malaysia dan menjadi tanggungjawab
pegawai MSSD mengambil dan menbhantar balik serta
mengutamakan keselamatan dan kebajikan peserta.

PERATURAN 5
5.1

5.1.1

MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH ( MSSD )

MSSD dibahagikan kepada sekolah Menengah / Rendah dalam


bentuk kod yang sedia ada dan zon persekolahan yang ditetapkan.
Jika ada penambahan baru , kod sekolah yang terbaru akan diberi
kepada sekolah terlibat manakala sekolah rendah mengikut zon
yang terhampir .
Semua sekolah layak mengambil bahagian dalam semua jenis
pertandingan anjuran MSSD.

Page | 3

BUKU MAKLUMAT PENGURUSAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PASIR


GUDANG

5.1.2

Tiap tiap sekolah berhak menghantar satu pasukan sahaja,


mengikut kumpulan umur, dalam sesuatu pertandingan permainan
melainkan ada sesuatu ketetapan khas dibuat .

PERATURAN 6
6.1

HAD UMUR PESERTA

Selain daripada had ketetapan umur , pertandingan permainan


MSSD adalah seperti berikut :6.1.1 Sekolah Menengah
18 tahun ke bawah
15 tahun ke bawah
13 tahun ke bawah
6.1.2

Sekolah Rendah
12 tahun ke bawah
10 tahun ke bawah

6.2

MSSD boleh atau berhak mengadakan pertandingan di peringkat


umur selain daripada yang dinyatakan bagi tujuan pembangunan
dan kejohanan bertaraf terbuka.

6.3

Semua pertandingan dalam kumpulan umur 12 tahun dan ke bawah


hendaklah bertanding pada kategori sekolah rendah sahaja.

6.4

Kiraan umur adalah pada 1 hb Januari dalam tahun pertandingan


seperti pada sijil Surat Beranak / Sijil Lahir yang menunjukkan
pendaftaran sebelum murid itu memasuki darjah 1 sekolah rendah .

6.5

Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu


kumpulan umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa
sama kecuali ketetapan khas dilakukan.

6.6

Selain daripada yang disebutkan seseorang peserta tidak


dibenarkan menyertai pertandingan dalam kumpulan umur yang
lebih tinggi daripada kumpulan umurnya
Page | 4

BUKU MAKLUMAT PENGURUSAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PASIR


GUDANG

6.7

Peserta sekolah menengah hendaklah bersedia menunjukkan kad


pengenalan. Seseorang peserta yang hilang kad penegnalan mesti
mempunyai surat gantian atau apa jua dokumen yang digunapakai
oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan bagi peserta sekolah rendah
hendaklah bersedia menunjukkan salinan sijil beranak yang
disahkan oleh Guru Besar dimana murid itu sedang belajar.

6.8

Semua peserta hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran


Individu ( Borang R 01 / M 01 secara individu berserta gambar
ukuran pasport dengan menyertakan salinan kad pengenalan / sijil
kelahiran yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar sekolah
peserta berkenaan.

PERATUTAN 7
:
PERTANDINGAN
Bil

Permainan

7.1

Badminton

7.2

Bola Jaring

7.3

Bola Keranjang

7.4

Bola Tampar

7.5

Bola Sepak

7.6

Gimnastik

7.7

Gimrama

7.8

Hoki

7.9

Kriket

7.1
0

Memanah

JENIS PERMAINAN / PERINGKAT UMUR DAN


Jantina
L/P
L/P
L/P
P
P
P
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L
L
L
L/P
L/P
L/P
P 16-18
P 13- 15
P 12
L/P
L/P
L/P
L
L
L/P
L/P
L/P

Umur
18
15
12
18
15
12
18
15
12
18
15
12
18
15
12
18
15
12
Senior
Junior
Pre Junior
18
15
12
18
12
18
15
12

Jenis Pertandingan
Individu & Beregu
Individu & Beregu
Individu & Beregu
Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Individu & Berpasukan
Individu & Berpasukan
Individu & Berpasukan
Individu & Berpasukan
Individu & Berpasukan
Individu & Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Individu & Berpasukan
Individu & Berpasukan
Individu & Berpasukan
Page | 5

BUKU MAKLUMAT PENGURUSAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PASIR


GUDANG

Balapan dan Padang

7.1
1

Road - Run
Merentas Desa
Lari Berganti -ganti

7.1
2

7.1
3

Ping - Pong

Ragbi

Akuatik
7.1
4

Terjun

7.1
5

Sepak Takraw

7.1
6
7.1
7

Sofbol

7.1
8

Bola Baling

7.1
9

Perahu Layar

7.2
0

Catur

Tenis

L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P

18
15
13
12
10
18
15
12
18
15
16
14
11

Individu & Berpasukan


Individu & Berpasukan
Individu & Berpasukan
Individu & Berpasukan
Individu & Berpasukan
Individu & Berpasukan
Individu & Berpasukan
Individu & Berpasukan
Individu & Berpasukan
Individu & Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan

L/P
L/P
L/P
L/P B.
Cina
L
L
L
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L
L
L
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P
L/P

18
15
12
18 & 12

Individu
Individu
Individu
Individu

18
15
12
18
15
13
12
10
18
15
12
18
15
12
18
15
12
18
15
12
18
15
12
18
15
12
10
18

Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Individu & Berpasukan
Individu & Berpasukan
Individu & Berpasukan
Individu & Berpasukan
Individu & Berpasukan
Individu
Individu
Individu
Antara Regu
Antara Regu
Antara Regu
Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Individu
Individu
Individu
Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Individu
Individu
Individu
Individu
Individu

L/P
L/P

15
12

Individu
Individu

&
&
&
&

Beregu
Beregu
Beregu
Beregu

Page | 6

BUKU MAKLUMAT PENGURUSAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PASIR


GUDANG

7.2
1
7.2
2
7.2
3

Golf

L/P

18

Individu

Skuasy

L/P
L/P
L/P

15
12
18

Individu
Individu
Individu

Boling Ten Pin

L/P
L/P
L/P

15
12
18

Individu
Individu
Individu

L/P
L/P

15
12

Individu
Individu

7.24

Permainan permainan di atas boleh ditambah atau dikurangkan dari


masa ke semasa dan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknik
Pembangunan Sukan dengan persetujuan Jawatankuasa Pengurusan MSSD
.

7.25

Permainan yang berasaskan school based akan ditetapkan oleh


Jawatankuasa Tertinggi MSSJ dan sekolah yang ingin menghantar peserta
akan bertanggungjawab sepenuhnya semua perbelanjaan peserta , makan
minum dan pengangkutan pasukan yang mengambil bahagian.

PERATURAN 8
:
BILANGAN PESERTA DAN PENGADIL DALAM
PASUKAN SEKOLAH / ZON
8.1

Tiap tiap sekolah / zon dibenarkan mendaftar bilangan peserta mengikut


jadual di bawah bagi satu pasukan
Bil

Permainan

Jenis Pertandingan

Peserta
4
12
12

Pegaw
ai
2
2
2

Pengadi
l
1
1
1

1.
2.
3.

Individu
Berpasukan
Berpasukan

4.
5.
6.

Badminton
Bola Jaring
Bola
Keranjang
Bola Sepak
Bola Tampar
Boling Ten Pin

7.

Gimnastik

8.

Gimrama

9.
10.
11.

Hoki
Kriket
Memanah

Berpasukan
Berpasukan
Individu &
Berpasukan
Individu &
Berpasukan
Individu &
Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Individu &

18
12
4

2
2
2

1
1
1

18
15
4

2
2
2

1
1
1
Page | 7

BUKU MAKLUMAT PENGURUSAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PASIR


GUDANG

12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.

Merentas
Desa
Balapan &
Padang
Ragbi L 18
Ragbi L 15
Ragbi L 12
Akuatik
Sepak Takraw
Skuasy
Catur
Sofbol
Ping Pong
Tenis
Bola Baling
Perahu Layar
Golf

Berpasukan
Individu &
Berpasukan
Individu &
Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Berpasukan
Terbuka
Antara regu
Terbuka
Individu
Berpasukan
Individu
Individu
Berpasukan
Individu
Individu

Tertakluk
zon
25
15
12
Tertakluk
5

kepada sekolah /

Tertakluk
15
4
Tertakluk
12
Tertakluk
Tertakluk

kepada
2
2
kepada
2
kepada
kepada

2
1
2
1
2
1
kepada sekolah
2
1
sekolah
1
1
sekolah
1
sekolah
sekolah

8.2

Sekolah sekolah yang menghantar pasukan perempuan mesti


menghantar guru perempuan sebagai guru pengiring pasukan .

8.3

Dalam Acara Akuatik dan Balapan & Padang bilangan maksima pegawai
mengiringi pasukan adalah 10 orang ( tidak termasuk Pengetua / Guru
Besar sebagai Ketua Kontinjen ).

PERATURAN 9
9.1

PENDAFTARAN

Borang Pendaftaran
9.1.1 Sekolah Pengelola dikehendaki memberitahu dan
memaklumkan kepada semua sekolah untuk mengambil
bahagian dalam pertandingan dibawah pengelolaannya
sekurang kurangnya 4 minggu sebelum tarikh kejohanan.
9.1.2 Tiap pasukan hendaklah mendaftar nama pegawai dan setiap
pemain dengan menggunakan Borang Pendaftaran R 01
Sekolah Rendah dan M 01 2 Sekolah Menengah yang
mengandungi semua perkara dikehendaki .
9.1.3 Borang R 02 dan M 02 hendaklah dipenuhkan untuk semua
acara berpasukan sahaja.
9.1.4 Borang pendaftaran mestilah lengkap butiran dan
disampaikan kepada Jawatankuasa Pengelola SEMASA
TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN atau SEBELUM TARIKH
PERTANDINGAN kecuali bagi Acara Balapan dan

Page | 8

BUKU MAKLUMAT PENGURUSAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PASIR


GUDANG

Padang dan Akuatik iaitu 7 HARI SEBELUM


KEJOHANAN.
9.1.5 Jawatankuasa Pengelola berhak menolak mana mana
borang pendaftaran yang tidak lengkap sepertimana yang
dikehendaki seperti perkara 9.1.2 dan 9.1.3 .

PERKARA 10
:
TUGAS JAWATANKUASA PENGELOLA PERMAINAN
SELAIN DARIPADA
KERJA TERTENTU MENGIKUT
PERLEMBAGAAN MSSD / MSSJ

10.1

Menetapkan tempat , masa , jadual pertandingan dan surat


siaran kepada semua sekolah .

10.2

Mendapatkan nasihat dan kelulusan daripada Pegawai


Pendidikan Daerahgeri , jika melibatkan orang kenamaan
samada dikalangan ahli politik dan lain lain kenamaan di
Peringkat Negeri , Persekutuan di sesuatu majlis rasmi
sempena kejohanan yang berkaitan.

10.3

Jawatankuasa Pengelola boleh membentuk Jawatankuasa


Kecil untuk menjalankan tugas Jawatankuasa tersebut.

10.4

Melantik Pegawai pegawai Pertandingan yang diperlukan.

10.5

Menyediakan alat alat dan persediaan yang diperlukan


seperti tempat pertandingan / padang / gelanggang / tempat
penginapan , makanan dan minuman dan lain lain perkara
yang berkaitan dan memberitahu semua sekolah sekurang
kurangnya sebulan sebelum pertandingan .

10.6

Menyelesaikan perkara perkara disiplin , rayuan , pemilihan


dan lain lain yang difikirkan perlu berkaitan dengan
pertandingan.

10.7

Menjemput semua sekolah dan Pengurus Pasukan Sekolah


permainan yang berkenaan untuk menyediakan cabutan
undian pertandingan.Pengelola hendaklah memberitahu
Urusetia MSSD Pasir Gudang tarikh , tempat undian akan
dijalankan untuk mengarahkan Pengerusi Teknik MSS Daerah
menjalankan dan menyaksikan cabutan undian
pertandingan .

10.8

Mengedarkan surat siaran dalam masa 4 minggu sebelum


kejohanan kepada sekolah dan keputusan penuh 2 salinan

Page | 9

BUKU MAKLUMAT PENGURUSAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PASIR


GUDANG

dalam masa 2 minggu selepas tamat kejohanan kepada


Urusetia MSSD Pasir Gudang .

PERATURAN 11 :

JENIS PERTANDINGAN

Jenis pertandingan yang akan dikelolakan oleh MSSD Pasir


Gudang adalah mengikut bentuk yang berikut :11.1

Antara Sekolah Berpasukan

11.2

Antara Regu Sepasukan

11.3

Antara Individu

PERATURAN 12

SISTEM PERTANDINGAN

Sistem Pertandingan dijalankan mengikut cara liga dan /


kalah mati seperti berikut :12.1

Jika 12 Pasukan / lebih mengambil bahagian :

12.1.1Perlawanan pusingan pertama secara liga :


Contoh :
Kumpulan A -

4 pasukan

- termasuk Johan tahun lalu

Kumpulan B -

4 pasukan

- termasuk Naib Johan tahun

Kumpulan C -

4 pasukan

- termasuk Ketiga tahun lalu

Kumpulan D -

4 pasukan

- termasuk Keempat tahun

lalu

lalu
12.1.2.
Kumpulan D E F G boleh diadakan jika lebih banyak
pasukan yang menyertai.

12.1.3.

Perlawanan Pusingan Kedua dan Suku Akhir :

12.1.3.1

Semua perlawanan di pusingan kedua adalah


Perlawanan Kalah Mati.

12.1.3.2

Semua perlawanan di pusingan Suku Akhir / Separuh


Akhir adalah Perlawanan Kalah Mati.

Page | 10

BUKU MAKLUMAT PENGURUSAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PASIR


GUDANG

12.2

PERATURAN 13

Jika pasukan kurang 5 pasukan atau 5 pasukan sahaja sistem


round robin / liga satu pusingan bolehlah dijalankan . Pasukan
yang mempunyai mata tertinggi akan dikira sebagai Johan
dan seterusnya untuk Naib Johan dan Ketiga dan Keempat
untuk mencari pemenang.

PAKAIAN PEMAIN

13.1

Tiap tiap pasukan dikehendaki memakai pakaian seragam ,


sesuai mengikut jenis permainan dan undang undang yang
mengawal permainan tersebut.

13.2

Nombor nombor pada jersinya hendaklah sama dengan


nombor yang didaftarkan dalam senarai pendaftaran dan
mengikut undang undang tiap tiap permainan.

13.3

Pemakaian kasut / boot hendaklah yang bersesuaian


mengikut peraturan permainan tertentu dan pemakaian
seluar ketat( tights ) tidak dibenarkan .

13.4

Jika kedua dua pasukan memakai baju yang sama warna ,


pasukan yang disebut mula mula dulu tercatat dalam Jadual
Pertandingan hendaklah menukar warna bajunya.

PERATURAN 14

PENANGGUHAN

14.1

Segala permohonan penangguhan sesuatu Kejohanan /


Pertandingan yang telah ditetapkan dan diputuskan dalam
takwim hendaklah dimajukan kepada Urusetia MSSD tidak
kurang 20 hari sebelum kejohanan / pertandingan bermula.

14.2

Sekiranya Pengadil Rasmi / Jawatankuasa Pengelola


berpendapat bahawa keadaan cuaca atau lain lain sebab
tidak membolehkan perlawanan dijalankan , maka
perlawanan itu boleh ditangguhkan .

14.3

Jawatankuasa Pengelola berhak menentukan tempat , tarikh


dan masa untuk perlawanan tersebut diadakan lagi.

PERATURAN 15

MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

15.1

Pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari pertandingan


setelah bersetuju dan diterima menyertai pertandingan
tersebut yang disahkan oleh MSSD.

15.2

Sebarang tindakan menarik diri oleh sesuatu pasukan atau


peserta adalah dianggap bertentangan dengan semangat
Page | 11

BUKU MAKLUMAT PENGURUSAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PASIR


GUDANG

kesukanan dan pasukan atau peserta itu dikehendaki


memberi penjelasan bertulis kepada URUSETIA MSSD dalam
masa 2 hari tamat kejohanan.
15.3

Sebarang tindakan menarik diri oleh pasukan atau peserta


tanpa alasan yang munasabah setelah dipilih menjalani
latihan atau telah mengesahkan penyertaannya akan
dikenakan tindakan tatatertib / digantung penyertaan selama
setahun daripada menyertai pertandingan di peringkat
Daerah dan Negeri pada tahun berikutnya serta patuh
kepada peraturan 15.2 .

15.4

Sekiranya sesuatu pasukan menarik diri atau menyerah kalah


dengan sengaja daripada pertandingan maka semua
keputusan pertandingan yang telah dipertandingkan oleh
pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak
dibenarkan memasuki sebarang pertandingan seterusnya
yang dianjurkan oleh MSSD Pasir Gudang .

PERATURAN 16

PENGADILAN

16.1

Hanya pegawai pegawai yang bertauliah , berpengalaman


yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan / staf
warga Pendidikan akan dilantik untuk bertugas sebagai
Pengadil / Hakim dalam pertandingan MSSD Pasir Gudang.

16.2

Sekiranya sekolah / pengelola yang mengelolakan


pertandingan MSSD memerlukan khidmat Pengadil / Hakim
selain daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan / staf
warga Pendidikan , kebenaran bertulis daripada Urusetia
MSSD pasir Gudang hendaklah diperolehi dan bersedia
mematuhi Perintah Am Kerajaan Malaysia dan Peraturan
Am MSSD / MSSJ.

16.3

Jawatankuasa Pengelola berhak melantik Ketua Pengadil dan


Pengadil pengadil / Hakim yang lain untuk bertugas dalam
pertandingan MSSD.

16.4

Perlantikan Pegawai Teknikal / Pengadil akan berdasarkan


perkara berikut :16.4.1Yang bertauliah di bawah Badan Kebangsaan.
16.4.2Yang bertauliah di bawah MSSM
16.4.3Yang bertauliah di bawah MSSJ
16.4.4Yang bertauliah di bawah Badan Negeri
Page | 12

BUKU MAKLUMAT PENGURUSAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PASIR


GUDANG

16.4.5Berpengalaman dalam permainan itu jika 16.4.1


hingga 16.4.4 tidak didapati .
16.5

Di mana yang boleh , Pengadil hendaklah terdiri daripada


pasukan yang tidak terlibat dalam satu satu perlawanan.

16.6

Pelajar pelajar sekolah tidak dibenarkan mengadili manamana pertandingan MSSD kecuali dinyatakan lain .

16.7

MSSD akan menyediakan Panel Pengadil bagi satu satu


kejohanan / Pertandingan jika diminta oleh pengelola dengan
memaklumkan kepada Urusetia MSSD 3 minggu sebelum
kejohanan.

16.8

Setiap pasukan / sekolah hendaklah menyediakan pengadil


sebagaimana yang ditetapkan .

16.9

Pengadil yang telah dilantik akan diberikan surat tunjuk


sebab kepada majikan masing masing jika :
16.9.1telah bersetuju bertugas ( tiada di sekolah ) dan tidak
melaporkan diri
16.9.2Pengadil yang telah bersetuju bertugas dan
melaporkan diri tetapi meninggalkan tempat
kejohanan sebelum pertandingan berakhir tanpa
memaklumkan kepada pengelola secara lisan atau
bertulis rekod.

PERATURAN 17

BANTAHAN

17.1

Bantahan bertulis yang tandatangani oleh seorang Pegawai


Pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola
atau wakilnya tidak lewat daripada satu jam selepas tamat
perlawanan melainkan dinyatakan dalam Undang undang
Permainan.

17.2

Tiap- tiap bantahan hendaklah disertakan dengan


bayaran RM 300.00
( RINGGIT MALAYSIA TIGA
RATUS SAHAJA ) bagi acara berpasukan / regu dan RM
200.00 ( RINGGIT MALAYSIA DUA RATUS SAHAJA ) bagi
acara individu. WANG TERSEBUT TIDAK AKAN
DIKEMBALIKAN JIKA DIDAPATI BANTAHAN ITU TIDAK
BERASAS.

Page | 13

BUKU MAKLUMAT PENGURUSAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PASIR


GUDANG

PERATURAN 18
18.1

LEMBAGA RAYUAN

Jawatankuasa Pengelola dikehendaki menubuhkan satu


Lembaga Rayuan yang mengandungi :
Penasihat

Pegawai Pendidikan Daerah atau wakilnya

Pengerusi

Pengerusi J/Kuasa Pengelola Pertandingan

Setiausaha

Setiausaha J / Kuasa Pengelola

Ahli
berkenaan

Pengerusi Teknik Permainan yang


3 orang Pengurus Pasukan / Wakil
daripada pasukan sekolah yang tidak
terlibat

18.2

Ahli ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang


( minima ) atau 7 orang ( maksima ) daripada sekurang
kurangnya 3 sekolah / pasukan .

18.3

Bagi Balapan dan Padang dan Akuatik Juri Rayuan adalah


dilantik khas J/kuasa Pengelola terdiri daripada Pegawai
Teknik bertauliah dan berpengetahuan dalam permainan
tersebut seperti bilangan di atas.

18.4

Perkara yang telah diputuskan oleh Juri Rayuan tidak boleh


dimesyuaratkan semula sebelum kejohanan atau permainan
tamat .

PERATURAN 19
19.1

LEMBAGA TATATERTIB PERTANDINGAN

Semua perkara tatatertib akan diputuskan oleh sebuah


lembaga tatatertib yang terdiri daripada :
Penasihat

Pegawai Pendidikan Daerah atau wakilnya

Pengerusi

Pengerusi J/Kuasa Pengelola Kejohanan

atau
Wakilnya.
Setiausaha
Ahli
berkenaan

Setiausaha J/Kuasa Pengelola ( Ex Officio )

Pengerusi Teknik Permainan MSSD yang

Page | 14

BUKU MAKLUMAT PENGURUSAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PASIR


GUDANG

Seorang ahli yang terdiri daripada wakil


sekolah yang tidak terlibat.

PERATURAN 20
20.1

TINDAKAN TATATERTIB / PENGGANTUNGAN

Lembaga ini bertanggungjawab untuk :


20.1.1Mengambil tindakan mengenai disiplin murid murid ,
pegawai pegawai dan pegawai = pegawai kejohanan yang
berkenaan bagi semua perkara semasa kejohanan / Pesta
dijalankan seperti berikut :(i)

memberi amaran

(ii)

menggantung penyertaan bagijangka masa tertentu

(iii)

menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan / pesta

(iv)

mengarahkan pemain dihantar pulang

(v)

menghantar laporan kepada MSS Daerah berkenaan supaya


mengambil tindakan tatatertib sejajar dengan tindakan
disiplin mengikut hukuman yang digunapakai oleh
Pertubuhan Kebangsaan

20.1.2Membuat laporan mengenai peristiwa yang telah berlaku


kepada Lembaga Tatatertib MSSD selewat lewatnya 14 hari
selepas tamat pertandingan / pesta dan membuat syor dan
cadangan yang sewajarnya perlu diambil.

20.2

Sesuatu pasukan pemain yang diperintah padang dalam tempoh


permainan olehrana tindakan tatatertib , pasukan / pemain itu
dikehendaki hadir untuk memberi kenyataan dihadapan Lembaga
Tatatertib apabila dipanggil.Pasukan / Pemain itu tidak dibenarkan
menyertai dalam pertandingan sehingga Lembaga Tatatertib
memberi keputusan .

20.3

Seseorang pegawai / pemain yang digantung permainannya oleh


badan sukan seperti berikut :20.3.1Sekolah
20.3.2Majlis Sukan Sekolah Daerah

Page | 15

BUKU MAKLUMAT PENGURUSAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PASIR


GUDANG

20.3.3Majlis Sukan Daerah


20.3.4Majlis MSS Johor
20.3.5Majlis Sukan Sekolah Malaysia
20.3.6Persatuan Permainan Daerah dan Negeri
20.3.7Persatuan Permainan Kebangsaan
Adalah TIDAK dibenarkan menyertai sebarang pertandingan
dalam tempoh penggantungannya.
20.4 Kes Penggantungan
20.4.1Pasukan , Pegawai atau Pemain yang digantung oleh
Sekolah , MSSD , MSSJ dan MSSM kerana pelanggaran etika
pertandingan dan permainan hendaklah dilaporkan kepada
Persatuan Permainan Negeri atau Persatuan Permainan
Kebangsaan yang berkenaan.
20.5 Kes Kes Pelanggaran Disiplin
20.5.1Semua Pengurus , Pegawai Pasukan , Pegawai Teknik dan
Pemain hendaklah patuh kepada PERINTAH AM KERAJAAN
MALAYSIA berhubung dengan tatacara dan disiplin semasa
menyertai Kejohanan MSSD / MSSJ / MSSM /KPM.
20.5.2Bagi kes- kes disiplin berat yang berlaku dan melibatkan
pegawai pegawai pasukan , pihak Pengelola Pertandingan
hendaklah melaporkan kepada Jawatankuasa Tertinggi MSSD
untuk tindakan selanjutnya.
20.5.3Tindakan tatatertib berdasarkan PERINTAH AM AKERAJAAN
MALAYSIA akan diambil kepada pegawai pegawai yang
didapati sabit kesalahan.
20.5.4Pegawai yang didadapti bersalah atas tuduhan tatatertib
akan dilaporkan oleh Jawatankuasa Pengelola kepada
Lembaga Tatatertib MSSD.

PERATURAN 21

LEMBAGA TATATERTIB MSSD PASIR GUDANG

21.1

Semua tindakan tatatertib yang diambil oleh Lembaga Tatatertib


Pertandingan hendaklah disampaikan kepada Lembaga Tatatertib
MSSD untuk tindakan selanjutnya.

21.2

Lembaga Tatatertib MSSD mengandungi seperti berikut :Pengerusi

Pengerusi MSSD
Page | 16

BUKU MAKLUMAT PENGURUSAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PASIR


GUDANG

Timbalan Pengerusi

Timbalan Pengerusi MSSD

Naib Pengerusi

Naib Pengerusi MSSD

Setiausaha

Penyelia Kanan Sukan MSSD

Ahli

Penyelia Sukan MSSD


Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
Permainan yang berkenaan.

PERATURAN 22

JAWATANKUASA PEMILIHAN

22.1 Jawatankuasa Pengelola dikehendaki menubuhkan satu


Jawatankuasa Pemilihan :
Penasihat

Pengerusi MSSD atau Wakilnya

Pengerusi

Pengerusi Teknik Permainan berkenaan

Setiausaha

Setiausaha J / Kuasa Pengelola ( Ex Officio )

Ahli

Semua Pengurus pengurus Pasukan atau

wakilnya.

PERATURAN 23:

PENYERTAAN PELAJAR / GURU DALAM PERTANDINGAN


ATAU KEJOHANAN ANJURAN PERSATUAN ATAU BADAN
INDUK SUKAN .

23.1

Semua pelajar dan guru hendaklah mendapatkan kebenaran


bertulis daripada Jabatan Pendidikan Johor terlebih dahulu sebelum
menyertai sesuatu pertandingan anjuran Persatuan Sukan atau
badan induk SESUAI DENGAN PEKELILING Ikhtisas Bil 7 / 88
bertarikh 10 Mac 1988 masih berkuatkuasa.

23.2

Mana mana Persatuan Sukan tidak dibenarkan membuat


pemilihan daripada kejohanan atau pertandingan anjuran MSSD
melainkan mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu atau
kerana kejohanan dibuat dengan kerjasama MSSD.

PERATURAN 24 :
DAN MEDIA

TINDAKAN MAHKAMAH / KENYATAAN AKHBAR

Page | 17

BUKU MAKLUMAT PENGURUSAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PASIR


GUDANG

24.1

Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas


Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSD berhubung dengan
kejohanan yang diadakan .

24.2

Semua perkara atau pegawai yang menyertai Kejohanan Permainan


MSSD Pasir Gudang dilarang membuat sebarang kenyataan akhbar /
media elektronik berhubung dengan kejohanan kecuali Pengerusi
Jawatankuasa Pengelola atau pihak yang bertanggungjawab.

PERATURAN 25

HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang


barang atau harta benda kepunyaan seseorang pegawai atau peserta di dalam
kawasan kejohanan dan asrama dan sebarang kemalangan , kecederaan dan
kematian pada masa pertandingan dijalankan .Walau bagaimanapun beberapa
persediaan akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan itu .

PERATURAN 26

PERKARA PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

MSSD Pasir Gudang berhak meminda atau menambah Peraturan Pertandingan


mengikut perkembangan semasa .

Page | 18

BUKU MAKLUMAT PENGURUSAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PASIR


GUDANG

Page | 19

You might also like