You are on page 1of 2

Bengkel Debat 101

Bengkel asasi debat ini mengambil masa 1 hari. Ia sesuai untuk semua pelajar sekolah
menengah dan institusi pengajian tinggi terutamanya mereka yang bakal mengambil bahagian
di dalam pertandingan debat di sekolah, universiti dll.
Matlamat
Bengkel ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu teori dan amali. Para peserta akan diberi
pemahaman tentang jenis-jenis debat, konsep debat, tatacara debat dan lain-lain, serta
peluang untuk merasai situasi debat yang sebenar di dalam sesi latihan. Kemahiran
pengucapan awam secara amnya juga akan diajar dan diterapkan. Matlamat bengkel tercapai
apabila peserta dapat menjiwai debat serta memperoleh keyakinan dan kemampuan untuk
menyampaikan hujah-hujah yang mantap dan berkesan.
Kaedah
Bengkel ini akan dikendalikan oleh seorang jurulatih utama dan mungkin seorang atau lebih
jurulatih tambahan, bergantung kepada jumlah peserta. Jurulatih utama akan menyampaikan
bahan utama sebelum para peserta diasingkan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk
latihan; setiap kumpulan dikendalikan oleh seorang jurulatih. Jumlah peserta di dalam setiap
kumpulan dihadkan kepada 15 orang untuk memastikan setiap peserta mendapat perhatian
peribadi. Nota akan disediakan.
Jadual
Masa
9.00-10.15 pagi

10.15-10.30 pagi
10.30-11.00 pagi
11.00 pagi-12.00
tghr
12.00 tghr-1.00 ptg
1.00-2.00 ptg
2.00-3.00 ptg
3.00-4.00 ptg

Kegiatan
Pengenalan kepada Ilmu Debat:
- Jenis-jenis Debat
- Konsep Asas Debat Ala Parlimen
- Tatacara Debat
- Pentakrifan
- Pembentangan Kes
- Beban Bukti
- Peranan Perdana Menteri & Ketua Pembangkang
- Peranan Timbalan Perdana Menteri & Timbalan Ketua Pembangkang
- Peranan Menteri 1 & Pembangkang 1
- Penggulungan
Minum Pagi
Kemahiran Pengucapan Awam
Latihan Debat dalam Kumpulan Kecil (Pusingan 1)
Latihan Debat dalam Kumpulan Kecil (Pusingan 2)
Makan Tengahari
Latihan Debat dalam Kumpulan Kecil (Pusingan 3)
Latihan Debat dalam Kumpulan Kecil (Pusingan 4)
1

4.00-4.30 ptg
4.30-5.30 ptg
5.30-5.45 ptg
5.45-6.00 ptg

Rehat
Sesi Debat Perdana - persembahan daripada pendebat-pendebat terbaik
setiap kumpulan (Pertandingan)
Penyampaian Sijil & Hadiah
Penutup

Keperluan
Sebuah bilik latihan yang besar dan beberapa bilik yang kecil diperlukan.

2014 Persatuan Penggiat Pidato. Hak cipta terpelihara.


www.pengucapanawam.my
pengelola@pidatoperdana.com, 019-2483763

You might also like