You are on page 1of 7

PENGASAS

EN. LIN TUI QIAN


TAHUN DIASAS1915

GAMBAR KENANGAN SEKOLAH ( 1915 )

1915

1915 5 1 Jalan Balik Bukit


60 Kedai Binjai Hotel Seri Malaysia

Jalan Toklam
1919 9 23 1924
3 9 Jalan Bangol 28
1941

1945
10

1949
1950
1953
Bukit Besar

1958
1959
1962 1964 20

1966 .
1968 6 7
1976

15 1979 1980

1981 10 11

1984 1988
1989

1992 6 1995
1996

1999 11 5
2000 1,786 79 48

2003 2005

magnetic board

900

2006 2004 2005


2006

2007

120 2007
2009

2008

2008
2009

2009

2009

2009 9

2010

Sekolah ini ditubuhkan pada 1hb Mei 1915, atas nama Sekolah Chung Hwa
Wei Sin.Pada awal penubuhan, pernah menyewa sebuah rumah di Jalan
Balik Bukit untuk dijadikan tapak sekolah dengan jumlah murid lebih kurang
60 orang. Jumlah murid semakin bertambah pada setiap tahun. Justeru itu,
sebuah rumah yang lebih besar telah disewa sebagai sekolah (Kedai Binjai,
kini tapak letak kenderaan Hotel Seri Malaysia). Seterusnya, jumlah murid
tetap bertambah dari tahun ke tahun maka ada cadangan agar dibina
sekolah,cadangan ini telah mendapat sokongan padu daripada dermawan
ternama mendiang En. Lim. Dibawah pimpinan Encik Lim lebih kurang RM25
000.00 telah berjaya dikumpul hasil sumbangan masyarakat Cina.
Permohonan membeli sebuah tapak di Jalan Tok Lam untuk dijadikan tapak
sekolah telah dibuat kepada pihak kerajaan. Berkat usaha semua pihak,
akhirnya sekolah baru telah berjaya dibina pada tahun 1919 dan mulai
beroperasi pada 23hb September. Pada 9hb Mac 1924 murid-murid
perempuan telah ditempatkan di rumah dua tingkat bernombor 28 di Jalan

Banggol. Selepas beberapa tahun, murid-murid perempuan telah ditempatkan


di sekolah yang sama dengan murid-murid lelaki.
Pada tahun 1941, Tanah Melayu ditakluki tentera Jepun, begitu juga
dengan sekolah kami. Guru Besar sekolah ketika itu Encik Chang Choon
Yuan telah dibunuh oleh askar Jepun, manakala alatan-alatan dan buku-buku
telah dimusnahkan. Pihak Jepun telah menjadikan Bahasa Jepun sebagai
bahasa perantaraan utama sekolah.
Pada tahun1945, tentera Jepun telah berundur, zaman kegemilangan
Tanah Melayu kembali. Warga-warga prihatin telah berusaha bersungguhsungguh untuk membaik pulih keadaan sekolah agar pelajaran murid-murid
tidak tergendala. Pada tahun berikut,sekolah mulai beroperasi, manakala
jumlah murid bertambah dari tahun ke tahun. Bilik-bilik darjah yang sedia ada
tidak mencukupi lagi untuk menampung jumlah murid. Di bawah pimpinan
pengerusi Jemaah Sekolah, Encik Teh Wei Ren sebanyak 10 buah bilik darjah
papan telah dibina bagi mengatasi masalah kekangan bilik darjah.
Pada tahun 1949, sekolah ditadbir oleh Encik Chang Ya Gu. Prestasi
sekolah semakin meningkat. Memandangkan kebanyakan murid tidak mampu
melanjutkan pelajaran setelah tamat sekolah rendah, penubuhan sekolah
menengah telah disuarakan oleh beliau dan ia mendapat persetujuan Jemaah
Sekolah. Dalam tempoh yang singkat, pada tahun 1950 Sekolah Menengah
Chung Hwa dengan Encik Chang Ya Gu selaku pengetua telah tertubuh. Bagi
memudahkan pentadbiran, pada tahun 1953sekolah rendah dan menengah
telah digabung lalu dinamakan Sekolah Rendah Menengah Chung Hwa Wei
Sin. Tahun-tahun seterusnya, jumlah murid tetap meningkat. Maka, Jemaah
Sekolah sekali lagi membuat permohonan dengan pihak kerajaan bagi tapak
sekolah di Bukit Besar. Selanjutnya, kerja-kerja pembinaan bangunan sekolah
dimulakan. Datuk Toh Chui Biaw dan Encik Tan Guat Hwee ialah pengerusi
projek pembinaan tersebut.
Sekolah Rendah Chung Hwa Wei Sin telah menerima bantuan penuh
kerajaan pada tahun 1958. Berdasarkan akta pekeliling pada ketika itu,
pentadbiran sekolah rendah dan menengah perlu diasingkan.
Pada tahun 1959, dermawan Datuk Tan Guat Hwee telah menubuhkan
Tabung Dana Pembinaan Sekolah. Pelbagai pihak turut memberi sokongan
atas usaha beliau. Pada tahun yang sama, bangunan pertama sekolah telah
siap dibina. Bangunan kedua dan ketiga Tan Guat Hwee masing-masing siap
dibina pada tahun 1962 dan 1964. Setakat ini, sekolah mempunyai 23 buah
bilik darjah dengan kos lebih kurang RM200 000.00. RM55 000.00

daripadanya merupakan suntikan oleh pihak kerajaan yang disalur secara


berperingkat.
Pada tahun 1966, pihak sekolah sekali lagi mendapat suntikan dana
berjumlah RM25 000.00 bagi pembinaan empat projek iaitu; pintu gerbang
sekolah, jalan-jalan sekolah, kaki lima dan tapak sukan.
Pada 7hb Jun 1968, pihak sekolah telah mengadakan majlis perasmian
sekolah baru dimana turut diadakan pameran seni lukisan dan kraf tangan
dengan menjemput Pengerusi Jemaah Sekolah Datuk Tan Guat Hwee
sebagai perasmi.
Selepas itu, walaupun sesi pagi dan petang diadakan, namun kelaskelas masih tidak mampu untuk menampung murid-murid yang semakin
bertambah tahun demi tahun.Maka, pada tahun 1976 diadakan lagi kutipan
amal dan telah mendapat sokongan yang jitu daripada pelbagai pihak. Jualan
Amal dan Malam Amal telah diadakan dengan menjemput artis Lau Wen
Zheng sebagai penghibur pada malam tersebut. Dengan tambahan dana
sumbangan daripada dermawan-dermawan, akhirnya sebuah bangunan tiga
tingkat dengan jumlah kelas 15 buah telah mulai dibina pada tahun 1979 dan
siap pembinaannya pada akhir tahun 1980 dengan menelan belanja lebih
kurang RM330 000.00. Perasmian bangunan ini telah diadakan pada 11hb
Oktober 1981 dengan diketuai Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Tan Sheng
Xing diiringi para dermawan.
Pada tahun 1984 dengan bantuan pihak yang telah diamanahkan
sebuah kantin dan sebuah tandas lelaki dan perempuan dibina manakala
pembinaan bangunan empat tingkat pada tahun 1988. Pada tahun 1989
sebuah lagi bangunan telah dibina atas jasa Jemaah Sekolah. Di bawah
pimpinan dan usaha Datuk Toh Shui Sheng sebidang tanah di depan sekolah
telah berjaya dipohon.
Memandangkan sekolah belum memiliki sebuah dewan, justeru pada
bulan Jun 1992 Jemaah Sekolah telah mengadakan Malam Amal bagi
mengutip derma bagi membina Dewan Serbaguna yang mula dibina pada
tahun 1995. Oleh itu, pada Mac 1996 Jemaah Sekolah dengan kerjasama
Persatuan Buddha Terengganu Malaysia telah berjaya mengutip dana
berjumlah RM220 000.00 menerusi Malam Amal. Disebabkan Dewan
Serbaguna masih kekurangan kelengkapan tertentu, dalam tahun yang sama
pada bulan Ogos, Jemaah Sekolah dengan bantuan Persatuan Alumni
Sekolah, sekali lagi menganjurkan konsert mini bagi mengisi tabung. Hasil
sokongan daripada pelbagai pihak, jumlah kutipan telah berjaya melangkaui
sasaran awal.

Pada 5hb November 1999, Dewan Serbaguna yang indah tersergam


telah siap dibina dan dirasmi oleh Dr Lim Liong Sik Menteri Pengangkutan
pada ketika itu.
Tahun 2000, telah menyaksikan SJK(C) Chung Hwa Wei Sin
mempunyai murid-murid lelaki dan perempuan seramai 1 786 orang manakala
guru-guru 79 orang.Jumlah kelas 48 buah iaitu terdiri daripada sebuah Kelas
Pendidikan Khas, 7 buah Kelas Tahun Satu, Tahun Dua hingga Tahun Lima
masing-masing 8 buah dan Tahun Enam 9 buah.
Dari tahun 2003 hingga 2005 merupakan puncak pergembangan
sejarah SJK(C) Chung Hwa Wei Sin apabila atas usaha gigih Pengerusi MCA
Datuk Lau Yin Beng pihak sekolah telah berjaya memperolehi peruntukan
dana RM1 juta dan ini telah seterusnya membolehkan sekolah menjalankan
projek-projek berikut:
Kesemua projek di atas telah siap dalam bulan Mei tahun 2006. Pada
tahun 2004 Kementerian Pendidikan telah menyuntik sejumlah dana untuk
projek pembinaan Makmal Komputer yang telah siap pembinaannya pada
September 2005. Makmal Komputer tersebut mula beroperasi pada Januari
2006. Buat masa ini, kemudahan dari pelbagai segi belum lengkap. Kekangan
kritikal yang dihadapi ialah ketiadaan Bilik SPBT, Bilik Seni dan lain-lain bilik.
Manakala, bilik-bilik yang sedia ada pula perlu dinaikkan lagi tarafnya. Oleh
yang demikian, Jemaah Sekolah menerusi MCA Negeri Terengganu, telah
memohon sejumlah dana untuk membina bangunan empat tingkat (bawah
tidak berbilik).Tingkat 1 merupakan Bilik Guru,Bilik Aktiviti Guru,Bilik
Bimbingan dan Kaunseling dan bilik untuk menjalankan pertandingan. Tingkat
2 ialah Bilik Pusat Sumber dan empat buah bilik darjah, akhir sekali tingat 3
terdiri daripada enam buah kelas.
*Pagar jaring diganti dengan pagar konkrit.
*Gelanggang bola keranjang berbumbung dibina.
*Garaj-garaj letak kenderaan.
*Petak-petak letak kenderaan untuk guru-guru.
*Pondok jaga.
*Laluan berbumbung.
*Penukaran bumbung bangunan Tan Guat Hwee dan bangunan tiga
tingkat.
*Bilik guru berhawa dingin.
*Perpustakaan berhawa dingin.
*Penukaran papan hitam semua bilik darjah kepada papan putih
bermagnet.
*Mengubahsuai semua tandas sekolah.
*Pemasangan sistem audio di kawasan sekolah.

*Memperbesarkan kantin dan memperlengkapkan kemudahan


kantin sekolah.
*Menambah sebanyak 900 pasang kerusi dan meja murid-murid.
*Mempertingkatkan kualiti sistem audio dewan sekolah dan
memperlengkapkan lagi kemudahan pentas.
*Mengecat bilik darjah dan bangunan sekolah.
*Sejarah Perjawatan Pengerusi PIBG
2005 ~ Encik Wong Kok Sam
1999 ~2005 Encik Kuek Beng Hui
1994 ~1999 Encik Chee Rong Xin
1993 Encik Chang Ting Lin
1991 ~1992 Encik Tay Boon Beng
1989 ~1990 Encik Lau Yuan Min
1986 ~1988 Encik Yeo Chao Tai
1973 ~1985 Encik Chang Guo Bei
*Sejarah Perjawatan Pengerusi Jemaah Sekolah
1997 Encik Chin Kong Nam
1969 ~ 1996 Encik Toh Chui Biaw
1968 Encik Kho Tek Beng
1966 ~ 1967 Encik Toh Chui Biaw
1961 ~1965 Encik Kho Tek Beng
1958 ~ 1960 Encik Oh Yan Yi
1946 ~ 1958 Encik Teng Wei Ren, Encik Guat Hwee(masing-masing memegang
jawatan)

1922 ~
tiada maklumat (Encik Yang Bi Yin)
1915 ~ 1921 *Encik Wan Sun Fat
*Malangnya Pengerusi Encik Wan Sun Fat telah terkorban di Sungai
Terengganu pada 26hb Feb.1921 sewaktu menghantar Penasihat dari British
Encik Billy An ke Singapura yang berhajat pulang ke Eropah.

You might also like