You are on page 1of 3

Kuasa Dua Nombor

Kuasa dua suatu nombor (square of a number) adalah produk apabila suatu nombor
didarabkan dengan dirinya sendiri (multiplied by itself).

Contohnya:
Kuasa dua bagi 6 ialah 6 x 6 = 36
Kuasa dua bagi 1/3 ialah 1/3 x 1/3 = 1/9
Kuasa dua bagi -0.4 ialah (-0.4) x (-0.4) = 0.16
Kuasa dua suatu nombor ditulis menggunakan tanda kuasa dua (square notation).

Contohnya:
(-2) x (-2) ditulis sebagai (-2)
1/8 x 1/8 ditulis sebagai (1/8)

4 adalah dibaca sebagai 4 kuasa dua atau kuasa dua bagi 4.

Notasi/tanda kuasa dua diperkembangkan untuk mendapatkan pelbagai hasil nombor


kuasa dua.
Contoh 1

Tuliskan kuasa dua setiap nombor berikut dalam bentuk nombor apabila didarab dengan
dirinya sendiri.

a) 21
Jwb: Kuasa dua bagi 21 = 21 x 21

b) -15
Jwb: Kuasa dua bagi -15 = (-15) x (-15)

c) 4/5
Jwb: Kuasa dua bagi 4/5 = (4/5) x (4/5)

d) -5/9
Jwb: Kuasa dua bagi -5/9 = (-5/9) x (-5/9)

e) 0.8
Jwb: Kuasa dua bagi 0.8 = 0.8 x 0.8

f) -2.9
Jawab: Kuasa dua bagi -2.9 = (-2.9) x (-2.9)

Contoh 2
Tuliskan nombor-nombor berikut dengan menggunakan tanda kuasa dua.
a) (-26) x (-26)
Jwb: (-26) x (-26) = (-26)

b) (-7/8) x (-7/8)
Jwb: (-7/8) x (-7/8) = (-7/8)

c) 8.8 x 8.8
Jwb: 8.8 x 8.8 = 8.8

Contoh 3
Tulis setiap nombor berikut dalam bentuk yang diperkembangkan (expanded form).
a) 25
Jwb: 25 = 25 x 25

b) (-5/6)
Jwb: (-5/6) = (-5/6) x (-5/6)

c) (-7.4)
Jwb: (-7.4) = (-7.4) x (-7.4)

You might also like