You are on page 1of 20

Apa Itu Sains?

Sains ialah kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi tentang


bagaimana ianya memberi kesan kepada kita dan juga persekitaran kita.
Fenomena alam semulajadi yang berlaku di sekeliling kita boleh dijelaskan
melalui sains. Seekor berudu yang bertukar menjadi seekor katak dewasa, sebiji
buah kelapa yang jatuh ke tanah dan seketul ais yang sedang mencair, adalah
merupakan antara contoh-contoh fenomena alam semula jadi.
Semua ini boleh difahami melalui kajian sains. Pengetahuan saintifik sentiasa
berkembang. Pengetahuan ini boleh diperolehi melalui pemerhatian yang teliti,
kajian yang mendalam dan juga melalui penyelidikan secara saintifik.
Sains merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Makanan,
pakaian serta peralatan yang kita gunakan juga mempunyai dengan sains.
Sains juga banyak membantu kita dalam menghasilkan lebih banyak makanan,
bahan-bahan baru serta peralatan-peralatan yang berguna bagi kita.
Melalui kajian sains juga, banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi.
Ini dapat meningkatkan taraf hidup serta kualiti alam sekitar kita.
Sains meliputi bidang kajian yang sangat meluas. Antaranya adalah seperti
berikut:
Bilologi - Kajian mengenai benda-benda hidup.
Fizik - Kajian interaksi antara bahan dan tenaga.
Kimia - Kajian mengenai komposisi dan sifat-sifat bahan kimia serta tindak balas
mereka, dan penggunaannya.
Geologi Kajian mengenai batuan dan mineral.
Astronomi Kajian mengenai bintang-bintang dan planet-planet.
Meteorologi Kajian mengenai cuaca dan iklim.
Sains juga menawarkan pelbagai pilihan kerjaya. Orang yang berkerjaya
lazimnya memilih bidang kerjaya bergantung kepada kepentingan serta apa
yang mereka minati dalam bidang sains.
Bidang perubatan dan bidang kejuruteraan adalah merupakan antara contoh
kerjaya yang menjadi pilihan ramai.
Makmal Sains
Kita juga boleh mempelajari sains di makmal sains. Makmal sains adalah
merupakan sebuah bilik atau bangunan dimana penyelidikan secara saintifik
dijalankan.
Kebanyakan sekolah mempunyai makmal-makmal dimana pelajar boleh
menjalankan eksperimen.

Adakah anda tahu tentang peraturan-peraturan dan langkah-langkah


keselamatan yang perlu dipatuhi apabila anda berada di dalam makmal sains?
Adakah anda tahu mengapa anda perlu mengikut peraturan-peraturan dan
langkah-langkah keselamatan tersebut?
Peraturan am dan langkah-langkah keselamatan

1. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal.

2. Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.


Peraturan-peraturan keselamatan dan langkah berjaga-jaga di dalam makmal

1. Anda cuma boleh masuk ke dalam makmal sains hanya dengan kebenaran
guru sahaja.
2. Anda tidak boleh membawa masuk makanan dan minuman ke dalam
makmal sains.
3. Anda tidak dibenarkan untuk masuk ke bilik persediaan dan stor.
4. Anda tidak boleh membawa alat radas atau bahan kimia keluar dari
makmal.

5. Anda cuma boleh menggunakan alat radas dan bahan kimia hanya dengan
kebenaran guru sahaja.
6. Semua alat radas dan bahan-bahan kimia yang digunakan mestilah
mengikut seperti apa yang diarahkan oleh guru anda sahaja.
7. Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.
8. Anda tidak boleh merasa apa-apa bahan kimia kecuali guru anda meminta
untuk berbuat demikian.
9. Anda mesti sentiasa memeriksa label pada botol untuk memastikan
bahawa anda menggunakan bahan kimia yang betul.
10.Jika berlaku keadaan bahan kimia secara tidak sengaja termasuk kedalam
mulut, anda hendaklah meludah keluar bahan tersebut dan basuh mulut
anda dengan air bersih berulang kali.
11.Jika bahan kimia terkena pada kulit atau pakaian anda, basuh dengan
menggunakan air.
12.Anda hendaklah melaporkan semua kemalangan dan kecederaan (contoh:
seperti luka atau terbakar) kepada guru anda dengan segera.
13.Anda tidak boleh bermain atau bergurau di dalam makmal.
14.Anda tidak boleh bermain dengan alat radas dan bahan kimia.
Alat-alat radas yang biasa terdapat di makmal sains
Terdapat pelbagai jenis alat radas di dalam makmal sains. Rajah di bawah
menunjukkan beberapa jenis alat radas yang biasa digunakan.
Anda harus tahu apa itu alat radas. Anda juga perlu mengetahui tentang
kegunaan am pelbagai alat radas.

Mangkuk pijar (Crucible)


Kegunaan: Untuk memanaskan bahan kimia.

Tabung uji (Test tube)


Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia.

Mangkuk penyejat (Evaporating dish)


Kegunaan: Untuk mengewap cecair daripada larutan.

Penyubat gabus & penyumbat getah (Cork & rubber stopper)


Kegunaan: Digunakan untuk menyumbat tabung uji atau kelalang kon.

Pemegang tabung uji (Test tube holder)


Kegunaan: Untuk memegang tabung uji.

Picagari (Syringe)
Kegunaan: Untuk memindahkan cecair dalam jumlah yang kecil.

Slaid kaca (Glass slide)


Kegunaan: Untuk meletak spesimen bagi tujuan pemerhatian di bawah
mikroskop.

Jam randik (Stop watch)


Kegunaan: Untuk mengukur masa.

Bikar (Beaker)
Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.

Kelalang kon (Conical flask)


Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.

Kelalang berdasar rata (Flat-bottomed flask)


Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia yang digunakan dalam penyediaan gas
yang mana proses tersebut tidak memerlukan pemanasan.

Corong penuras/penapis (Filter funnel)

Kegunaan: Untuk menapis campuran pepejal dan cecair.

Kasa dawai & tungku kaki tiga (Wire gauze & tripod stand)
Kegunaan: Untuk menyokong radas semasa pemanasan.

Penunu Bunsen (Bunsen burner)


Kegunaan: Untuk menyediakan nyalaan.

Rak tabung uji (Test tube rack)


Kegunaan: Untuk memegang tabung uji dalam kedudukan yang tegak.

Rod kaca (Glass rod)


Kegunaan: Digunakan untuk mengacau larutan didalam bekas.

Kaki retort & pengapit (Retort stand & retort clamp)


Kegunaan: Untuk memegang alat radas semasa eksperimen dijalankan.

Buret (Burette)
Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Balang gas (Gas jar)


Kegunaan: Untuk mengisi gas.

Penyepit mangkuk pijar (Crucible tongs)


Kegunaan: Untuk memegang objek panas.

Pipet (Pipette)
Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Silinder penyukat (Measuring cylinder)

Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Jangka suhu (Thermometer)


Kegunaan: Untuk menyukat suhu.
Simbol-simbol Amaran Tentang Bahaya
Bahan kimia yang terdapat di dalam makmal sains mestilah dikendalikan dengan
berhati-hati.
Sesetengah bahan kimia yang amat berbahaya dan juga boleh membahayakan
kesihatan kita. Ada yang meletup, menghakis, sangat mudah terbakar atau
beracun/toksik.
Kita boleh mengetahui sifat bahan kimia tersebut dengan melihat label pada
bekas atau botol yang mengandungi bahan-bahan kimia.
Rajah di bawah menunjukkan beberapa simbol yang terdapat pada label bekas
atau botol yang mengandungi bahan-bahan kimia.

Menghakis (Corrosive)
Contoh: Hidrogen peroksida, asid hidroklorik pekat dan natrium hidroksida.

Sangat mudah terbakar (Highly flammable)


Contoh: Fosforus putih, kuning fosforus, petrol, minyak tanah, etanol.

Meletup (Explosive)
Contoh: Natrium, kalium.

Toksik / Beracun (Toxic / Poisonous)


Contoh: Raksa, plumbum, sodium cyanide, hidrogen sulfida.

Berbahaya atau Perengsa (Harmful or Irritant)


Contoh: Ammonia, klorin, klorofom.

Radioaktif (Radioactive)
Contoh: Uranium, torium, radium.

Langkah-langkah Dalam Penyelidikan Saintifik


Saintis melakukan penyelidikan saintifik dalam mendapatkan pengetahuan
saintifik. Ini melibatkan penyelidikan yang bersistematik untuk mengetahui
sebab-sebab fenomena saintifik.
Langkah-langkah yang perlu diambil dalam melakukan penyelidikan saintifik
adalah seperti di bawah;
1. Menentu serta memastikan apa yang ingin kita ketahui.
2. Membuat andaian yang bijak bagi menceritakan permasalahan.
3. Rancang penyelidikan yang bersistematik untuk mengetahui samada
andaian kita adalah benar.
4. Tentukan apa yang perlu diubah semasa melakukan penyelidikan.
5. Catat segala apa yang diperhatikan.
6. Dapatkan maksud atau pengertian atas pemerhatian yang dilakukan.
7. Tentukan samada andaian yang kita buat adalah benar.
8. Tulis sebuah laporan penyelidikan saintifik.

Kuantiti Fizik Dan Unit-unitnya


Kuantiti fizik (physical quantity) adalah kuantiti yang boleh diukur. Kuantiti fizik
bukan sahaja digunakan dalam kajian saintifik tetapi ianya juga penting dalam
kehidupan seharian kita.
Terdapat lima kuantiti fizikal yang kerap digunakan dalam pengukuran.
1. Panjang (Length)
2. Jisim (Mass)
3. Masa (Time)
4. Suhu (Temperature)
5. Arus Elektrik (Electric current)
Setiap kuantiti fizikal yang diukur dalam unit SI (International System of Units @
SI units), yang mana ianya adalah unit yang seragam digunakan dalam
pengukuran di kebanyakan negara.
Kuantiti fizik dan unit SI
Kuantiti fizik

Unit SI

Simbol unit

Panjang

meter

Jisim

kilogram

kg

Masa

saat

Suhu

kelvin

Arus elektrik

ampere

Imbuhan awal
(Prefix)

Simbol

Nilai berangka
(numerical)

mega

1 000 000

kilo

1 000

centi

0.01

milli

0.001

micro

0.000 001

Simbol dan nilai prefix

Nilai sesuatu kuantiti boleh ditulis dengan 'imbuhan awal @ awalan' (prefix).
Setiap imbuhan awal mempunyai simbol-simbolnya tersendiri. Kita menulis
sesuatu nilai dengan menggunakan imbuhan awal (prefix) untuk membuat ia
lebih mudah bagi merekodkan kuantiti fizik.
Contohnya
Nilai kuantiti fizik

Bentuk imbuhan awal (prefix)

5 000 000 K

5 MK

3 000 g

3 kg

0.008 m

8 mm

0.000 006 A

6 A

Berat & Jisim


Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan menimbang (weighing).
Kaedah ini juga digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek.
Dengan sebab itu, berat dan jisim sering dianggap sebagai sama. Walau
bagaimanapun, ia sebenarnya merupakan dua kuantiti yangberlainan.

Unit sukatan berat dan jisim ialah;

Berat - Newton / N

Jisim - kilogram / kg

Berat sesuatu objek adalah tarikan graviti bumi pada objek tersebut. Manakala,
jisim sesuatu objek pula adalah kuantiti jirim dalam objek tersebut.
Dengan sebab itu, kita perlu menggunakan penimbang / neraca yang berbeza
untuk mengukur berat dan jisim sesuatu objek.
Menyukat berat
Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan neraca spring / neraca
mampatan (spring balance / compression balance). Ini adalah kerana tarikan
graviti bumi bertindak memanjangkan spring.

Neraca spring (Spring balance)

Neraca mampatan (Compression balance)


Menyukat jisim
Neraca tiga palang / neraca tuas / neraca elektronik (triple beam balance / lever
balance / elektronic balance) digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu
objek. Jisim sesuatu objek itu adalah sama seperti 'jisim standard' (standard
mass) yang diperlukan untuk mengimbangi objek tersebut. Sukatan neraca
untuk jisim tidak dipengaruhi oleh tarikan graviti (Jisim objek adalah sentiasa
tetap).

Neraca tiga palang/alur (Triple beam balance)

Neraca tuas (Lever balance)


Alat-alat Pengukuran

Merujuk kepada rajah di atas, nyatakan pensel yang manakah yang lebih
panjang. Kemudian, pastikan semula jawapan anda dengan mengukur panjang
setiap pensel itu menggunakan pembaris.
Apa yang boleh dipelajari daripada keadaan di atas? Sesuatu objek itu boleh
kelihatan menjadi lebih panjang atau lebih pendek daripada keadaan
sebenarnya.
Kita perlu menggunakan alat-alat pengukur yang sesuai untuk mengukur kuantiti
seperti panjang dengan lebih tepat. Penggunaan teknik-teknik yang betul juga
penting dalam mendapatkan bacaan yang tepat.
Pengukuran panjang (Measurement of length)
Panjang (length) adalah jarak antara dua titik. Di dalam makmal sains, panjang
sesuatu objek itu diukur dengan menggunakan pembaris meter.
Panjang pembaris meter (metre ruler) ialah satu meter (m) atau 100 sentimeter
(cm). Setiap sentimeter dibahagikan kepada 10 millimeter (mm). Jadi, panjang
pembaris meter tersebut adalah juga bersamaan dengan 1000 millimeter (mm).

1 cm = 10 mm
1 m = 100 cm = 1000 mm
1 km = 1000 m

Kedudukan mata yang betul ketika mengambil bacaan.

Mengukur panjang lengkung (curve).


Diameter sesebuah objek tidak dapat diukur dengan tepat jika hanya
menggunakan pembaris. Angkup (calipers) digunakan untuk mengukur diameter
sesbuah objek dengan lebih tepat.
Terdapat dua jenis angkup, iaitu angkup luar (external calipers) danangkup
dalam (internal calipers). Kedua-dua angkup tersebut digunakan untuk mengukur
diameter luaran dan dalaman sesebuah objek.

Mengukur diameter 'luaran' sebuah bikar.

Mengukur diameter 'dalaman' sebuah bikar.

Pengukuran luas kawasan (Measurement of area)


Luas (area) sesebuah permukaan adalah luas kawasan di antara pinggir-pinggir
permukaan tersebut. Unit SI untuk luas adalah meter persegi (square
metres, m2).
Luas dalam skala yang besar boleh diukur sebagai kilometer persegi (square
kilometres, km2). Manakala luas dalam skala yang kecil pula boleh diukur dalam
unit sentimeter persegi (square centimetres, cm 2) dan milimeter persegi (square
millimetres, mm2).
1 cm2 = 100 mm2
1 m2 = 10 000 cm2
1 km2 = 1 000 000 m2
Menganggarkan luas kawasan yang berbentuk sekata dan tidak sekata.

Menganggar luas permukaan daun

Merujuk kepada rajah di atas, bentuk sehelai daun dilakarkan di atas


kertas graf. Setiap segiempat sama berkeluasan 1 cm 2.

Kawasan yang meliputi segiempat sama yang penuh ditandakan sebagai


A, manakala kawasan yang mempunyai "lebih atau sama dengan 1/2
cm2 segiempat sama", ditandakan sebagai B.

Kira bilangan setiap segiempat sama A dan B. Kemudian barulah dikira


anggaran luas permukaan daun tersebut.

Contoh:

Bilangan tanda dalam kertas graf = 12


Luas 1 segiempat sama (persegi) = 1 cm 2
Luas permukaan daun = 12 cm2 = 12 cm2
Pengukuran isipadu (Measurement of volume)
Isipadu (volume) sesuatu objek adalah ruang yang boleh diisi atau dikandungi
oleh objek tersebut. Unit SI bagi isipadu adalah meter padu (cubic metres, m3).
Isipadu juga boleh disukat dengan milimeter padu (mm 3), sentimeter padu (cm3),
mililiter ( l ) dan liter ( l ).
Isipadu pepejal (solids) diukur dalam sentimeter padu (cm 3) dan meter padu
(m3).
1 ml = 1 cm3
1 l = 1000 cm3 = 1000 ml
1 m3 = 1 000 000 cm3 = 1 000 000 ml
Mengukur isipadu cecair menggunakan pipet, buret dan silinder
penyukat.

Pipet & buret

Miniskus (miniscus) merkuri melengkung ke atas, manakala miniskus air


melengkung ke bawah.
Ralat parallax (Parallax error)

Kedudukan mata mestilah sama aras dengan miniscus cecair ketika mengambil
bacaan. Kedudukan mata yang salah akan menyebabkan ralat parallax.

Kepentingan Unit Piawai (Standard Units)


Penggunaan unit piawai (standard units) dalam pengukuran boleh memudahkan
komunikasi antarabangsa dan kehidupan seharian kita.
Masalah mungkin timbul jika unit piawai tidak digunakan. Sebagai contoh, harga
sesuatu barang itu ditentukan berdasarkan berat atau isipadu barangan
tersebut. Jika unit berat atau isipadu yang berbeza digunakan, ia akan
menyebabkan kerumitan dalam meletakkan harga barang tersebut.
Satu kilogram unit piawai bagi jisim adalah kuantiti jirim dalam silinder aloi
platinum-Iridium.

Oleh itu, apabila kita mengatakan sesuatu objek itu mempunyai jisim 5 kg,
sebenarnya ia merujuk kepada jumlah jirim objek tersebut dalam bentuk silinder
piawai (standard cylinder).
Sebelum Sistem Antarabangsa (International System, SI) diperkenalkan, sistem
unit piawai yang digunakan adalah 'foot-pound-second (FPS)'.
Dalam sistem unit ini, foot (kaki), pound (paun) dan second (saat) digunakan
sebagai unit piawai untuk mengukur panjang, jisim dan masa.
Pelbagai unit pengukuran yang digunakan diseluruh dunia;
Pengukuran

Unit

Panjang

Inci, kaki, ela, rantai, batu meter, kilometer

Luas

Inci persegi, kaki persegi, ela persegi, ekar

Isipadu

Inci padu, kaki padu, ela padu, gelen

Jisim / berat

Paun, auns, kati, tahil, gram, kilogram, tan, pikul

Unit panjang, jisim, isipadu dan luas dalam Sistem Imperial British
adalah seperti berikut;
Panjang
12 inci = 1 kaki
3 kaki = 1 ela
22 ela = 1 rantai
10 rantai = 1 furlong
8 furlong = 1 batu
5280 kaki = 1 batu
1760 ela = 1 batu

Isipadu
1728 inci padu = 1 kaki padu
27 kaki padu = 1 ela padu
Jisim
437.5 hantap = 1 auns
16 auns = 1 paun (7000 hantap)
14 paun = 1 pikul
Luas
144 inci persegi = 1 kaki persegi
9 kaki persegi = 1 ela persegi
4840 ela persegi = 1 ekar
640 ekar = 1 batu persegi

Pertukaran faktor unit dalam sistem unit piawai


Sistem Imperial British kepada Sistem Metrik
1 inci = 25.4mm

1 kaki3 = 0.028 m3

1 kaki = 0.305 m

1 gelen = 4.5 liter

1 batu = 1.6 km

1 paun = 0.45 kg

1 kaki = 0.093 m

1 tan = 1016 kg

1 ekar = 4046.9 m2

1 kati = 0.6 kg

Sistem Metrik kepada Sistem Imperial British


1 m = 3.3 kaki

1 m3 = 35.3 kaki3

1 km = 0.6 batu

1 liter = 0.22 gelen

1 m2 = 10.8 kaki2

1 g = 0.035 auns

1 hektar = 2.5 ekar

1 g = 0.026 tahil

1 ml = 0.00006 inci3

1 kg = 1.65 kati

Unit piawai pengukuran digunakan untuk tujuan yang berikut:


1. untuk membolehkan pengukuran yang diambil oleh ahli sains yang
berbeza supaya lebih selaras.
2. untuk membolehkan pertukaran maklumat menjadi lebih mudah dan
kurang mengelirukan.
3. untuk memperbaiki koordinasi antara ahli sains dari tempat yang berbeza.
4. untuk membolehkan analisis dan perbandingan data yang berbeza
menjadi lebih mudah kerana unit yang sama digunakan.
5. untuk mengelakkan masalah yang berkaitan dengan penggunaan unit
yang berbeza, seperti penukaran unit.
Antara masalah yang akan timbul jika unit piawai tidak diguna pakai
antaranya adalah;
1. Timbul masalah kejituan dan kepersisan (accurate and precise) dalam
pengukuran.
2. Manusia dari negara-negara berlainan akan menghadapi masalah
komunikasi terutama dalam interaksi seperti perdagangan dan
pengangkutan.
3. Kajian saintifik yang dijalankan oleh para saintis sukar dibandingkan.

You might also like