You are on page 1of 2

...... ........

Yang Berusaha Tn. Hj Kamsani bin Semin, Guru Besar SKPK


Pn. Anida bt Arifin, GPK Pentadbiran SKPK
Pn. Hjh Khairul Ashikin bt Ahmad, GPK HEM SKPK
Pn. Zurina bt Salam, GPK KoKo SKPK
Guru-guru serta rakan-rakan sekalian.
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya
dapat kita berkumpul sekali lagi dalam acara tahunan sekolah iaitu
Sambutan Hari Kanak-kanak. Sambutan Hari Kanak-kanak ini disambut
setiap tahun oleh seluruh dunia bagi meraikan kanak-kanak sebagai lambang
persaudaraan dunia dan persefahaman di kalangan kanak-kanak.
Tanpa membuang masa, majlis penutup dimulakan dengan bacaan doa.
Dengan itu, dijemput Ustaz Ihsanuddin bin Che Jaafar mengetuai doa pada
hari ini.. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz atas bacaan doa
sebentar tadi.
Seterusnya majlis menjemput Tn. Hj Kamsani bin Semin, GB SKPK untuk
menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan..Terima kasih
diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan murid-murid pra SKPK.
Persembahan ini dibawah bimbingan Pn. Fareeza, Pn. Aslina dan Pn. Weedia
Raha. Dengan itu majlis mempersilakan..Terima kasih diucapkan atas
persembahan yang comel sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi persembahan pakaian beragam daripada murid-murid
3 Jaya. Dijemput adik naik ke pentas dengam tema pakaian.
Terima kasih diatas persembahan tadi.
Seterusnya ialah persembahan boria dan dikir barat yang dipimpin oleh
Cikgu Zaki bin Sirat. Majlis dengan ini menjemput murid-murid 4 Usaha
tampil kepentas untuk menyampaikan persembahan mereka.
Dipersilakan.Terima kasih atas persembahan sebentar tadi
Kini, tiba masa yang dinanti iaitu penyampaian hadiah sukaneka yang telah
dijalankan sebelah pagi. Dengan itu dijemput Tn. Hj Kamsani bin Semin
dengan diiringi oleh Pn. Hjh Khairul Ashikin tampil ke pentas bagi
menyempurnakan penyampaian hadiah.

Bagi pemenang acarauntuk tahun, pemenang


pertama dimenangi oleh kelas.
Terima Kasih diucapan kepada Tn. Hj. Kamsani bin Semin di atas
penyempurnaan penyampaian hadiah sebentar tadi. Dengan berakhirnya
penyampaian hadiah sebentar tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari
ini. Akhir kata, mohon maaf dipinta sekiranya terdapat kekurangan
sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik daripada Allah
dan yang buruk datang daripada kekhilafan manusia itu sendiri. Sekian
terima kasih.

You might also like