You are on page 1of 12

[BUDAYA DAN PEMBELAJARAN]

1 (a) Huraikan

bagaimanakah

kepelbagaian

budaya

mempengaruhi

gaya

penyampaian , kepimpinan dan konunikasi guru di dalam bilik darjah?

Dalam negara Malaysia, kepelbagaian sosio - budaya sukar untuk dinafikan


kerana negara Malaysia lahir daripada kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu
Melayu, Cina dan India. Etnik ini merupakan etnik yang terbesar dan menjadi etnik
majoriti. Kaum pribumi di Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum yang
lain menjadi kaum minoriti. Setiap daripada etnik ini mempunyai budaya yang berbeza
dan berlainan daripada yang lain dan sosio-budaya tersebut adalah merupakan warisan
dan kepercayaan nenek moyang yang terdahulu.
Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3, 1996, muka surat 180 menyatakan budaya
dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran
atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan).
Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya bukan sahaja dilihat dari
ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga merangkumi skop yang
lebih luas. Mengandungi ilmu pengetahuan,kepercayaan, Kesenian, tatasusila, undangundang, adat resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh
manusia sebagai anggota masyarakat.
Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya bukan sahaja dilihat dari
ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga merangkumi skop yang
lebih luas. Mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, Kesenian, tatasusila,
undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi
oleh kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk akan memberi
kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan
kepada suasana ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah khasnya. Gabungan yang mantap antara guru, murid dan sekolah
memainkan peranan penting untuk menjayakan falsafah pendidikan negara.
1

[BUDAYA DAN PEMBELAJARAN]


Sistem pendidikan di Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi
semua pelajar. Dalam hal ini, ianya banyak mempengaruhi gaya penyampaian,
kepimpinan dan komunikasi serta menjadi cabaran yang besar kepada guru dalam
menyampaikan kurikulum kepada anak didik. Dalam bilik darjah, guru perlu dan harus
menjalankan analisis berkaitan dengan latar belakang murid sebelum merancang
pengajaran. Sebagai seorang guru, guru perlu tahu bahawa setiap murid mempunyai
budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbeza.
Pierre Bourdieu (1930) dalam kajiannya menyatakan pencapaian persekolahan
seseorang individu adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu
bapanya dan tahap pendidikan ibu bapa mempengaruhi pencapaian persekolahan
anak-anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat.
Kepelbagaian budaya banyak mempengaruhi gaya penyampaian guru semasa
dalam bilik darjah. Antara strategi atau gaya penyampaian yang boleh digunakan ialah
pembelajaran secara direktif iaitu penerangan tentang konsep atau kemahiran oleh
guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan yang dibuat dengan bimbingan guru.
Contoh strategi-strategi pengajaran yang boleh digunakan oleh guru ialah kuliah dan
latih-tubi. Manakala bagi elemen pembelajaran secara mediatif pula, murid-murid diajar
oleh guru untuk mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan menilai kebenaran andaian,
keputusan dan hipotesis. Contoh-contoh aktiviti pengajaran yang boleh digunakan oleh
guru dalam pendekatan mediatif ialah seperti penakulan dialektual, pemerolehan
konsep, pembentukan konsep, latihan inkuiri dan perbincangan terbuka.
Di samping itu, pembelajaran kontekstual juga boleh digunakan oleh guru kerana
ia mengaitkan pembelajaran kepada realiti kehidupan dan kebudayaan. Jenis
pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran kontekstual ialah
pembelajaran eksperential, pengalaman hidup sebenar, pembelajaran aktiviti dan
pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran ini mementingkan penyelesaian
masalah. Ia memberikan pengakuan bahawa situasi pengajaran dan pembelajaran
boleh berlaku juga di dalam rumah dan masyarakat. Ia mengajar murid untuk
memantau dan mengarah pembelajaran sendiri supaya mereka lebih berdikari. Prinsip2

[BUDAYA DAN PEMBELAJARAN]


prinsip penting dalam pembelajaran kontekstual ialah seperti guru menggalakkan murid
untuk belajar daripada satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama, guru
menggunakan penilaian sebenar, pembelajaran kontekstual bergantung kepada ingatan
spatial guru dapat menyepadukan mata pelajaran-mata pelajaran yang berlainan dan
penilaian autentik melalui pengalaman praktikal.
Selain itu, semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas
dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional. Dengan cara penyampaian yang
betul, guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut
kaum mereka sahaja..Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan
dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.
Di samping itu, guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas rofes
murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas
atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ada berat sebelah. Guru juga tidak
seharusnya menjalankan hukuman berbentuk deraan. Hukuman deraan tidak
seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan antara guru dan murid
menjadi renggang

dan hilang minat untuk meneruskan

pembelajaran. Guru

bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan


latar belakang dari harus bijak dalam mengendalikan kelas rofes murid dimana akan
wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan
masyarakat. Dengan cara ini suasana pembelajaran lebih menyeronokkan dan guru
dapat menunjukkan sifat kepimpinan kepada murid.
Selain daripada itu, melalui sifat kepimpinan guru perlu mempunyai usaha untuk
murid memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Guru perlu
membantu murid membina konsep positif kendiri dan sifat positif terhadap kaum yang
lain agar mereka mudah untuk bergaul dengan orang lain dan mendapat banyak
pengalaman sebelum menempuhi alam bekerja suatu hari nanti. Guru juga perlu
memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan prestasi
akademik murid yang lemah melalui kem motivasi dan sebagainya.

[BUDAYA DAN PEMBELAJARAN]


Guru perlu menghormati dan bersikap adil kepada semua murid yang
mempunyai pelbagai sosio-budaya. Sebagai pemimpin dalam bilik darjah, guru perlu
menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum,
pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dikalangan
murid sebagai langkah-langkah pencegahan.
Semasa menyampaikan kurikulum kepada murid, guru perlu mengelakkan
daripada menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid
yang terlibat dalam bilik darjah tersebut. Perkara yang sensitif dan berkaitan dengan
agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu berhati-hati
merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan
agama yang dianuti oleh murid. Setiap murid mempunyai kepercayaan dan amalan
agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan berupaya
menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses
sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya
proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat
perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk
masyarakat yang toleran memacu pembangunan negara.
Di samping itu, guru juga perlu mengambil berat terhadap aspek bahasa dan
harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru. Murid yang terdiri daripada
pelbagai kaum pastilah berlakunya penggunaan dialek bahasa yang sedikit sebanyak
akan memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang yang berlaku
akibat daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa
yang standard akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Murid digalakkan
menggunakan bahasa standard semasa berkomunikasi sesama rakan. Dialek mengikut
kaum hendaklah dielakkan, murid mesti diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan
menggunakan bahasa yang betul. Penggunaan laras bahasa yang tepat mesti
diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kearah peningkatan bahasa
perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah.

[BUDAYA DAN PEMBELAJARAN]


Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial
yang sepatutnya.
Selain daripada itu, guru juga perlu memastikan murid-murid berinteraksi dan
berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan jantina. Mereka perlu diberikan
kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi tersebut. Dalam pengurusan bilik
darjah, setiap murid harus diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu untuk
menanam semangat kerjasama dan cinta akan kelas mereka. Ahli jawatankuasa
keceriaan kelas perlu diujudkan disamping jawatan ketua dan penolong ketua kelas.
Dengan ini setiap murud dapat merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas
mereka.
Murid perlu mendapat dorongan dan bimbingan yang bertanggungjawab guru
sebagai pemimpin kepada murid dalam bilik darjah, tahap disiplin yang terkawal melalui
tindakan yang berhemah, yang dibaluti perasaan kasih sayang dapat memberi peluang
yang terbaik untuk mengembangkan potensi diri kearah pembentukan modal insan
yang berkualiti. Guru dapat kurangkan masalah disiplin melalui pendekatan bilik darjah
yang berkesan. Murid-murid yang menimbulkan punca permasalah harus dikenal pasti,
supaya murid lain tidak menjadi pak turut yang boleh menyebabkan keadaan bilik
darjah porak-poranda.
Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat
pada masanya. Guru dicadangkan agar menggunakan pelbagai kaedah pengajaran
dan pembelajaran berlandaskan tahap pencapaian murid selaras dengan kepelbagaian
sosio-budaya dalam bilik darjah yang dimulakan dengan set induksi yang menarik dan
diikuti aktiviti-aktiviti pembelajaran yang boleh menghilangkan rasa bosan murid serta
tidak menyentuh isu sensitif
Kesimpulannya, para pendidik hendaklah mempelajari kepelbagaian budaya
dalam masyarakat di negara kita. Guru telah disarankan bagaimana untuk membentuk
interaksi sosial yang baik dalam kalangan murid. Disamping itu guru berperanan
memperkembangkan bakat murid tanpa sikap prejudis terhadap mana-mana kaum.

[BUDAYA DAN PEMBELAJARAN]


Ini membolehkan murid dapat dibentuk akan mencintai ilmu melalui budaya
belajar kearah pencapaian prestasi budaya cemerlang. Guru juga diingatkan bahawa
kejayaan bukan sekadar dilihat kepada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya
guru harus mengambil kira aspek kurikulum yang tersirat dan mengambil kira
perbezaan sosio-budaya dalam kalangan murid. Nilai-nilai murni harus diterapkan
kepada murid-murid supaya mereka mereka dapat berkembang secara seimbang dari
segi intelek dan rohani.
Oleh itu, profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang
boleh diceburi oleh sesiapa sahaja dan dianggap satu pekerjaan yang mudah. Hanya
mereka yang mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam
dan berjiwa pendidikan layak dan patut menjadi guru dalam mendidik murid serta
mampu menjaga isu sensitif setiap murid yang mempunyai latar belakang dan sosiobudaya yang berlainan.

[BUDAYA DAN PEMBELAJARAN]


1 (b) sejauh manakah penghayatan guru terhadap kepelbagaian budaya di
dalam bilik darjah dapat membantu mencapai konsep 1Malaysia selaras
dengan matlamat anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 -2025 ?

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan salah satu usaha untuk


mewujudkan pelan yang menyediakan kerangka pembangunan yang menyuluruh untuk
menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga 2025.
Terdapat 11 anjakan yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia yang dapat membantu guru untuk mencapai konsep 1 Malaysia berdasarkan
penghayatan guru tersebut dalam bilik darjah.
Anjakan pertama ialah menyediakan kesamarataan akses pendidikan kepada
pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Dalam anjakan ini terdapat beberapa
matlamat yang menjadi fokus dalam anjakan pertama ini iaitu menanda aras keupayaan
dalam kemahiran membaca, matematik dan sains dengan standard antarabangsa.
Guru perlu memastikan kesamarataan dalam memastikan akses pendidikan dapat
digunakan sepenuhnya dalam kalangan murid di bilik darjah tanpa mengira bangsa. Ini
adalah bertujuan untuk mencapai hasrat pembentukan konsep 1 Malaysia yang selaras
dengan anjakan tersebut. Sebagai contoh, guru sains boleh mengadakan aktiviti atau
eksperimen berkumpulan dengan murid yang berbilang bangsa dan memastikan
mereka melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti atau eksperimen yang dijalankan
dan mendapat pendidikan yang sama rata dalam kalangan murid tersebut.
Selain itu, anjakan yang boleh diambil berat terhadap guru untuk mencapai 1
Malaysia ialah anjakan yang memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris. Anjakan ini bertujuan untuk menggalakkan murid untuk
mempelajari bahasa tambahan selain daripada bahasa ibunda mereka menjelang 2025.
Bagi mencapai konsep 1 Malaysia, guru perlu menekankan pembelajaran murid
terhadap Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Komunikasi merupakan salah satu
medium perantaraan yang amat penting bagi manusia. Perbezaan bahasa antara murid
7

[BUDAYA DAN PEMBELAJARAN]


dan guru mampu mewujudkan jurang sosial dan komunikasi. Bagi mencapai konsep 1
Malaysia, penguasaan terhadap Bahasa Malaysia adalah amat penting kerana
perbezaan bahasa yang amat ketara antara bangsa yang lain. Oleh itu, penguasaan
Bahasa Malaysia dapat memudahkan murid untuk memberikan pendapat antara satu
sama lain dan dapat berkomunikasi antara murid yang mempunyai bangsa dan
penggunaan bahasa yang berlainan.
Selain daripada itu,anjakan yang seterusnya ialah melahirkan rakyat yang
menghayati nilai.Matlamat yang terdapat dalam anjakan ini ialah membangunkan murid
secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan,
1Kelab, dan 1Badan Beruniform. Melalui penglibatan murid daripada aktiviti seperti ini,
murid dapat menghayati nilai seperti kerjasama,menghormati dan sebagainya.
Sepanjang penglibatan murid daripada aktiviti seperti ini,murid dapat berkomunikasi
dan berjumpa dengan orang yang baru daripada sekolah yang berbeza.Murid yang
menyertai aktiviti seperti ini juga datang daripada pelbagai latar belakang dan pelbagai
bangsa serta amalan yang berlainan.Hasil daripada avtiviti seperti ini, murid berpeluang
untuk menghayati nilai dan membantu guru untuk mencapai konsep 1Malaysia
disamping membangunkan murid secara holistik melalui penyertaan mereka dalam
aktiviti tersebut.
Anjakan melahirkan rakyat yang menghayati nilai juga menetapkan matlamat
dalam mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudahkan cara
interaksi antara jenis sekolah.Melalui interaksi antara jenis sekolah yang berbeza, murid
dapat meningkatkan interaksi dengan murid daripada jenis sekolah yang berlainan.
Sebagai contoh,sekolah cina boleh berinteraksi dengan sekolah vernakular. Melalui
RIMUP, hasrat untuk mencapai konsep 1Malaysia semakin meningkat dan dapat
diperluaskan lagi. RIMUP mampu membuka minda murid terhadap sekolah yang lain
dan membuka minda mereka terhadap penerimaan konsep 1Malaysia dan menjadi
pegangan hidup mereka. Oleh itu, guru perlu melibatkan diri dalam memperluaskan
RIMUP dan meningkatkan lagi interaksi antara jenis sekolah kerana guru merupakan
tunjang yang penting dalam memastikan kejayaan perlaksanaan RIMUP.RIMUP juga

[BUDAYA DAN PEMBELAJARAN]


boleh dijalankan bersama dengan aktiviti seperti 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan
Beruniform bagi meningkatkan lagi keberkesanan program RIMUP.
Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan.Dalam anjakan ini terdapat beberapa matlamat yang diutamakan
iaitu memastikan semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan menerima sokongan
kewangan yang saksama. Ini adalah bertujuan untuk menampung perbelanjaan
program yang berkaitan dengan aktiviti 1Malaysia di sekolah. Di samping itu, dalam
anjakan ini juga menekankan bahawa memberi lebih kuasa melalui pengurusan
berasaskan sekolah dan autonomi kepada sekolah yang memenuhi kriteria prestasi
minimum. Kebiasaannya perkara ini berlaku kepada sekolah yang berada di pedalaman
kerana kurang mendapat informasi daripada luar berkaitan dengan pendidikan kerana
system pengurusan yang terbatas. Oleh itu, melalui pemberian kuasa kepada sistem
pengurusan berasaskan sekolah, pihak pengurusan sekolah dapat meningkatkan
prestasi murid serta dapat menjayakan konsep 1Malaysia di sekolah tersebut.
Selain itu,memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di
Malaysia juga merupakan antara 11 anjakan yang terdapat dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia. Antara matlamat yang ingin dicapai dalam anjakan tersebut
adalah menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui
1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah, menambahkan kandungan dalam talian
untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik
menyampaikan pengajaran dalam Sains, Matematik, Bahasa Malaysia, dan Bahasa
Inggeris dan memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan
pembelajaran kadar kendiri untuk memperluas akses kepada pengajaran berkualiti
tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap kemahiran murid. Melalui pembelajaran maya,
murid dapat berhubung dengan ramai murid yang lain dan dapat bertukar-tukar
pendapat sesame sendiri. Melalui cara ini, murid berpeluang untuk mengenali murid lain
yang mempunyai bangsa yang berbeza. Di samping itu,penggunaan ICT juga
memudahkan guru untuk menjalankan sesi pembelajaran semasa berada dalam bilik
darjah.Penggunaan ICT juga mampu menarik minat murid kerana pembelajaran
menggunakan ICT lebih menarik dan dapat meningkatkan fokus murid terhadap
9

[BUDAYA DAN PEMBELAJARAN]


pembelajaran yang ingin disampaikan kepada murid. Semasa penggunaan ICT,guru
boleh menjadi sebagai pembimbing kepada murid semasa murid menjalankan aktiviti
seperti aktiviti perbincangan atau mencari maklumat melalui internet. Semasa aktiviti
berkumpulan yang menggunakan ICT, guru boleh membahagikan murid tanpa mengira
perbezaan bangsa antara murid, ini adalah bertujuan untuk murid dapat bersosial dan
mewujudkan suasana yang mesra budaya disamping menimba ilmu yang diberikan
oleh guru.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga mengatakan bahawa
kerjasama antara ibu bapa, komuniti dan sektor swasta diperluas.Matlamat yang
terdapat dalam anjakan ini adalah melengkapkan setiap ibu bapa bagi membantu
pembelajaran anak mereka melalui sarana pelibatan ibu bapa dan akses dalam talian
kepada kemajuan anak di sekolah, mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG
mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016 dan menambah
bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang 2025 dengan melibatkan
kumpulan alumni dan NGO yang berpotensi sebagai penaja. Melalui penglibatan ibu
bapa terhadap pembelajaran anak mereka, prestasi anak mereka dapat dipertingkatkan
lagi. Selain itu, ibu bapa juga boleh didedahkan tentang konsep 1Malaysia dan mereka
dapat mendedahkan terus kepada anak mereka sendiri. Ini adalah bertujuan untuk
meningkatkan lagi keberkesanan dan kejayaan pihak sekolah untuk merealisasikan
konsep 1Malaysia dalam kalangan murid sekolah.
Kesimpulannya, anjakan-anjakan yang terdapat dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia mampu mengubah sistem pendidikan di negara Malaysia dan
meningkatkan prestasi murid dalam pembelajaran. Selain itu, penghayatan guru
terhadap kepelbagaian budaya dalam bilik darjah untuk mencapai konsep 1Malaysia
banyak dipengaruhi oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Anjakan-anjakan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga menjadi bahan rujukan kepada guru
bagi mencapai hasrat pembentukan murid yang mesra budaya dan berkonsepkan
1Malaysia.

10

[BUDAYA DAN PEMBELAJARAN]

BIBILIOGRAFI

Noriati A. Rashid & Boon Poon Ying. (2014). Budaya dan Pembelajaran. 40150 Shah
Alam Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
PGSR ( 2011 Oktober 2). Implikasi kepelbagaian budaya di sekolah. Diperolehi dari
http://pgsr09ipsah.blogspot.com/2011/10/implikasi-kepelbagaian-sosio-budaya-di.html
Roucek J.S. & Warren R.L. , 1979. Sosiologi Suatu Pengenalan. Terjemahan Mohamad
Yusuf. Dewan Bahasa & Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subiki bin Maskon. (2010). Budaya dan
Pembelajaran. Puchong,Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Snyder, B. 1973. The Hidden curriculum. Cambridge, MA : The MIT Press.

11

[BUDAYA DAN PEMBELAJARAN]

12

You might also like