You are on page 1of 22

(i)

Mengenalpasti Perkhidmatan-perkhidmatan dan Kegiatan-kegiatan

23.

Pengelasan yang menunjukkan perkhidmatan-perkhidmatan dan

kepentingan-kepentingan yang sedang disediakan oleh agensi-agensi


patut dibuat sebagai langkah pertama ke arah Penswasataan. Tujuannya
ialah untuk menyenaraikan dengan sebarapa terperinci, perkhidmatanperkhidmatan

yang

maklumat-maklumat

ditawarkan
seperti

oleh

corak

agensi

tiap-tiap

berkenaan

termasuk

perkhidmatan,

jumlah

perbelanjaan yang terlibat ( seperti saiz perbelanjaan pembangunan dan


mengurus ) serta jenis dan bilangan kakitanagan yang terlibat dengan
penyediaan perkhidmatan yang berkenaan.

(ii)

Keuntungan dan Penswastaan

24.

satu lagi kriteria dalam menswastakan sesuatu perkhidmatan ialah

kedudukan daya majunya serta potensi keuntungan. Pada umumnya,


adalah dijangka bahawa pihak swasta berminat untuk mengambilalih
perkhidmatan-perkhidmatan yang menguntungkan. Walau bagaimanapun,
perkhidmatan-perkhidmatan

atau

kegiatan-kegiatan

yang

tidak

menguntungkan ,berdasarkan bentuk dan hakmilik cara pengurusan


sekarang, hendaklah juga dikaji sama ada mempunyai potensi dan sesuai
diswastakan. Ada kemungkinan bahawa pihak swasta menganggap
sesuatu perkhidmatan yang sekarang tidak untung boleh menguntungkan.
Di samping itu, perkhidmatan yang sudah pun untung boleh lebih
menguntungkan lagi. Perkara ini terpulanglah kepada sektor swasta untuk
membuat penilaian.

Sesuatu perkhidmatan atau kegiatan mungkin berkait rapat dan merupakan


sebahagian dari beberapa jenis perkhidmatan yang lain. Dalam hal
ini,penswastaan bahagian perkhidmatan yang menguntungkan sahaja
mungkin akan memberi kesan kepada prestasi jenis-jenis perkhidmatanyang
lain. Kemungkinan perkara ini berlaku mestilah dikenalpasti dan dinilai
seberapa awal yang boleh bagi memudahkan keputusan mengenai cara
penswastaannya dibuat oleh Kerajaan.

(iii) Objektif Sosial dan Objektif Keuntungan yang Mxima.

25.

Satu pertimbangan yang penting memerlukan perhatian ialah

berhubung dengan

penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan

atau kemudahan-kemudahan seperti pelajaran , kesihatan dan kemudahankemudahan awam. Pemilihan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkenaan
dalam bidang-bidang ini , hendaklah dibuat dengan seberapa lengkap kerana
terdapat banyak subsidi Kerajaan. Matlamat penswastaan dalam hal ini ialah
supaya tidak menggalakkan rakyat bergantung kepada subsidi daripada
Kerajaan. Di samping itu , pihak-pihak berkenaan hendaklah sentiasa sedar
bahawa Kerajaan akan terus bertanggungjawab kepada rakyat dan akan
memastikan perkhidmatan-perkhidmatan asas yang diswastakan tidak akan
menyukarkan pengguna penggunanya. Perkara ini hendaklah dinyatakan
dengan berhati -hati dlam perancangan penswastaan yang berkenaan.

Cadangan -cadangan untuk penswastaan perkhidmatan-perkhidmatan asas


hendakalah mengkaji amplikasinya terhadap kebajikan golongan yang
berpendapatan rendah. Perhatian hendaklah diberi kepada soal sama ada
perkhidmatan

baru

yang

diberikan

adalah

mencukupi

disamping

kemungkinan berlakunya perubahan harga bagi perkhidmatan berkenaan


berikutan dari penswastaan. Tujuannya ialah untuk memastikan bahawa
kebajikan golongan yang berpendapatan rendah tidak akan terjejas dengan
langkah menswastakan perkhidmatan berkenaan.

(iv)

Kos dan Faedah Penswastaan

26.

Cadangan-cadangan penswastaan hendaklah mengandungi suatu


penilaian dari segi kos dan faedah menswastakan perkhidmatan
atau kegiatan berkenaan. Faedah penswastaan dari segi tujuannya
seperti yang dinyatakan dalam Seksyen II hendaklah dinilaikan.
Begitu juga kos dan faedah dari segi beberapa kumpulan yang
mempunyai kepentingan tertentu hendaklah dinilaikan dan ini
termasuk golongan pengguna yang ada sekarang atau yang baru,
pembayar cukai, pemilik cukai, pemilik modal atau pelabur serta
pekerja-pekerja. Faedah dari segi pencapaian matlamat Dasar
Ekonomi Baru (DEB) juga hendaklah ditentukan. Faedah-faedah
lain

yang perlu

dikenalpasti termasuk tingkat

harga

yang

dikenakan, tingkat pengeluaran, mutu dan jenis-jenis barangan


yang dikeluarkan serta pembaharuan yang boleh diperkenalkan.

(v)

Struktur dan Prestasi Industri

27.

Maklumat berhubung dengan corak struktur dan prestasi industriindustri ang telah dikenalpasti untuk penswastaan hendaklah
disediakan

oleh

agensi-agensi

berkenaan.

Maklumat

yang

berhubung dengan struktur industri adalah termasuk sama ada


perkhidmatan-perkhidmatan atau kegiatan berkenaan bercorak
monopoli atau tidak, bilangan syarikat-syarikat (terutamanya yang
besar) yang menawarkan perkhidmatan atau keluaran yang sama
dan, jika boleh, bahagian syarikat-syarikat tersebut dalam jumlah
pasaran keseluruhannya. Maklumat yang sangat penting ialah
berkaitan

dengan

pertumbuhan

dan

prospek
tahap

permintaan,
pembangunan

seperti
teknologi

potensi
bagi

perkhidmatan atau kegiatan yang hendak diswastakan. Dari segi


penawaran pula, maklumat yang penting temasuk mendapatkan
bilangan pengeluar-pengeluar atau pembekal-pembekal dalam
industri yang berkenaan.

(vi)

Menilai Pertindihan Kegiatan dan Keperluan Penyelarasan

28.

Agensi-agensi hendaklah menilai sama ada perkhidmatan yang

disediakan oleh mereka juga disediakan oleh agensi-agensi yang lain.


Perkara lain adalah penting lebih-lebih lagi dalam keadaan apabila
perkhidmatan-perkhidmatan atau keluaran yang disediakan oleh sebuah
agensi ada hubungan atau menjadi unput kepada perkhidmatan yang lain.
Misalnya, sebagai contoh terdapat beberapa perkhidmatan yang bercorak
gunasama

di

antara

Jabatan

Penerbangan

Awam,

Kementerian

Pertahanan dan Sistem Penerbangan Malaysia dalam bidang industri


penerbangan. Begitu juga dalam perkhidmatan perhubungan telekom
yang disediakan oleh Jabatan Telekom yang berkait rapat dengan
perkhidmatan seperti penerbangan awam, radio dan televisyen serta
perhubungan tentera dan polis. Oleh yang demikian, agensi-agensi
hendaklah berunding sesama mereka bagi mengenalpasti isu-isu yang
memerlukan perhatian pihak-pihak berkuasa yang tertentu.

(vii)

Kemungkinan Pemecahan (fragmentation) Corak Perkhidmatan

29.

Agensi-agensi hendaklah menimbangkan dengan telita, aspek-

aspek ekonomi dan teknikal serta corak industri yang bekenaan sebelum
memilih untuk menswastakan sesuatu perkhidmatan. Dalam hal ini,
kedudukan daya maju sesuatu perkhidmatan estela dibahagi-bahagi atau
dipecahkan kepada beberapa bentuk khidmat atau industri yang
berasingan,

sama

ada

berasaskan

hendaklah dikaji dengan berhati-hati.

perkhidmatan

atau

kawasan,

Cara

pemecahan

(fragmentation)

atau

pembahagian

sesuatu

perkhidmatan ini adalah lebih berkait rapat dengan bentuk penswastaan


secara terpilih. Sifat-sifat industri berkenaan hendaklah dinilai dan ini
termasuk factor ekonomi bidangan dalam industri tersebut, tahap
penggunaan modal, tingkat teknologi yang digunakan dan perubahan
teknologi yang dijangka.

(viii) Ciri-ciri Khas Sesuatu Perkhidmatan

30.

Di dalam menilai sesuatu perkhidmatan untuk tujuan penswastaan,

Semarang ciri-ciri atau corak yang khusus kepada industri berkenaan


hendaklah dinyatakan. Satu contoh yang baik ialah aspek keselamatan
yang terdapat dalam industri perhubungan telekom. Mungkin banyak lagi
aspek-aspek lain yang khusus bagi industri-industri tertentu dan ini
patutlah dikenalpasti kerana ia juga melibatkan sesuatu rancangan
penswastaan.

V.

GARIS PANDUAN MENGENAI ISU-ISU YANG TERTENTU

31.

Beberapa isu mengenai penswastaan juga perlu dipertimbangan

oleh agensi-agensi semasa menyediakan rancangan penswastaan


mereka. Seksyen ini mengandungi beberapa garis panduan mengenai
isu-isu utama yang perla dipertimbangkan.

(i)

Penswastaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

32.

Adalah perla ditegaskan bahawa penswastaan akan dilaksanakan

dalam konteks DEB. Penswastaan dijangka akan membuka lebih banyak


peluang untuk mencapai kemajuan DEB. Perhatian hendaklah diberi
kepada implikasi penswastaan terhadap matlamat penyusunan semula
hakmilik, penyusunan semula pekerjaan dan pembentukan sebuah
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian di kalangan Bumiputera.
Perkembangan sector swasta yang timbal berikutan dari penswastaan
akan dapat menambahkan lagi peluang-peluang, bagi menyusun semula
hakmilik lebih-lebih lagi apabila perkhidmatan-perkhidmatan atau harta
yang diambilalih oleh pihak swasta itu dimiliki oleh syarikat-syarikat.
Perkembangan syarikat-syarikat ini bermakna terdapat pertumbuhan
dalam jumlah modal saham sector syarikat.

33.

Matlamat penyusunan semula hakmilik dalam sector syarikat

menjelang tahun 1990 ialah untuk mencapai sekurang-kurangnya 30


peratus bagi kepentingan hakmilik Bumiputera, 40 peratus bagi rakyat
Malaysia yang lain dan 30 peratus bagi kepentingan asing. Dalam
pemilihan untuk kepntingan Bumiputera, keutamaan hendaklah diberi
kepada syarikat Bumiputera persendirian dan bukan kepada syarikatsyarikat

milik

atau

kepentingan

Kerajaan.

Senarai

kepentingan-

kepentingan Bumiputera persendirian yang mempunyai potensi untuk


membeli atau mengambilalih harta-harta Kerajaan hendaklah di sediakan
oleh agensi-agensi berkenaan.

Walau bagaimanapun, sekrianya nilai harta-harta yang terlibat dalam


penswastaan dijangka menjadi lebih besar sehingga golongan Bumiputera
persendirian tidak mungkin berjaya mengambilalih bahagian yang
dikhaskan kepada mereka, Kerajaan bolehlah menimbangkan penyertaan
agensi-agensi amanah atau syarikat-syarikat Kerajaan yang lain untuk
mengambil bahagian di peringkat awal dari segi pemilikan perusahaanperusahaan yang diswastakan.

(ii)

Agensi-agensi Amanah dan Penswastaan

34.

Terdapat beberapa perusahaan yang dimiliki dan dikuasai oleh

Kerajaan yang telah ditetapkan sebagai Agensi-agensi Amanah. Agensiagensi ini antaranya termasuk PNB, PERNAS, MARA, PKEN-PKEN, UDA
dan FIMA. Syarikat-syarikat di bawah agensi-agensi ini adalah dikelaskan
sebagai

Syarikat-syarikat

Amanah

iaitu

syarikat-syarikat

yang

didaftarkan di bawah Akta Syarikat, 1965 dan mempunyai modal saham


milik Kerajaan. Syarikat-syarikat ini termasuk syarikat yang mempunyai
saham penyertaan Kerajaan Persekutuan dan Negeri sama ada secara
langsung atau tidak langsung kecuali syarikat MISC, MAS, PETRONAS,
Syarikat Malaysia Explosive Sdn. Bhd dan syarikat milikannya, Perak
HYDRO Electricity Power Co. Ltd. Serta lain-lain syarikat yang diputuskan
oleh Kerajaan dari masa ke semasa.

35.

Sebahagian

daripada

syarikat-syarikat

Amanah

telah

pun

dikenalpasti untuk dipindahkan di bawah Sekim Pemindahan Hakmilik


Modal Saham Kerajaan Kepada Bumiputera sebaik-baik sahaja syarikat
tersebut memenuhi beberapa criteria yang ditetapkan bagi tujuan
pemindahan hakmilik. Butir-butir lanjut mengenai Sekim pemindahan
tersebut terkandung dalam satu garis panduan berasingan yang bertajuk
Asas dan Panduan Pemindahan Hakmilik Saham Syarikat Milik Kerajaan
kepada Bumiputera yang dikeluarkan kepada semua agensi-agensi yang
berkenaan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 3hb Februari, 1981. Oleh
yang demikian, Agensi-agensi Amanah yang membuat cadangan untuk
menswastakan Syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan saham
Kerajaan hendaklah menimbangkan garis panduan yang dinyatakan di
dalam Sekim Pemindahan Hakmilik kepada Bumiputera tersebut dan lainlain aturcara pentadbiran yang berkaitan dan yang perlu dalam
melaksanakan dasar penswastaan.

(iii)

Penswastaan dan Dasar Hakmilik

36.

Pembahagian hakmilik dalam syarikat baru yang ditubuhkan untuk

mengambilalih perkhidmatan-perkhidmatan yang diswastakan hendaklah


diteliti oleh agensi-agensi berkenaan. Adalah menjadi tujuan dasar
penswastaan bahawa, seberapa yang boleh, hakmilik modal saham
dalam syarikat berkenaan hendaklah terbahagi dengan saksama dan
meluas supaya tidak ada satu kepentingan atau syarikat sahaja yang
menguasai sebahagian besar daripada modal saham syarikat yang
ditubuhkan itu.

Kepentingan syarikat Malaysai boleh mencapai sehingga 70 peratus


daripada modal saham syarikat dengan sekurang-kurangnya 30 peratus
dimiliki oleh kepentignan Bumiputera dan, jika perlu, antara 10-15 peratus
dimiliki oleh Kerajaan sendiri. Sekiranya penyertaan asing tidak terlibat,
pembahagian hakmilik di antara rakyat Malaysia akan ditentukan
mengikut keadaan.

(iv)

Peringkat-peringkat Penswastaan

37.

Agensi-agensi juga hendaklah mengkaji kemungkinan mengadakan

peringkat-peringkat yang tertentu dalam proses penswastaan. Hal ini perlu


lebih-lebih lagi apabila matlamat rancangan penswastaan hendak dicapai
dalam satu jangkamasa yang tertentu. Di samping itu, rancangan secara
berperingkat ini juga perlu dibuat mungkin kerana beberapa sebab seperti
kekurangan sumber kewangan, masa yang kurang sesuai disebabkan
keadaan ekonomi yang tidak memuaskan sumber kewangan, masa yang
kurang sesuai disebabkan keadaan ekonomi yang tidak memuaskan atau
kesukaran bagi mendapatkan rakan perkongsian. Pencapaian corak
hakmilik yang tertentu juga mungkin boleh menyebabkan perlaksanaan
penswastaan secara berperingkat-peringkat. Cara ini boleh berlaku,
misalnya, jika Kerajaan sendiri memegang hakmilik modal saham yang
besar di peringat awal tetapi bercadang untuk menjualnya kepada sector
swasta secara beransur-ansur. Langkah seperti ini perlu kerana adanaya
beberapa perkhidmatan Kerajaan yang memiliki harta yang besar nilainya
dan tidak mungkin boleh dipindahkan dengan sekali gus kepada pihak
swasta. Selain dari itu, cara penswastaan dengan berperingkat-peringkat
juga perlu dibuat bagi tujuan menambahkan hakmilik Bumiputera dari
masa ke semasa.

(v)

Pilihan dari segi Organisasi

38. Penswastaan

mungkin

melibatkan

perubhan

kepada

corak

organisasi di agensi-agensi berkenaan. Antara bentuk organisasi yang


biasa menyediakan perkhidmatan atau menjalankan kegiatan ekonomi
termasuk Jabatan Kerajaan, syarikat perniagaan persendirian, syarikat
perkongsian, syarikat-syarikat dan koperasi. Pilihan yang paling sesuai
ialaha bentuk perbadanan atau syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta
Syarikat,1965 untuk mengambil alih kepentingan-kepentingan Kerajaan.
Syarikat-syarikat yang sedia ada yang mempunyai minat dalam
penswastaan, boleh membeli harta-harta yang dimiliki oleh agensiagensi atau syarikat Kerajaan. Bentuk lain yang sesuai ialah menerusi
percantuman antara dua atau lebih syarikat untuk menubuhkan
sesebuah syarikat baru bagi tujuan mengambilalih harta yang dimiliki
oleh agensi atau syarikat Kerajaan.
meminta

nasihat

pihak-pihak

Agensi-agensi Kerajaan

berkuasa

yang

berkenaan

perlu
seperti

Pendaftar Syarikat mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan


penubuhan syarikat bagi tujuan mempercepatkan proses penswastaan.

(vi)

Aspek Perundangan dalam Penswastaan.

39. Pertimbangan yang teliti hendaklah diberi terhadap aspek-aspek


perundangan

dalam

penswastaan

,lebih-lebih

lagi

bagi

tujuan

menetukan undang-undang dan peruntukan khusus yang boleh


menghalang proses penswastaan. Usaha-usaha juga hendaklah dibuat
bagi mengenalpasti keperluan meminda peruntukan undang-undang
yang ada atau menggubal Akta baru. Langkah-langkah persediaan ini
patut dibuat awal-awal lagi. Agensi-agensi hendaklah juga meminta
nasihat pejabat Peguam Negara berhubung dengan perkara ini.

40. Aspek-aspek perundangan berkaitan dengan tanah yang dimiliki


oleh Kerajaan hendaklah dinilai dan dikaji dengan seberapa awal yang
boleh. Tanah yang dimilik atau dipajakan oleh Kerajaan Negeri kepada
agensi-agensi Kerajaan misalnya, mungkin mengandungi syarat-syarat
khusus mengenai penggunaan tanah tersebut serta tempoh pajakan.
Dari itu , cadangan-cadangan penswastaan yang melibatkan penjualan
atau pajakan tanah mestilah mengambilkira isu-isu ini. Langkah-langkah
juga

hendaklah

diambil

oleh

agensi-agensi

berkenaan

menyelesaikan isu-isu tersebut dengan pihak-pihak berkenaan.

bagi

(vii)

Penilaian dan Penentuan Harga bagi Harta.

41.

Satu langkah penting dalam proses penswastaan ialah penilaian

harta - harta yang akan dijual kepada sektor swasta. Penilaian adalah
penting kerana ia merupakan asas bagi membuat anggaran dari segi
nilai harta-harta yang terlibat dan menentukan harga yang sesuai bagi
modal saham syarikat yang mengambilalih harta berkenaan. Usahausaha hendaklah dibuat bagi mendapatkan maklumat mengenai stok
harta-harta Kerajaan seperti kilang jentera, alat kelengkapan dan tanah,
yang mungkin boleh dipindahkan kepada sektor swasta.harus juga
diingat bahawa sebahagian besar daripada harta-harta milik Kerajaan
adalah berbentuk bukan syarikat dan dengan itu , tidak terdapat hargaharga pasaran yang tertentu yang dapat digunakan dengan serta-merta
bagi tujuan penilaian. Walaubagaimanapun , agensi-agensi perla
berusaha mendapatkan anggaran harga pasaran semasa bagi hartaharta tersebut.

42. Dalam usaha mempercepatkan proses penilaian harga , agensiagensi bolehlah menggunakan perkhidmatan professional yang sesuai
seperti akauntan , juruaudit dan penilai. Bantuan daripada pihak penilai
Kerajaan atau penilai professional yang lain juga boleh digunakan jika
perlu. Oleh kerana biasanya pihak proses penilaian akan memakan
masa , agensi-agensi hendaklah menyedia dan mengumpulkan semua
maklumat yang perlu , lebih-lebih lagi akaun-akaun dan data data
kewangan yang berkaitan dengan kegiatan yang terlibat dengan
penswastaan. Jika perlu , bantuan daripada Jawatankuasa Pengeluaran
Modal (CIC) , boleh juga diminta berhubung dengan soal penentuan
harga saham-saham syarikat yang terlibat dalam penswastaan.
Persetujuan dari lain-lain pihak berkuasa seperti Jawatankuasa
Pelaburan Asing (FIC) berhubung dengan pembelian harta dan
kepentingan-kepentingan lain di bawah Garis Panduan bagi Peraturan
Mengenai Perolehan Milik Harta-harta,Penyatuan dan Ambilalih juga
perla diperolehi oleh agensi-agensi.

(viii)

Perkhidmatan Bank Saudagar dan Penswastaan.

43. Keperluan menggunakan perkhidmatan bank-bank saudagar bagi


menyediakan

cadangan-cadangan

penswastaan

hendaklah

dipertimbangkan oleh semua agensi dan pihak yang terlibat dalam


penswastaan. Perkhidmatan bank saudagar dapat memberi kepakaran
terutamanya dalam mengaturkan struktur syarikat yang terlibat dalam
penswastaan , mempercepatkan proses penubuhan syarikat-syarikat,
menyediakan prospektus , mengaturkan proses penilaian serta
menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan percamtuman ,pembelian
dan pemgambilalih. Kepakaran bank-bank saudagar ini juga boleh
didapatkan

dalam

perkara-perkara

yang

berkaitan

dengan

pengeluaran saham , sumber kewangan dan pilihan-pilihan bagi


membiayai

rancangan

penswastaan,

iaitu

seperti

pembiayaan

menerusi modal saham ,bon atau surat-surat jaminan.

(ix)

Kakitangan dan Perkhidmatan


44.

Penswastaan akanmemberi kesan terhadap kedudukan dan

kebajiakan pekerja-pekerja bergantung kepada pilihan-pilihan yang diberi


kepada pekerja-pekerja yang terlibat. Di samping itu, terdapat juga
implikasi dari segi perundangan terhadap kedudukan kakitangan yang
berkenaan.

Agensi-agensi

hendaklah

meminta

Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai perkara ini.

nasita

Jabatan

45.

Antara perkara penting yang perlu dipertimbangkan berkaitan

dengan kakitangan sektor awam ialah soal saiz dan kategori pekerjapekerja yang terlibat (Kategori A, B, C dan D) dan struktur pekerjaan, taraf
pekerja-pekerja dan kedudukan perkhidmatan mereka (seperti pekerjapekerja yang bertaraf pencen, pekerja-pekerja

sementara dan kontrak

serta pelatih-pelatih) dan komposisi keseluruhan tenaga kerja mengikut


kaum. Pilihan sama ada kakitangan yang terlibat ingin terus bekerja
dengan

Kerajaan,

bekerja

danegan

syarikat

yang

mengambilalih

perkhidmatan Kerajaan atau bersara adalah terpulang kepada perkerjapekerja sendiri. Seberapa yang boleh, agensi-agensi hendaklah memberi
anggaran tentang bilangan pekerja-pekerja yang terlibat dengan pilihanpilihan tersebut.

Di samping itu, anggaran juga perlu dibuat dari segi

jumlah bayaran gaji dan perbelanjaan-perbelanjaan mengurus lain yang


dapat dijimatkan berikutan dari penswastaan.

46.

semua skim penswastaan mestilah mengandungi peruntukan

bahawa pekerja-pekerja tidak akan kehilangan sebarang faedah yang


mereka telah nikmati semasa berkhidmat dengan Kerajaan. Langkah
meminjamkan kakitangan kepada syarikat adalah sementara sahaja.
Akhirnya pekerja-pekerja yang berkenaan hendaklah diserapkan mengikut
syarat-syarat yang tidak merugikan berbanding dengan syarat-syarat
semasa berkhidmat dengan Kerajaan.

(x)

Mengenalpasti Sektor Awam dan Sektor Swasta

47.

Oleh kerana penswastaan bermakna menentukan penglibatan

sektor swasta, maka satu takrif yang umum mengenai maksud sektor
swasta adalah perlu. Dalam hal ini, hakmilik adalah satu kriteria penting
yang perlu diambilkira semasa mengenalpasti sektor awam dan sektor
swasta. Selain daripada itu, faktor-faktor lain atau ciri-ciri syarikat
berkenaan juga perlu diambilkira sebelum syarikat-syarikat dikelaskan
sebagai hakmilik Kerajaan atau swasta.

(xi)

Perundingan dengan Sektor Swasta

48.

Rundingan awal dengan sektor swasta mengenai cadangan-

cadangan penswastaan akan memberi peluang untuk menilai minat


mereka

di

samping

membolehkan

Kerajaan

mempercepatkan

pelaksanaan program penswastaan. Dari itu, agensi-agensi adalah


digalakkan berbincang dengan pihak-pihak yang berkaitan di sektor
swasta semasa menyediakan cadangan-cadangan penswastaan.

49.

Bagi

mendapatkan

faedah

yang

sepenuhnya

daripada

penswastaan, Kerajaan perlu membuat pilihan dari beberapa cadangan.


Jika

sesuai,

agensi-agensi

hendaklah

menjemput

sektor

swasta

mengemukakan cadangan-cadangan mereka sebelum pemilihan akhir


dibuat. Sama ada sesuatu cadangan penswastaan itu diterima atau tidak
terpulanglah kepada Kerajaan. Kerajaan tidak semestinya menswastakan
perkhidmatannya walaupun sesuatu skim penswastaan itu baik atau tidak.

(xii)

Rancangan Penswastaan
50.

Agensi-agensi

hendaklah

menyediakan

rancangan

penswastaannya sendiri. Agensi-agensi diminta menggubal rancangan


jangka pendek (satu tahun), pertengahan (lima tahun) dan jangka panjang
(lebih dari lima tahun) mereka sendiri dan mengemukakan kepda
Jawatankuasa Penswastaan. Rancangan ini adalah berbentuk umum
sahaja iaitu menunjukkan bidang-bidang penswastaan di samping
menggariskan arah kerja dan kandungan kasar program penswastaan di
peringkat agensi. Matlamat-matlamat secra kuantitatif dan data-data
penting jika sesuai, patutlah dimasukkan dalam rancangan tersebut bagi
membolehkan Jawatankuasa Penswastaan mengetahui dengan jelas
perancangan dan kandungan penswastaan di kalangan agensi-agensi.
Butir-butir ini juga akan membantu Unit Perancang Ekonomi menggubal
rancangan pembangunan lima tahun dan rancangan jangka panjang bari
negara.

VI.

JENTERA PELAKSANAAN BAGI PENSWASTAAN

51.

Jentera pelaksanaan yang telah ditubuhkan bagi penswastaan

adalah seperti berikut:

(i)

Jawatankuasa Antara Jabatan mengenai Penswastaan

52.

Satu Jawatankuasa Antara Jabatan mengenai Penswastaan yang

dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi dan


mempunyai urusetia di Unit Perancang Ekonomi telah pun ditubuhkan.
Jawatankuasa

ini

mempunyai

tanggungjawab

keseluruhan

bagi

perancangan, pengawasan dan penilaian kemajuan dasar penswastaan.

53.

Keahlian Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

Pengerusi:

Ketua Pengarah,
Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri.

Ahli

Ketua Pengarah
Unit Penyelarasan Pelaksanaan,
Jabatan Perdana Menteri.

Ketua Setiausaha,
Kementerian Kewangan.

Ketua Pengarah,
Jabatan Perkhidmatan Awam.

Ketua Setiausaha
Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Ketua Setiausaha,
Kementerian Pengangkutan.

Ketua Setiausaha,
Kementerian Kerjaraya.

Ketua Setiausaha,
Kementerian Tenaga , Telekon dan Pos.

Peguam Negara,
Jabatan Peguam Negara.

Ketua Setiausaha,
Kementerian Dalam Negeri.

(ii)

Jawatankuasa Teknikal mengenai Penswastaan


54.

Empat buah Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusi dan

diursetiakan oleh UPE juga telah dibentuk. Jawatankuasa ini


bertanggungjawab mengkaji cadangan-cadangan bagi sektorsektor

berikut

;(a)

Pembuatan

dan

perdagangan

(b)

Pengangkutan ; (c) Tenaga,Telekom,Pos dan Penerangan dan (d)


Sosial dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Agensi-agensi yang
berkaitan adalah menjadi ahli Jawatankuasa Teknikal yasng
berkenaan.

(iii)

Mengemukakan Cadangan Penswastaan


55.

Agensi-agensi

yang

telah

membuat

cadangan

untuk

menswastakan perkhidmatan atau kepentingan mereka bolehlah


menghantarkan cadangan kepada :
Ketua Pengarah,
Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri,
Jalan DatoOnn,
Kuala Lumpur.

Garis Panduan ini hendakalah digunakan oleh agensi-agensi sebagai


rujukan dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan penswastaan. Agensiagensi yang memerlukan penjelasan lanjut bolehlah berhubung dengan Unit
Perancang Ekonomi.

(vii).

Kesimpulan
56.Garis panduan ini telah disediakan untuk kegunaan agensiagensi apabila menimbang untuk menswastakan perkhidmatan
atau kepentingan mereka. Garis panduan juga bertujuan untuk
menjelaskan dasar Kerajaan mengenai penswastaan kepada
sektor awam dan swasta. Mereka juga patut menyampaikan
maklumat yang berkenaan kepada kakitangan dan orang-orang
awam. Kerajaan memahami bahawa garis panduan ini mungkin
tidak begitu lengkap untuk agensi agensi membuat keputusan
mengenai bidang atau pendekatan yang perlu diambil apabila
membuat cadangan penswastaan .dlam keadaan ini , Unit
Perancang Ekonomi sedia memberi penjelasan. Garis panduan ini
akan ditambah atau dipinda apabila diberitahu kelak.

You might also like