You are on page 1of 7

LAPORAN

PERKHEMAHAN UNIT
BERUNIFORM 2015
PERINGKAT DAERAH
BELURAN
ANJURAN:

UNIT KOKURIKULUM,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
BELURAN.
DIKELOLAKAN OLEH:

SK ULU MUANAD, BELURAN.


TEMA:
PERKHEMAHAN PEMANGKIN KEPIMPINAN
& KECEMERLANGAN.

1. PENDAHULUAN.
1.1 Perkhemahan Unit Beruniform merupakan aktiviti pasukan badan beruniform
yang disertai oleh ahli-ahli Unit Beruniform di semua sekolah di Pejabat
Pendidikan Daerah Beluran.
1.2 Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini,
kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik sematamata, sebaliknya para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang
mantap, berketrampilan, disiplin dan budi pekerti yang mulia, dan
berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.
2. LATAR BELAKANG.
2.1 Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk
memastikan semua anggota perkhemahan akan dapat menikmati suasana
sebenar perkhemahan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah
dirancang.
2.2 Pada tahun 2015, Sejumlah 112 orang peserta telah menyertai
Perkhemahan Unit Beruniform. Program ini telah melibatkan sejumlah 60
orang Pegawai dan Jurulatih serta pembantu bagi melaksanakan pelbagai
aktiviti integrasi, pertandingan, rekreasi, dan kerohanian/moral
dalam perkhemahan.
3. RASIONAL.
3.1 Perkhemahan yang dijalankan telah dapat menyemai semangat
perpaduan kaum, disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama
dalam menjayakan sesuatu kerja/tugasan.
3.2 Tema tahun 2015 ialah PERKHEMAHAN PEMANGKIN KEPIMPINAN
DAN KECEMERLANGAN .
4. OBJEKTIF.
4.1Melahirkan AHLI yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk
memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum
dan kurikulum.
4.2Memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek
perkhemahan secara menyeluruh.
4.3 Memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi
dan keyakinan diri setiap peserta.
4.4 Menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan
kepercayaan yang pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing.
5. KONSEP PERKHEMAHAN.

5.1.

Pemantapan Intergrasi
5.1.1 Pengagihan peserta kepada 6 platun
5.1.2 Intergrasi melalui pelbagai aktiviti
5.1.3
Memasak berkumpulan
5.1.4
Lawatan Sepilok dan RDC

5.2.

Pertandingan
5.2.1 Kawad berkumpulan.
5.2.2 Seni Perkhemahan
- Pintu Gerbang
- Gajet
- Kraf Perkhemahan
5.2.3 Pertandingan Persembahan (Malam Kebudayaan).
- Kategori Kumpulan.

5.3 Khidmad Masyarakat (Kidmas)


5.3.1 Gotong royong membersih kawasan perkhemahan.
5.4 Kerohanian dan moral
5.4.1 Solat Jemaah/kuliah maghrib/subuh bagi orang Islam
5.4.2 Ceramah Moral bagi yang bukan Islam
6. PELAKSANAAN.
6.1

Tarikh : 8 hingga 11 Oktober 2015 (Khamis, Jumaat, Sabtu & Ahad).

6.2

Tempat Perkhemahan: SK Ulu Muanad, Beluran.

7. LAPORAN BERGAMBAR.

7.1 Aktiviti Kemkraf

7.2 Ceramah Pertolongan Cemas

7.3 Ice Breaking

7.4 Laluan Berhalangan dan Ikhtiar Hidup

7.5 Pertandingan Memasak

7.6 Ceramah Kepimpinan

7.7 Sayang si Buta dan Pungguk Rindukan Bulan

7.8 Lawatan ke RDC Sepilok

8. KEKUATAN DAN KELEMAHAN


Antara kekuatan pada program kali ini:
1. Semua AJK bekerjasama.
2. Peserta Perkhemahan UB tidak mengalami sebarang permasalahan
3. Menyatupadukan hubungan kekitaan antara semua pihak.
Antara kelemahan pada program kali ini:
1. Peruntukan kewangan yang tidak mencukupi.
2. Penggunaan masa yang kurang baik dalam melakukan aktiviti.
9. PENUTUP
Segulung penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan program ini. Kerjasama daripada para pegawai dan semua
pihak yang terlibat begitu diperlukan dalam menjayakan hasrat murni
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan
Pejabat Pelajaran Daerah Beluran. Program Perkhemahan Unit Beruniform
ini telah dirasmikan oleh Tn Zainal, wakil daripada PPD. Alhamdulillah tema
PERKHEMAHAN PEMANGKIN KEPIMPINAN DAN KECEMERLANGAN
telah dapat direalisasikan semasa perkhemahan tersebut. Pihak penganjur
agak berpuas hati dan diharap segala kelemahan dan kekurangan dapat
diperbaiki dari masa ke semasa.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


TAHUN 2015

Disediakan oleh
SAPINAH HJ HARIS
Penolong Kanan Kokurikulum
SK.Ulu Muanad Beluran.

You might also like