You are on page 1of 3

4.

PENGENALAN

Statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah statistik deskriptif. Semua data yang
diperolehi telah dianalisis menggunakan microsoft excel dan data juga dianalisis dengan
menggunakan bantuan Statistical Packages for the Social Science (SPSS) versi 16.0. Soal
selidik ini mempunyai lima bahagian iaitu bahagian 1 mengenai persepsi motivasi pelajar,
bahagian 2 mengenai sikap pelajar,bahagian 3 perkembangan kognitif, bahagian 4 mengenai
reka bentuk antaramuka, dan bahagian 5 mengenai jangkaan atau harapan pelajar.
ANALISIS DATA
4.1

PENDAHULUAN
Bab ini akan membincangkan hasil analisis dan dapatan kajian yang diperolehi

daripada soal selidik yang diedarkan kepada murid-murid yang keseluruhannya berbangsa
Melayu dari Tahun Enam Gigih, SK Bandar Easter. Soal selidik yang dilakukan berkisar
kepada kajian terhadap sikap dan minat murid tentang pembelajaran koperatif Tahun Enam.
Responden kajian terdiri daripada 30 responden yang mana 15 daripadanya adalah pelajar
perempuan dan selebihnya pelajar lelaki.

Analisis data dibuat menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science
dan hasilnya ditunjukkan dalam bentuk frekuensi, peratus dan min dan dapatan analisis
menggambarkan hasil kajian yang dilakukan. Hasil dapatan kajian juga dikelaskan kepada
dua bahagian iaitu analisis latar belakang responden dan analisis mengenai soal selidik yang
bertujuan menjawab persoalan kajian seterusnya memenuhi kehendak objektif kajian

4.2

Analisis Deskriptif Latarbelakang Responden

Latar belakang responden menerangkan taburan kekerapan dan peratus responden


berdasarkan jantina murid, pekerjaan ibu/bapa/penjaga dan nama murid dalam keputusan
ujian pra dan ujian pos.
4.2.1

Jantina
Jadual dan graf 4.1 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus responden mengikut

jantina. Daripada jadual dan graf, bilangan responden lelaki dan perempuan adalah sama iaitu
15 orang (50.0%).

Jadual 4.1
Jantina

Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Jantina


Kekerapan (f)

Peratus (%)

Perempuan

15

50.0

Lelaki

15

50.0

Jumlah

30

100.0

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.1.Pengenalan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi komuniti Rukun Tetangga (KRT) terhadap kepuasan
komunikasi kepemimpinan (bertimbang rasa, keterbukaan, memberi sokongan dan penyertaan),
komitmen kepimpinan dalam kalangan kepimpinan RT. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat
persepsi responden kajian terhadap aktiviti serta harapan negara terhadap aktiviti Rukun Tetangga.

Data yang diperolehi daripada jawapan soal selidik dianalisis dan dikemukakan dalam bab ini. Keputusan

yang diambil semuanya berdasarkan pentafsiran ke atas hasil pemprosesan data yang diperolehi daripada
jawapan soal selidik. Seramai 2,716 orang responden yang telah memberikan maklum balas daripada
sejumlah 3000 soal selidik yang diedarkan. Ini bermakna 91% responden memberikan kerjasama
menjawab dan memulangkan soal selidik tersebut. Berikut akan dibentangkan hasil kajian dan
perbincangan mengenainya.

4.2.Latar belakang responden

Seramai 2,716 orang responden telah memberi maklumbalas terhadap soal selidik yang telah diedarkan.
Pemilihan responden menepati sasaran kajian. Sasaran kajian dalam pemilihan responden adalah 300
orang minima bagi negeri-negeri yang mempunyai jumlah populasi besar seperti Kedah (365 orang),
Pulau Pinang (400 orang), Perak (400 orang), Selangor (400 orang), dan Terengganu (350 orang).
Manakala bagi negeri Perlis (300 orang), Melaka (350 orang), Kelantan (101 orang) dan Negeri Sembilan
(50 orang) jumlah responden sasaran adalah 200 orang. Pemilihan responden kajian berdasarkan kegiatan
KRT setempat. Jadual 4.1 memerihalkan jumlah responden mengikut negeri yang menjadi kawasan
kajian.

You might also like